Kira-kira jam 9 malam aku terima 2 sms dari ajk penduduk, standby, ada serbuan. Aku jawab ok je. Tak tanya pun apa yang nak diserbu. Biasanya kes ada aduan. Pukul 9.45 call masuk, katanya keluar sekarang tunggu depan rumah Along. Bila aku sampai dah ada 5 orang, kami terus ke rumah yang dimaksudkan. Dua orang budak muda keluar, keduanya mat indon. Katanya ada sorang lagi wanita dalam rumah. Bila kami tanya apa hubungan, salah sorang kata isterinya. Tapi bila kami mintak surat nikah dia kata tak ada kat sini. Kami mintak izin untuk masuk dalam rumah untuk soal siasat. Berbagai cara kami soal untuk kepastian. Katanya mereka baru bernikah selepas raya dan isterinya baru 5 hari datang ke Malaysia. Belum buat kenduri lagi sebab itu mentua tak bagi surat nikah takut tak balik. Cadangan kenduri adalah bulan Mei nanti. Kami menghubungi rakan dibalai polis untuk mendapatkan pandangan. Setelah puas hati dengan keterangan yang diberi dan mereka berjanji akan kemukan dokumen nikah dalam waktu terdekat, kami pun mintak maaf dan beransur. Inilah yang dikatakan silap serbu, tapi apa hal pun kami dah jalankan tanggungjawab. Setakat ni sesiapa yang cuba buat maksiat dalam taman ni memang tak pernah terlepas. Walau macamana pun tak ada lagi penduduk taman ini yang kena tangkap, biasanya orang luar.
2 comments:
okay ler tu kalau bersoal siasat secara berhemah. takde lah silap serbu. :)
Tu la dah terpaksa....
Post a Comment