Sunday, April 29, 2007

Demam Pilihanraya Berakhir

Seperti yang dijangkakan akhirnya calon BN K.R. Pathiban yang turun ke gelanggang dengan senjata dan bala tentera yang lengkap akhirnya memenangi pilihanraya di Ijok mengalahkan calon PKR Tan Sri Abdul Khalid. Dengan kemenangan itu maka berakhirlah perang saraf selama 10 hari di DUN Ijok. Harap-harap selepas ini orang kampung aku boleh hidup aman. Selama 10 hari ini kehidupan selesa mereka telah dicemar oleh petugas-petugas jentera pilihanraya yang datang entah dari benua mana. Pilihanraya ini telah menyaksikan beberapa ensiden yang tidak diingini sejak hari penaman calon lagi. Ramai yang menggelar inilah pilihanraya paling panas, inilah pilihanraya paling mahal, inilah pilihanraya paling kecoh dan tegang dan ada yang menggelar inilah pilihanraya paling kotor dalam sejarah. Tak tau sejauh mana kebenarannya. Ramai jugak yang dilaporkan cedera dalam kempen 10 hari ini, walaubagaimanapun ia tidak melibatkan penduduk kampung. Ada jugak beberapa fakta pelik yang aku terima antaranya ada orang yang dah mati balik mengundi. Harap-harap orang yang dah mati itu balik semula ke kubur, kalau tidah susah nanti orang kampung.

Thursday, April 26, 2007

Pilihanraya Ijok



Aku sempat balik ke kampung aku di Ijok baru-baru ini untuk melihat suasana pilihanraya. Keadaan kampong tiba-tiba berubah. Emak kata apa yang dia ingat sejak dulu hingga sekarang inila pilihanraya yang paling meriah. Sebenarnya aku tak berapa suka cerita politik, tapi itula hakikat sebenarnya. Ramai sungguh orang luar di kampong. Agaknya dah sama banyak orang kampong dengan orang luar. Aku sempat berjemaah Asar di masjid batu 8 Ijok. Masjid hampir penuh masa tu, kalau di kira mungkin tak sampai pun satu saf orang tempatan. Mungkin jugak disebabkan masa tu Datuk Najib sembahyang situ.

Tenguk gaya pertandingan kali ini agak sengit. Percaturan di kalangan kedua-dua pihak dalam usaha untuk memancing undi terutama di kalangan pengundi melayu amat ketara. Emak kata setiap hari rumah didatangai tetamu samada dari BN atau pembangkang. Kali ini BN menggunakan konsep kapung. Semua BN negeri mempunyai port masing-masing dengan menamakan sebagai Rumah Johor, Rumah Pahang, Rumah Terengganu, Rumah Kelantan dan sebagainya. Pihak pembangkang juga tak kurang hebatnya di mana menampakkan Keadilan, PAS dan DAP berganding bahu. Ceramah-ceramah umum terutama dari Datuk Najib dan Datuk Seri Anuar yang diadakan setiap malam menambah menggamatkan suasana. Kadang-kadang macam Ijok itu menjadi medan perdebatan antara TPM dan bekas TPM itu.

Suasana semua jalan di kampong Ijok begitu sesak sekali, jem macam KL. Ianya menjadi lebih teruk dengan kehadiran jentera-jentera berat dalam usaha untuk menaik taraf jalan-jalan di kampong. Tak ada jalan yang terselamat dari naik taraf. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sejumlah 36 juta untuk pembangunan kampung. Agaknya inilah pilihanraya paling mahal dalam sejarah. Apahalpun keputusan di tangan pengundi kampung terutama pengundi melayu.

India beraya
Melayu berlaga
Cina buka meja
Pengundi jadi raja
Pemimpin sandiwara
Kampung jadi bandaraya
Teh kopi naik harga
Puteri selak peha
Putera beliak mata
Wanita suara manja
AJK parti jadi buaya
Makan minum sampai ke riba
Bendera lampu macam raya
Itulah pilihanraya

Thursday, April 19, 2007

Sehari di Parlimen

Dah agak lama jugak aku tak bertugas di parlimen. Hari ni pagi-pagi dapat arahan suruh pergi sebab ada penggulungan bahas. Dewan Rakyat dah masuk hari ketiga bersidang. Sebelah pagi lagi semasa menjawab lisan suasana dewan agak kecoh. Beberapa perkataan yang tak sewajarnya sering kedengaran dikeluarkan oleh ahli dewan, sehingga kadang-kadang seolah-olah speaker tidak dapat mengawal keadaan. Penggulungan bermula jam 11.30 pagi, dimulakan oleh JPM. Datuk Nazri penggulung pertama. Soalan pembangkang mula bertalu-talu sehingga la berhenti makan tengahari.

Waktu rehat tengahari aku berlegar-legar di lobi parlimen bersama Faizal dari JTM. Tetiba nampak Datuk Dr Latif, Tim Menteri Kesihatan melambai tangan. Dia berjalan ke arah aku. Aku segera hulur tangan bertanya khabar. Dia kata “Lama tak jumpa, aku nak peluk kau”. Dia terus peluk aku, dalam hati terharu jugak. Kami sembang lama jugak di lobi itu. Sebelum dia masuk ke dewan dia sempat berpesan “Kalau meeting kat blok E jangan lupa call”. Itu la keistimewaan Dr Latif, dia cukup ingat dengan bekas pegawai-pegawai dia. Semasa aku di jabatan lama, hubungan kami dengan pejabat Tim Menteri masa tu agak akrab. Masa tu dia Tim Menteri Sumber Manusia. Yang aku ingat setiap kali dia pegi oversea ada je buah tangan untuk kami. Kadang-kadang naik segan dibuatnya dan kami masih tak tau sebab apa dia baik sangat dengan kami. Tapi itu cerita dulu.

Pukul 2.30 petang dewan kembali bersidang. Datuk Nazri kembali menggulung perbahasan. Situasi semakin panas. Berbagai isu sensitif menjadi topic pembangkang. Lim Kit Siang dan Kapral Sing melancarkan serangan dari berbagai sudut. Tak membenarkan untuk aku menulis isu-isu itu di sini. Sampai hampir ke pukul 4.00 masih tak menampakkan Datuk Nazri akan menutup hujah. Aku kira pembangkang sengaja melambatkan permainan dan memainkan isu bagi tujuan kempen pilihanraya Ijok. Tepat jam 4.00 petang dapat massage Datuk Rahman Bakar tunggu di kafteria. Aku segera ke sana, makanan telah pun di order. Tepat jam jan 4.30 petang semua pegawai dari semua agensi telah berkumpul termasuklah beberapa orang KP, kebetulan pulak post cabinet baru sahaja habis. Riuh-rendah kafteria tu seolah-olah macam kami yang punya. Badrul Hisham (bekas YB Hulu Langat) yang duduk di meja sebelah sesekali menyampuk. Yang aku perasan setiap kali parlimen bersidang, Badrul Hisham ni mesti ada kat parlimen.
Tok Man mintak kami standby je sampai pukul 5.30 petang, “Kalau nasib baik sampai turn kita” katanya. Tapi masa tu masih tak menampakkan menteri di JPM itu akan berhenti malah isu semakin hangat. Tak lama Azli (Pengacara selamat pagi Malaysia) sampai, kecoh dia tetap macam tu jugak. Dari jauh dia dah memekik “Kamato, apa khabar.. lama tak jumpa engkau”. Dia terus duduk sebelah aku. Sebenarnya hanya kawan-kawan tertentu sahaja yang panggil aku Kamato. Aku terpaksa declay dengan Tok Man yang Azli ni kawan lama aku. Tok Man ambik kesempatan itu mintak Azli war-warkan program ocean wave yang akan dilancarkan di Terengganu nanti di RTM. Azli beri jaminan tak masalah. Itu la Azli....semuanya boleh. Dia sempat bisik kat aku, ”Team sekarang tak macam team dulu”. Aku cuma menganguk dan sampai sekarang aku masih tak faham apa yang tersirat di sebalik kata-katanya. Tepat jam 5.30 petang dewan ditangguhkan dan akan disambung semula esok. Seperti yang dijangkakan masih belum sampai turn KSM . Habis begitu saja sehari masa aku di Parlimen.

Sunday, April 15, 2007

IJOK

Tetiba sahaja IJOK, kampong aku menjadi begitu famous pada masa ini. Peruntukan awal sebanyak RM16 juta telah diluluskan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok. Kadang-kadang bagus pilihanraya ni, sekurang-kurangnya orang kampong boleh jugak jumpa Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo. Peratusan pengundi di DUN Ijok ini adalah 51.04 peratus pengundi Melayu, 28.16 peratus India dan 20.59 peratus Cina. Kabarnya ia akan menjanjikan persaingan yang cukup sengit. Aku tak boleh cerita lebih-lebih pasal pilihanraya ni. Apahal pun kita tunggu keputusannya nanti.
Di Kampung Batu 8 Ijok ini la tempat aku dilahirkan. Inilah rumah tempat emak dan bapak tinggal. Emak kata masa aku dilahirkan rumah masa tu cuma enam tiang. Orang kampong angkat ramai-ramai dan pindahkan ke tapak rumah sekarang ini iaitu kira-kira 100 meter. Selepas itu rumah itu telah mengalami beberapa revolusi sehinggalah sekarang ini. Aku kira takkan berlaku sebarang revolusi lagi selepas ini memandangkan banyak ruang dalam rumah itu yang tidak berpengguni. Yang uniknya depan rumah tu ada sepohon pokok laici. Umur pokok tu sebaya dengan anak dara aku. Tapi sampai sekarang masih tak berbuah, dan mungkin takkan berbuah. Nak tebang sayang, di bawah pohon inila tempat cucu-cucu bermain.

Thursday, April 12, 2007

Limkokwing

Hari ni berpeluang melawat Limkokwing Universiti bersama KSU dan beberapa pegawai lain. Antara beberapa fakta baru yang aku dapat berkenaan universiti ni:
  • Warna hitam merupakan warna koperat kolej ini. Semua dinding, siling dan perabut komplek tersebut berwarna hitam. Kadang-kadang rasa macam duduk dalam gua. Pakaian staf juga serba hitam, semua pensyarah kena menandatangani perjanjian untuk berpakaian hitam.
  • Parthner dengan 14 university di Europe & Australia.
  • Brandded restaurant dengan nama Wings coffee (kat sini aku rasa 'coffee durian').
  • Student dari 90 countries dari berbagai bebua.
  • 52% student bumi dan 48% non bumi (maklumat ini entah betul entah ke tidak).

Walaubagaimanapun usahan college ni untuk branddedkan barang-barang buatan Malaysian boleh dipuji.

Tuesday, April 10, 2007

Fuji San

Gunung Fuji adalah gunung tertinggi di Japan. Ia terletak di antara daerah Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo. Gunung Fuji merupakan simbol yang terkenal di negara matahari terbit ini dan sering digambarkan dalam karya seni dan foto. Terdapat lima danau di sekeliling Fuji, iaitu Danau Kawaguchi, Yamanaka, Sai, Motosu dan Shoji. Ianya merupakan gunung berapi yang kini masih aktif, kali terakhir meluahkan lava adalah pada tahun 1707. Ianya jelas kelihatan dari udara sebaik sahaja 20 minit berlepas dari Airport Narita.

Pemandangan Gunung Fuji dari udara yang sempat dirakam semasa penerbangan balik, sungguh mengkagumkan. Terasa kerdilnya diri ini melihat kekuasaan Tuhan yang menciptanya.

Saturday, April 07, 2007

Supervisor

Setiap hari sibuk dengan tugasan harian dan dalam masa yang sama part time sebagai researcher merupakan satu cabaran yang memerlukan komitmen yang tinggi. Kedatangan Prof Dr Goerge Spottle dari German ke pejabat umpama seperti mengejutkan kucing yang sedang lena beradu di tilam empuk. Bukan senang sebenarnya nak dapat supervisor yang datang dari jauh nak tenguk student, cuma student tu je yang kadang-kadang tak berapa nak sedar. Apahal pun semua perbincangan berjalan lancar.

Sunday, April 01, 2007

Sakura Bahagian Akhir




Keindahan mu kadang-kadang memukau pandangan, itulah kebesaran Ilahi

Wednesday, March 28, 2007

Cherry Blossoms



Cherry blossoms have now started to open in several cities in Japan, including Tokyo (8 days earlier than average). The cherry blossom (sakura) is Japan's unofficial national flower. It has been celebrated for many centuries and takes a very prominent position in Japanese culture. The Japanese celebrate that time of the year with hanami (cherry blossom viewing) parties under the blooming trees. Hanami literally means "flower viewing", however, it commonly refers only to cherry blossom viewing. Cherry blossom viewing is easy: Simply enjoy the intensity of the many blossoms by looking at a single tree or a group of trees. From a distance, the trees appear as beautiful clouds, while the beauty of single blossoms can be enjoyed from a close distance. Hanami can be just a stroll in the park, but it traditionally also involves a picnic party under the blooming trees. Hanami parties have been held in Japan for many centuries, and today are held in public and private gardens and parks across the country.

Monday, March 26, 2007

Bunga Pink

Tak tau sebenarnya nama bunga ni, bentuk macam ros. Saiz macam ros yang besar. Pokok dia bukan main tinggi, lurus macam pokok manggis. Sesetengah tu ada yang sampai 30 kaki tinggi. Sekarang ni pokok ni penuh dengan bunga dari bawah sampai atas. Cantik jugak tenguk ....

Sunday, March 25, 2007

Sakura


Ini la dia bunga cherry blossoms iaitu bunga kebangsaan negara Jepun. Ianya juga dikenali sebagai bunga sakura. Keadaaannya masa ini masih belum mekar sepenuhnya. Mungkin seminggu lagi ianya akan membangkitkan suasana ceria di kawasan Shibuya ini.

Friday, March 23, 2007

Tulip

Rata-rata di Japan ni bunga sakura masih belum kembang, masih kuncup lagi. Tapi orang sini kata dalam seminggu lagi akan kembang la semua sakura-sakura tu. Buat masa ni tulip memang banyak, macam-macam warna ada.... tapi saiz nya agak kecil banding tulip di negara barat.

Thursday, March 22, 2007

Hatagaya

Suasana sebatang jalan di Hatagaya. Nampak padat dan kemas. Keadaan bentuk mukabuminya menjadikan orang Jepun ni terpaksa menggunakan ruang sepenuh. Susah nak jumpa tanah kosong.




Bentuk makanan di salah sebuah gerai di Hatagaya ini amat menarik tapi masih ragu untuk mencubanya. Agaknya kalau dijual dipasar malam tempat kita mesti laku.

Wednesday, March 21, 2007

Tokyo mosque

Hari ini aku sempat berjemaah di Tokyo Mosque di tengah-tengah bandaraya matahari terbit ini. Bandaraya Tokyo agak lengang hari ini memandangkan hari ini merupakan hari cuti umum di sini. Kali terakhir aku sampai tempat ni kira-kira 7 tahun lepas. Tak ada banyak perbezaannya masjid ini. Masjid besar dan cantik, tapi jemaah boleh kira. Semasa sembahyang asar ada la beberapa orang anak gadis Jepun siap bertudung melawat masjid itu. Mereka duduk memerhatikan jemaah bersembahyang. Selepas itu bila aku tanya samada mereka muslim atau bukan. Salah sorang dari mereka menjawab bukan, tapi dia kata dia minat dengan islam. Alangkah baiknya kalau ada orang-orang kuat agama di sini yang boleh membimbing mereka-mereka ini.

Friday, March 16, 2007

Masjid Kristal

Selain masjid terapung yang begitu terkenal di Kuala Terengganu, satu lagi masjid yang akan menjadi mercu tanda di Kuala Terengganu sedang rancak pembinaannya. Masjid tersebut di kenali dengan nama Masjid Kristal. Ianya begitu jelas jika dilihat dari Jambatan Sultan Mahmud dan juga dari Pulau Duyung. Menurut penduduk tetap di sini, sering berlaku kemalangan sejak akhir-akhir ini di atas Jambatan Sultan Mahmod kerana tumpuan pemandu sering ke arah struktur binaan masjid tersebut.
Persoalannya apakah rupa masjid atau pengisian masjid itu yang jadi keutamaan

Wednesday, March 14, 2007

Kembalinya ke Rahmatullah

Tanggal 21 Safar 1427 (11 Mac 2007), tepat jam 3.58 petang Bonda Mertua tercinta telah menghembuskan nafas terakhir setelah 4 hari berada di ICU Hospital Besar Kuala Terengganu. Bonda meninggal dalam usia 77 tahun. Semua anak-anak dan cucu berada berada di sisi di saat-saat akhir pemergiannya. Alhamdulillah segala urusan pengkebumian berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Terima kasih kepada semua doktor dan kakitangan ICU atas layanan yang memuaskan dan membenarkan kami berkumpul beramai-ramai walaupun pada kebiasaanya hanya 2 orang sahaja dibenarkan melawat dalam satu masa. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan menghantar SMS ucapan takziah. Minta maaf kerana tak sempat nak membalas. Tak terkira rasanya SMS yang di terima, cepat betul berita sampai. Kepada kawan-kawan yang bersusah-payah datang menziarah ke Kuala Berang, terima kasih sekali lagi. Semoga rohnya di cucuri rahmat.

Friday, March 09, 2007

Ombak


Budak-budak main tombak,
Tombak diikat dengan rantai;
Kalau takut pada ombak,
Di gigi air ombak sampai.

Buih air laut menyerupai putihnya kapas, mampu menciptakan panorama indah di sepanjang pantai Kemasik


Friday, March 02, 2007

Kehijauan



Keindahan kehijauan di negara kita tak kurang hebatnya berbanding negara lain.

Thursday, February 22, 2007

Konvo PNBi

Aku menghadiri jemputan majlis konvokesyen intitut PNB hari ini. Majlis dirasmikan oleh TPM. Jemputan telah aku terima kira-kira sebulan yang lepas. Sepanjang yang aku ingat 4 kali perubahan hari dan masa majlis tersebut telah pun dibuat. Setiap kali ada perubahan urusetia akan call dan e-mail. Sehingga semalam pun urusetia majlis tersebut masih call untuk pastikan semua jemputan maklum perubahan masa. Itula susahnya bila majlis melibatkan orang no 1 atau no 2. Sehingga aku rasa serba salah kalau tak hadir, kebetulan pulak institut ini bersedia melaksanakan program SLDN. Sebenarnya progam di Institut PNB ini banyak kelebihannya, cuma mungkin ramai yang tak mengetahui. Ianya menyediakan program Diploma lepasan Ijazah dalam bidang pelaburan. Kepada graduan yang tidak bekerja boleh memohon. Program dijalankan setahun setengah. Pelajar akan ditempatkan di anak syarikat PNB untuk latihan OJT. Semua perbelanjaan ditanggung oleh PNB. Setiap bulan akan dapat elaun RM700. Tiada sebarang kontrak dengan PNB. Tidak perlu bayar balik, malah student boleh berhenti bila-bila masa jika mendapat pekerjaan semasa mengikuti latihan. Student yang tamat juga akan mendapat penganugerahan dari salah sebuah universiti di Australia. Mana nak dapat keistimewaan seperti ini di tempat-tempat lain.

Nak dijadikan cerita aku pergila menghadiri jemputan majlis tersebut. Program mula jam 3 petang. Pukul 1.30 tgh hari aku dah keluar opis. Dengan penuh yakin aku menuju ke PWTC. Kali ni drive sendiri. Aku cuba cari jalan yang terbaik untuk mengelakan kesesakan. Tepat jan 2.30 petang aku dah sampai di PWTC, bermakna aku ada masa setengah jam lagi sebelum majlis bermula. Aku segera ke lobi untuk mencari di mana majlis tersebut di buat. Suasana di situ agak lengang, tak menampakkan langsung majlis melibatkan TPM. Aku selok poket, check dalam comunicator. Cuma bertulis Ballroom 1 & 2. Lepas tu baru aku tersedar mana ada Ballroom kat PWTC. Aku segera cari kad jemputan dalam Jeket... La.... rupanya kat KLCC. Masa tu jam dah 2.40 petang. Aku segera bergegas ke KLCC dan mujur sampai tepat jam 3.00 petang.

Inila bahananya bila kurang fokus (Ayat Black Purple)

Sunday, February 18, 2007

Penswastaan

Di sini la tempat aku mula bertugas setelah aku menamatkan pengajian dari sebuah universiti tempatan kira-kira 20 tahun yang lepas. Di sinilah (salah satu institut di utara tanah air) aku menghabiskan sebahagian besar zaman bujang ku. Di sini juga lah aku mengenali erti kemahiran sebenar, sehinggalah metal structure, welding dan NDT sebati dalam hidup aku. Setelah hampir 8 tahun aku berada di tempat itu, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menswastakan institut tersebut. Aku bersama kawan-kawan akur dengan keputusan itu, mungkin juga ianya langkah terbaik kerajaan. Walau bagaimanapun sebelum penswastaan menjadi realiti aku telah dirahkan pindah ke Ibu Kota. Sekali lagi aku akur dengan arahan. Setiap masa aku mengikuti perkembangan rakan-rakan aku dengan syarikat baru yang berpengaruh itu. Sepuluh tahun pertama operasi tidak menampakkan sebarang kepincangan, lebih-lebih lagi kerajaan telah membantu menaja pelajar-pelajar seperti yang termaktup dalam konsesi penswastaan. Tetapi suasana mula berubah selepas 10 tahun, syarikat menghadapi masalah untuk mengurus institut. Pelajar semakin kurang sehinggakan syarikat terpaksa memberhentikan sebahagian pensyarah yang ada.

Hari ini aku ke sini bersama rombongan lain dari egensi pusat dengan tujuan untuk mengambil alih institut ini. Jika tiada aral, pertengahan tahun ini semua urusan pengambil alih akan selesai. Walau bagaimanapun keadaan fizikal institut amat tidak terurus dan memerlukan sejumlah peruntukan yang agak besar untuk memulihkannya.