Untuk mendapatkan lesen bagi memiliki shotgun di negara kita agak sukar. Lesen hanya dikeluarkan atas tujuan mencegah musuh tanaman, keselamatan, memburu dan bersukan. Bagi tujuan mencegah musuh tanaman dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tujuan permohonan lese ialah dokumen pemilikan tanah, pemberian kuasa penjagaan tanah, maklumat kerosakan terhadap tanaman, program penanaman semula, kepelbagaian dan jenis tanaman. Selain dari itu pemohon mestilah bersih dari sebarang rekod jenayah, lepas tapisan keselamatan dan sihat tubuh badan. Bagi tujuan menjaga keselamatan diri dan harta benda pula, pemohon perlu mengemukakan dokumen penyata kewangan syarikat dan peribadi yang terkini dan salinan aduan kepada polis mengenai ancaman. Manakala bagi tujuan bersukan perlu mengemukakan sijil penyertaan di mana-mana kejohanan di peringkat tempatan atau antarabangsa mewakili kelab, negeri atau negara. Kelulusan hanya dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara setelah melihat dari berbagai aspek.






