Wednesday, April 26, 2006

Hannover Messe

Hari ini berpeluang melawat satu Fair di Hannover. Messe Fair ini merupakan fair peringkat international yang memberi peluang kepada syarikat pengeluar di seluruh dunia untuk memperkenalkan product mereka. Appoiment kami dengan Festo di exhibition tersebut adalah pada pukul 1 tgh. Memandangkan jarak Bremen ke Hanover ke Bremen adalah sekitar 150 km, jadual perjalanan kami telah telah diatur agak awal. Sebelum tu Tn Hj Ghalip telah memastikan bekalan adalah mencukupi. Kami sampai di station tepat jam 8.10 pagi. Torstern Grant, orang yang bertanggungjawab menjaga kebajikan kami telahpun menunggu. Kami terus ke platform no. 8 dan keretapi bertolak tepat jam 8.20 pagi. Sepanjang perjalanan kami melalui beberapa pekan seperti, AchimVerden(Aller), Dörverden, Eystrup, Nienburg(Weser), Neustadt am, Rübenberge, Wunstorf. Train khas direct ke Messe Fair bertolak tepat jam 10.10 pagi. Tempat ni merupakan the largest fair in the world. Kalau nak pusing semua tempat memang tak sempat dalam masa satu hari. Banyak product baru yang dipamirkan. Terdapat juga 9 syarikat dari Malaysia yang mempamirkan produk mereka di sini. Melalui salah seorang daripada mereka mengatakan sewa bagi satu kawasan berukuran 8' x 10' di situ berharga RM20 ribu. Sebenarnya kedatangan kami ke sini adalah atas jemputan dari Feisto melalui Bremen universiti. Kami menerima layanan yang agak baik dari syarikat ini. Pukul 4.30 kali mulakan perjalanan balik ke Bremen dan mungkin hanya sempat melawat 1/3 kawasan di situ.
Photobucket - Video and Image Hosting
Kawasan luar dewan pameran
Photobucket - Video and Image Hosting
Robot

5 comments:

Kaklong Syikin said...

cantiknya pokok bunga tu.

kat dlm fair tu takleh amik gambar ya?

KAMATO said...

syikin, banyak jugak ambik kat dalam, curi2.....

blackpurple @ jowopinter said...

Kagum dengan pokok berbunga putih itu.... Pokok apa agaknya...

Teknologi sekarang. Semua boleh dirobotkan. Kagum kepintaran otak diaorang.....

ps: kagum dengan ciptaan Dia...

ibuVouge said...

salam kamato..
MAsya ALLAH cantiknya pokok tu..IV suka buat koleksi gambar cam tu

KAMATO said...

saya ada banyak koleksi photo yang menarik....nanti saya e-mail