Tuesday, January 31, 2012

Banyak Makan Wang punya cerita


Peringkat awalnya tak berajat aku untuk tukar rim macam ni, cukuplah dengan rim standard. Tapi lain pulak jadinya. Aku ke kedai tayar dengan harapan untuk ganti keempat-empat tayar kereta aku yang dah hampir hilang bunganya. Tengah aku memilih tayar tiba-tiba towkey kedai tu keluar. Aku amat kenal towkey kedai tayar ini? Towkey tu terus menegur

"Engkau nak tukar tayar kan? Jom tenguk kereta aku dulu"

“Kat mana keta”.

“Tu hujung sana”.

Kami pun berjalan sama ke satu kereta BMW Sport Z4 berwarna merah

“Kereta aku ni warna merah, tak sesuai dengan sport rim ni, kalau ko nak ko ambik la. Sesuai dengan kereta ko warna hitam”

“Betul ke sport rim ni takada masalah, biasanya orang jual sebab ada masaalah”


“Aiseyman, kalau ada masalah ko datang la sini balik, tayar ni baru je tukar aku dah test 180 km tak masalah”

Setelah berbincang dan harga yang ditawarkan cukup berpatutan, aku pun setuju. Lagi pun aku tahu sangat kemampuan kereta dia, takkan dia nak guna rim yang tak bagus. Dalam masa 15 minit tayar dan sport rim keretanya berpindah ke kereta aku.


“OK, aku cuba dulu, kalau tak bagus aku pulang balik”


“OK”

Hari ini baru dapat aku uji rim ini, 15 minit perjalanan dari Shah Alam ke Kajang melalui Elite, SKVE dan Kajang Silk. Dengan kelajuan 170 km/j ternyata stering masih tak bergegar. Dengan keadaan trafik dan keadaan jalan hanya setakat itu yang mampu aku uji. Walau bagaimanapun dari segi performance tak lawan Michelin.

Wednesday, January 25, 2012

CNY

Sempena cuti CNY berkesempatan bersama keluarga berada di suasana France dan Japan. Foto-foto berikut menceritakan segalanya

Monday, January 16, 2012

Dialog Risau

”sengaja kupilih kereta paling akhir agar lebih selesa kuberbenah”

”kenapa harus terlalu lama berbenah toh akhirnya berangkat juga, takkah kau takut ketinggalan kereta”

”dulu berangkat belum tentu dulu sampai keterlepasan dari waktu dari rasa diburu itulah aku, bukankah paling akhir yang ditunggu”

”bukankah yang awal lebih dikenang, siapa dulu sampai dia yang kan gapai”

”buat apa gapai kalau diri berkecai, demi turuti si angkuh waktu itu”

”buat apa turuti ego yang meracau, takkah kau galau kereta akhir yang kau tunggu tak tiba”

”kereta akhir adalah milikku, milik orang-orang yang menyimpan firman di sakunya, kenapa harus resah kalau milik sendiri”

”awal adalah penggerak”

”tapi akhir adalah penyempurna”

”penyempurna bukan yang menuruti ego”

”penggerak bukan orang yang terlalu ikut campur atas pilihan orang lain”

”bercumbulah dengan kereta akhirmu, berbenahlah dengan dirimu yang sungsang”

” diamlah sebelum kukecup mulutmu, tahu apa kau tentang pilihanku”

Kereta paling panjang pernah aku tenguk

Tuesday, January 10, 2012

Sedetik di Sabah

Mengunjungi pengkalan nelayan di KK bagi melihat industri perikanan adalah sebahagian dari kegemaran aku apabila berada di sini.

Pekan Tuaran tetap sama seperti dulu

Keunikan rekabentuk masjid di Kota Belud memang menarik perhatian pengunjung, kedudukan nya di atas bukit di tengah-tengah bandar merupakan mercu tanda bandar itu