Saturday, November 12, 2011

Delima Sawit

Harga tandan sawit sejak kebelakangan ini semakin menurun. Bermula pada Januari tahun ini harga adalah pada paras RM 759.08 setan terus menurun setiap bulan sehinggalah ke paras RM 514.95 setan pada bulan lepas. Dalam masa yang sama kos baja, racun dan upah pekerja terus meningkat. Kalau senerio ini berterusan akan memberi kesan yang besar pada ekonomi pekebun kecil.

Berikut analisa harga se-tan tandan kelapa sawit pada tahun ini

JAN RM759.08
FEB RM722.44
MAR RM697.25
APR RM661.36
MAY RM663.50
JUN RM639.03
JUL RM579.37
AUG RM585.78
SEP RM572.60
OCT RM572.60

Harga se-tan sawit terus menurun dari awal tahun lagi

Kat kebun ni la tempat berlatih membidik

3 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Semakin menurun, agak2nya bila boleh naik balik tu bang?

KAMATO said...

BP, tak tau la.... ni la nasib pekebun

Lord Voldemort said...

Hujung-hujung tahun biasa memang harga akan turun balik. Sebenarnya, cuba tengok harga minyak mentah. Harga sawit (CPO) bergantung pada Brent Crude.

Dari harga minyak, kita dah boleh lebih kurang agak harga sawit.