Monday, January 29, 2007

Eksekutif

Seorang eksekutif muda yang boleh dikatakan berjaya dalam kariernya sedang memandu sebuah kereta import yang berkuasa tinggi. Bagi dirinya kereta berjenama yang baru dibelinya itu merupakan lambang kajayaannya, juga lambang kehidupannya yang berprestij. Dia memandu perlahan melalui sebatang jalan di celah-celah deretan kereta di bahu jalan. Dari jauh dia ternampak seorang kanak-kanak berada di antara deretan kereta di tepi jalan tersebut. Apabila melalui berhampiran kanak-kanak tersebut, tiba-tiba kanak-kanak tersebut membaling batu tepat kena pada keretanya. Dengan perasaan marah pemuda tersebut terus memberhentikan kereta dan meluru kepada budak kecil tersebut, lantas mengherdik. “Kenapa kau baling kereta aku? Engkau tau tak kereta ni mahal, sapa yang nak ganti ni”
Kanak tersebut hanya tunduk, lalu menjawab; ”Minta maaf encik, sebenarnya saya tak tau nak buat apa. Semua kereta yang saya tahan tak mau berhenti, saya tak larat nak angkat abang saya" kata kanak-kanak itu sambil menunjukan abangnya yang cacat terjatuh dari kerusi rodanya dan tertiarap ke bumi.
Eksekutif tersebut segera meluru ke arah pemuda cacat tersebut dan mengangkatnya semula ke kerusi roda. Perasaan egonya tiba-tiba hilang. Dia rasa bersalah memarahi kanak-kanak tersebut. Beliau mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja kesan balingan batu pada keretanya, sekurang-kurangnya ianya akan setiasa memperingatkan dirinya agar sentiasa bersabar dan merendah diri.

Sunday, January 28, 2007

Cicak

Dua hari dua malam aku berkampung di Corus Paradise. Planning penyediaan Busines Plan 2007 terlaksana sudah. Setiap hari kerja sampai jam 11 malam. Lepas kerja biasanya kami akan jalan-jalan cari makan walaupun makan yang disedia dah lebih dari cukup. Patutla orang kata kat negara kita ni orang sakit kerana terlebih makan. Malam terakhir kami kunjungi sebuah restoran, agak besar jugak restoran tu. Bilangan kami pun agak ramai, 13 orang termasuk big bos. Maka terjadilah dialog seperti ini di antara salah seorang dari kami dengan pelayan restoran itu,

A ”Engkau datang dari mana”
P ”Dari seberang”
A ”Seberang kat mana”
P ”Padang, bapak Jawa, ibu padang”
A ”Boleh cakap jawa tak?”
P ”Boleh sikit-sikit”
A ”Makan apa ada”
P ”Semua ada”
A ”Roti Canai ada”
P ”Ada...”
A ”Kuah apa ada”
P “Dal ada, daging gulai kuali pun ada”
A “Gulai kuali daging cincang ke”
P “Kat sini tak ada cicak” (sambil memandang siling)

- Nak gelak pun tak sampai hati

Photobucket - Video and Image Hosting
Pantai di Paradise – Selat Melaka terbentang luas

Tuesday, January 23, 2007

Kota Kinabalu

Kedatangan aku ke Sabah kali ni di sambut oleh saudara Rahman Din sekeluarga di airpot. Dia ni merupakan eksekutif KTM yang telah berhijrah dari semenanjung ke Sabah kira-kira setahun setengah yang lalu. Kami terus lunch di bandar KK. Sebenarnya akhir sekali aku ke sini kira-kira 4 bulan lepas. Nampak perubahan yang ketara pada bandar ini. Banyak tempat-tempat setinggan sedang dibangunkan. Kata Rahman sepatutnya aku sampai semalam, sebab dia dah bercadang untuk adakan TT dengan geng Tribe di sini malam sebelum tu. Dia tak boleh arrange malam minggu sebab dia terpasa ke Cina petang tu. Menurut Rahman lagi dia dah nak habis kontrak di sini, dan kalau tak disambung dia terpaksa balik Semenanjung. Masalahnya dia dan keluarganya dah seronok duduk sini, kalau boleh tak mau balik semenanjung buat masa ini. Dah ramai yang aku jumpa, orang semenanjung bila datang sini tak mau balik. Ya la makan kat kat sini murah, elaun seberang laut dapat, rumah pulak disediakan, jalan pulak tak jem macam di KL. Ada sorang tu staf ILP Kota Samarahan dapat naik pangkat di salah sebuah institut di semenanjung pun masih menolak sebab tak mau lagi balik semenanjung.

Petang Bob rakan lama di JTM datang cari aku di hotel dan petang sempat berjalan menikmati keindahan senja di sepanjang pantai KK. Si Bob ni pun sama, kalau disuruh balik semenanjung memang tak mau punya.
Malam dinner di seafood bersebelahan Promonade. Pilih udang, ikan, ketam dan kepah hidup dalam sangkar. Memang fresh, susah nak dapat macam ni kat semenanjung. Lepas tu pergi ke jalan air untuk masage tapak kaki, memang best.... satu jam setengah treatment cuma RM 15 sahaja. Balik hotel pukul 11 malam, Osman call.... katanya dia kat kampung kenduri, ralat jugak tak dapat jumpa katanya. Tau pulak dia aku kat Sabah, ini mestila kes orang rumah call isteri dia. Sebenarnya baru-baru ni Osman sekeluarga ni tidur rumah aku masa mereka bercuti di KL. Kadang-kadang elok jugak mereka tak ada diKK, kalau tak susah jugak nak mengatur program. Tu yang kadang-kadang lagi elok senyap-senyap kalau out-station.

Program satu hari pada hari Ahad berjalan lancar. Sesungguhnya aku amat berpuas hati. Comitment dari semua peserta amat memuaskan. Komen dari mereka juga amat positif. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada penganjur yang menguruskan program ini dengan begitu rapi.


Photobucket - Video and Image Hosting
Pemandangan Kota Kinabalu – kadang nampak menarik

Photobucket - Video and Image Hosting
Tetamu Senja…… Sesungguhnya keindahan itu milik yang Esa
Di tepi pantai waktu senja…… kalau bukan orang mungkin hantu he he….

Saturday, January 20, 2007

Pasangan

Hj Riduan bercerita.......
Di suatu tempat terdapat satu pasangan yang hidup aman damai. Kedua-dua pasangan ini mempunyai kedudukan ekonomi yang agak baik. Sepanjang 8 tahun mereka melayari bahtera bersama, mereka telah dikurniakan 3 cahaya mata. Kehidupan mereka cukup bahagia, walaupun sekali-sekali terdapat jugak pertengkaran kecil. Walaubagaimanapun kebahagiaan yang diharapkan tidak berpanjangan. Suatu hari mereka telah bertengkar. Pertengkaran kali ini agak besar. Masing-masing tidak mengaku kalah, sehinggalah mereka membuat keputusan untuk berpisah kerana tiada jalan penyelesaian. Selepas itu mereka telah menemui seorang peguam untuk menguruskan pembahagian harta. Semua harta termasuk rumah, tanah dan wang simpanan telah dibahagikan sama rata sehinggalah kedua-duanya berpuas hati. Akhirnya tibalah kepada pembahagian anak. Masing-masing nak lebih, tak mau mengaku kalah. Sedangkan mereka mempunyai 3 orang anak. Mana bisa manusia dibahagi dua, harta boleh la. Akhirnya mereka telah bertemu dengan seorang ulama untuk meminta pandangan. Ulama tersebut mencadangkan agar mereka melupakan niat untuk berpisah. Walau bagaimanapun pasangan tersebut tetap hendak berpisah. Akhirnya ulama tersebut memberi cadangan yang cukup baik. Ulama tersebut mencadangkan agar pasangan tersebut menangguhkan perpisahan mereka setahun lagi. Dalam masa setahun ini mereka perlu berusaha untuk mendapatkan seorang anak lagi. Jika Tuhan merestui perpisahan mereka, mereka akan dikurniakan lagi eorang anak. Masa tu bolehla dibahagi sama rata. Akhirnya pasangan tersebut telah bersetuju cadangan ulama tersebut.

Selepas dua tahun berlalu, ulama tersebut telah terjumpa pasangan tersebut berpegang tangan di satu pasar. Lantas ulama tersebut bertanyakan kepada pasangan tersebut
”Apakah sampai sekarang kamu masih tak dapat anak lagi?”
Pasangan tersebut berpandangan satu sama lain sambil tersenyum, lantas menjawab
”Sesungguhnya Tuhan maha adil, kami bukan saja dikurniakan anak, tetapi kami dikurniakan anak kembar. Sekarang anak kami dah lima, macaman kami nak bagi sama rata. Sekarang kami dah buat keputusan untuk tidak berpisah”

Moral cerita, tangguhkan sebarang tindakan jika tindakan itu berupakan bersifat negatif.

Friday, January 12, 2007

Banjir lagi

Awal minggu ni terima email dari KUITTHO arahkan untuk mendaftar. Khamis baru berkesempatan untuk pergi. Kali ni pergi dengan kereta opis. Aku ambil kesempatan ini juga untuk bawak bungkusan pakaian untuk mangsa banjir. Perjalanan berjalan lancar tapi bila je masuk Tangkak hujan lebat bukan main, dan sepanjang hari di Batu Pahat hujan tak berhenti. Semasa perjalanan balik sebelah petang aku singgah isi minyak di Air Hitam, aku tanya atendan kat situ.

"Dah lama ke hujan macam ni?"
"Tak de la bang, baru mula semalam pukul 5 petang"
"Kalau macam ni gaya ada harapan nak banjir balik"
"Memang pun, lagi 2 hari kalau hujan ni tak berhenti jugak memang sah bajir balik"

Dan pagi ni berita mengumumkan beberapa kawasan di Johor telah dinaiki air semula dan sebahagian penduduk telah dipindahkan. Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi dugaan ini.

Wednesday, January 03, 2007

email dari sahabat

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kitaini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di manapemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakut ersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telahmelakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasamembuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."