Saturday, November 20, 2010

Qurban Hari Terakhir

Hari ini merupakan hari terakhir untuk melakukan ibadat qurban. Hari ini aku sekeluarga berpeluang bersama Kumpulan Rabbani dan rakan-rakan yang menjalankan ibadat qurban di Banghuris Homestay. Memang seronok dapat bersama orang kampong bergotong royong melapah, mengagihkan daging dan masak bersama-sama. Banghuri Homestay adalah satu Homestay yang merangkumi tiga kampong iaitu Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchuh and Kampung Hulu Teris. Ini merupakan Homestay terbesar dalam negara yang melibatkan lebih dari 120 buah rumah. Berada di sini seolah-olah berada di kampong sendiri. Hampir keseluruhan penduduk di sini merupakan masyarakat Jawa. Mereka memang cukup peramah. Aktiviti masyarakat perkampongan ini memang boleh dijadikan contoh. Musim ini hampir setiap hari mereka menerima pelancong. Kebanyakkan mereka adalah pelancong Jepun. Bayangkan kalau setiap rumah dikunjungi 5 pelancong sehari, sebulan dah berapa. Lumayan tu dalam keadaan hidup di kampong. Pelancong akan dibawa melawat aktiviti pertanian dan industri asas tani dalam kampong. Kem pelancongan juga banyak membantu penduduk kampong bagi memastikan industri ini berkembang dan dapat memperkenalkan negara ke negara luar.
Ustaz Mohd Asri - ahli kumpulan Rabbani tekun memotong dagingGotong royong memasak daging akiqah bersama penduduk kampongRabbani menghiburkan tetamu yang hadirBergambar beramai-rami bersama orang kampongRabbani akan mengembangkan sayap perniagaan dengan aktiviti di Tanah Suci melalui anak syarikat yang baru di tubuhkan

11 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum KAMATO

seronok orang kampung
sambil tenguk acara ibadat qurban
boleh melihat rabani sekali

Wassalam

Ummi Humaira said...

Assalamualaikum akhi KAMATO

seronok tu ,di samping ibadat Qurban dpt pula bersua kumpulan nasyid tu...

nk tanya sikit , Homestay tu kat daerah mana yer???

KAMATO said...

rozali, mememang seronok.... masyarakat di situ memang bersatu hati, kalau tidak sukar untuk melaksanakan program bersama gitu

KAMATO said...

ummi, homestay tu kat sepang, masuk simpang kat pekan sg pelek

PINATBATE said...

Salam Aidil Adha..

zino said...

salam raya korban..

CikguZue said...

salam Kamato,
meriah nampaknya program tersebut, ya...dan alhamdulillah walau allahyarham Asri dah tiada, anggota kumpnya yg lain masih meneruskan perjuangan...malah lebih jauh dr itu, hingga ke tanah suci.

"MULAN" said...

oohh jeles... dgn kumpulan rabbani...!!!

DLSJ Sahrul (nbk466) said...

Wah..meriah tu majlis Qurbannya tuh bro Kamato..

rosli said...

Salam Kamato,

Best memang happeninglah ibadah korban di kampung ni. Dah dekat dengan kg saya di Bt Laut tu...

KAMATO said...

rosli, memang cukup happening korban di situ

nbk, sesekali join dgn dia org seronok juga

mulan, nak join juga ke.... tahun depan kita buat lagi

cikguzue, walau pun ustaz asri dah tiada tapi ada lagi ahlinya yg bernama mohd asri

zino, salam jua

pinatbate, salam jua