Monday, October 22, 2007

Catatan Hari Raya

Hari Pertama: Berhari Raya di Ijok. Semua adik beradik dapat berkumpul di hari raya pertama
Hari Kedua: Kederaan untuk datuk ronder kebun kelapa sawit menjadi mangsa cucu-cucu untuk ronder raya
Hari Ketiga: Barada di puncak empangan haidro Sultan Mahmud Terengganu. Tempat ini telah menjadi sebahagian mata pencarian masyarakat sekitar.
Hari Keempat: Menyusur sungai untuk melihat Bandar Kuala Terengganu

Hari Keempat: Berkuda di Pantai Batu Buruk

Hari Kelima: Menyusur Tasik Kenyir. Tasik buatan yang mempunyai lebih 300 buah pulau ini tersembunyi berbagai panorama alam. Sukar dapat berpeluang merakan photo seperti ini.

Hari Kelima: Melihat dan memberi makan ikan sangkar di Tasik Kenyir merupakan satu kepuasan.

Hari Keenam: Berkemah di Kawasan Hulu Terengganu

Hari Keenam: Tak ramai yang mengetahui Air Terjun di Kawasan Hutan Hulu Terengganu bersempadan dengan Kelantan ini, mandi dan berkemah di sini memang menyeronokan.

Hari Ketujuh: Melengkapkan jemputan saudara-mara

Thursday, October 11, 2007

Majlis Katam Quran

Majlis katam quran dan sumbangan hari raya untuk anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik di komuniti ku berjalan dengan lancar. Selama hampir sebulan di bulan Ramadhan penyertaan anak-anak dalam tadarus al-quran amat menggalakan. Majlis bermula dari pukul 4 pagi iaitu program qiamulail, diikuti bersahur di surau. Kuliah subuh diadakan selepas solat subuh. Pukul 8.30 pagi program taranum untuk anak-anak. Lepas Zohor gotong-royong memasak untuk berbuka puasa. Majlis katam Quran diadakan sebaik sahaja selesai solat magrib dan pengagihan sumbangan untuk peserta tadarus, peserta nasyid, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, golongan kurang bernasib baik dan petugas surau diadakan selepas solat tarawih.

Majlis katam Quran oleh anak-anak

Sumbangan hari raya

Wednesday, September 26, 2007

Shautul Islah

Kumpulan kompang untuk anak-anak dalam komuniti taman aku telah ditubuh hampir 2 tahun lepas di bawah pinpinan salah seorang ajk persatuan penduduk. Mereka sering menerima jemputan kemajlis-majlis kenduri kahwin. Walau bagaimanapun baru-baru ini terdapat cadangan agar kumpulan tersebut dinaik taraf kepada kumpulan nasyid. Selain kompang beberapa instrument lain termasuk keyboard dan biola akan digunakan. Sambutan anak-anak untuk menyertai kumpulan ini amat menggalakan. Sehinggalah tertubuhnya Kumpulan nasyid yang diberi nama Kumpulan Nasyid Shautul Islah. Tujuan penubuhan kumpulan ini semata-mata adalah untuk mengisi masa anak-anak agar tidak terjerumus ke aktiviti kurang sihat. Selain itu ia memupuk semangat berkerjasama dalam kumpulan dan mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Dan yang penting sekali adalah untuk mendekatkan anak-anak dengan aktiviti surau. Sehari selepas pemakluman penubuhan kumpulan ini, atas kebijaksanaan Pn Rasidah sebagai pegawai pemasaran kumpulan ini telah dijemput untuk mengadakan persembahan buat pertama kali di Majlis berbuka puasa MPOB. CEO Golden Hope dan DG MPOB antara tetamu kehormat majlis tersebut. Bayaran saguhati yang ditawarkan juga agak lumayan. Latihan telah dijalankan selepas tadarus selama 4 malam berturut-turut. Komitmen anak-anak taman dalam latihan amat dibanggakan walaupun terpaksa berlatih sehingga jam 12 tengah malam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancer dan persembahan mereka di majlis tersebut buat julung-julung kali amat mengkagumkan malah turut mendapat pujian dari CEO Golden Hope – Dato’ Sabri Ahmad.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjemput kumpulan ini membuat persembahan dalam sebarang majlis boleh lah menghubungi Surau Al Islah, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.

Latihan giat dijalankan 4 malam berturut-turut
Persembahan sebenar
Kecil-kecil cili padi - berpotensi untuk digilap

Adik Husna - berpotensi untuk menjadi pemain biola profesional satu hari nanti

Sunday, September 23, 2007

Sungai Sarawak

Pemandangan di waktu malam - amat mengasyikan
Senja berlabuh - masih setia menunggu penumpang
Mencari rezeki sesuap nasi
Penambang - pengangkutan utama pelajar menyeberang sungai

Saturday, September 08, 2007

Putrajaya Fireworks





Sebahagian yang sempat aku rakam, sejak dulu tak pernah puas hati bila ambik gambar bunga api.

Sunday, August 12, 2007

Melayu dan Dadah

Hari Sabtu aku di arah memberi ceramah satu kursus induksi di Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Sungai Petani. Peserta terdiri dari pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan dari seluruh negara yang terlibat dengan training.


Di Kafteria

Aku: Berapa peratus pengguni melayu di pusat ini?

Pegawai AADK: Lebih 90 peratus pengguni pusat seluruh negara adalah bangsa melayu

Di Surau

Pegawai AADK: Surau ni selalu penuh, pengguni pusat ni rajin ke surau

Aku: Kalau surau ni tak ada orang lagi bagus, itu menandakan tak ada melayu duduk pusat ni

Friday, August 10, 2007

Sedetik di Bangkok

Arahan untuk aku hadir joint committee meeting di Bangkok hanya diterima sehari sebelum bertolak. Mungkin disebabkan last minute flight hanya ada sebelah pagi. Tengahari dah check in di Holiday Inn Silom Bangkok. Aku cuba cari restoran di sekitar hotel, tapi tak jumpa muslim restoran. Asar aku ke masjid iaitu kira-kira 10 minit jalan kaki dari hotel. Masjid tidak berapa besar, tapi agak bermutu struktur buatannya. Masjid tersebut terletak di sekitar kawasan pasar. Jalan di kawasan itu agak sibuk. Sempat membeli beberapa jenis buah termasuk longan. Memang ternyata buah di sini begitu berkualiti dan murah. Mungkin betul orang kata buah longan yang dijual di Negara kita adalah buah longan yang orang Thai tak mau makan. Buah yang baik memang untuk rakyat dia makan. Di depan masjid ni terdapat seorang makcik menjual ayam goreng, bertulis halal. Di masjid ini jugak aku sempat bertanya pada jemaah di situ di mana nak cari muslim restoran. Dia menunjukkan arah mana nak tuju. Ternyata tak jauh dari situ. Deen Restoran namanya. Di punyai oleh penduduk asal Thai. Restorannya agak kecil tapi begitu kemas. Penuh dinding restoran itu dengan ayat Quran. Aku order sea food tomyam. WOW memang mengancam rasanya.

Lewat petang semua deligasi telah sampai termasuk ketuanya Dato’ Adzmi, TKSU Kem Usahawan. Menurut pegawai embassy yang datang petang tu, aku dimaklumkan terdapat satu restoran kepunyaan rakyat Malaysia di situ. Malam kami cari restoran tersebut. Cili padi restoran namanya. Terletak di kawasan tersibuk. Menjual semua makanan masakan melayu. Tuan punya restoran orang Penang, telah menetap dan bekerja di sini.

Perbincangan di Ministry of Industry yang dihadiri lebih dari 30 pegawai dari berbagai Kementerian pemerintah Thailand ternyata mencapai matlamat. Kali ini menampakkan tiada sebarang persediaan dari pihak Thailand berbanding forum-forum lain sebelum ini. Mulanya risau jugak memandangkan kami hanya 10 orang sahaja berbanding bilangan mereka yang begitu ramai. Tak sia-sia pre-council meeting yang kami buat bagi penyediaan kertas cadangan konsep sebelum masuk meeting. Setiap isu yang ditimbulkan oleh mereka telah pun dijangka dan dapat diatasi sewajarnya. Pembentangan cadangan ketua deligasi Malaysia ternyata amat memuaskan dan tidak mendapat tentangan dari pehak mereka.

Monday, August 06, 2007

Van usang

Photo ni aku rakam di salah sebuah kampong di Trengganu. Pemilik van ini mungkin peniaga pasar malam. Sarat van tersebut dengan barangan dari dalam dan atas bumbung van. Keadaan van agak uzur. Mungkin nilai barangan yang dibawa berkali ganda nilai harga van itu. Apa yang menarik di tempat parking van tersebut telah tergantung seperti kandang bertujuan mengunci barang-barang di atas van itu. Agaknya pencuri lebih gemar barang-barang yang dibawak daripada curi van tersebut. Memang kreatif pemilik van ini. Tapi apa la jadi agaknya bila pemilik van tersebut lupa nak buka kandang, dan terus undur ke belakang.....

Sunday, July 29, 2007

Organisasi Bayangan

Struktur perjawatan di Negara kita terutama di agensi kerajaan banyak yang mengamalkan horizontal career track. Kalau di satu-satu agensi kerajaan itu biasanya di ketuai Ketua Pengarah, selepas itu Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah Kanan, Penolong Pengarah, Pembantu Pegawai Tadbir dan seterusnya banyak lagi peringkat sehinggalah kepada driver dan PAR. Amat panjang betul carrier track itu. Banyak pro & con struktur yang panjang ni, semuanya bergantung perlaksanaan oleh ketua dan pegawai yang berkenaan. Tetapi yang nyata adalah amat mendukacitakan jika sekiranya akhir sekali hanya pegawai peringkat bawah yang menyelesaikan sesuatu task.

Bagaimana agaknya kalau struktur yang panjang ini di pendekkan dan di bahagikan hanya kepada tiga peringkat sahaja. Ketua sesuatu organisasi sebagai Chief of Knowledge Architecture, pegawai kanan sebagai Chief of Knowledge Specialist dan pegawai sebagai Specialist. Masa tu Gardener akan dikenali sebagai Landscape Specialist, Driver dikenali sebagai Logistic Specialist, Tea Lady sebagai Refreshment Specialist dan sebagainya. Masu tu pakaian driver pun macam pilot kapal terbang, siap dengan tali leher. Penampilan, pengetahuan dan kemahiran termasuklah social value mereka juga akan berbeza. Baru la nampak professional. Boleh pakai ke idea ni....

Friday, July 27, 2007

Bangsa

Hari ni aku terpanggil untuk hadir di worksyop BCIC2 di ibukota, agenda bumi anjuran satu egensi pusat. Menteri di JPM dan Menteri kewangan II hadir untuk 2 sesi dialog yang berlainan. Semua peserta di bahagikan 11 kluster mengikut sector masing-masing bagi membincangkan masa depan bangsa. Aku ditempatkan di dalam cluster education & human resource. Memandangkan cluster tu education maka aku terpaksa duduk semeja bersama cerdikpandai dan cendiakawan yang bergelar Tan Sri, Datuk, Prof dan Dr. Kadang terasa amat kerdilnya aku bersama mereka-mereka itu.

Masa rehat aku sempat bersembang lama dengan Dato’ Dr Noor Laily, pelupor institusi kekeluargaan. Semuanya menyentuh pasal bangsa. Aku tabik semangat dia. Semangat kemelayuannya cukup hebat. Betul apa yang dia kata, melayu semakin terpinggir, masalah social bangsa melayu yang semakin meningkat, masalah keciciran dalam education, pembangunan tak seimbang dan macam-macam lagi. Semoga perjuangan Dato’ untuk memartabatkan bangsa terlaksana.

Sunday, July 22, 2007

Member lama

Khamis tengahari aku di arah ke satu majlis pendaftaran pelajar di salah sebuah pusat bertauliah. Pusat bertauliah ini agak terkenal di kalangan hotel 5 bintang sebagai tempat untuk mendapatkan tukang masak. Ia jugak ada kaitan dengan sebuah restoran seafood terkenal di Kelana Jaya. Y.B Timbalan Menteri Sumber Manusia dijemput merasmikan majlis itu. Aku terpaksa berada di sebelah dia untuk member maklumat terutama semasa press conference. Yang aku nak cerita ni bukannya majlis itu, tapi sorang kawan yang dah lama aku tak jumpa tapi aku jumpa di majlis itu. Rasanya dah hampir 20 tahun aku tak jumpa. Dulu masa di Perai dia pernah kerja setempat dengan aku. Lepas tu dia pindah ke Shah Alam. Dia ni jenis cenderong sikit ke politik. Akhir tahun 80an dia meninggalkan kerajaan. Cara dia berhenti agak trajis. Masa tu dia mohon cuti 2 minggu sebab untuk tolong kempen pilihan raya, tapi bos tak lulus. Dia ambik keputusan notis 24 jam. Semua orang terkejut dengan tindakannya. Sejak dari tu aku dah tak jumpa dia, tapi masih ikut perkembangan dari kawan-kawan. Apa yang aku dengar selepas tu di melibatkan diri dalam perniagaan sebagai kontraktor. Nasib dia agak baik, dia masuk kem M.Taib. Business dia berkembang, mungkin senang dapat projek. Tapi semasa ekonomi jatuh pada tahun 1996, perniagaannya juga turut merudum. Lebih-lebih lagi M.Taib dah tak jadi MB. Daripada 6 buah kereta dia ada, terpaksa jual sehingga tinggal 2 buah itu pun proton je. Selepas tu dia kayuh semula dan naik perlahan-lahan, dan sekarang ni dia masih kekal sebagai kontraktor. Dari segi politik, peluangnya mungkin agak cerah, sekarang ni dia dah jadi ketua pemuda bahagian. Dia juga merupakan orang penting dalam putera umno Malaysia. Aku sempat bertanya, “Ada peluang ke bertanding pilihan raya akan datang?”. Dia kata “mudah-mudahan”

Jumaat malam aku menginap di salah sebuah hotel di Ipoh kerana ada tugas rasmi pada hari Sabtu di Ipoh. Dan tak di sangka aku jumpa member ni sekali lagi di hotel itu. Punya la lama tak jumpa, bila dah jumpa, boleh terjumpa semula keesokkannya di tempat yang berbeza. Dia cuma sebut dunia ni kecik. Aku pun tak sempat sembang lama dengan dia sebab dia sibuk dengan majlis politiknya. Berbahagia lah kau dengan dunia politik engkau. Harap-harap perjuangan kau di landasan yang betul. Nama pun politik, kadang-kadang banyak yang tersirat.

Thursday, July 19, 2007

Tomyam

Kedudukan Negara kita adalah di antara Thailand dan Singapura. Sedar atau tidak sedar kita kena terima hakikat bahawa kedua-dua Negara ini merupaka saingan utama Negara kita dalam berbagai aspek. Kita sering didedahkan yang baik-baik berkenaan Negara kita. Kadar ekspot Negara yang meningkat, kadar kemasukan pelancong yang meningkat. Tapi adakah kita membuat penilaian peningkatan itu berbanding dengan kedua-dua jiran kita. Pada hakikatnya kita masih tertinggal jauh. Bukan untuk 2 aspek ini sahaja, malam dalam berbagai aspek.

Kita mensasarkan dalam tahun 2020 kita akan menjadi Negara maju, tetapi Singapura 2015 mensasarkan menjadi Intelligent Nation. Dalam ucapan national day Negara itu, PMnya mengumumkan Singapura perlu menjadi Negara bersih, kakitangan awam yang cekap dan . Malah rata-rata telah mengetahui Singapura mempunya system pengurusan kakitangan awam terbaik dunia. Kalau nak cerita kelengkapan tentera udaranya, tak perlu ceritala. Mungkin antara terbaik di Asia.

Thailand pulak dalam serba-serbi telah kedepan dari kita. Eksport barangan mereka ke Negara kita tidak boleh disangkal lagi. Malah kadang-kadang boleh menjejaskan produk tempatan terutama hasil pertanian. Teknoloji industry pertaniannya begitu jauh kedepan. Malah baru-baru ini kita dikejutkan seorang professor di Thailand telah berjaya menghasilkan buah durian tanpa bau. Walaupun secara logicnya apa la ada pada durian tanpa bau, kerana ia akan meng hilangkan keistimewaan buah itu. Tetapi ia menunjukan begitu tingginya taraf kajian mereka. Masyarakat kita sendiri sudah senonim dengan barangan siam. Beras siam, masakan siam, buah siam, kucing siam dan macam-macam lagi. Makanan siam boleh diperolehi diseluruh pelusuk Negara. Bukan saja Negara kita tapi juga hampir seluruh Bandar besar dalam dunia memang ada kedai makan masakan Thai.

Teringat satu cerita dari Dr Dusit Jaul berkaitan masakan Thai ni, ceritanya begini;

Suatu hari pelakon Hollywood terkenal Tom Cruise telah menjalani penggambaran satu filem di Thailand. Oleh kerana pengaruhnya sebagai pelakun begitu terkenal di Thailand, beliau telah dijemput untuk melawat dan makan malam di istana Raja Thai. Ini lah kali pertama Tom Cruise dapat bertemu semua kerabat Raja Thai dan dia begitu terpikat dengan keayuan puteri Raja Thai. Di pendekan cerita Tom Cruise dan puteri raja tersebut telah bersetuju untuk berkahwin. Maka puteri raja telah memohon kepada ayahandanya untuk berkahwin dengan Tom Cruise. Raja Thai tidak mengizinkan malah amat murka. Sang puteri cuba memujuk beberapa kali, tapi raja Thai tetap dengan keputusannya tidak merestuinya. Alasan yang diberikan oleh raja Thai adalah perkahwinan itu nanti akan memalukan kerabat di raja memandangkan Tom Cruise merupakan pelakun terkenal. Oleh kerana raja Thai tetap dengan keputusannya, puteri raja mengugut akan membunuh diri jika permintaannya untuk berkahwin dengan Tom Cruise tidak ditunaikan. Akhirnya raja Thai terpaksa bersetuju, kerana bila bunuh diri itu akan lebih memalukan kerabat di raja. Walau bagaimanapun raja Thai telah mengenakan syarat. Syaratnya adalah Tom Cuise mesti menukar nama kepada Tom Yam. Tom Cruise tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana dia mengetahui nama tersebut adalah nama sejenis makanan Thai. Akhirnya hasrat kedua pasangan tersebut untuk berkahwin terpaksa dibatalkan. Moral of the story nama TomYam itu begitu terkenal di seluruh dunia sebagai makanan Thai sehinggakan Tom Cruise sendiri tidak rela namanya ditukar kepada TomYam.

Apa cara pun, kita perlu melihat persaingan kedua Negara tersebut dengan Negara kita sebagai persaingan positif. Kita perlu berusaha agar dapat menyaingi pengaruh ekonomi kedua-dua Negara ini.

Thursday, July 12, 2007

Program di KK

Tiga hari aku di Hyatt Regency Kota Kinabalu. Program yang diatur begitu padat sekali, dari pagi sampai 11 malam. Tak sempat ke mana. Kawan-kawan kat sini pun tak sempat nak contact, terutama Rahmand. Aku hanya sempat berjalan kat pasar petang, dibelakang pasar pilipine. Kalau nak tenguk ikan bakar murah-murah kat sini la. Sotong bakar besar-besar lengan. Rasa-rasanya setengah harga compare dengan dengan harga di Semenanjung. Sebenarnya bahan mentah produk tempatan memang murah di sini. Patut la ramai kawan-kawan dari Semenanjung yang bekerja di sini tak mahu balik lagi Semenanjung, termasukla Rahmand sendiri.

Thursday, July 05, 2007

Sepasang Warga Emas

Aku amat tertarik dengan cerita Zainal ni, mungkin boleh kita jadikan pedoman

Aku telah berkunjung ke sebuah unirversiti terkemuka di negara kita baru-baru ini kerana menghantar anak saudara mendaftar ke universiti tersebut. Ternyata bangunan-bangunan di menara gading tersebut tersergam indah. Kawasannya begitu luas dan di penuhi pohon merimbun. Suasananya amat sesuai sebagai tempat untuk menimba ilmu. Begitu ramai sekali penghujung pada pagi itu. Oleh kerana dahaga aku cuba mencari kafteria di kawasan universiti itu. Ternyata universiti itu mempunyai kafteria yang begitu besar sekali. Agak ramai pengujung pada masa itu. Sedang aku leka menghirup air, tiba-tiba terdengar satu suara

”Sayang duduk je sini, tak payah susah-susah, sayang berehat je, nanti abang ambikkan”.

Siapakah gerangan yang begitu romantik itu, aku segera menoleh ke belakang. Terpandang sepasang warga emas, lelakinya berpakaian batik kemas. Aku segera menghampiri dan menghulurkan salam.

Apa khabar pakcik?

Khabar baik.

Pakcik datang dari mana?

Pakcik dari Kedah.

Pakcik datang dengan sapa?

Dengan anak, tu tengah beratur. Pakcik ni dah bersara, pesara tentera. Kalau anak tak bawak, tak datang kami.

Sapa yang masuk universiti?

Cucu, cucu sulong

Makcik dan pakcik ni nampak begitu romantik

Pakcik dan makcik cuma tersenyum. Bahagia makcik tu kasih dan sayang ditunjukkan didepan khalayak ramai. Kan bagus kalau semua orang macam tu.

Saturday, June 23, 2007

Ular Sawa

Kadang-kadang binatang liar pun boleh di buat kawan. Ini la gambar hero aku volunteer untuk bermain dengan ular dalam satu carnival baru-baru ni. Nasi baik ular tu ular sawa, kalau ular lain memang tak ku izin. Tapi apa pun aku puji keberaniannya.

Menyibukan diri

Lebih sebulan aku tak menulis kat blog ni. Sejak kebelakangan ini memang keadaan agak sibuk sedikit. Banyak aktiviti-aktiviti di luar pejabat, termasukla kursus hampir 2 minggu. Kerja-kerja Phd menambah kekangan. Buat Phd sambil bekerja ni memang betul-betul mencabar. Ada sesetengah orang kata buat Phd ni adalah untuk Perseverance, Creativity, Hard work, Time management & Ability to handle stress. Mungkin ada jugak kebenaranya kata-kata itu. Atau pun silap haribulan PHD tu akan jadi Permanent Head Damage.

Apa pun terima kasih kepada semua yang masih sudi singga di blog ini

Sunday, May 06, 2007

Mak Jan

Pukul 9.45 mlm A datang rumah B

A: Kita ada masalah
B: Masalah apa?
A: Makjan tu dah buat hal, semalam ada orang nampak laki masuk rumah dia pukul 3 pagi.
B: OK kita kena ambik tindakan
A: Macamana kita nak mula.
B: Macam ni! Dia ni bukan penyewa, kita tak boleh malukan dia. Kesian anak-anak dia. Anak dia pun rajin datang surau. OK, kumpulkan orang-orang kita 10.30 malam ni di rumah C, kita bincang
A: OK, 10.30 malam ni

Pukul 10.30 malam A,B,C,D dan E telah pun berkumpul.
B: Semua dah taukan sebab apa kita berkumpul
(Semua mengangguk)
B: Sapa yang nampak ada laki masuk rumah dia?
A: Jiran dia, masuk pukul 3 pagi balik pukul 5 pagi. Masuk ikut pintu belakang
B: Dah berapa kali dia nampak?
A: Dah 4 kali, kereta letak jauh.
D: Kita tak boleh biarkan, nanti kita dapat saham
B: Dia ni pengguni tetap taman kita, kalau boleh kita jangan malukan dia. Kesian anak-anak dia, tindakan kita perlu berkhemah
C: Habis nak buat macamana?
B: Macam ni, cara terbaik esok hantar seseorang untuk nasihatkan dia, bagitau dia jangan cuba-cuba buat hal, kalau kena tangkap nanti dia malu
A: Habis tu kita nak hantar sapa bagi nasihat
E: Orang yang paling layak rasanya Mis X
B: OK, sapa yang nak cakap dengan Miss X esok
A: Pagi-pagi esok aku cakap kat dia
C: Habis kalau malam ni dia buat hal malam ni macamana?
B: Nasib dia la, kalau dia buat hal malam ni, kita ambik tindakan, takkan nak biarkan
E: Rasanya malam ni dia tak ada sebab baru semalam dia buat hal
B: Spy kita dah ready ke malam ni?
A: Spy kita dah ready, tapi pukul 3 malam ni aku akan turun
B: OK kita bersurai, apa-apa hal call

Pukul 11.30 malam A, B dan D duduk bersembang di satu lorong. Tiba-tiba B dapat sms, “laki tu dah masuk”

B: Hai takkan awal sangat! OK bagi tau semua, kita bertindak sekarang, harap-harap apa pun tindakan kita ianya terbaik untuk makjan tu....

Selepas tu..............

Fiesta Keluarga

Peraduan memancing sempena Fiesta Keluarga anjuran Persatuan Penduduk BBB di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi pada hari ini berjaya menarik lebih 3 ribu peserta. Ramai yang datang berkeluarga, siap berkemah di situ. Hadiah yang ditawarkan juga agak lumayan, RM25,ooo bagi tempat pertama di samping hamper dan sijil. Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai melebihi RM 50,000. Selain memancing beberapa aktiviti untuk keluarga telah pun di atur. Di samping itu gerai-gerai jualan juga berjaya menarik minat ramai pengunjung.


Pengail ikan ini berjaya menggondol RM25,000

Friday, May 04, 2007

Skyhawk

Satu masa kau la raja membelah angkasa
Namun kini kau hanya mampu sebagai tontonan jua

Sky Hawk yang diambil dari TUDM Kuantan dan di tempatkan di ADTEC Shah Alam untuk tujuan latihan dalam bidang Eroangkasa. Kepada sapa-sapa yang berminat boleh lah memohon. Satu bidang yang menjanjikan pekerjaan yang mencabar - kempen sikit untuk ADTEC

Tuesday, May 01, 2007

Laluan Kecemasan

Baru-baru ni travelling ke Johor sebab ada kerja di Kluang. Sampai di KM 175 highway utara selatan iaitu antara Air Keroh dan Tangkak sebuah lori membawa minyak telah terbalik dan terbakar. Aku terekat hampir 2 jam. Masa tu kedudukan aku dengan tempat kemalangan kira-kira 3 km. Tak tau la traffic jam sampai ke mana. Yang aku nak cerita ni bukannya pasal kemalangan tu. Tapi pasal sikap pemandu kat negara kita. Disebabkan jalan tersekat ramai yang menggunakan lane emergency, sehingga lane emergency tu pun turut tersekat. Akibatnya pasukan keselamatan termasuk bomba dan ambulan yang datang dari arah utara tak boleh sampai di tempat kejadian. Yang melalui laluan kecemasan tu bukan sahaja kederaan kecil tapi juga beberapa buah bas express. Pasukan keselamatan terpaksa dihantar dari arah selatan. Semua kederaan yang tersekat hanya dapat bergerak setelah laluan ke utara di buka satu lane utuk ke selatan. Agaknya kerajaan patut mengkaji agar hukuman berat perlu dikenakan ke atas pemandu yang menggunakan laluan kecemasan.