Raya tahun ini di Ijok dulu. Malam raya semua adik beradik dah berkumpul. Kebetulan tahun ini semua balik. Sebenarnya jarang dapat kami berkumpul bersama kesemua empat beradik di pagi raya. Memang cukup riuh dengan perangai budak-budak.
Raya pertama, seperti biasa selepas sembahyang aidilfitri terus ziarah kubur. Ramai betul di kubur pagi tu. Mulanya susah juga nak mencari pusara, tapi bila dah jumpa satu yang lain mudah. Satu perkara patut dipuji, kawasan kubur di Ijok ni cukup bersih. Hasil kelapa sawit dari tanah wakaf sudah cukup untuk mengupah pekerja membersih kawasan kubur. Lepas tu kami terus konvoi lima buah kereta ke rumah datuk dan ke rumah adik beradik emak dan bapak yang terdekat. Petang kami ambil keputusan untuk menziarahi keluarga arwah Paman Kiman di Tanjung Karang. Sebenarnya dah bertahun aku aku tak ziarah keluarga ni. Sejak arwah meninggal, hubungan dengan keluarga ni dah agak terputus. Kebetulan keluarga ni satu-satunya adik beradik ayah yang duduk agak jauh dari kampung. Kami pulak jarang balik kampung. Anak-anak dia orang pulak pun jarang balik ke Ijok. Tetapi sambutan dan keramahan keluarga arwah ni tetap macam dulu. Mungkin disebabkan dah lama tak jumpa, lama betul kami di situ. Sampai ke Magrib. Anak-anak pulak seronok dengan suasana kampung di tengah sawah padi. Kebetulan padi tengah menguning. Memang adapun di antara anak-anak kami yang tak pernah tenguk padi. Dan satu perkara yang dah lama aku tak makan iaitu ’sambal tahun’ dapat aku makan petang tu. Memang cukup menyelerakan. Aku masih ingat, kecik-kecik dulu ayah cukup rajin buat sambal ni. Sambal ni akan dimasak di dalam periuk tanah dan sentiasa duduk di atas dapur khas. Akan dipanaskan setiap masa dan bahan-bahan akan ditambah mengikut cita rasa. Cili padi adalah bahan utama. Semakin lama sambal ni akan semakin sedap. Tetapi zaman moden ni dah susah nak jumpa sambal ni, malah dah terlupa. Dan aku tak sangka aku boleh jumpa petang tu. Sekurang-kurangnya boleh aku kenalkan pada anak-anak, inilah sebahagian jenis makanan orang dulu-dulu yang hampir pupus. Ada lagi beberapa jenis yang sekarang ni susah nak jumpa malah orang zaman sekarang tak tau iaitu gatot, tiwul, ompak dan belulang. Semua makanan ni jenis boleh disimpan lama dan diproses untuk di masak bila diperlukan. Semuanya cukup lazat. Tak taula bila boleh rasa balik makanan macam ni...
Malam tetamu tak putus-putus dan yang terakhir jam 11 malam. Semuanya yang datang adalah saudara-mara.
Raya kedua. Terus berkonvoi ziarah saudara-mara di Ijok dan Jaya Setia. Kali hanya berkonvoi 3 keluarga sebab adik dah beraya di rumah mertuanya di Perak. Mungkin disebabkan dah muak makan ketupat dan rendang, teringin nak makan masakan kampung. Teringat sehari sebelum raya, emak masak paku midin masa bersahur. Cukup sedap. Emak kata pakcik Ipan sebelah rumah yang bagi. Kami terus tanya P. Ipan kat mana kutip. Setelah tau lokasi kami terus pergi ramai-ramai, 15 orang dengan anak-anak. Macam berpesta kutip pucuk paku mindin. Masing-masing cukup seronok.
Lewat petang balik ke Bangi. Dalam perjalanan singgah rumah Pak Tam di Sungai Buluh.
Raya Ketiga. Cadangan awal selepas subuh nak bertolak ke Terengganu. Pukul 7 semua dah bersedia dan semua barang di susun dalam kereta. Tapi bila nak bertolak baru aku terperasan tayar depan Unser aku pancit, bocor la tu. Terpaksalah tukar tayar spare. Berpeluh jugak dibuatnya. Tak berani aku bertolak tanpa tayar spare. Kena tunggu kedai bukak jam 10. Bila semuanya selesai pukul 10.45 pagi baru mula bertolak ke Kuala Berang. Perjalanan agak lancar, tapi bila masuk negeri Terengganu hujan mula turun. Lebat yang amat sangat. Jumpa dua accident, salah satunya kereta depan aku. Sampai di Kuala Berang jam 4 petang. Malam ziarah rumah Ngah dan Kak Wok sampai pukul 11 malam. Kak Wok pulak dah sediakan stok bunga api kat budak-budak.
Raya Keempat
Ziarah saudara-mara terdekat di kampung. Pilih-pilih yang wajib, kalau nak ziarah semua sebulan pun tak cukup.

No comments:
Post a Comment