Dah masuk hari ke 13 duduk di sini. Setiap hari program penuh. Kadang-kadang pening jugak, sebelum sampai sini proposal dah melalui beberapa siri perbincangan sehinggalah supervisor di Malaysia puas hati. Sampai sini perlu ubah pulak ikut standard universiti sini pulak. Walaumacamana pun cuti easter 4 hari ni, cuti betul-betul. Memang lupakan sekejap pasal kerja. Kereta pun dah sewa. Insyaallah esok akan ke Belgium, Belanda dan terus ke Paris.
5 comments:
Wah..Belgium, Belanda, Paris...seronok betul 'makan angin' ...Jauh berjalan banyak pengalaman baru tu..
Selamat Bercuti...!!!
rezeki berjalan sungguh. saya doa saya pun dpt travel around d world satu hari nanti bersama family.
blackpurple, shida, syikin, kebetulan dapat peluang, ini pun mungkin akan singgah ke amsterdam dan sekarang ni di acchen. balik nanti baru boleh update
kamato
seronok ya dapat JJCM di tempat orang.. jangan lupa ambik gambar banyak2..
bro zino, akan update nanti
Post a Comment