Monday, January 28, 2008

JPK

(Minta maaf kepada pengujung blog ini, sejak kebelakangan ini terasa amat sibuknya, berikut sebahagian pencapaian jabatan aku sejak aku ditukar ke sini dari 2004 hingga sekarang. Kalau boring jangan baca)

Program : Menjana Tenaga Kerja Mahir Negara yang Kompeten dan Kompetitif

Aktiviti Utama:

  • Pengeluaran tenaga kerja mahir yang berkelayakan, iaitu menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).
  • Pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

Pencapaian

  • Dari tahun 2004 hingga 2007 telah mengeluarkan SKM, DKM atau DLKM kepada sejumlah 436,432 pekerja mahir yang berkelayakan melalui program-program latihan kemahiran yang ditauliahkan.
  • Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia telah diperkukuhkan dengan peruntukan-peruntukan dengan berkuatkuasanya Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan mulai September 2006.
  • Mulai tahun 2007, kelayakan SKM, DKM, dan DLKM di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia telah diiktiraf dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Framework) sebagai salah satu laluan kerjaya utama untuk para lepasan sekolah mahupun para pekerja.
  • SLDN telah diperkenalkan dan mula dilaksanakan dalam tahun 2005 sebagai usaha meningkatkan lagi kapasiti latihan kemahiran Negara.
Impak
  • Mewujudkan latihan kebolehkerjaan di kalangan generasi muda dan para pekerja.
  • Menyediakan laluan kerjaya serta membudayakan pembelajaran sepanjang hayat bagi menghasilkan K-pekerja.
  • Membudayakan program latihan yang dipacu industri (industry-driven) dalam pembangunan pekerja mahir negara

Program : Meningkatkan Kualiti Penyampaian Latihan Kemahiran Supaya Memenuhi Keperluan Industri.

Aktiviti Utama:

  • Pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standards, NOSS) sebagai asas kepada latihan kemahiran.
  • Penanda arasan kualiti tenaga pengajar vokasional.

Pencapaian

  • Membangunkan hampir 900 NOSS supaya latihan kemahiran dapat diteraskan kepada keperluan pasaran pekerjaan.
  • Pembangunan NOSS telah diberi peruntukan perundangan dengan berkuatkuasanya Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan mulai September 2006.
  • Pembangunan NOSS telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam tahun 2005
  • Mengadakan pertandingan kemahiran (dinamakan Pertandingan MySkills) di kalangan tenaga pengajar buat ulung kalinya dalam tahun 2007.

Impak

  • Menyediakan peluang latihan kemahiran yang lebih berkualiti bagi menghasilkan K-pekerja
  • Memastikan bahawa latihan kemahiran memenuhi keperluan industri Negara.

10 comments:

zino said...

yg penting yg di latih tu ada kemahiran utk masuk ke alam pekerjaan..

arsaili said...

umm..busy juga yer..semoga pendidikan negara kita bertambah baik

cikdinz said...

sibuk nya...

blackpurple @ jowopinter said...

Tak apa. Utamakan yang utama. Blogging itukan cuma sambil-sambil... :)

Sastri said...

Bang, keje kat KSM ek?

ManjLara said...

Yang penting, berkhidmatlah dgn sejujurnya untuk agama, bangsa dan negara :D

NBK466 said...

Emm..patut laa bzzz pun..

Butaseni@Wan Raja said...

kalau aku hafal entry ni dijamin interview SPA aku lepas dengan cemerlang haha

banggugar said...

salam kenal,

wahh!!.. banyaknya..

kesimpulannya.. sekarang ni memang sibuk kan..

hehehe
(",)

Unknown said...

selamat maju jaya