Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri 2012

Aidilfitri adalah puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsu. Ianya merupakan hari kegembiraan kepada umat Islam kerana dapat melaksanakan kewajipan rukun Islam ke tiga. Aidilfitri juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu, iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat. Menyambut Aidilfitri di Malaysia adalah jauh lebih beruntung berbanding rakan-rakan di negara Islam lain yang bergolak. Kita perlu bersyukur dengan nikmat ini iaitu nikmat merayakan Aidilfitri dalam aman sejahtera. Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Fitri masih terpelihara. Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya. Berikut sebahagian photo sepanjang raya yang sempat dirakam Angah.

2 comments:

mama ju, said...

Salam sejahtera.
Selamat hari lebaran ke 12, maaf zahir batin. Anak 4 org ya? ISteri org mana?

KAMATO said...

mama ju, 4 orang tu la cahayamata... isteri orang terengganu