Friday, December 23, 2005

black "+" & moving dot

If your eyes follow the movement of the rotating pink dot,
you will only see one color, pink.
However, if you stare at the black "+" in the center,
the moving dot turns to green.
Now, concentrate on the black "+" in the center of the picture.
After a short period, all the pink dots will slowly disappear,
and you will only see a green dot rotating.
It's amazing how our brain works.
There really is no green dot, and the pink ones really don't disappear.
This should be proof enough ... we don't always see what we think we see .

Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, December 21, 2005

Silap Serbu

Kira-kira jam 9 malam aku terima 2 sms dari ajk penduduk, standby, ada serbuan. Aku jawab ok je. Tak tanya pun apa yang nak diserbu. Biasanya kes ada aduan. Pukul 9.45 call masuk, katanya keluar sekarang tunggu depan rumah Along. Bila aku sampai dah ada 5 orang, kami terus ke rumah yang dimaksudkan. Dua orang budak muda keluar, keduanya mat indon. Katanya ada sorang lagi wanita dalam rumah. Bila kami tanya apa hubungan, salah sorang kata isterinya. Tapi bila kami mintak surat nikah dia kata tak ada kat sini. Kami mintak izin untuk masuk dalam rumah untuk soal siasat. Berbagai cara kami soal untuk kepastian. Katanya mereka baru bernikah selepas raya dan isterinya baru 5 hari datang ke Malaysia. Belum buat kenduri lagi sebab itu mentua tak bagi surat nikah takut tak balik. Cadangan kenduri adalah bulan Mei nanti. Kami menghubungi rakan dibalai polis untuk mendapatkan pandangan. Setelah puas hati dengan keterangan yang diberi dan mereka berjanji akan kemukan dokumen nikah dalam waktu terdekat, kami pun mintak maaf dan beransur. Inilah yang dikatakan silap serbu, tapi apa hal pun kami dah jalankan tanggungjawab. Setakat ni sesiapa yang cuba buat maksiat dalam taman ni memang tak pernah terlepas. Walau macamana pun tak ada lagi penduduk taman ini yang kena tangkap, biasanya orang luar.

Tuesday, December 20, 2005

Retreat Ahli Majlis

Dua hari turut menyertai retreat ahli majlis MLVK di Selesa Beach Resort. Ahli Majlis terdiri dari wakil-wakil dari agensi kerajaan dan juga wakil-wakil dari industri. Pendaftaran di hotel jam 6 petang dan mesyuarat bermula 8.30 malam. Mesyuarat dipegerusikan oleh KSU. KP MLVK, En Wan Seman memulakan membentang kertas pertama. Respon dari ahli majlis juga amat baik. Malam habis program jam 11 malam. Lepas tu kena teh tarik dgn KSU dan KP di kedai mamak depan hospital PD.

Hari kedua sebanyak 4 paper dibentangkan. Enhancing quality training in meeting industry demands oleh Mr Davies dari FMM. Blended Learning oleh Mr Chandrapal dari Festo. New & emerging skills oleh Dato' Peter Yong dan Malaysia Qualification Framework oleh Prof Dr Sharifah Fareeda.

Sunday, December 18, 2005

TT Sri Permaisuri

TT Tribetoyota terakhir untuk tahun 2005 ni diadakan di Restorant Uncle Ned di Bandar Sri Permaisuri. Kali ni Zino bertindak sebagai host. Memang dia dipilih jadi hos disebabkan kebetulan serentak dengan birthday beliau. Walaupun kehadiran ahli dan keluarga tak seberapa ramai seperti biasa, tetapi sudah cukup untuk memenuhi keseluruhan ruang restoran tersebut. Cuma mungkin pihak restoran belum pernah menerima pelanggan serentak seperti itu. Seperti perjumpaan-perjumpaan yang lepas, keakrapan diantara kami tetap seperti biasa. Walaupun setiap hari masing-masing boleh berkomunikasi melalui ruangan forum yang disediakan oleh Totota, tetapi sesekali berjumpa begini sembang macam dah lama tak jumpa. Anak-anak pun bukan main seronok bermain. Pukul 12.30 pagi baru kami bersurai.
Image hosted by Photobucket.com

Saturday, December 17, 2005

Pakatan Penduduk

Perjumpaan dengan beberapa orang penduduk di rumah saudara Samsuri mempunyai dua maksud. Pertama adalah berbincang mengenai persiapan untuk majlis kenduri doa selamat kerana anaknya nya yang berkhatan dan keduanya berbincang bagi penubuhan satu kumpulan pakatan yang lebih formal.

Bagi tujuan kenduri rumah Samsuri pada hari Ahad 25 Dec ini, kami sepakat untuk sama-sama gotong royong menyediakanya. Jemputan yang dirancang tidaklah seramai mana, Cuma sekitar 300 orang sahaja. Perbincangan tertumpu kepada persediaan yang patut disediakan oleh tuan rumah terutamanya bahan mentah. Ketua memasak setiap menu telah pun ditetapkan. Kemah juga akan dipasang bersama pada petang Sabtu. Pada masa ini setiap kali diadakan kenduri dualam taman ni, pinggan mangkuk surau yang akan kami gunakan. Sebahagian besar kerja-kerja penyediaan bahan akan bermula malam Sabtu.
Bagi tujuan kedua iaitu penubuhan satu kumpulan pakatan nampaknya dapat sambutan yang agak memuaskan. Perkara tersebut telah lama dirancang, tapi masih belum menjadi kenyataan. Kumpulan yang akan ditubuhkan ini merupakan satu pakatan ke arah menyediakan pakej untuk majlis kenduri yang lengkap dengan peralatan dan kepakaran memasak. Target adalah untuk kemudahan ahli dalam taman, Di samping itu ianya akan menjadi satu peluang untuk catering bagi majlis kenduri di luar kawasan taman. Ianya juga bukan sebagai syarat wajib untuk semua penduduk menyertainya. Benefit dan keuntungan hanya kepada ahli sahaja. Insyaallah akan menjadi kenyataan…

Friday, December 16, 2005

Kekeluargaan

Institusi keluarga yang dulunya menjadi keutamaan atau `priority’ dalam lingkungan hayat insan, kini sering diperkatakan menjadi suatu agenda sampingan yang hanya diberikan perhatian sekiranya ada waktu yang terluang. Bilamana keluarga yang merupakan elemen asas dalam pembentukan masyarakat dan tamadun manusia tidak lagi menjadi fokus utama, berlakulah rentetan-rentetan peristiwa yang akan membawa kehancuran dan kepincangan sosial yang ketara. Apalah ertinya kemajuan teknologi dan kecanggihan sistem komunikasi yang tinggi sekiranya ianya bangun ditengah-tengah ketandusan akhlak, kerosakan moral dan keruntuhan nilai kemanusian itu sendiri.

Dr. Harlina Halizah menulis ‘Tiada satu pun keluarga yang cemerlang dan efektif boleh mendakwa bahawa kecemerlangan itu datang bergolek tanpa sebarang pengorbanan dan sikap tolak ansur. Malahan setiap individu yang mahu menikmati kehidupan berkeluarga yang berkualiti mestilah mula mengadakan muhasabah dan `post-mortem’ diatas setiap masalah dan kesulitan yang dihadapi dalam rumahtangga. Anjakan paradigma haruslah dimulakan oleh ahli yang paling dominan dalam keluarga tersebut.

Renungilah pula kata-kata Michael Novak ini ` Being married and having children has impressed on my mind certain lessons, for whose learning I cannot help being grateful. Most are lessons of difficulty and duress. Most what I am forced to learn about myself is not pleasant……My dignity as a human being depends perhaps more on what sort of husband and parent I am, than on any professional work I am called upon to do. My bonds to my family hold me back ( and my wife even more) from many sorts of opportunities. And yet these do not feel like bonds. They are, I know, my liberation. They force me to be different sort of human being, in a way which I want and need to be forced.’

Renungilah pendapat seorang penulis Barat, JS Kirtley : ` Married life can never be what it ought to be while the husband or wife makes personal happiness the main object.’ Hidup berkeluarga sering disama ertikan dengan perkongsian hidup. Perubahan dari gaya berfikir secara `aku’ kepada mentaliti `kami dan kita’ yang sebenarnya melambangkan anjakan dari kebebasan kepada hidup saling bergantungan, adalah aspek paling mencabar dan sukar dalam sebuah kehidupan berumahtangga. Dalam melayari kehidupan berkeluarga, kebahagiaan orang lain adalah juga kebahagiaan kita. Amatlah sukar jika setiap ahli didalam keluarga tersebut hanya menginginkan kebahagiaan peribadi, tanpa sikap tolak ansur dan hormat-menghormati.


Peribahasa Melayu ` Tak kenal maka tak cinta ‘ sememangnya membawa banyak kebenaran dan makna. Keluarga harus dibina diatas landasan `perkenalan’ yang ikhlas dan jujur. Hanyalah dengan mengenali peribadi, kekuatan dan kelemahan seseorang itu, barulah kita mampu memahami mengapa dan kenapa individu tersebut mengambil sikap tertentu untuk bertindakbalas terhadap sesuatu keadaan dan masalah.

Thursday, December 15, 2005

PPT Utara

Biasanya kalau outstation aku ambik flight pagi, tapi kali ni aku terpaksa ambik flight malam sebab program bermula jam 8.15 pagi esoknya. Disebabkan sekarang musim haji, flight agak penuh. Kena bermalam semalam kat Alor Setar. Rasanya baru sebulan yang lepas aku duduk kat Regency ni, ni dah datang balik. Program refreshment untuk PP-PPT berjalan lancar. Kali ini aku partner dengan Yazid, taklah penat sangat bercakap kat depan. Peserta semuanya 65 orang termasuk PP lama dan baru. Sebahagian PP lama memang aku dah familiar, termasuklah 3 orang bekas pengajar ILP Perai dulu. Sabri, driver aiport taxi yang hantar aku ke hotel janji nak ambik aku. Tepat jam 8 malam dia sms, katanya tak sempat ambik aku. Kawan dia Pak Ku akan ambil aku. Sempat aku dinner kat hotel. Seperti yang dijanjikan tepat jam 8.30 Pak Ku sampai.

Tuesday, December 13, 2005

Majlis Kenduri di Kampong

Kenduri kahwin di rumah bapa saudara hujung minggu yang boleh dikatakan agak meriah. Kenduri di kampung aku ni memang agak unik sikit. Kebiasannya akan dibuat 2 hari, Sabtu dan Ahad. Semuanya di buat secara gotong royong. Semangat bermuafakat di kalangan masyarakat kampung masih kuat. Keluarga pengantin tak perlu buat apa, semuanya siap sepenuhnya. Masing-masing ada tugas tertentu. Daripada tukang masak, tukang hidang, pelayan, penyambut tetamu, tukang buat air sampailah ke basuh pinggan,Jemputan boleh datang bila-bila masa dan masih tak ada istilah buffet semasa jamuan. Semuanya akan dihidangkan sepanjang masa walaupun datang jam 11 malam. Makanan akan disediakan setiap masa mengikut keperluan. Oleh kerana sibuk dengan tugas biasanya jarang aku dapat hadir untuk dua-dua hari, tapi kali ni malam minggu aku dah ada kat kampong. Suasana sebelah malam memang kebiasaannya agak sibuk. Jemputan di kampong biasanya lebih suka datang sebelah malam. Lewat malam bacaan berzanji diiringi dengan alunan kompang tujuh cukup mengasikkan. Bukan semua orang boleh bermain kompang tujuh ni, ianya masih dimonopoli oleh golongan veteran. Hanya segelintir lapisan muda yang berminat untuk belajar. Memang agak sukar untuk bermain kompang tujuh ni. Ianya merupakan satu set yang mengandungi 7 kompang yang berlainan saiz dan 1 beduk. Ini bermakna 8 orang dalam satu kumpulan, belum termasuk yang mengalunkan lagu-lagu berzanji. Kalau diamati paluan kompang tersebut tidak akan diketuk serentak menjadikan satu nada yang amat mengasyikkan. Bukan semua orang juga boleh menyanyikan lagu berzanji, dalam setengah keadaan ianya dinyanyikan dengan nada yang cukup tinggi yang boleh didengar sampai kehujung kampong padahal tidak menggunakan sebarang pembesar suara. Amy Search pun memang tak boleh lawan. Inilah keistemewaan kumpulan kompang di kampong aku ni, entah sampai bila ianya boleh bertahan. Harap-harap lapis muda yang menetap dikapong boleh terus memainkan peranan untuk mengekalkan tradisi ini. Pagi Ahad lepas subuh jam 6.30 pagi aku dah pergi. Mulanya ingat mungkin antara orang yang terawal, rupanya dah ramai orang. Satu semangat yang jarang jumpa di tempat lain, dan pagi tu aku berjaya parut kelapa sebanyak 70 biji. Satu perkara yang paling menyelerakan masa kenduri ni adalah makan masakan yang baru diangkat dari kuali di bangsal memasak. Sesekali dapat berkumpul dengan sanak-saudara dan orang kampung memang seronok.

Wednesday, December 07, 2005

Induksi di Wisma Tani

Hari ni kena bagi taklimat untuk kursus PP-PPT di Wisma Tani. Walaupun Wisma Tani di kawasan Putrajaya, ini kali pertama aku masuk komplek ni. Seperti biasa agar sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta sebagai pelawat di Putrajaya. Semua tempat pelawat telah diletak sign khas. Mungkin disebabkan hari ni hari Rabu dan merupakan hari Post-Kabinet. Terdapat seramai 30 peserta dari seluruh negara. Sebahagian besar dari mereka adalah Doktor dan pegawai veteran, malah ada 3 orang yang dah pun bersara. Kelas berjalan lancar, kadang-kadang seronok jugak ambil kelas orang lama-lama ni. Masing-masing menunjukan respon yang amat menggalakan, malah berlumba-lumba untuk bertanya dan memberi pendapat. Walaubagaimanapun semua berjaya dikawal sepenuhnya. Kelas 8 jam direct sorang-sorang memang agak memenatkan.

Catatan Perjalanan 6

Hari Ketujuh
Lawatan ke Autostadt yang terletak di Wolfsburg iaitu 2 jam perjalanan dari Bremen. Inya merupakan satu komplek membuat, memasang dan memasarkan berbagai jenis kereta dalam kumpulan Volkswagen seperti Audi, Bentley, Lamborghini, Seat, Scoda dan Volkswagen. Komplek tersebut begitu canggih dan dilengkapi berbagai kemudahan untuk pelanggan. Ianya juga dilengkapi dengan tempat permainan. Landkap kawasan Autotads amat menarik.
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Pemandangan indah di Autostadt

Tuesday, December 06, 2005

Hujung Minggu

Sabtu dan Ahad tetap sibuk, walaupun Sabtu dah diistihar cuti tetapi seolah macam tak cuti. Hari Sabtu terpaksa jadi urusetia bagi program Bengkel AJK Penasihat MLVK. Majlis tersebut diadakan di Sunway Resort. Kali ini penyertaan dari semua ahli adalah amat menggalakkan. Majlis bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Malam terpaksa menghadiri Majlis Makan Malam Amal PIBG Sek Men Bandar Baru Bangi. Majlis ini di rasmikan oleh Tan Sri Yusof Nor, pengerusi Felda. Dalam majlis tersebut kami berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 12 ribu Dana tersebut amat diperlukan sebagai tambahan bagi pembinaan library institut.
Pagi Ahad gotong royong menyedia dan membakar lemang bagi sambutan hari terbuka Taman langat Jaya. Kali ini menu adalah berbentuk potluck dimana setiap jalan telah disediakan menu yang ditetapkan. Memandangkan menu jalan kami adalah lemang maka kami mengambil keputusan untuk gotong royong menyedikannya. Sebanyak 50 batang lemang berjaya di siapkan.
Tengahari terus ke Sepang untuk menghadiri jemputan kenduri kahwin. Petang berkumpul di padang bagi penyediaan kemah bagi sambutan hari terbuka.
Malam sambutan bermula dari jam 8.30 malam. Suasana agak meriah. Dijangkakan lebih 200 orang hadir dalam majlis tersebut. Sebagai pengarah program aku terpaksa memberi ucaptama. Majlis diselangseli dengan dengan berbagai persembahan dari anak-anak taman. Secara keseluruhan majlis boleh dikatakan berjaya. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut.

Catatan Perjalanan 5

Hari kelima
Pagi telah menunjukan tanda-tanda snow akan turun. Suhu amat sejuk, mungkin jugak negetif. Lawatan yang telah dirancang adalah Kaefer's Bremen. Sebuah syarikat yang fokus kepada Construction, Industry dan Ship building. Taklimat telah di sampaikan oleh pengurus syarikat Mr. R.Koing. Syarikat tersebut telah beroperasi sejak 1918. Pada masa ini ia juga mempunyai kontak di Bintulu dan Gebeng, juga mempunyai pejabat di KL. Syarikat juga melihat Malaysia adalah salah satu tempat untuk mengembangkan lagi pengaruhnya.Turnover syarikat tersebut pada tahun 2004 adalah sebanyak 580 Million Euro. Syarikat mempunyai 6000 pekerja di seluruh dunia di mana 450 pekerja daripadanya adalah di Bremen.
Terdapat seramai 360 apperantices di syarikat tersebut. Melalui SOKA-BAU perbelanjaan untuk tahun pertama akan di kembalikan sebanyak 10 bulan, tahun kedua dikembalikan 6 bulan perbelanjaan manakala tahun ketiga hanya 1 bulan perbelanjaan. Syarikat akan mengambil sekurang-kurangnya 25 app setiap tahun di mana mereka akan dibayar sebanyak 549 Euro pada tahun pertama, 765 Euro pada tahun kedua dan 999 Euro pada tahun ketiga. Kebiasaannya sebanyak 50 - 70% pelajar berjaya menamatkan sehingga ketahun tiga. Para apperantis juga diberi peluang mengulang sehingga 3 kali di mana peperiksaan dijalankan setiap 6 bulan. Walau bagaimanapun jika masih tidak lulus mereka tidak perlu membayar balik. Nisbah permohonan yang berjaya adalah 1/8. Kurikulum disediakan oleh chamber dan spesifik kepada syarikat tersebut. Pengetahuan berkala akan diberi kepada institut jika ada sebarang perkara yang baru. Pehubungan dengan institut awam amat rapat bagi memastikan kualiti latihan menepati kehendak syarikat.

Program pagi habis pukul 10.30 pagi, ada masa untuk tenguk-tenguk kedai di Bremen. Cuma pada masa ni tak berapa sesuai sebab semua emporium menjual pakaian musim sejuk. Sebenarnya tak banyak benda yang kita boleh beli di sini, kebanyakannya di Malaysia lebih murah kecuali beberapa benda yang memang buatan sini. Sempat jugak beli satu set piasu dapur.

Petang taklimat oleh Keller machine training software di ITB

Malam makan ditempat biasa, kali ni menu gado-gado, udang goreng, ikan kembung, sambal telur dan sayur sawi putih. Bila balik makan snow turun agak lebat, sempat jugak keluar ambil gambar sampai pukul 11 malam.
Image hosted by Photobucket.com

Hari Keenam

Pagi pogram di ITB iaitu untuk summary report bagi pogram yang telah dibuat. Sepanjang perjalanan snow agak tebal di semua tempat.

Makan malam di Park Royal Hotel Bremen. Salah satu hotel bertaraf 5 bintang di Bremen. Dressing terpaksa official. Tiket untuk untuk dinner ni agak mahal, 105 euro, ataupun menyamai RM500. Menu cuma salad, mushrum sup, pasta dan desert. Ada di antara kami yang tak boleh makan pun, rasa macam fear factor pun ada. Tapi aku masih boleh makan walaupun kena paksa. Dinner disajikan dengan pertunjukan seni kepakaran dari beberapa negara. Pertunjukan di hoskan oleh Gloria Winterbottom, seorang pelawak dari Berlin. Antara yang turut membuat persembahan adalah Noah Chorny seorang akrobatik vertical thestre dari USA. Kepakaran beliau untuk memanjat tiang bagi tujuan memasang lampu. Berbagai aksi komidi ditunjukan termasuklah memanjat tiang dengan menggunakan sebelah tangan. Uli Bauman digelar sebagai mobile comidy drp Bremen, di samping membuat pertunjukan di pentas beliau sering datang kemeja untuk berinteraksi dengan pengunjung. Jack Millet dari USA seorang ahli muzik dan comedy yang membuat persembahan dengan pakaian cowboy. Persembahan beliau bermain gitar, menyanyi dan berlawak memang menghiburkan. Tatjana Kundik, seorang pakar akrobatik tali dari Ukraine turut menghiburkan dengan menari di atas seutas tali. Kumpulan La Vision (Richad & Yana) dari Kanada & Ungarn menunjukan tarian slow balet berkonsepkan patung, Alex Jorgensen & Barti dari Denmark bermain dengan patung yang dinamakan Barti, cara dia mengendalikan patung tersebut begitu profesional. Walaupun hanya menggunakan 2 tangan tetapi beliau boleh menggerakkan patung tersebut seolah-olah patung tersebut hidup. Gelagat Barti yang begitu menghiburkan sehingga kadang-kadang terlupa yang pergerakan Barti dikawal oleh Alex. Barti boleh bermain piano, gitar, menyanyi dan menari. Malah setiap pergerakan dilengkapi dengan memek muka dan pergerakan mata. Malah dia boleh menunjukan muka tengah marah, suka dan sebagainya. Trinity dari England pula menunjukan kebolehan bermain dengan kain yang terjuntai dari bumbung dewan. Osama & Vadim dari Ukraine menunjukan tarian akrobatik. Dan semua persembahan tersebut diselang-seli dengan muzik oleh kumpulan Bre Men & Parking. Secara keseluruhan semua persembahan begitu profesional dan amat menghiburkan. Bersambung.....

Image hosted by Photobucket.com

Saturday, December 03, 2005

Catatan Perjalanan 4

Hari Keempat
Pagi lawatan ke Daimler Chrysler Bremen. Sebuah syarikat terkenal pembuat kereta jenama Merchedes Benz. Menurut coordinator memang sukar untuk masuk melawat syarikat ini, tetapi bila dia dengar pelawat dari Malaysia dia terus setuju. Rupanya anak kepada manager training center disyarikat ini akan kahwin dengan orang Kudat. Pada setiap masa tidak kurang 400 student termasuk pelajar universiti yang menjalani latihan praktikal terdapat di syarikat tersebut. Syarikat ini merupakan syarikat kedua terbesar. Pasaran ke seluruh Eropa adalah dari syarikat ini. Turn over syarikat ini dalam tahun 2004 adalah sebanyak 142 billion euro. Misi syarikat adalah leader in technology and quality. Ianya mula beroperasi sejak tahun 1938. Main product in Bremen adalah C-class. Syarikat tersebut mampu 800 buah kereta dalam sehari dan mempunyai 750 syarikat pembekal. Jumlah kakitangan adalah seramai 14,700 orang di mana 10,700 daripadanya adalah untuk production. Pada masa ini terdapat 468 student sedang menjalani latihan dalam berbagai bidang dan 299 OJT student di syarikat tersebut. Semua pelajar yang lulus akan ditawarkan kerja di syarikat tersebut. Sebanyak 4000 permohonan diterima setiap tahun. Syarikat mengamalkan block release dalam latihan dual. Terdapat 19 orang pengajar sepenuh masa di pusat tersebut dan seorang coach akan bertanggungjawab ke atas 2 atau 3 orang apperantis.
Image hosted by Photobucket.com
Deretan berbagai model Merch
Sebelah petang melawat pusat sains di ITB. Ianya dilengkapi dengan satu menara bagi mengkaji graviti. Selepas itu satu perbincangan telah diaturkan di ITB. Perbincangan lebih kepada bentuk dan format manual yang akan dibangunkan dan kami semua sepakat untuk meneliti dan mengemaskini manual yang telah disediakan mengikut keperluan dan kesesuaian syarikat di Malaysia. Malam seperti biasa makan di Restoran Malaysia. Bersambung....
Image hosted by Photobucket.com
gayat ooo......

Thursday, December 01, 2005

Catatan Perjalanan 3

Hari Ketiga

Pagi Lawatan ke Stahlwerke Bremen, satu syarikat pengeluar steel di German. Perjalanan dengan teksi setengah jam dari hotel. Syarikat ini melibatkan keseluruhan operasi dalam proses pengeluaran keluli, bermula dari peleburan bijih bar sehinggalah pengeluaran bar keluli. Terdapat 3800 pekerja dan mampu mengeluarkan 3.2 ton keluli setahun. Syarikat mula beroperasi sejak tahun 1957. Ianya merupakan syarikat pengeluar steel terbesar di dunia. 74% produk untuk general industries manakala selebihnya untuk industri automotive. Setiap tahun seramai 43 aperantis akan diambil dan jumlah dalam satu-satu masa adalah 200 orang. Terdapat juga 20 pelajar universiti yang menjalani OJT setiap masa. Mengikut perancangan syarikat dijangkakan peningkatan latihan sebanyak 5% masa akan datang. Semua apperantis akan bekerja di syarikat pada masa ini. Sebanyak 2500 permohonan bagi mengikuti program aperantis diterima setiap tahun dan 300 daripadanya akan ditemuduga untuk pengambilan Jun dan Oktober. Proses pemilihan dilakukan melalui 2 fasa. Fasa pertama adalah ujian teori dalam masa 120 min. Fasa kedua adalah ujian amali (60 min), group assignment (60) dan interview (20 min).Pemeriksaan kesihatan oleh doktor disyarikat diperlukan sebelum apperantis diterima untuk menjalani latihan. Terdapat 12 pengajar sepenuh masa, 45 % masa mengajar untuk teori dan 55% untuk amali. Sorang coach akan handle antara 1 hingga 5 apperantis. 3 hari dalam seminggu training di syarikat dan 2 hari di institut. 60% apperantis adalah dari Bremen. Sebanyak 2 - 5 kali meeting setahun diadakan antara instructor di Syarikat dan pengajar di institut bertujuan untuk penyelarasan kurikulum. Setiap aperantis akan didedahkan dengan self assesment. Institut akan menjalankan assesment setiap 6 bulan manakala kilang akan menjalankan assesment pada tahun kedua dan keempat dengan peratusan 50% teori dan 50% amali. 40% dalam ujian teori adalah ditetapkan oleh chamber manakala 60% daripadanya adalah mengikut keperluan syarikat. Semua istructor perlu memiliki sijil TOT. Budaya disini coach akan suka rela untuk menjadi mentor kepada apperantis tanpa ada sebarang elaun, kreteria yang diperlukan adalah pekerja mahir dan komited. Pihak syarikat telah menyediakan lunch pada tengahari tetapi makanan tersebut tak halal, koordinator lupa nak maklum. So minum je la yang boleh.
Image hosted by Photobucket.com
Dihadapan Stahlwerke

Petang lawatan ke Aqua Signal, juga di Bremen. Sebuah syarikat membuat lampu untuk semua kategori, daripada lampu rumah sehinggalah lampu kapal laut. Syarikat telah ditubuhkan sejak 1966 dan pada masa ini ia mempunyai cawangan di seluruh dunia. Latihan dual dijalankan 3 hari kilang dan 2 hari institut untuk selama 3.5 tahun latihan, konsep latihan adalah learning and doing. Apperantis dikehendaki membuat laporan setiap hari. Pperiksaan hanya dijalankan di institut setiap 6 bulan. Pada masa ini terdapat 21 apperantis dalam 3 bidang pekerjaan. Syarikat mengamalkan terminal examanition dan pelatih dikehendaki membuat report secara berjadual dan dikehendaki membuat presentation dimana panel di lantik dari chamber. Syarat perantis mesti terbuka disebabkan 70% market adalah untuk eksport. Projek akhir adalah internal process dan merangkumi semua kemahiran yang dikehendaki. Seramai 6 orang apperantis diambil setiap pengambilan daripada 100 permohonan yang diterima.


Dalam perjalanan ke hotel singgah di Bremen City. Driver teksi yang membawa kami adalah seorang rakyat Jordan bernama Aladin. Dia menunjukan beberapa tempat seperti call shop dan kebab house.
Image hosted by Photobucket.com
Di Bandar Bremen
Malam sekali lagi makan di tempat biasa. Menu kali ni agak special. Dimulakan dulu dengan starter sup tom yam. Ini kali pertama aku makan sup cendawan dengan nenas. Tapi memang sedap. Selepas tu kami dihidngkan dengan ikan masak sweet sour, sayur kacang panjang, pais sotong dan kepah stim. Kadang-kadang tak sangka boleh makan makanan macam ni di negara German. Bila aku tanya tokey mana dapat daun pisang untuk buat pais, dia kata import dari Holand. Kuantiti makanan yang disediakan agak banyak ditambah pulak 3 orang dari kami tak makan sea food.

Wednesday, November 30, 2005

Catatan Perjalanan 2

Hari kedua
Pagi lawatan Company Airbus di Bremen. Terdapat 16 cawangan Airbus di seluruh Eropah. Aktiviti cawangan ini adalah membuat bahagian sayap kapal untuk semua model. Terdapat 4000 pekerja di sini. Training yang dijalankan adalah peringkat diploma and bachelor. Apperantis 4 tahun, 1/3 di training institute. Tahun pertama tidak terlibat dengan production. Tahun 3 dan 4 akan mengikuti sepenuhnya production line. Terdapat 360 aperantis, 11 instructor dan ramai lagi coach yang mana sebahagian besar sorang coach akan handle sorang apperantis.
Image hosted by Photobucket.com

Sebelah petang pulak lawatan ke Airbus di Humburg. Perjalanan dari Bremen ke Hamburg memakan masa selama 2 jam. Bandar Humburg 3 kali lebih besar jika dibandingkan dengan Bremen. Airbus di sini merupakan tempat pemasangan akhir dan merupakan tempat penghantaran airbus ke seluruh eropah. Daripada 7000 apperantis yang memohon hanya 100 yang diterima. Latihan yang dijalankan 90% base on aircraft. Satu perkara yang agak pelik kerja-kerja painting aircraft tidak boleh menggunakan robot. 40 pekerja serentak untuk satu aircraft. Mereaka terpaksa bekerja dalam satu team. Konsep dual training di sini sama dengan di Bremen. 1 coach handle 1 apperantis. Airbus di sini mampu mengeluarkan 35 aircraft dalam masa 1 bulan. Mereka juga mengetahui Malaysia telah menempah 6 A380 baru-baru ni. Dalam perjalanan balik ke Bremen singgah di Bandar Humburg.

Malam sekali lagi dinner di Malaysia restoren. Menu adalah gado-gado, ikan, ayam, sayur dan udang. Bersambung.......

Catatan Perjalanan

Tanggal 20 Nov aku berpeluang mengikuti rombongan ke Jerman bagi menyediakan manual untuk pelaksanaan sistem latihan dual. Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan mempelajari bagaimana sistem tersebut berjaya dilaksanakan di Jerman.
Sampai di KLIA jam 9 malam. Masih tak nampak member yang lain, mungkin dengan hal masing-masing sebab janji jam 9.30. Atau pun mungkin masih dalam perjalanan. Tepat jam 9.30 semua dah berkumpul, check in dan terus ke Golden Lounge KLIA. Tapi nasib agak kurang baik, flight ke Frankfrut terpaksa delay sehingga jam 1.30 pagi. Penerbangan dari KL ke Frankfrut memakan masa selama 13 jam, satu jangkamasa yang cukup memenatkan. Nasib baik duduk kat bussines class takla boring sangat. Flight mendarat di Frankfrut tepat jam 6.30 pagi waktu tempatan. Airport di sini agak besar, mungkin lebih kurang Hetrow. Suhu masa tu 3 darjah celcius. Selepas tu kami terpaqksa check in semula untuk penerbangan ke Bremen jam 9.10 pagi dengan Luthansa. Pernerbangan dari Frankfrut ke Bremen memakan masa selama 45 minit. Sampai di Bremen teksi dah pun tunggu. Di Bremen suhu 2 darjah celcius. Teksi terus bawak kami ke Hotel Residence dan tepat jam 12 kami dah pun check in. Hotel ni agak sunyi iaitu 10 minit berjalan kaki ke city. Rate bilik ialah €70.
Image hosted by Photobucket.com
Wellcome drink di Bremen Hotel

Pukul 1.30 teksi dah tunggu untuk lawatan ke Institut Teknologi and Education Uni of Bremen. Inilah universiti tempat aku akan ambil PHD nanti. Taklimat oleh Prof Dr George Spottl. ITB mula beroperasi sejak 1986. Terlibat kerjasama dengan KUITO dalam technical education and vocational training. Taklimat juga di maklumkan 10 calon PHD dari Malaysia akan dimulakan tahun depan. ITB adalah research college yang terbesar di German.

Malam dinner di sebuah restoran Malaysia. Lokasi 10 minit berjalan kaki dari hotel Residance. Menu sup ayam, kari ayam, rendang daging, ayam goreng, sayur goreng dan itik. Mulanya agak sangsi juga mana dia dapat barang-barang tu, tuan punya restoren memaklumkan dia ambil bahan-bahan dari sebuah kedai halal Turki. Masih fasih bahasa melayu tapi slang indon.
Akan bersambung......
Image hosted by Photobucket.com
Di Hadapan Restoren Malaysia di Bremen

Sunday, November 20, 2005

Flight Delay

Masa menulis ni masih di dalam Golden Club dalam perjalanan ke Franfrut, flight delay sehingga 1.30 pagi. Dalam 2 minggu ni blog terpaksa rest, insyaallah akan update semua catatan perjalanan di Germany bila balik nanti.

Perjumpaan DKJ

Perjumpaan bekas student DKJ UTM sesi 82/83 bersempena hari raya telah dirancang di rumah Sulaiman Hamid. Inilah kali pertama aku join. Dalam perjalanan ke rumah Selaiman ni aku sempat singgah di rumah Dr Satar dan seorang lagi rakan sepejabat Ayana di sessyen 25 Shah Alam. Aku konvoi dengan Yazid, tapi bila sampai di kawasan rumah Sulaiman hujan begitu lebat. Masa tu walaupun baru pukul 6 petang tapi gelap macam dah malam. Agak sukar kami nak cari rumah yang beralamat di Jln U6/6. Ibrahim call beberapa kali untuk tunjuk arah tapi tetap tak jumpa, yang kami jumpa hanyalah U6/5 dan U6/7. Selepas berpusing beberapa kali barulah kami jumpa. Masa aku dan Yazid tiba di situ Ibrahim Ahmad, Yusni Sharif dan Zulkarnain Mohd Juah dan pun sampai. Lepas tu diikutila oleh Aminudin Md Nor, Norazman Mufti, Mohd Her Jantan dan yang terakhir Hasnan Salleh. Suasana cukup meriah dengan keluarga masing-masing. Sebahagian besar dari mereka memang tak pernah aku jumpa sejak tamat belajar di UTM 20 tahun yang lepas. Kalau jumpa kat luar memang tak cam. Kami bersurai sekitar jam 9 malam. Terima kasih pada Sulaiman dan keluarga kerana menyediakan juadah yang cukup lazat dan pada semua kawan-kawan sesungguhnya perjumpaan seperti ini amat bermakna bagi diri aku dan keluarga.
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com

Thursday, November 17, 2005

PPL Zon Tengah

Hari ni aku di tugaskan menjadi penceramah bagi kursus PPL bagi zon tengah. Kali ini program dijalankan di Federal Hotel Bukit Bintang. Inilah hotel yang terakhir yang pihak urusetia dapat berurusan, yang lain semua dah penuh. Memandangkan hotel ni berada di kawasan yang agak sibuk aku ambil keputusan datang awal untuk mengelakan jem. Memandangkan peserta di zon tengah ni agak ramai, urusetia telah pecahkan kepada 3 kumpulan. Aku partner dengan Hj Yusak untuk handle kumpulan 3 yang berjumlah 45 peserta, sebahagian besar adalah veteran dan pesara. Di kalangan 45 peserta ni, terdapat 2 peserta yang berstatus Profesor. Kesemuanya begitu sporting, walaupun kadang-kadang suasana agak tegang tetapi masih boleh dikawal sebaiknya. Esok terpaksa continue satu hari lagi.

Saturday, November 12, 2005

Catatan Aidilfitri

Raya tahun ini di Ijok dulu. Malam raya semua adik beradik dah berkumpul. Kebetulan tahun ini semua balik. Sebenarnya jarang dapat kami berkumpul bersama kesemua empat beradik di pagi raya. Memang cukup riuh dengan perangai budak-budak.

Raya pertama, seperti biasa selepas sembahyang aidilfitri terus ziarah kubur. Ramai betul di kubur pagi tu. Mulanya susah juga nak mencari pusara, tapi bila dah jumpa satu yang lain mudah. Satu perkara patut dipuji, kawasan kubur di Ijok ni cukup bersih. Hasil kelapa sawit dari tanah wakaf sudah cukup untuk mengupah pekerja membersih kawasan kubur. Lepas tu kami terus konvoi lima buah kereta ke rumah datuk dan ke rumah adik beradik emak dan bapak yang terdekat. Petang kami ambil keputusan untuk menziarahi keluarga arwah Paman Kiman di Tanjung Karang. Sebenarnya dah bertahun aku aku tak ziarah keluarga ni. Sejak arwah meninggal, hubungan dengan keluarga ni dah agak terputus. Kebetulan keluarga ni satu-satunya adik beradik ayah yang duduk agak jauh dari kampung. Kami pulak jarang balik kampung. Anak-anak dia orang pulak pun jarang balik ke Ijok. Tetapi sambutan dan keramahan keluarga arwah ni tetap macam dulu. Mungkin disebabkan dah lama tak jumpa, lama betul kami di situ. Sampai ke Magrib. Anak-anak pulak seronok dengan suasana kampung di tengah sawah padi. Kebetulan padi tengah menguning. Memang adapun di antara anak-anak kami yang tak pernah tenguk padi. Dan satu perkara yang dah lama aku tak makan iaitu ’sambal tahun’ dapat aku makan petang tu. Memang cukup menyelerakan. Aku masih ingat, kecik-kecik dulu ayah cukup rajin buat sambal ni. Sambal ni akan dimasak di dalam periuk tanah dan sentiasa duduk di atas dapur khas. Akan dipanaskan setiap masa dan bahan-bahan akan ditambah mengikut cita rasa. Cili padi adalah bahan utama. Semakin lama sambal ni akan semakin sedap. Tetapi zaman moden ni dah susah nak jumpa sambal ni, malah dah terlupa. Dan aku tak sangka aku boleh jumpa petang tu. Sekurang-kurangnya boleh aku kenalkan pada anak-anak, inilah sebahagian jenis makanan orang dulu-dulu yang hampir pupus. Ada lagi beberapa jenis yang sekarang ni susah nak jumpa malah orang zaman sekarang tak tau iaitu gatot, tiwul, ompak dan belulang. Semua makanan ni jenis boleh disimpan lama dan diproses untuk di masak bila diperlukan. Semuanya cukup lazat. Tak taula bila boleh rasa balik makanan macam ni...
Malam tetamu tak putus-putus dan yang terakhir jam 11 malam. Semuanya yang datang adalah saudara-mara.

Raya kedua. Terus berkonvoi ziarah saudara-mara di Ijok dan Jaya Setia. Kali hanya berkonvoi 3 keluarga sebab adik dah beraya di rumah mertuanya di Perak. Mungkin disebabkan dah muak makan ketupat dan rendang, teringin nak makan masakan kampung. Teringat sehari sebelum raya, emak masak paku midin masa bersahur. Cukup sedap. Emak kata pakcik Ipan sebelah rumah yang bagi. Kami terus tanya P. Ipan kat mana kutip. Setelah tau lokasi kami terus pergi ramai-ramai, 15 orang dengan anak-anak. Macam berpesta kutip pucuk paku mindin. Masing-masing cukup seronok.
Lewat petang balik ke Bangi. Dalam perjalanan singgah rumah Pak Tam di Sungai Buluh.

Raya Ketiga. Cadangan awal selepas subuh nak bertolak ke Terengganu. Pukul 7 semua dah bersedia dan semua barang di susun dalam kereta. Tapi bila nak bertolak baru aku terperasan tayar depan Unser aku pancit, bocor la tu. Terpaksalah tukar tayar spare. Berpeluh jugak dibuatnya. Tak berani aku bertolak tanpa tayar spare. Kena tunggu kedai bukak jam 10. Bila semuanya selesai pukul 10.45 pagi baru mula bertolak ke Kuala Berang. Perjalanan agak lancar, tapi bila masuk negeri Terengganu hujan mula turun. Lebat yang amat sangat. Jumpa dua accident, salah satunya kereta depan aku. Sampai di Kuala Berang jam 4 petang. Malam ziarah rumah Ngah dan Kak Wok sampai pukul 11 malam. Kak Wok pulak dah sediakan stok bunga api kat budak-budak.

Raya Keempat
Ziarah saudara-mara terdekat di kampung. Pilih-pilih yang wajib, kalau nak ziarah semua sebulan pun tak cukup.