Friday, December 16, 2005

Kekeluargaan

Institusi keluarga yang dulunya menjadi keutamaan atau `priority’ dalam lingkungan hayat insan, kini sering diperkatakan menjadi suatu agenda sampingan yang hanya diberikan perhatian sekiranya ada waktu yang terluang. Bilamana keluarga yang merupakan elemen asas dalam pembentukan masyarakat dan tamadun manusia tidak lagi menjadi fokus utama, berlakulah rentetan-rentetan peristiwa yang akan membawa kehancuran dan kepincangan sosial yang ketara. Apalah ertinya kemajuan teknologi dan kecanggihan sistem komunikasi yang tinggi sekiranya ianya bangun ditengah-tengah ketandusan akhlak, kerosakan moral dan keruntuhan nilai kemanusian itu sendiri.

Dr. Harlina Halizah menulis ‘Tiada satu pun keluarga yang cemerlang dan efektif boleh mendakwa bahawa kecemerlangan itu datang bergolek tanpa sebarang pengorbanan dan sikap tolak ansur. Malahan setiap individu yang mahu menikmati kehidupan berkeluarga yang berkualiti mestilah mula mengadakan muhasabah dan `post-mortem’ diatas setiap masalah dan kesulitan yang dihadapi dalam rumahtangga. Anjakan paradigma haruslah dimulakan oleh ahli yang paling dominan dalam keluarga tersebut.

Renungilah pula kata-kata Michael Novak ini ` Being married and having children has impressed on my mind certain lessons, for whose learning I cannot help being grateful. Most are lessons of difficulty and duress. Most what I am forced to learn about myself is not pleasant……My dignity as a human being depends perhaps more on what sort of husband and parent I am, than on any professional work I am called upon to do. My bonds to my family hold me back ( and my wife even more) from many sorts of opportunities. And yet these do not feel like bonds. They are, I know, my liberation. They force me to be different sort of human being, in a way which I want and need to be forced.’

Renungilah pendapat seorang penulis Barat, JS Kirtley : ` Married life can never be what it ought to be while the husband or wife makes personal happiness the main object.’ Hidup berkeluarga sering disama ertikan dengan perkongsian hidup. Perubahan dari gaya berfikir secara `aku’ kepada mentaliti `kami dan kita’ yang sebenarnya melambangkan anjakan dari kebebasan kepada hidup saling bergantungan, adalah aspek paling mencabar dan sukar dalam sebuah kehidupan berumahtangga. Dalam melayari kehidupan berkeluarga, kebahagiaan orang lain adalah juga kebahagiaan kita. Amatlah sukar jika setiap ahli didalam keluarga tersebut hanya menginginkan kebahagiaan peribadi, tanpa sikap tolak ansur dan hormat-menghormati.


Peribahasa Melayu ` Tak kenal maka tak cinta ‘ sememangnya membawa banyak kebenaran dan makna. Keluarga harus dibina diatas landasan `perkenalan’ yang ikhlas dan jujur. Hanyalah dengan mengenali peribadi, kekuatan dan kelemahan seseorang itu, barulah kita mampu memahami mengapa dan kenapa individu tersebut mengambil sikap tertentu untuk bertindakbalas terhadap sesuatu keadaan dan masalah.

No comments: