Masa dalam perjalanan balik dari universiti singgah sekejap di call shop untuk beli phone credit. Jumpa sepasang Indonesian dan sempat jugak kami sembang agak lama. Dia orang buat Phd di Bremen, dah 4 tahun duduk di sini. Aku cuba tanya ada tak student Malaysia lain kat Bremen sebab dah nak masuk 2 minggu akan masih tak jumpa student Malaysia. Dia kata ada dan dia kenal sorang namanya Visa. Aku tanya dia balik nama ni orang melayu ke bukan, sebab nama tu pelik sikit. Dia kata memang melayu dan dia akan bagi no aku kat dia. Tak lama lepas tu bila aku dah sampai rumah dapat mesej dari Visa ni. Rupanya nama dia ni Fiza. Tak lama lepas tu call masuk, kali ni pulak dari Azril. Tak lama lepas tu satu lagi call masuk, kali ni dia kata nama dia Fakrul. Cepat betul dia orang ni. Mereka beria nak jumpa kami. Rupanya ada 7 orang student Malaysia di sini dan mereka tengah bercuti sehingga cuti easter ni. Memang kami nak jumpa sangat dia oarang ni, nak tau kat mana tempat yang mudah sewa kereta. Ingat nak berjalan cuti easter 4 hari ni. Dapat jalan 2 negara pun dah kira ok
2 comments:
seronoknya bila berada di perantaun dpt jumpa org kampung..
Syikin,memang pun kalau dah jauh dari tempat asal, hubungan jadi rapat. Petang ni semuan student Malaysia yg ada kat Bremen ni kumpul kat rumah, meriah betul
Post a Comment