Friday, January 12, 2007

Banjir lagi

Awal minggu ni terima email dari KUITTHO arahkan untuk mendaftar. Khamis baru berkesempatan untuk pergi. Kali ni pergi dengan kereta opis. Aku ambil kesempatan ini juga untuk bawak bungkusan pakaian untuk mangsa banjir. Perjalanan berjalan lancar tapi bila je masuk Tangkak hujan lebat bukan main, dan sepanjang hari di Batu Pahat hujan tak berhenti. Semasa perjalanan balik sebelah petang aku singgah isi minyak di Air Hitam, aku tanya atendan kat situ.

"Dah lama ke hujan macam ni?"
"Tak de la bang, baru mula semalam pukul 5 petang"
"Kalau macam ni gaya ada harapan nak banjir balik"
"Memang pun, lagi 2 hari kalau hujan ni tak berhenti jugak memang sah bajir balik"

Dan pagi ni berita mengumumkan beberapa kawasan di Johor telah dinaiki air semula dan sebahagian penduduk telah dipindahkan. Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi dugaan ini.

14 comments:

Shami said...

banjir lagi...sama2 kita berdoa moga semua mangsa tabah menghadapinya...
setiap kejadian ada hikmahnya.

KAMATO said...

shami, amin....

zino said...

kamato
memang dah banjir semula.. semuga mangsa yg di berikan ujian bertambah keimanan mereka..

KAMATO said...

zino, memang besar dugaan mereka

Anonymous said...

Baru plan nak balik JB 19hb nanti...harap2 OK ler hendaknya by then...

KAMATO said...

nbk, ikat bot atas kereta....he he

ibuVouge said...

salam bro
boleh e-mail pada iv tak cerita paku + marah..amat berkesan bila membacanya..
sian org johorkan..

ontahsapo said...

semoga bencana ni cepat reda, dan mereka yg menjadi mangsa dapat kembali hidup seperti biasa....

Anonymous said...

Risau saya disini. Satu hari lebih 5kali call Msia. Alhmadulilah prrumahan kami tidak dinaiki air.

INDERA KENCANA said...

Kesusahan mereka bererti kesusahan kita juga. Mulia hati kamato menghulurkan sumbangan.

blackpurple said...

Hari ini,banjir dah semakin surut.

Kerja-kerja pemulihan nanti akan lebih berat dari kerja-kerja menyelamat.

Semua ini ada hikmahnya.

Syikin said...

salam,

ya..moga mrk tabah. bukan sng nak mulakan hidup drp kosong terutama rmh yg musnah teruk. tp, kalau ahli keluarga semua selamat, syukur.

KAMATO said...

iv, dugaan Tuhan... mungkin ada rahmatnya

ajzie, syukur kalau tak kena banjir, tak semua Batu Pahat kena pun...

indera, kita perlua bantu mana yg mampu, sesungguhnya sebahagian dari mereka amat memerlukan bantuan

bp, tiap yang berlaku ada hikmatnya

syikin, memang ada yang kehilangan rumah, yg tinggal tangga je... semoga mereka tabah hadapi dugaan ini.

Anonymous said...

semoga tabah menghadapi....