Sunday, April 02, 2006

Ke German lagi

Tanggal 1 April aku mulakan sejarah baru, kembali duduk di Bremen Germany iaitu tempat aku buat coaching manual 4 bulan yang lepas. Kali ini kami pergi berlima dan perlu tinggal di sini selama 3 bulan iaitu satu jangka masa yang agak panjang untuk duduk berjauhan dari keluarga. Seperti sebelum ini penerbangan dari KLIA ke Frankfrut memakan masa 13 jam untuk transit selama 2 jam dan sambung 1 jam penerbangan ke Bremen menggunakan Luthansa. Di Bremen Dr Kirb telah pun menunggu. Kami terus ke University Guess House di mana kami ditempatkan untuk tempoh 3 bulan ini. Apartment tempat kami ditempatkan agak memuaskan, Cuma agak jauh dari city center. Keadaan di Bremen masih macam dulu. Dari segi kelengkapan memang agak mencukupi termasuklah kemudahan internet di dalam bilik.
Image hosting by Photobucket
Pemandangan depan appartment - trem untuk berulang alik

2 comments:

zino said...

selamat berjuang di tempat orang... tak dapat le nak TT hehe

KAMATO said...

Cuma boleh tenguk member ber TT melalui online je.... nak buat camna dah nasid badan