Minggu ni negara kita di kejutkan lagi dengan kenaikan harga tol. Kadar tol di lima lebuh raya sekitar Lembah Klang dinaikkan antara 20 dan 60% berkuatkuasa 1 Januari depan. Satu kenaikan yang mungkin agak membebankan bagi setengah pihak. Lebuhraya terbabit ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Koridor Guthrie. Tempoh konsesi bagi lebuhraya itu juga turut dilanjutkan.
Menteri Kerja Raya juga turut mengumumkan kenaikan kadar tol itu bukannya yang terakhir. "Kenaikan kadar tol tidak akan berakhir. Ini fenomena yang tidak boleh dijawab bila ia akan selesai. Kita selesai satu jalan, kita bina jalan baru sebab kita mahu memberi pembangunan pesat kepada negara ini," jelas. Samy juga menjelaskan kenaikan itu timbul berikutan penstrukturan semula penjanjian konsesi kerajaan untuk mengurangkan jumlah kadar kenaikan. Tambahnya, kadar kenaikan pula dikira mengikut jumlah pengguna di setiap laluan berkenaan sepanjang tahun ini. "Jika kita membenarkan kesemua pemegang konsesi menaikkan kadar tol mengikut perjanjian, beban kepada kerajaan adalah lebih berat, " katanya. Kalau macam ni sampai bila-bila kenaikan tol tidak akan selesai dan akan terus membebankan pengguna. Di Lembah Klang ini kita seperti tak ada pilihan lain untuk tidak membayar tol, tak ada jalan lain yang boleh mengelak dari melalui jalan-jalan tersebut.
Ramai pihak dari perbagai pertubuhan dan seumpamanya menyatakan kenaikan kadar tol itu sebagai tidak munasabah selepas kenaikan harga minyak Februari lalu yang menyebabkan berlakuknya protes di Kuala Lumpur, diikuti dengan kenaikan tarif elektrik Jun lalu. Lepas ni tak tau apa lagi akan naik......

2 comments:
akhir sekali darah pun naik hehe
bro zino, sesekali naik darah tak pa, jangan darah tinggi dah la hehe
Post a Comment