Kanak tersebut hanya tunduk, lalu menjawab; ”Minta maaf encik, sebenarnya saya tak tau nak buat apa. Semua kereta yang saya tahan tak mau berhenti, saya tak larat nak angkat abang saya" kata kanak-kanak itu sambil menunjukan abangnya yang cacat terjatuh dari kerusi rodanya dan tertiarap ke bumi.
Monday, January 29, 2007
Eksekutif
Kanak tersebut hanya tunduk, lalu menjawab; ”Minta maaf encik, sebenarnya saya tak tau nak buat apa. Semua kereta yang saya tahan tak mau berhenti, saya tak larat nak angkat abang saya" kata kanak-kanak itu sambil menunjukan abangnya yang cacat terjatuh dari kerusi rodanya dan tertiarap ke bumi.
Sunday, January 28, 2007
Cicak
A ”Engkau datang dari mana”
P ”Dari seberang”
P ”Padang, bapak Jawa, ibu padang”
A ”Boleh cakap jawa tak?”
P ”Boleh sikit-sikit”
A ”Makan apa ada”
P ”Semua ada”
A ”Roti Canai ada”
P ”Ada...”
A ”Kuah apa ada”
P “Dal ada, daging gulai kuali pun ada”
A “Gulai kuali daging cincang ke”
P “Kat sini tak ada cicak” (sambil memandang siling)
- Nak gelak pun tak sampai hati
Tuesday, January 23, 2007
Kota Kinabalu
Petang Bob rakan lama di JTM datang cari aku di hotel dan petang sempat berjalan menikmati keindahan senja di sepanjang pantai KK. Si Bob ni pun sama, kalau disuruh balik semenanjung memang tak mau punya.
Program satu hari pada hari Ahad berjalan lancar. Sesungguhnya aku amat berpuas hati. Comitment dari semua peserta amat memuaskan. Komen dari mereka juga amat positif. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada penganjur yang menguruskan program ini dengan begitu rapi.
Pemandangan Kota Kinabalu – kadang nampak menarik
Tetamu Senja…… Sesungguhnya keindahan itu milik yang Esa
Saturday, January 20, 2007
Pasangan
Selepas dua tahun berlalu, ulama tersebut telah terjumpa pasangan tersebut berpegang tangan di satu pasar. Lantas ulama tersebut bertanyakan kepada pasangan tersebut
”Apakah sampai sekarang kamu masih tak dapat anak lagi?”
Pasangan tersebut berpandangan satu sama lain sambil tersenyum, lantas menjawab
”Sesungguhnya Tuhan maha adil, kami bukan saja dikurniakan anak, tetapi kami dikurniakan anak kembar. Sekarang anak kami dah lima, macaman kami nak bagi sama rata. Sekarang kami dah buat keputusan untuk tidak berpisah”
Moral cerita, tangguhkan sebarang tindakan jika tindakan itu berupakan bersifat negatif.
Friday, January 12, 2007
Banjir lagi
Awal minggu ni terima email dari KUITTHO arahkan untuk mendaftar. Khamis baru berkesempatan untuk pergi. Kali ni pergi dengan kereta opis. Aku ambil kesempatan ini juga untuk bawak bungkusan pakaian untuk mangsa banjir. Perjalanan berjalan lancar tapi bila je masuk Tangkak hujan lebat bukan main, dan sepanjang hari di Batu Pahat hujan tak berhenti. Semasa perjalanan balik sebelah petang aku singgah isi minyak di Air Hitam, aku tanya atendan kat situ.
"Dah lama ke hujan macam ni?"
"Tak de la bang, baru mula semalam pukul 5 petang"
"Kalau macam ni gaya ada harapan nak banjir balik"
"Memang pun, lagi 2 hari kalau hujan ni tak berhenti jugak memang sah bajir balik"
Dan pagi ni berita mengumumkan beberapa kawasan di Johor telah dinaiki air semula dan sebahagian penduduk telah dipindahkan. Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi dugaan ini.
Wednesday, January 03, 2007
email dari sahabat
Friday, December 22, 2006
LCD punya hal
Oleh kerana masih awal aku cal urusetia, tanyakan ada sedia sarapan pagi tak. Dia kata mai sini, ada….. Tapi tetiba je aku tak de selera nak sarapan kat hotel tu. Aku ambik keputusan untuk masuk kedai mamak, order roti canai dan teh tarik. Duduk sorang-sorang satu meja. Agak special jugak roti canai mamak ni. Sesekali seronok jugak dengar sembang di meja sebelah. Aku cuba-cuba menyampuk, rupanya respon dia orang pun cukup bagus.. senang benar nak dapat kenalan kat kedai mamak ni. Tak lama lepas tu datang 8 orang yang memang aku kenal-kenal sangat. Mereka ni merupakan PPL sejak sekian lama dan menjadi peserta seminar hari ini. Mereka terus duduk meja aku. Wow! Sesekali jumpa macam ni, kedai mamak tu dah macam kita punya... riuh se riuh-riuhnya.
Pukul 8.30 aku tinjau dewan seminar. Semuanya siap sedia, Cuma LCD masih belum berpasang. Aku dimaklumkan cable LCD tak ada, lemah betul hotel ni. Aku mintak urusetia hubungi hotel dan minta diselesaikan segera. Tapi sampai pukul 9 pagi pun masih tak nampak batang hidung tecnician dia. Peserta dah memenuhi dewan. Akhirnya urusetia mengambil keputusan untuk memulakan majlis. Penceramah pertama memulakan bicara tanpa menggunakan projektor. Dalam masa yang sama aku pergi sendiri ke kaunter, tanya macamana dengan LCD. Reception tu kata tecnician dah naik, pakai baju hitam katanya. Aku segera ke dewan semula tapi masih tak nampak batang hidung dia pun. Selepas 15 minit masih tak sampai lagi, sedangkan selepas ini turn aku pulak kena present. Aku sekali lagi pergi ke kaunter, kali ni aku nak cari bos dia... kebetulan bos dia ada dikaunter, cantik sangat memang kena sumbu tak pasal-pasal. Bukan nya kita tak bayar. Hampir pukul 10 bayang-bayang tecnician masih tak ada lagi. Aku mintak urusetia cal terus sale manager, sale manager tu jawab lagi setengah jam. Aku mintak dia selesaikan dalam masa 10 minit, kalau tidak siap. Dalam hati aku kalau dia tak selesaikan jugak aku akan maklum pada semua peserta yang hadir supaya mereka jangan sesekali guna hotel ini untuk sebarang program. Lepas tu tak sampai 10 minit tecnician pun sampai. Boleh pulak sampai kalau kena ugut.
Habis je turn aku, aku terus bergegas ke opis kerana ada mesyuarat bersama persatuan pusat bertauliah swasta. Bila je aku jumpa pengerusi persatuan ni dia terus tanya mengenai kekecohan di majlis pagi tu. Cepat betul mereka tahu, sedangkan pengerusi tersebut datang dari jauh. Katanya ramai yang call dia memaklumkan JPK mengadakan seminar tanpa LCD. Apa-apa hal pun lain kali kena beringat bila deal dengan hotel ni.
Monday, December 18, 2006
Forum
Sunday, December 17, 2006
Tol naik lagi....
Menteri Kerja Raya juga turut mengumumkan kenaikan kadar tol itu bukannya yang terakhir. "Kenaikan kadar tol tidak akan berakhir. Ini fenomena yang tidak boleh dijawab bila ia akan selesai. Kita selesai satu jalan, kita bina jalan baru sebab kita mahu memberi pembangunan pesat kepada negara ini," jelas. Samy juga menjelaskan kenaikan itu timbul berikutan penstrukturan semula penjanjian konsesi kerajaan untuk mengurangkan jumlah kadar kenaikan. Tambahnya, kadar kenaikan pula dikira mengikut jumlah pengguna di setiap laluan berkenaan sepanjang tahun ini. "Jika kita membenarkan kesemua pemegang konsesi menaikkan kadar tol mengikut perjanjian, beban kepada kerajaan adalah lebih berat, " katanya. Kalau macam ni sampai bila-bila kenaikan tol tidak akan selesai dan akan terus membebankan pengguna. Di Lembah Klang ini kita seperti tak ada pilihan lain untuk tidak membayar tol, tak ada jalan lain yang boleh mengelak dari melalui jalan-jalan tersebut.
Ramai pihak dari perbagai pertubuhan dan seumpamanya menyatakan kenaikan kadar tol itu sebagai tidak munasabah selepas kenaikan harga minyak Februari lalu yang menyebabkan berlakuknya protes di Kuala Lumpur, diikuti dengan kenaikan tarif elektrik Jun lalu. Lepas ni tak tau apa lagi akan naik......
Thursday, December 14, 2006
Sardine
Ini merupakan sebahagian daripada produk dari negara jiran Thailand yang terdapat di Kota Sydney. Terdapat tanda halal tertera pada tin sardine ini. Walau pun Thailand bukan negara islam, tapi mereka mampu mengeksport makanan halal ke Negara bukan Islam. Yang peliknya tak ada pulak satu pun produk makanan dari negara kita yang sampai ke Australia. Pada hal kita mempunyai berbagai produk makanan dalam tin yang tak kurang hebatnya. Kat mana silapnya?Baru-baru ni semasa menunggu check in di Sydney, aku sempat bersembang dengan seorang bekas chef di Swiss Garden Sydney. Dia ni rakyat Malaysia, orang Kedah yang dah menetap di Terengganu. Selalu berulang ke Sydney kerana kawan karibnya merupakan salah sorang terpengaruh di salah sebuah hotel di sini. Katanya dia pernah membeli jantung pisang untuk tujuan memasak masakan kita, harga sebiji 60 dollar. Katanya lagi 3 helai daun pandan harganya 10 dollar. Mak oi…..mahalnya……Dia jugak akui makanan kita memang boleh diterima di Australia. Bila aku tanya sebab apa berhenti, dia jawab tak tahan, setiap masa berdepan dengan wine dan tak mau bersubahat.
Sunday, December 10, 2006
Kerja vs Cuti
Kuda ni pun pandai posing

Anak Buaya......

Jeti ikan bakar
Sunday, December 03, 2006
Trip ke Sydney
Pemandangan kota Sydney dari bilik waktu malam
Hari kedua.
Lawatan dan taklimat oleh Tafe Global, disusuli taklimat JPK. Petang melawat Open Training and Education Network (OPEN), sebuah institut yang menjalankan program distance learning sepenuhnya. Semasa perjalanan balik ke hotel, pemandu yang membawa kami agak pelik. Cara memandu begitu membahayakan. Sepanjang jalan dia merungut dan marah-marah disebabkan jalan jem dan traffic light setiasa merah. Sepanjang yang aku ingat tak penah lagi aku jumpa pemandu seperti itu bila aku berjalan di negeri orang. Petang aku menyusuri Bandaraya Sydney, tapi sayang semua kedai dah tutup pukul 6.00 petang. Kami terus berjalan sehingga la sampai Sydney Opera House. Ianya terletak di Sydney Harbour. Sebenarnya Bandaraya Sydney ini di kellilingi oleh pelabuhan. Pemandangan di situ begitu menarik sekali.Bersebelahan Opera tersebut terletaknya Sydney Harbour Bridge. Kami duduk di situ sehinggalah gelap semata-mata untuk merakamkan pemandangan di waktu malam. Pemandangan di waktu malam di sini begitu menajubkan.
Sydney Opera House
Sydney Habour Bridge
Pemandangan Sydney Habour waktu malam - menajubkan
Hari ketiga
Taklimat di TAFE Institute. Petang berpeluang pergi ke King Cross. Satu kawasan di mana kedai-kedai dibuka sehingga malam. Banyak juga survevir dijual di sini. Walau bagaimanapun kawasan ini taklah besar sangat. Terdapat sebuah kedai India menjual makanan halal di sini. Sebahagian besar kedai-kedai di kawasan ini dimonopoli oleh bangsa cina. Dalam perjalanan balik ke hotel singgah sebentar di Sydney Hard Rock Cafe. Tempat agak besar tetapi suasana tidak sesuai untuk duduk lama di situ.
Hari keempat
Satu hari berdepan dengan seminar dan discussion di TAFE. Banyak benda baru yang dapat aku pelajari. Dinner di Jordons seafood restaurant. Ianya terletak di Darling Harbour. Satu restaurant yang agak elit dan begitu famous di Sydney. Menyediakan berbagai jenis masakan seafood. Harga makanan boleh tahan jugak, purata kami makan malam tu lebih kurang 120 dollar sorang. Kalau convert dalam RM memang tak berani nak makan. Berada di Darling Harbour ni menjanjikan satu pemandangan yang cukup menarik, terutamanya pada waktu malam. Pelabuhan ini merupakan tempat tarikan pelancung. Di sini terletaknya Sydney Aquarium, Power House Museum, Maritime Museum dan IMAX Theatre iaitu panggung yang mempunyai screen 3D terbesar dalam dunia.
Pemandangan Darling Hobour waktu siang
Pemandangan Darling Habour waktu malam
Hari kelima
Sekali lagi berdepan dengan lecture dan discussion. On the way balik singgah di Paddy Market yang terletak di Haymarkt. Ianya di buka dari Khamis hingga ke Ahad. Mungkin di sinilah kalau nak cari barang yang agak murah. Walaubagaimanapun sukar untuk mendapatkan barangan local. Kalau adapun beberapa barangan yang di perbuat dari kulit Kanggaro. Yang lain semua barangan kebanyakan di import dari negeri Cina. Selepas Asar aku cuba meninjau beberapa pasaraya di Bandar ini, kebetulan hari Khamis kebanyakan pasaraya tutup pukul 9 malam. Kebanyak pasaraya juga menjual pakaian buatan cina. Malah semua produk jenama adidas diimport dari negeri Cina.Walaupun kualiti nampak baik tapi bila tenguk made in Cina, hilang semangat nak beli.
Hari keenam
Hari terakhir aku berada di tafe. Taklimat dah sampai penghujung. Berpeluang bersembahyang jumaat di University Technology Sydney (UTS). Sebenarnya pegawai di Tafe ni pun tak tau universiti di sebelah college dia orang ni ada tempat sembahyang jumaat. Kebetulan aku jumpa sorang brother muslim dari Sri Langka yang bekerja di situ, dia la yang tunjukan tempat sembahyang diUTS. Phil pegawai di Tafe terkejut bila aku maklumkan aku nak sembahyang di UTS. Selama ni dia cuba cari tapi tak jumpa. Group yang datang sebelum ni pun terpaksa disediakan taxi oleh Tafe semata-mata untuk ke masjid. Penuh juga tempat sembahyang di situ, tapi tak berpeluang jumpa student Malaysia.
Malam sekali lagi menerima jemputan untuk official dinner di Malaya Restaurant. Ianya terletak di Darling Harbour. Restoren ini agak terkenal. Melihat dari segi saiznya mungkin boleh menempatkan sehingga 500 pengujung dalam satu masa. Tuan punya restoran ni berasal dari Singapura. Chef restoran ni adalah muslim. Menyediakan berbagai masakan melayu termasuklah sate. Harga boleh tahan, semangkuk ikan masak kari untuk sorang makan pun 28 dollar, enam batang sate harga 18 dollar. Yang pelik penuh betul restoran tu, siap ramai yang tunggu kat luar. Kalau tak booking memang tak berpeluang. Bangga jugak bila mat salleh puji masakan melayu. Walau bagaimanapun aku tak berani untuk makan ayam atau pun daging. Setakat seafood boleh la.
Monday, November 20, 2006
Hujung minggu
Pagi Ahad ke PICC Putrajaya untuk majlis konvo sebuah pusat bertauliah JPK. Awal pagi lagi CEO pusat tu dah call, agaknya takut aku terlupa. Kali ni terpaksa mengiringi menteri untuk penyampaian sijil. Seramai 380 graduan menerima sijil pagi tu. Penat jugak dibuatnya berdiri dekat 2 jam. Walaubagaimanapun banyak kelemahan institut ini dalam mengendalikan program seperti ini. Banyak perkara perlu diperbaiki terutama protokol majlis.
Petang menerima jemputan kenduri rakan sepejabat yang akan berangkat ke tanah suci dan terus mengunjungi rumah Hj Mat, kebetulan anak beliau baru berkatan. Habis masa hujung minggu ku.
Wednesday, November 15, 2006
Abang
Inilah Abang... Sikap malasnya begitu terserlah. Kalau suruh baca buku belum sampai 5 minit dia dah tertidur. Tapi kalau main playstation berapa lama pun dia tahan. Setakat ni tak sesiapa pun kalahkan dia dalam game bola termasukla sepupu-sepupu dia yang tengah belajar di universiti. Walau bagaimanapun hari ni dia masih masih mengekalkan sedikit keunggulan dia. Dia masih mengekalkan tempat kedua dalam kelas. Apa yang aku ingat sejak dari tahun satu sehingga sekarang setiap kali hari penyampaian hadiah, dia sentiasa dapat no 2 dalam kelas. Masih belum dapat no satu. Agaknya kalau dia rajin sikit baca buku mungkin boleh dapat no 1. Monday, November 13, 2006
Hari kecermelangan
Thursday, November 02, 2006
Seminar I-1301
Tuesday, October 03, 2006
MP
Tak tau la sapa Tun yang dimaksudkan tu. Kalau la Tun yang dimaksudkan tu bekas PM... cepat betul manusia berubah. Aku biasa juga jadi petugas di parlimen, dan dia ni lah dulu antara MP yang cukup berbisa mengkritik bekas PM tu. Sekarang apa dah jadi. Itu la namanya politik, sekelip mata boleh berubah. Lantakla dia orang.....
