Saturday, January 20, 2007

Pasangan

Hj Riduan bercerita.......
Di suatu tempat terdapat satu pasangan yang hidup aman damai. Kedua-dua pasangan ini mempunyai kedudukan ekonomi yang agak baik. Sepanjang 8 tahun mereka melayari bahtera bersama, mereka telah dikurniakan 3 cahaya mata. Kehidupan mereka cukup bahagia, walaupun sekali-sekali terdapat jugak pertengkaran kecil. Walaubagaimanapun kebahagiaan yang diharapkan tidak berpanjangan. Suatu hari mereka telah bertengkar. Pertengkaran kali ini agak besar. Masing-masing tidak mengaku kalah, sehinggalah mereka membuat keputusan untuk berpisah kerana tiada jalan penyelesaian. Selepas itu mereka telah menemui seorang peguam untuk menguruskan pembahagian harta. Semua harta termasuk rumah, tanah dan wang simpanan telah dibahagikan sama rata sehinggalah kedua-duanya berpuas hati. Akhirnya tibalah kepada pembahagian anak. Masing-masing nak lebih, tak mau mengaku kalah. Sedangkan mereka mempunyai 3 orang anak. Mana bisa manusia dibahagi dua, harta boleh la. Akhirnya mereka telah bertemu dengan seorang ulama untuk meminta pandangan. Ulama tersebut mencadangkan agar mereka melupakan niat untuk berpisah. Walau bagaimanapun pasangan tersebut tetap hendak berpisah. Akhirnya ulama tersebut memberi cadangan yang cukup baik. Ulama tersebut mencadangkan agar pasangan tersebut menangguhkan perpisahan mereka setahun lagi. Dalam masa setahun ini mereka perlu berusaha untuk mendapatkan seorang anak lagi. Jika Tuhan merestui perpisahan mereka, mereka akan dikurniakan lagi eorang anak. Masa tu bolehla dibahagi sama rata. Akhirnya pasangan tersebut telah bersetuju cadangan ulama tersebut.

Selepas dua tahun berlalu, ulama tersebut telah terjumpa pasangan tersebut berpegang tangan di satu pasar. Lantas ulama tersebut bertanyakan kepada pasangan tersebut
”Apakah sampai sekarang kamu masih tak dapat anak lagi?”
Pasangan tersebut berpandangan satu sama lain sambil tersenyum, lantas menjawab
”Sesungguhnya Tuhan maha adil, kami bukan saja dikurniakan anak, tetapi kami dikurniakan anak kembar. Sekarang anak kami dah lima, macaman kami nak bagi sama rata. Sekarang kami dah buat keputusan untuk tidak berpisah”

Moral cerita, tangguhkan sebarang tindakan jika tindakan itu berupakan bersifat negatif.

8 comments:

Anonymous said...

best tul citer nih....
perlu disebarkan.....

KAMATO said...

cikdinz, terima kasih singgah

blackpurple @ jowopinter said...

Ulama itu memang genius...!

Ulama berjaya menyatukan suami isteri yang berantakan. Dan dalam masa yang sama anak-anak, ibu dan ayah tetap di bawah satu bumbung...

Bagus cerita ini.....

KAMATO said...

BP, pengajarannya yang penting

Rie said...

tak terjangka pengakhiran cerita ini begitu. boleh buat filem ni....
banyak pengajaran. hehe

zino said...

moral of the story..

pastikan bilangan anak anak kita dalam bilangan angka ganjil... 1 ke 3 ke 5 ke.. hehe

kalau ada sebarang perselisihan pun cuba selesaikan dengan baik.. berpisah bukan jalan penyelesaian yg bijak..

KAMATO said...

esis, ada kalanya ceritatu macam tak logik...

zino, setuju...he he...

Anonymous said...

takde mende yg mustahil dlm dunia nih...
itu semua kuasa tuhan.....