Thursday, December 27, 2007

Muzium Toys

Tuan-tuan pernah ke singgah di Muzium Toy yang terletak di Tanjung Bungah ini. Tuan punya muzium ni mengaku muzium ini merupakan muzium toy terbesar di dunia. Yang nyata memang telah tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai muzium permainan pertama dan terbesar dalam Negara kita. Ianya mengandungi lebih dari 100,000 toys dalam berbagai jenis. Dekorasi dinding muzium tersebut di penuhi dengan famous ancient Egyptian monument seperti Great Sphinx dan Pyramids of Giza. Dalam muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Chamber of Horror, Chamber of Monsters, Chamber of Fantasy, Chamber of Comic Book Heroes, Cave of Dinosaurs, Fields of Combat, Hall of Virtual Reality, Hall of Rock Legends, Hall of Celebrities, Halls of Cartoons, Hall of Beauties, Star Wars Collections dan banyak lagi. Kanak-kanak la yang paling seronok masuk muzium ni.






Friday, December 21, 2007

Aidil-Adha

Pengajaran terpenting yang terkandung dalam Aidil-Adha ini adalah kesatuan ummah. Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, umat Islam adalah umat yang satu di mana sahaja mereka berada. Ia adalah umat yang bersatu dengan menghadap satu kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu. Maka sudah sewajarnya kita melahirkan kesyukuran kepada Allah S. W.T kerana mengurniakan kepada kita perayaan Aidil-Adha dengan syariatnya yang jelas membawa mesej sesungguhnya kesatuan umat adalah tunjang kepada kekuatan Islam. Begitu juga dengan amalan qurban yang mana jika dilakukankan dengan sebaik mungkin, boleh membentuk sikap kita menjadi pemurah dan penyayang sesama manusia.

Sambutan perayaan Aidil_Adha di Komuniti tempat aku duduk bermula dari malam Hari raya. Takbir telah dijalankan dari rumah ke rumah sebaik sahaja selepas waktu Isyak. Mungkin budaya ini dah semakin pupus di bandar-bandar, tapi Alhamdullilah ia masih diamalkan di Seksyen 5 Taman Langat Jaya ini. Sehingga hampir pukul 1.00 pagi sebanyak 12 buah rumah berjaya di ziarahi pada malam pertama, penuh perut. Ibadah korban dan aqiqah juga berjalan lancar. Walaupun tak banyak hanya 3 ekor tapi itulah bilangan yang mampu kami lakukan dengan bilangan penduduk yang terhad. Gotong royong memasak untuk akikah juga berjalan lancar. Menjelang waktu zohor pembahagian daging korban dan kenduri aqiqah sempurna sepenuhnya.

Semoga Allah Taala akan membalas amalan ini dengan kemurahan rezeki yang mencurah serta limpahan kasih sayang-Nya yang tidak terbatas bagi setiap pengorbanan yang dilakukan.