Thursday, December 14, 2006

Sardine

Ini merupakan sebahagian daripada produk dari negara jiran Thailand yang terdapat di Kota Sydney. Terdapat tanda halal tertera pada tin sardine ini. Walau pun Thailand bukan negara islam, tapi mereka mampu mengeksport makanan halal ke Negara bukan Islam. Yang peliknya tak ada pulak satu pun produk makanan dari negara kita yang sampai ke Australia. Pada hal kita mempunyai berbagai produk makanan dalam tin yang tak kurang hebatnya. Kat mana silapnya?
Baru-baru ni semasa menunggu check in di Sydney, aku sempat bersembang dengan seorang bekas chef di Swiss Garden Sydney. Dia ni rakyat Malaysia, orang Kedah yang dah menetap di Terengganu. Selalu berulang ke Sydney kerana kawan karibnya merupakan salah sorang terpengaruh di salah sebuah hotel di sini. Katanya dia pernah membeli jantung pisang untuk tujuan memasak masakan kita, harga sebiji 60 dollar. Katanya lagi 3 helai daun pandan harganya 10 dollar. Mak oi…..mahalnya……Dia jugak akui makanan kita memang boleh diterima di Australia. Bila aku tanya sebab apa berhenti, dia jawab tak tahan, setiap masa berdepan dengan wine dan tak mau bersubahat.

7 comments:

Kaklong Syikin said...

salam,

setuju ngan tindakan ex chef tu, apalah gunanya gaji besar n banyak kalau takde keberkatan kan..ended up kena soal jawab banyak kat akhirat nanti..
banyak lagi sumber rezeki Allah tu..

KAMATO said...

syikin, betul la tindakan dia tu, satu lagi sebenarnya dia sendiri was-was samada daging yg dia masak tu betul2 halal atau pun tidak, sedangkan kadang2 dia terpaksa sediakan untuk orang islam.

INDERA KENCANA said...

Salam berbalas kunjungan.
Menariknya blog anda...

Serai, kunyit dan kelapa senang ke nak diperolehi di sana?

Kerja perhotelan ini menuntut kesabaran yang sangat tinggi.

Lan Rambai said...

err.. lama tak singgah sini... heheh

Bro kat Sydney lagi atau dah balik Mesia ek?

blackpurple @ jowopinter said...

Wah...Kalau macam ni boleh eksport daun pandan la ke sana ekk..?

Industri makanan halal memang tengah berkembang pesat..

KAMATO said...

indera, tak sempat nak jumpa kunyit dan serai....

lan, balik dah....

BP, jom kita ekspot ke sana...

Anonymous said...

En Kamato
N3 yg bagus dan saya terlepas pula..Memang pun sini semua barang di kedai Asia product dari Thailand.. padahal dinegara kita mmeng tidak kurang hebatnya industri makanan.. Tak tahu dimana silap nya..

Sini pun sama daun pandan 3helai 2euro = 9Rm. Tempe 200gm = 9Rm. Tahu 1 ketul=4,60euro..belum lagi serai dan halia.