Monday, December 19, 2011

Trip ke Bandung bersama Rabbani

Baru-baru ini kami sekeluarga berpeluang melawat Kota Bandung. Kali ini kami menggunakan khidmat Rabbani Tour & Travel Sdn Bhd (RTT) yang berpejabat di Bandar Baru Bangi. Program 3 hari 2 malam itu disusun bagitu rapi, walaupun jadual padat tapi masih boleh diselaras mengikut keselesaan peserta rombongan. Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 25 orang.

Setiba di Lapangan Terbang Jakarta, wakil RTT Pak Daniel mejemput kami untuk terus memulakan perjalanan ke Bandung. Perjalanan dari Jakarta ke Bandung sekitar 2 jam. Dalam perjalanan kami berhenti di tempat rehat untuk makan tengahari dan solat zohor. RTT telah mengaturkan untuk kami makan di Restoran Simpang Raya. Sampai di restoran ini makanan telah terhidang untuk kami.
Di sini kami berhenti untuk makan tengahari
Suasana dalam Restoran Simpang Raya

Kami terus memulakan atucara lawatan ke sekitar bandar Bandung di Jalan Merdeka yang mempunyai sejarah tersendiri. Seterusnya ke Jalan Braga, Gedung Sate, Institut Teknologi Bandung – iaitu universiti terbaik, pertama dan tertua di Indonesia. Kemudian kami ke PASAR BARU. Pasar Baru Bandung atau kini disebut juga dengan Pasar Baru Trade Centre berlokasi di Jl.Otto Iskandar Dinata. Lokasi Pasar Baru Bandung terletak di tengah kota Bandung, Tak Jauh dari Jl. Asia Afrika Bandung. Pasar Baru Bandung yang dulunya merupakan Pasar Baroeweg. Pasar ini di bangun sekitar tahun 1884 sebagai pengganti pasar lama di kawasan Ciguriang dan kemudian di adakan naiktaraf pada tahun 2001 menjadi Pasar Baru Bandung sekarang. Jenis barangan yang di
jual di Pasar Baru Bandung ini adalah dari aneka pakaian siap, kain batik, Baju Batik, Bed Cover, Baju Muslim, Jilbab, Kebaya, Perlengkapan Muslim dan lain lain. Di Pasar Baru Bandung pakaian atau kain yang ditawarkan mulai dari kualiti rendah hinggala ke kualiti bagus. Jika bernasib baik kita boleh berbelanja dengan harga murah namun memperolehi kualiti barang yang cukup bagus.

Ada beberapa tips jika ingin berbelanja di Pasar Baru Bandung:
- Pastikan kualiti barang yang di beli, agar tak mengecewakan.
- Jika barang tidak menggunakan lebel harga, berarti barang boleh ditawar
- Simpan beg tangan atau dompet di bagian depan badanuntuk menghindari perkara yang tidak diinginkan, karena Pasar Baru Bandung terlalu ramai pengunjung.
Suasana dalam Pasar Baru
Keadaan di Luar Pasar Baru sentiasa sibuk
Kami menginap di Hotel Sukajadi. Satu hotel bertaraf 3 bintang yang lengkap dengan segala kemudahan
Suasanan di perkarangan hotel
Kami makan malam di sebuah restoran makanan laut, semua siap terhidang sebaik kami sampai

Selepas makan malam kami di bawa Factory Outlet (FO). Factory Outlets di Bandung adalah tempat yang begitu popular kepada pengunjung yang gemar membeli belah. Terdapat empat kawasan utama di Bandung bagi Factory Outlets iaitu Jalan Setiabudi, Jalan Riau, Frasers Daerah dan Kawasan Cihampelas.

Pakaian yang dijual di FO merupakan pakaian yang tidak ter-export karena beberapa alasan iaitu berlebihan kuota, tidak lulus quality control, dan rejected. Akan tetapi kita tidak perlu takut akan mendapatkan barang yang cacat atau rejected, karena banyak FO di kota Bandung yang hanya menjual barang yang berkualiti saja.
Seperti diketahui umum Indonesia merupakan Negara yang memproduksi pakaian-pakaian untuk di export ke luar negeri seperti Singapore, Korea selatan, dll. Di Negara tersebut pakaian dari Indonesai kemudian di beri label baru / re-label untuk kemudian di export kembali ke pasar Eropa atau Amerika. Hal ini dilakukan karana kos produksi di Indonesia relative lebih murah. Sebagai contoh, perusahaan pakaian terkenal DAP membuat pakaianya di Indonesia. Ini dapat menjelaskan bahwa kualiti bahan dari pakaian yang dijual di FO tidak perlu diragukan (export quality).


Hari kedua selepas selesai sarapan pagi, kami dibawa melawat ke Gunung Berapi Putih Tangkuban Perahu. Gunung Tangkuban Parahu atau Gunung Tangkuban Perahu adalah salah satu gunung yang terletak di kawasanJawa Barat, Indonesia. Sekitar 20 km ke arah utara Kota Bandung, dengan rimbun pohon pine dan kebun teh di sekitarnya. Gunung Tangkuban Parahu mempunyai ketinggian setinggi 2.084 meter. Suhu dikawasan ini adalah 17oC pada siang hari dan 2 oC pada malam hari.

Sepanjang jalan pendakian Pak Danial menceritakan asal-usul Gunung Tangkuban Parahu. Ia dikaitkan dengan legenda Sangkuriang yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengajukan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam semalam. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang marah dan menendang perahu itu, sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.

Gunung ini merupakan gunung berapi yang masih aktif. Jenis batuan yang dikeluarkan melalui letusan kebanyakan adalah lava dan sulfur, manakala mineral yang dikeluarkan adalah sulfur belerang, Beberapa kawahnya masih menunjukkan tanda tanda keaktifan gunung ini. Di antara tanda gunung berapi ini adalah munculnya gas belerang dan sumber-sumber air panas di kaki gunung nya di antaranya adalah di kasawan Ciater, Subang.
Keaadaan di kaki gunung
Peserta bergambar beramai-ramai
Kawah gunung berapi yang mengeluarkan gas sulfur
Terdapat banyak gerai di puncak gunung
Pokok istimewa yang berbelang ini terdapat di puncak gunung dan amat cantik bila diukir
Pokok-pokok di kawasan gunung
Tempat kami lunch pada hari kedua

Sebelah petang hari kedua kami melawat Trans Studio. Trans Studio Bandung merupakan Studio yang kedua setelah Makassar. Trans Studio Bandung merupakan taman bermain dalam bangunan, kecuali satu: Yamaha Racing Coaster. Yamaha Racing Coaster merupakan satu-satunya permainan di Trans Studio yang berada di luarbangunan. Dengan tinggi 50 meter, roller coaster ulang alik ini terlihat dari jauh, dan mungkin satu-satunya tanda bahawa di tempat ini ada taman bermain.

Trans Studio Bandung terbahagi kepada tiga bahagian: Studio Central, Magic Corner dan Lost City. Ketiganya terhubung ke sebuah panggung pertunjukan yang luas. Pertama memasuki Trans Studio, pengunjung akan masuk ke bagian Studio Central. Di sini ada Yamaha Racing Coaster, Vertigo, Giant Swing dan beberapa permainan yang.
Setelah menyusuri Studio Central, pengunjung akan sampai ke Amphitheater, yaitu tempat pertunjukan luas. Di tempat ini diselenggarakan berbagai pertunjukan. Ada yang di atas panggung, ada pula yang di tengah-tengah jalan. Dari area Amphiteater, pengunjung dapat belok kiri ke The Lost City, atau belok kanan ke area Magic Corner.

Di The Lost City terdapat Sky Pirates, yaitu kereta yang bergerak di atas area Trans Studio; dan seolah kita nenjelajah yang mirip dengan Niagara-gara di Dunia Fantasi. Di sini juga ada permainan Kong Climb, iaitu permainan panjat dinding.

Di Magic Corner kami mencuba permainan Dunia Lain. Dunia Lain adalah permainan ‘rumah hantu’. Pengunjung menaiki sebuah kereta yang bergerak sendiri secara otomatik. Sepanjang perjalanan, pengunjung menyaksikan berbagai macam legenda kota Bandung yang berhubungan dengan alam mistri, seperti ambulans Bahureksa, Gua Belanda, dan lain-lain. Terdapat 18 permainan keseluruhan dalam Studio ini.

Harga tiket masuk Rp 150 ribu untuk hari biasa dan Rp 200 ribu untuk hujung minggu. Pengunjung memiliki pilihan untuk menjadi VIP dengan menambahkan Rp 200 ribu lagi.

Yamaha Roller Coaster merupakan mercu tanda Trans Studio
Suasana di luar Studio
Suasana di dalam studio
Suasana dalam studio
Antara karektor yang terdapat dalam studio

Malam kami melawat Cibaduyut, Ianya merupakan kawasan menjual barangan kulit. Berbagai barangan kulit seperti beg, kasut, tali pinggang, topi dan jaket dengan harga yang cukup berpatutan boleh didapati di sini. Sebahagian produk-produk jenama terkemuka membuat produk mereka di sini.

Hari terakhir selepas sarapan pagi kami terus bertolak ke Jakarta. Tumpuan kami seterusnya adalah ke ITC Mangga 2. Ianya merupakan kawasan gedung membeli-belah yang tidak asing di kota Jakarta.Gedung-gedung membeli-belah di Mangga 2
Kota Jakarta sentiasa macet setiap masa
Lunch hari terakhir di satu restoran dalam perjalanan ke airport
Suasana di luar restoran

Secara kesimpulannya program yang diatur oleh Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd ini berjalan dengan lancar dan kami amat berpuas hati. Mungkin kami akan menggunakan perkhidmatan syarikat ini lagi pada lawatan-lawatan akan datang. sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pakej-pakej yang ditawarkan syarikat ini bolehlah menghubungi;
Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd
No 311G, Jalan Medan Bangi, Kompleks Diamond, 43650 Bandar Bangi
Tel 0389275928

Thursday, November 24, 2011

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Berikut kisah yg di kirimkan oleh seorang kenalan yang boleh di kongsi bersama;

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Sunday, November 20, 2011

Kelapa Bakar

Sesiapa yang ke pekan Banting, cubalah singgah di Pak Long Kelapa Bakar. Menikmati kelapa bakar yang di campur sedikit madu dan perahan limau nipis dan sepinggan laksa penang memang mengancam

Saturday, November 12, 2011

Delima Sawit

Harga tandan sawit sejak kebelakangan ini semakin menurun. Bermula pada Januari tahun ini harga adalah pada paras RM 759.08 setan terus menurun setiap bulan sehinggalah ke paras RM 514.95 setan pada bulan lepas. Dalam masa yang sama kos baja, racun dan upah pekerja terus meningkat. Kalau senerio ini berterusan akan memberi kesan yang besar pada ekonomi pekebun kecil.

Berikut analisa harga se-tan tandan kelapa sawit pada tahun ini

JAN RM759.08
FEB RM722.44
MAR RM697.25
APR RM661.36
MAY RM663.50
JUN RM639.03
JUL RM579.37
AUG RM585.78
SEP RM572.60
OCT RM572.60

Harga se-tan sawit terus menurun dari awal tahun lagi

Kat kebun ni la tempat berlatih membidik

Monday, November 07, 2011

Sawah dan Raya

Suasana kampung yang meredup dengan angin sawah yang membedal daun-daun padi seringkali menyentuh hati nurani. Di pagi raya meredah embun di antara batas sawah sambil menghirup udara segar merupakan satu kepuasan.


SALAM AIDILADHA KEPADA SEMUA, SEMOGA SEMANGAT PENGORBANAN SENTIASA DI HATI KITA DAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG YANG LEBIH BERTAKWA KEPADANYA.

Wednesday, October 26, 2011

Kediaman di hujung dunia

Memiliki kediaman di kawasan yang jauh dari hiruk pikuk kota, dengan pokok buahan di sekeliling kediaman dan alur sungai yang jernih mengalir di tengah-tengah kawasan adalah menjadi idaman kepada sebahagian besar insan. Baru-baru ni aku berkesempatan mengunjungi kediaman individu di salah satu kawasan di Janda Baik. Berada di situ terlupa seketika masalah di pejabat.

Wednesday, October 19, 2011

Sarapan di SIRIM

Pagi ini aku dijemput oleh SIRIM Shah Alam untuk mempengerusikan satu taskforce yang dihadiri oleh pakar-pakar dari beberapa agensi yang berkaitan dengan welding bagi membincangkan ISO 15614-12. Tujuan utama adalah untuk mengujudkan Malaysian Standard dalam area Spot, Seam & Projection Welding. Oleh kerana aku sampai awal, aku ambil keputusan untuk minum dulu di kafteria SIRIM. Aku ambik nasi goreng kampong, sambal ikan bilis, 2 ketul tempe dan teh O. Bila aku bayar dikaunter harga Cuma RM 2.00. Aku tanya kakak tu sebab apa harganya murah, dia jawab cuma aku je yang kata murah. Alangkah bagusnya kalau semua kedai makan jual marah macam tu.

Sunday, October 16, 2011

Ex-TIKL 80/81 Gathering

Tanggal 15 Oktober 2011 sekali lagi kami bekas pelajar TIKL sesi 80/81 telah berkumpul di Komplek Belia Shah Alam. Kali seramai 50 ahli dapat berkumpul. Sesekali berjumpa memang riuh. Sebahagian tak pernah jumpa dalam masa 30 tahun. Yang nyata fizikal berubah berbanding dengan 30 tahun yang lepas. Antara perubahan ketara;
Ada kepala yang dah botak
Ada rambut yang dah beruban
Ada rambut yang baru nak tumbuh
Ramai perut dah boroi
dan ada yang dah bercucu
Cederahati untuk semua ahli

Bullet sentiasa menggegar dengan suara halilintarnya

Geng Tanjung Karang

Suasana dalam dewan

Keseluruhan ahli yang hadir

Dia orang cukup nakal masa dulu

Kelas 5M1

Thursday, October 13, 2011

PULAPOT

Sesekali dikelilingi wira negara beruniform sebegini seronok juga

Monday, October 10, 2011

Cerita Pekebun

Pagi ini aku sempat sembang dengan abang A, seorang pesara guru yang sekarang aktif mengerjakan kebun. Satu kawasan tanah kosong rizab sungai di hujung Taman aku ni dikerjakannya. Cantik-cantik pokok pisangnya. Cuma baru-baru ni je apabila virus melanda sebahagian besar kebun-kebun pisang di Selangor, pokok-pokok pisangnya juga tak terkecuali. Aku mulakan cerita dengan bertanya pasal kebun-kebunnya. Dia terus bersyarah pasal baget yang baru di umum PM. Katanya tak disentuhpun pasal tanaman untuk makanan. Patutnya kita bagi keutamaan pasal tanaman makanan. Dia menambah sekarang Thailand, Vietnam dan Laos telah dilanda banjir. Banyak sawah-sawah yang musnah, padahal kita bergantung kepada mereka untuk sumber beras. Katanya lagi kalau harap sawah kita memang kebulurla kita. Budak-budak kita dah tak mau kerja sawah, banyak sawah-sawah terbengkalai atau dah ditukar tanaman lain termasuk sawit. Sawit ni pun satu hal, dah hampir pupus budak-budak kampong yang sanggup kerja kat kebun sawit. Silap haribulan Negara kita pun boleh tewas dalam industry sawit.


Banyak kebetulannya hujah abang A ni. Malaysia memang mempunyai kelebihan daya saing berbanding dengan banyak negara lain dari segi industri minyak kelapa sawit. Industri minyak kelapa sawit yang diperdagangkan semenjak 1960an membolehkan Malaysia memperolehi kelebihan “first-mover” dari segi kepakaran dan kemajuan teknologi berbanding dengan negara lain yang lewat berkecimpung dalam industri ini. Kini, industri minyak kelapa sawit berada di persimpangan. Walaupun Malaysia merupakan salah satu daripada pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia, kita berhadapan dengan risiko kehilangan kelebihan daya saing kepada pengeluar lain di Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Penanaman kelapa sawit di Malaysia kelihatan sudah berakhir kerana tanah yang sesuai untuk bercucuk-tanam semakin berkurangan. Kekurangan tenaga kerja dan kos pengeluaran yang meningkat lebih cepat berbanding dengan negara pengeluar lain juga antara faktor meruncingnya risiko ini.


Sekiranya Malaysia ingin mendapat semula kelebihan daya saingnya dalam industri minyak kelapa sawit, ia perlu:

• Meningkatkan penyelidikan & pembangunan (P&P) sebagai pemacu bagi bukan hanya teknologi dan innovasi malah pembangunan modal insan mahir dalam segmen huluan dan hiliran.

• Meningkatkan sumbangan pekebun kecil yang memiliki hampir 40% kawasan yang ditanam dengan kelapa sawit.

• Menganjak ke produk bernilai tambahan tinggi dalam segmen hiliran.

Peladang kelapa sawit di Malaysia membayar ses sebanyak RM15 bagi setiap tan kepada agensi P&P, Lembaga MInyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk membiayai program penyelidikan dan sebagai sumbangan bagi tabung penyelarasan harga kelapa sawit. Sebahagian besar tabung ini masih belum terusik dan mungkin lebih baik dimanfaatkan bagi tujuan lain demi kebaikan industry. Tumpuan pada usaha untuk memenuhi keperluan P&P industry amat diperlukan terutamanya dalam aspek mekanisasi dan peningkatan produktiviti.

Apakah pulangan yang diterima oleh pekebun kecil atas ses yang dibayar selama ini berbaloi.

Saturday, October 08, 2011

Jambatan

Penghubung Seksyen 5 Tambahan dan Seksyen 3 Bandar Baru Bangi telah hampir siap, walau bagaimanapun difahamkan beberapa isu yang melibatkan seksyen 3 masih belum dapat diselesaikan