Monday, May 15, 2006
Wednesday, May 10, 2006
Pengangkutan Awam
Di negara-negara maju di barat ini budaya berbasikal masih kuat. Di Bremen ni budaya berbasikal begitu kukuh. Di setiap jalan raya besar dan kecil ada disediakan lorong berbasikal untuk kegunaan awam.Di London masih ramai yang berbasikal walaupun sistem basikal dalam kota ini tidak tersusun serapi di kota-kota negara Belanda atau di Belgium. Tetapi dalam kota-kota kecil di Britain seperti di Oxford, Kent malah dipinggir London berbasikal masih lagi satu budaya yang kukuh.
Di Kuala Lumpur amat jarang kita dapat melihat orang berbasikal. Di pekan-pekan kecil juga tidak ternampak lagi warga berbasikal. Rasanya ini bukan kerana semua orang telah memiliki kereta atau motosikal tetapi kerana berbasikal di jalan raya di Malaysia hari ini mungkin lebih merbahaya dari tinggal di Gaza.
Kalau kita berjalan kaki dalam kota Kuala Lumpur, kita tidak akan merasa sekali pun diberi laluan dipersimpangan jalan bila berhadapan dengan kereta. Ini amat berbeza bila kita berjalan dalam kota-kota besar di Eropah, jika kita berjalan kaki dan bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan jalan, pasti sipemandu akan mengangkat tangannya meminta kita melintasi dahulu jalan itu. Pejalan kaki masih dihormati sebagai manusia untuk diberi laluan. Di Kuala Lumpur bukan sahaja orang yang berjalan kaki tidak diberi laluan malah kadang-kadang di lintasan yang jelas menunjukkan lampu-orang-hijau untuk pejalan kaki sedang terpasang masih ada kereta yang merentas masuk
Tanpa sistem pengangkutan awam yang tersusun maka warga di negara kita dipaksa dan digalakan untuk memiliki dan memandu kereta persendirian. Hak dan kuasa untuk miliki kereta sendiri juga melahirkan kesesakan jalanraya yang sedang kita hadapi hari ini. Agaknya bila kita terlepas dari masalah kesesakan jalanraya. Kalau kita mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisen sekali pun, adakah masyarakat kita bersedia untuk menggunakan sepenuhnya.
Monday, May 08, 2006
Hujung minggu
Thursday, May 04, 2006
Bersidai
Tuesday, May 02, 2006
Landmark of Bremen
Friday, April 28, 2006
Kena halau
Wednesday, April 26, 2006
Hannover Messe
Thursday, April 20, 2006
Musim Bunga
Monday, April 17, 2006
Tour Europe
Dari Koln kami terus ke Aachen iaitu sejauh 60 km perjalanan. Kami terus menuju ke rumah student Malaysia. Abai, Hajar dan Shima telah pun menunggu. Kami bermalam di rumah salah seorang dari mereka. Petang kami sempat ke sempadan 3 negara iaitu Belanda, Belgium dan German. Di sini terdapat 1 batu yang memisahkan 3 negara tersebut. Kalau kita mengelilingi batu tersebut, kita akan juga berada di 3 negara. Bersambung................
Friday, April 14, 2006
Cuti Easter
Thursday, April 13, 2006
Malaysian
Tuesday, April 11, 2006
Bekal
Sunday, April 09, 2006
Lawatan ke Humburg
Selepas itu kami mengunjungi office Bro Mohamad, iaitu seorang rakyat palestin yang menjalankan perniagaan agen umrah dan haji. Kami disambut dengan baik, malah diberi kemudahan untuk menghubungi pejabat Mas di Malaysia dengan percuma. Melalui beliau kami dapat tahu di bandar Humburg ini sahaja terdapat sekitar 70 buah masjid. Kami sempat solat Zohor di salah satu masjid dan terdapat sekitar 200 orang berjemaah masa tu. Di negara kita pun susah untuk jumpa masjid berjemaah zohor seramai itu. Satu perkembangan yang amat baik di negara bukan islam.
Kelam-kabut
Saturday, April 08, 2006
Masyarakat Islam di Bremen
Friday, April 07, 2006
Semester Tiket
Tuesday, April 04, 2006
Hari Pertama
Monday, April 03, 2006
Warga Turki di German
Sunday, April 02, 2006
Ke German lagi
Tuesday, March 21, 2006
Parking punya cerita
Aku: Habis nak parking mana lagi, dah 4 kali saya pusing tak jugak dapat parking.
Guard: En kena bagitau jaga kat depan
Aku: Bagitau pun apa dia boleh buat, tempat semua dah penuh
Guard: En tak boleh paking sini nanti dia orang marah
Aku: Sapa nak marah! Tempat ni bukan ada sapa-sapa punya parking. Lagi pun saya sekejap je, ini kes mahkamah, saya perlu segera.
Guard: Apa hal pun En tak boleh parking sini
Masa tu aku dah sikit hot
Aku: Saya letak jugak, apa nak jadi pun jadi la saya tak peduli...
Aku terus beredar dan aku tenguk guard tu blah. Dalam hati dok menyebut tak sepatutnya aku berkasar dengan guard tu, dah tugas dia. Aku dah tak ada pilihan lain, dah terpaksa. Lagi pun dalam komplek ni bukan ada saman pun, malah tak pernah pun dengan kereta kena kunci tayar. Inilah silapnya bila buat building tanpa memikir parking untuk customer. Patutla Izan awal-awal dah pergi, rupanya nak kejar parking.
Perbincangan pagi tu pulak agak hangat. Memang lawyer ni cekap bermain dengan kata-kata. Silap je sikit dia akan skru. Nasib baikla tak banyak yang dia tanya aku. Pegawai dari TPK tak tertepis menjawab soalan, semuanya soalan membunuh. Perbincangan habis pukul 12.15. Seperti yang aku dah jangka bila aku pergi kat kereta satu notis dilekat di cermin hadapan yang bertulis "Tidak dibenarkan parking di sini". Aku buang notis tersebut dan balik ke pejabat. Tapi nak jadi cerita sebelum aku masuk parking kat blok aku tetiba satu mator langgar belakang aku. Aku tenguk Mat tu dah tertiarap kat tepi. Motor dia teruk jugak. Aku tenguk lampu belakang sebelah kanan kereta aku dah berlubang, sakitnya hati..... Nak mintak ganti kat Mat motor tu pun tak sampai hati bila tenguk muka dia bukan main toya. Ini la agaknya balasan sebab berkasar dengan guard tadi.......
Monday, March 20, 2006
Seminar Kebangsaan Islam Hadari
Sunday, March 19, 2006
Pakatan Tmn Langat Jaya
· Mesyarat bersetuju konsep pakatan yang akan ditubuhkan merupakan untuk kebajikan penduduk Taman Langat Jaya. Sebarang penggunaan untuk tujuan catering atau lain-lain busines di kalangan ahli adalah dibenarkan dengan dikenakan bayaran sewaan.
· Mesyuarat memutuskan tarikh akhir pembayaran yuran penyertaan sebanyak RM 100 adalah pada 31 Mac 2006.
· Mesyuarat memutuskan kutipan sebanyak RM 50 sebulan dikutip daripada ahli pakatan bermula dari April 2006 sehingga Ogos 2006.
· Peralatan pinggan mangkuk akan mula di beli selepas tarikh 31 Ogos 2006.
· Jumlah kutipan bulanan selepas dari tarikh 31 Ogos 2006 akan diputuskan kemudian oleh ahli setelah mengambil kira jumlah dana yang terkumpul.
· Semua ahli sediaada perlu bersama-sama mendapatkan seberapa ramai ahli di kalangan penduduk dalam Taman langat Jaya untuk turut serta dalam pakatan ini.
· Semua penyertaan ahli baru dalam tahun ini akan diselaraskan tarikh bersamaan dengan tarikh penyertaan ahli sedia ada. Oleh yang demikian jumlah bayaran yang akan dikenakan oleh ahli baru adalah sama dengan jumlah bayaran yang telah dibayar oleh ahli sedia ada.
· Kadar bayaran ke atas penyertaan ahli baru selepas tarikh 31 Dec 2006 akan diputuskan kemudian.
· Sdr Zali menawarkan tempat penyimpaan sementara peralatan tersebut di bengkel beliau sehingga stor penyimpanan sebenar di ujudkan.
· Satu akaun bank atas nama pengerusi, bendahari dan setiausaha akan diujudkan.
· Sebarang perubahan dan pindaan operasi pakatan akan dibuat dari masa ke semasa setelah mendapat persetujuan semua ahli.
Semoga penubuhan kumpulan seperti ini akan lebih mengeratkan hubungan dikalangan penduduk Taman
Kisah Pakcik Tua dan Mid Valley
Sunday, March 12, 2006
Bahasa Jerman
Wednesday, March 08, 2006
Hak Pekerja Wanita
Jelas sekali Habsah Jaafar telah dinafikan haknya sebagai pekerja wanita islam di mana beliau tidak dibenarkan memakai tudung semasa bertugas. Ini bertentangan dengan kebebasan dan hak seorang wanita. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Jaminan ke atas hak-hak tersebut juga terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan di mana agama Islam merupakan agama rasmi negara. Oleh yang demikian Habsah sebagai seorang Islam mempunyai hak untuk bertudung semasa bekerja sebagaimana yang dinyatakan dalam Pelembagaan Persekutuan. Di samping itu juga, terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundemental Liberties). Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki.
Habsah Jaafar sebagai wanita islam yang patuh kepada perintah Allah SWT supaya menutup aurat sebagai bukti ketaatan dan perlindungan Islam terhadap pandangan lelaki yang tidak berhak memandangnya.Beliau mengambil tindakan untuk berhenti kerja supaya ianya menjadi pengajaran kepada majikan supaya mengambilberat tentang keperluan agama dan ianya menjadi suatu tanggungjawab kepada semua wanita muslim untuk menutup aurat apabila berada di luar rumah.
Dalam kes Habsah Jaafar, tiada perlanggaran Akta Kerja 1955 di mana mangsa sendiri telah berhenti kerja dan bukannya dibuang kerja. Walaubagaimanapun majikan boleh diambil tindakan sekiranya pembuangan pekerja dibuat berdasarkan hak dan kebebasan pekerja samada wanita atau lelaki.
Terlalu banyak faktor yang telah mengkaburkan keistimewaan serta memerosotkan kedudukan wanita kini. Antaranya adalah kedangkalan pengetahuan agama sehinggakan nama baik agama Islam sering sahaja disamakan dengan keganasan dan penindasan hak oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Al-Quran di dalam ayatnya banyak berbicara tentang wanita. Ayat-ayat tersebut mencakupi pelbagai aspek kehidupan wanita khasnya. Terdapat ayat yang berbicara tentang hak dan kewajibannya, ada pula yang menghuraikan keistimewaan-keistimewaan tokoh-tokoh wanita dalam sejarah agama atau kemanusiaan. Jika diteliti perihal penglibatan wanita di dalam bidang pekerjaan pada zaman kebangkitan Islam, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa Islam membenarkan mereka aktif dalam pelbagai aktiviti pekerjaan. Para wanita dibenarkan bekerja dalam pelbagai bidang di dalam atau di luar rumah dengan syarat pekerjaan tersebut dilakukannya dalam suasana terhormat, sopan, serta senantiasa memelihara agamanya dan menghindari daripada perkara-perkara negatif dari pekerjaan tersebut terhadap diri dan persekitarannya.
Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-undang negara. Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan, kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dan kemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa aspek kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara dan penyertaan dalam pembangunan negara. Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat badan-badan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan bebas untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian.
Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita serta bidang yang bersesuaian. Tujuan atau niat untuk keluar bekerja itu mestilah murni, sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain. Namun begitu, kerja yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan sifat kewanitaan dan kerja tersebut tidak akan menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu. Restu yang diberikan daripada penjaga, bapa atau suami, menjaga kehormatan diri, sentiasa memelihara kehendak syarak seperti ,menutup aurat, sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada perlakuan bebas dengan lelaki. Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawab utamanya sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga. Apabila memperkatakan peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan masyarakat dan negara, sejarah membuktikan bahawa sejak zaman Rasulullah, wanita secara aktif memainkan peranan mengikut batas yang ditetapkan. Misalnya, wanita bersama-sama lelaki mempelajari ilmu dan petunjuk Islam. Kebebasan dalam mencari ilmu dan menyumbangkan apa yang dipelajari, dapat dipraktikkan oleh wanita dalam usaha, membantu dalam masalah kepincangan dan kebejatab di kalangan muda-mudi.
Wanita yang bekerja perlu memastikan keperluan rumahtangga dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu perlu dilaksanakan sebaik mungkin walaupun mereka terpaksa bekerja pada siang harinya dan ketika di pejabat mereka juga perlu memberikan komitmen yang penuh untuk melunaskan tugas yang diberikan kepada mereka. Wanita perlu menghargai kepercayaan yang diberikan oleh suami kepada mereka dan perlu menjaga nama baik suami dan keluarga ketika berada diluar dan pihak suami sewajarnya memberi perhatian dan panduan serta bimbingan sekiranya isteri mereka memerlukan pendapat dan tempat untuk meluahkan masalah kerana sifat tolak ansur dan tolong-menolong ini mampu melahirkan keluarga yang aman bahagia.
Kes Habsah Jaafar sepatutnya tidak berlaku jika majikan benar-benar memahami dan menghormati hak pekerja wanita islam. Ini diperkuatkan lagi dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Kerja 1955. Di samping itu, islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya.
Saturday, March 04, 2006
Pembangunan dan Alam Sekitar
Penggunaan sumber secara giat pada masa kini akan menyebabkan sumber berkenaan mengalami susutan / kehabisan pada masa depan. Maka, pembangunan masa hadapan akan tersekat akibat perancangan pembangunan yang tidak teliti pada masa ini. Negara Dunia Pertama telah menghadapi masalah alam sekitar terlebih dahulu dan telah berjaya menyekat dan memulih masalah yang timbul. Negara Dunia Ke-3 atau negara membangun yang menghadapi masalah ini masih berusaha mengatasi dengan pelbagai cara.
Manusia memerlukan sumber alam untuk pembangunan. Peningkatan penggunaan sumber dan pengeluaran kerap memberi implikasi kepada alam. Masalah yang nyata adalah kepada kemerosotan, kehabisan dan kemusnahan sumber alam. Kestabilan alam akan tergugat melalui aktiviti pembangunan tidak terancang.
Bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan alam pembangunan yang menekankan kos ekonomi dan kos sosial perlu mengambilkira agar pencemaran / kemusnahan yang minimum kepada sumber-sumber alam dan alam sekitar. Angkubah alam sekitar perlu diambil kira dalam perancangan pembangunan.
Banyak meeting di peringkat antarabangsa berkenaan pemeliharaan alam sekitar telah dibuat, antaranya seperti 1972 Stockholm United Nations Conference on the Human Environment 1972 Stockholm United Nations Conference on the Human Environment dan1987 World Commission on Environment and Development (WCED), Brundtland report: Our Common Future. Daripada Deklarasi tersebut 27 Prinsip telah di rangka bagi tujuan pemeliharaan alam sekitar. Persetujuan antarabangsa telah diputuskan yang menghormati kepentingan integriti alam sekitar dan sistem pembangunan secara global. Penekanan adalah diberikan kepada individu dalam masyarakat.
Pembangunan lestari amat penting dan perlu dinilai bagi keperluan jangka masa yang panjang. Penilaian pembangunan lestari juga perlu menitikberatkan kos sosial di samping kos ekonomi.
Friday, March 03, 2006
ITTAR Perai
Tuesday, February 28, 2006
Minyak naik lagi
Kenaikkan harga minyak ini bukan hanya dirasakan di negara kita, malah di seluruh dunia. Harga bahan bakar minyak akan terus naik lagi. Ada beberapa penyebab yang memangkin kenaikan harga bahan bakar minyak. Keadaan politik yang tidak menentu di Timur Tengah memainkan peranan. Ketegangan Iran dan kuasa imperial Amerika dalam bab kuasa nuklear menjadikan harga minyak tidak stabil. Jika Iran diserang oleh Amerika atau oleh Isreal pasti harga minyak akan melintasi lebih dari 100 dolar satu tong.
Kita jarang didedahkan dengan isu minyak semakin berkurangan dalam perut bumi. Media arus perdana masih segan untuk menimbulkan hakikat ini. Kita wajib berani memikirkan sesuatu di luar kerangka pemikiran yang kita pakai pada ketika ini. Kita wajib berfikir pada tahap yang kita tidak berani memikirkannya. Memang betul adalah amat menakutkan untuk berfikir dan membayangkan tentang kekeringan bahan bakar minyak ini. Tetapi kita tidak memiliki pilihan melainkan untuk berfikir ke arah ini.
Sunday, February 26, 2006
Pengaruh Barat
Apakah sifat mulia yang perlu diterapkan dalam sistem pendidikan dan institusi pembangunan?
Bagaimana cara mengikis belenggu penjajahan Barat?
Apakah definasi indeks yang diguna pakai dalam mengukur indeks pembangunan insan?
Adakah pemabangunan fizikal dan seperitual Negara seimbang?
Sejarah silam membuktikan teori dalam tamadun di panggil teori kitaran, sejauh mana kebenaran dan kemungkinannya?
Orientalism
Orang Barat mempelajari sesuatu dari Timur dan apabila kita memerlukan kita terpaksa meminta sedekah.
Occidentalism
Kita perlu ke Barat untuk belajar sesuatu daripadanya dan suatu hari nanti mereka akan datang pada kita setelah kita menguasai tamadun dan teknologi.
Adakah suatu masa nanti kita berjaya menguasai Barat?
Thursday, February 23, 2006
Peminat Mawi
Tuesday, February 21, 2006
Rush
Thursday, February 16, 2006
Proposal
Sunday, February 05, 2006
Kau Dunia ku
Wednesday, January 18, 2006
Hantu Bersin
Tuesday, January 17, 2006
Warna
Monday, January 16, 2006
Serupa tapi tak sama
Islam itu hanya satu, tidak ada istilah ekstrimis dalam islam, tidak ade istilah moden dalam islam, islam adalah islam, islam adalah kesederhanaan.
Bagi mereka yang mencari sesuatu kelainan dalam islam, maka mereka tidak akan menemui islam yang sebenarnya. Sebab itu didalam al Quran telah menyatakan pelbagai ganti nama bagi orang Islam spt. Mukmin dan Mukminah, Muslimin dan Muslimah. nampak macam sama, tapi sebenarnya berbeza. Ada yang muslim tapi bukan dari golongan mukmin. Ada yang muslim tapi bukan dari golongan yang sabar. Sama juga perbezaan antara orang orang kafir, orang orang musyrik, orang orang fasik
Contoh lain :
orang-orang yang khusyu'
orang-orang yang bertakwa.
orang-orang yang sabar
orang-orang yang benar
Hai orang-orang yang beriman,
orang-orang yang beruntung
orang-orang yang ruku'
orang-orang yang saleh.
orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah
dan lain lain.....
Kenapa mesti Allah memanggil mereka dengan pelbagai gelaran. Kerana sikap manusia ini berbeza beza. Merompak adalah suatu yang dilarang oleh semua agama namum 'Botak Chin' merompak, 'Bentong Kali' merompak, 'Mat Komando' juga merompak. Kesemua mereka berlaina agama. Kejahatan adalah perlakuan sesaorang bukan sesuatu kaum atau keluarga. Keluarga 'Botak Chin', 'Bentong Kali', "Mat Komando' tidak pula merompak. Jadi wajarkah Islam dijadikan paksi kejahatan. Sedangkan serangan 11 September tersebut tiada suatu bukti yang nyata dan sahih ianya dilakukan oleh seorang Islam, apatah lagi seorang mukmin yang mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w.
Namun, apa boleh buat, telah tertulis ditakdir seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. orang orang Islam diakhir zaman adalah seperti buih buih dilautan, banyak tapi sering dihanyukan oleh ombak.
Ya, Allah Selamatkanlah hambamu ini dari fitnah akhir zaman.
Pagi Minggu
Saturday, January 07, 2006
Foreign workers
Wednesday, January 04, 2006
Angah
Taklimat di KUITTHO
Friday, December 30, 2005
Coaching Manual
Monday, December 26, 2005
Kenduri rumah Mahsuri
Friday, December 23, 2005
black "+" & moving dot
you will only see one color, pink.
However, if you stare at the black "+" in the center,
the moving dot turns to green.
Now, concentrate on the black "+" in the center of the picture.
After a short period, all the pink dots will slowly disappear,
and you will only see a green dot rotating.
It's amazing how our brain works.
There really is no green dot, and the pink ones really don't disappear.
This should be proof enough ... we don't always see what we think we see .
Wednesday, December 21, 2005
Silap Serbu
Tuesday, December 20, 2005
Retreat Ahli Majlis
Hari kedua sebanyak 4 paper dibentangkan. Enhancing quality training in meeting industry demands oleh Mr Davies dari FMM. Blended Learning oleh Mr Chandrapal dari Festo. New & emerging skills oleh Dato' Peter Yong dan Malaysia Qualification Framework oleh Prof Dr Sharifah Fareeda.
Sunday, December 18, 2005
TT Sri Permaisuri
Saturday, December 17, 2005
Pakatan Penduduk
Bagi tujuan kenduri rumah Samsuri pada hari Ahad 25 Dec ini, kami sepakat untuk sama-sama gotong royong menyediakanya. Jemputan yang dirancang tidaklah seramai mana, Cuma sekitar 300 orang sahaja. Perbincangan tertumpu kepada persediaan yang patut disediakan oleh tuan rumah terutamanya bahan mentah. Ketua memasak setiap menu telah pun ditetapkan. Kemah juga akan dipasang bersama pada petang Sabtu. Pada masa ini setiap kali diadakan kenduri dualam taman ni, pinggan mangkuk surau yang akan kami gunakan. Sebahagian besar kerja-kerja penyediaan bahan akan bermula malam Sabtu.
Friday, December 16, 2005
Kekeluargaan
Dr. Harlina Halizah menulis ‘Tiada satu pun keluarga yang cemerlang dan efektif boleh mendakwa bahawa kecemerlangan itu datang bergolek tanpa sebarang pengorbanan dan sikap tolak ansur. Malahan setiap individu yang mahu menikmati kehidupan berkeluarga yang berkualiti mestilah mula mengadakan muhasabah dan `post-mortem’ diatas setiap masalah dan kesulitan yang dihadapi dalam rumahtangga. Anjakan paradigma haruslah dimulakan oleh ahli yang paling dominan dalam keluarga tersebut.
Renungilah pula kata-kata Michael Novak ini ` Being married and having children has impressed on my mind certain lessons, for whose learning I cannot help being grateful. Most are lessons of difficulty and duress. Most what I am forced to learn about myself is not pleasant……My dignity as a human being depends perhaps more on what sort of husband and parent I am, than on any professional work I am called upon to do. My bonds to my family hold me back ( and my wife even more) from many sorts of opportunities. And yet these do not feel like bonds. They are, I know, my liberation. They force me to be different sort of human being, in a way which I want and need to be forced.’
Renungilah pendapat seorang penulis Barat, JS Kirtley : ` Married life can never be what it ought to be while the husband or wife makes personal happiness the main object.’ Hidup berkeluarga sering disama ertikan dengan perkongsian hidup. Perubahan dari gaya berfikir secara `aku’ kepada mentaliti `kami dan kita’ yang sebenarnya melambangkan anjakan dari kebebasan kepada hidup saling bergantungan, adalah aspek paling mencabar dan sukar dalam sebuah kehidupan berumahtangga. Dalam melayari kehidupan berkeluarga, kebahagiaan orang lain adalah juga kebahagiaan kita. Amatlah sukar jika setiap ahli didalam keluarga tersebut hanya menginginkan kebahagiaan peribadi, tanpa sikap tolak ansur dan hormat-menghormati.
Peribahasa Melayu ` Tak kenal maka tak cinta ‘ sememangnya membawa banyak kebenaran dan makna. Keluarga harus dibina diatas landasan `perkenalan’ yang ikhlas dan jujur. Hanyalah dengan mengenali peribadi, kekuatan dan kelemahan seseorang itu, barulah kita mampu memahami mengapa dan kenapa individu tersebut mengambil sikap tertentu untuk bertindakbalas terhadap sesuatu keadaan dan masalah.
Thursday, December 15, 2005
PPT Utara
Tuesday, December 13, 2005
Majlis Kenduri di Kampong
Wednesday, December 07, 2005
Induksi di Wisma Tani
Catatan Perjalanan 6
Lawatan ke Autostadt yang terletak di Wolfsburg iaitu 2 jam perjalanan dari Bremen. Inya merupakan satu komplek membuat, memasang dan memasarkan berbagai jenis kereta dalam kumpulan Volkswagen seperti Audi, Bentley, Lamborghini, Seat, Scoda dan Volkswagen. Komplek tersebut begitu canggih dan dilengkapi berbagai kemudahan untuk pelanggan. Ianya juga dilengkapi dengan tempat permainan. Landkap kawasan Autotads amat menarik.
Tuesday, December 06, 2005
Hujung Minggu
Pagi Ahad gotong royong menyedia dan membakar lemang bagi sambutan hari terbuka Taman langat Jaya. Kali ini menu adalah berbentuk potluck dimana setiap jalan telah disediakan menu yang ditetapkan. Memandangkan menu jalan kami adalah lemang maka kami mengambil keputusan untuk gotong royong menyedikannya. Sebanyak 50 batang lemang berjaya di siapkan.
Catatan Perjalanan 5
Pagi telah menunjukan tanda-tanda snow akan turun. Suhu amat sejuk, mungkin jugak negetif. Lawatan yang telah dirancang adalah Kaefer's Bremen. Sebuah syarikat yang fokus kepada Construction, Industry dan Ship building. Taklimat telah di sampaikan oleh pengurus syarikat Mr. R.Koing. Syarikat tersebut telah beroperasi sejak 1918. Pada masa ini ia juga mempunyai kontak di Bintulu dan Gebeng, juga mempunyai pejabat di KL. Syarikat juga melihat Malaysia adalah salah satu tempat untuk mengembangkan lagi pengaruhnya.Turnover syarikat tersebut pada tahun 2004 adalah sebanyak 580 Million Euro. Syarikat mempunyai 6000 pekerja di seluruh dunia di mana 450 pekerja daripadanya adalah di Bremen.
Terdapat seramai 360 apperantices di syarikat tersebut. Melalui SOKA-BAU perbelanjaan untuk tahun pertama akan di kembalikan sebanyak 10 bulan, tahun kedua dikembalikan 6 bulan perbelanjaan manakala tahun ketiga hanya 1 bulan perbelanjaan. Syarikat akan mengambil sekurang-kurangnya 25 app setiap tahun di mana mereka akan dibayar sebanyak 549 Euro pada tahun pertama, 765 Euro pada tahun kedua dan 999 Euro pada tahun ketiga. Kebiasaannya sebanyak 50 - 70% pelajar berjaya menamatkan sehingga ketahun tiga. Para apperantis juga diberi peluang mengulang sehingga 3 kali di mana peperiksaan dijalankan setiap 6 bulan. Walau bagaimanapun jika masih tidak lulus mereka tidak perlu membayar balik. Nisbah permohonan yang berjaya adalah 1/8. Kurikulum disediakan oleh chamber dan spesifik kepada syarikat tersebut. Pengetahuan berkala akan diberi kepada institut jika ada sebarang perkara yang baru. Pehubungan dengan institut awam amat rapat bagi memastikan kualiti latihan menepati kehendak syarikat.
Program pagi habis pukul 10.30 pagi, ada masa untuk tenguk-tenguk kedai di Bremen. Cuma pada masa ni tak berapa sesuai sebab semua emporium menjual pakaian musim sejuk. Sebenarnya tak banyak benda yang kita boleh beli di sini, kebanyakannya di Malaysia lebih murah kecuali beberapa benda yang memang buatan sini. Sempat jugak beli satu set piasu dapur.
Petang taklimat oleh Keller machine training software di ITB
Malam makan ditempat biasa, kali ni menu gado-gado, udang goreng, ikan kembung, sambal telur dan sayur sawi putih. Bila balik makan snow turun agak lebat, sempat jugak keluar ambil gambar sampai pukul 11 malam.
Hari Keenam
Pagi pogram di ITB iaitu untuk summary report bagi pogram yang telah dibuat. Sepanjang perjalanan snow agak tebal di semua tempat.
Makan malam di Park Royal Hotel Bremen. Salah satu hotel bertaraf 5 bintang di Bremen. Dressing terpaksa official. Tiket untuk untuk dinner ni agak mahal, 105 euro, ataupun menyamai RM500. Menu cuma salad, mushrum sup, pasta dan desert. Ada di antara kami yang tak boleh makan pun, rasa macam fear factor pun ada. Tapi aku masih boleh makan walaupun kena paksa. Dinner disajikan dengan pertunjukan seni kepakaran dari beberapa negara. Pertunjukan di hoskan oleh Gloria Winterbottom, seorang pelawak dari Berlin. Antara yang turut membuat persembahan adalah Noah Chorny seorang akrobatik vertical thestre dari USA. Kepakaran beliau untuk memanjat tiang bagi tujuan memasang lampu. Berbagai aksi komidi ditunjukan termasuklah memanjat tiang dengan menggunakan sebelah tangan. Uli Bauman digelar sebagai mobile comidy drp Bremen, di samping membuat pertunjukan di pentas beliau sering datang kemeja untuk berinteraksi dengan pengunjung. Jack Millet dari USA seorang ahli muzik dan comedy yang membuat persembahan dengan pakaian cowboy. Persembahan beliau bermain gitar, menyanyi dan berlawak memang menghiburkan. Tatjana Kundik, seorang pakar akrobatik tali dari Ukraine turut menghiburkan dengan menari di atas seutas tali. Kumpulan La Vision (Richad & Yana) dari Kanada & Ungarn menunjukan tarian slow balet berkonsepkan patung, Alex Jorgensen & Barti dari Denmark bermain dengan patung yang dinamakan Barti, cara dia mengendalikan patung tersebut begitu profesional. Walaupun hanya menggunakan 2 tangan tetapi beliau boleh menggerakkan patung tersebut seolah-olah patung tersebut hidup. Gelagat Barti yang begitu menghiburkan sehingga kadang-kadang terlupa yang pergerakan Barti dikawal oleh Alex. Barti boleh bermain piano, gitar, menyanyi dan menari. Malah setiap pergerakan dilengkapi dengan memek muka dan pergerakan mata. Malah dia boleh menunjukan muka tengah marah, suka dan sebagainya. Trinity dari England pula menunjukan kebolehan bermain dengan kain yang terjuntai dari bumbung dewan. Osama & Vadim dari Ukraine menunjukan tarian akrobatik. Dan semua persembahan tersebut diselang-seli dengan muzik oleh kumpulan Bre Men & Parking. Secara keseluruhan semua persembahan begitu profesional dan amat menghiburkan. Bersambung.....