Wednesday, January 18, 2006

Hantu Bersin

Para pengkaji terutama dari barat tidak pernah berhenti mengkaji, mengkaji dan mengkaji. Kadang-kadang tek terpikir pun kita perkara yang dikaji tu. Macam kes hantu kita tak pernak mengkaji secara saintific, tapi kita mencari hantu. Orang putih menggunakan peralatan sains untuk mengesan hantu. Disesuaikan keujudan hantu denngan teknologi yang dia ada mereka cuba belajar berkenaan dengan hantu agar dapat memberikan sesuatu yang berfaedah untuk manusia sejagat. Orang kita pulak mencari hantu, sesetengah memuja hantu dan yang lagi teruk menjadi hantu. Persoalan hantu dari dulu kini dan selamanya tak kan habis. Daripada kita percaya hantu dan menjadi hantu adalah lebih baik kita belajar ilmu sesuatu yang berguna yang boleh digunakan oleh masyarakat sejagat, dan kita pusakakan kemada orang kemudian dah tentu ada faedahnya. Tapi itulah masyarakat kita kalau ceritanya ada tema hantu, laku filem tu, kalu filem la....kalau majalah, laku majalah tu…. lepas tu jadi takut, sendiri tenguk sendiri takut. Kalau rumah 2 tingkat nak naik atas jadi takut, budak-budak jangan cakapla, naik atas kena berteman. Itu belum rumah kondo, seram je rasa. Pasal apa datang gambaran macam itu…sebab selalu sangat tenguk cerita hantu. Bukan salah kita ambik tahu berkenaan hantu, tapi janganlah sampai ke akar umbi. Baru-baru ni seorang pakar dari US, Dr Pattywood mengkaji bersin, dan menurut kajiannya ada 547 jenis bersin. Setiap bersi boleh mwncerminkan perangai seseorang. Daripada 547 jenis bersin ini dibahagikan kepada 4 supaya senang dipaham. Orang yang bersin kuat merupakan karisma yang kuat, berpengaruh, boleh memimpin denga baik. Orang yang bersin perlahan, orang yang lebih tenang, relek dan boleh diharap. Orang yang bersin dengan menutup mulut dengan tisu menandakan ianya amat beradap sopan. Orang yang tak sabar-sar dengan bersin ni jenis orang yang tak suka perkara yang mengarut, mau semuanya pantas, mau cepat, suka berterus terang dan tak suka berselindung. Orang jenis ni tak suka cerita hantu, tak suka puja hantu tapi mungkin tak mustahil jadi hantu. Bersin adalah satu kaedah mengeluarkan sesuatu dari hidung. Ianya juga disebabkan alahan kepada sesuatu. Antaranya seperti menyikat rambut, cabut bulu kening, gosok kelopak mata dan macam-macam lagi termasuklah terhidu serbuk kari.
Image hosted by Photobucket.com
Agaknya hantu macam ni ke

Tuesday, January 17, 2006

Warna

Sebahagian kata-kata Dr Tuah di RMS - 7.30 pagi ini
Warna menyumbang emosi dan perilaku kita. Jangan takut untuk pakai warna yang terang-terang. Jika kita mahu orang sentiasa bahagia dan ceria berurusan dengan kita, kita kena pamerkan bahawa kita amat seronok, amat suka dan amat gembira. Kita pakai yang terang-terang mencerlahkan emosi kita, dah tentulan orang akan menunjukan suka pada kita. Kalau pergi kenduri kawin, elok kita pakai yang terang-terang, menunjukan kita suka. Jadi orang pun tak segan silu untuk menunjukan kesukaan pada kita, maka terbentuklah hubungan yang cantik, yang indah dan yang mesra. Kerja itu lantaran memerlukan output yang optimum, kita kena serlahkan stail kita untuk menarik minat untuk bekerja. Kalau tak pakai yang berwarna-warna pun sekurang-kurang bawak sapu tangan berwarna atau pen berwarna ataupun jam berwarna. Allah menciptakan alam dengan memberikan warna-warna yang indah. Semua yang diciptakan itu adalah untuk memberikan faedah kepada manusia. Serlahkan kecermelangan anda dan serlahkan keperibadian anda. Semua yang dilakukan dengan penuh ceria dan gembira akan berjalan dengan mudah dan lancar, sebaliknya jika kerja dlakukan dengan murung dan masam akan membantutkan semua kerja.

Monday, January 16, 2006

Serupa tapi tak sama

Dipetik dari tulisan seorang rakan
Islam itu hanya satu, tidak ada istilah ekstrimis dalam islam, tidak ade istilah moden dalam islam, islam adalah islam, islam adalah kesederhanaan.

Bagi mereka yang mencari sesuatu kelainan dalam islam, maka mereka tidak akan menemui islam yang sebenarnya. Sebab itu didalam al Quran telah menyatakan pelbagai ganti nama bagi orang Islam spt. Mukmin dan Mukminah, Muslimin dan Muslimah. nampak macam sama, tapi sebenarnya berbeza. Ada yang muslim tapi bukan dari golongan mukmin. Ada yang muslim tapi bukan dari golongan yang sabar. Sama juga perbezaan antara orang orang kafir, orang orang musyrik, orang orang fasik
Contoh lain :
orang-orang yang khusyu'
orang-orang yang bertakwa.
orang-orang yang sabar
orang-orang yang benar
Hai orang-orang yang beriman,
orang-orang yang beruntung
orang-orang yang ruku'
orang-orang yang saleh.
orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah

dan lain lain.....

Kenapa mesti Allah memanggil mereka dengan pelbagai gelaran. Kerana sikap manusia ini berbeza beza. Merompak adalah suatu yang dilarang oleh semua agama namum 'Botak Chin' merompak, 'Bentong Kali' merompak, 'Mat Komando' juga merompak. Kesemua mereka berlaina agama. Kejahatan adalah perlakuan sesaorang bukan sesuatu kaum atau keluarga. Keluarga 'Botak Chin', 'Bentong Kali', "Mat Komando' tidak pula merompak. Jadi wajarkah Islam dijadikan paksi kejahatan. Sedangkan serangan 11 September tersebut tiada suatu bukti yang nyata dan sahih ianya dilakukan oleh seorang Islam, apatah lagi seorang mukmin yang mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w.

Namun, apa boleh buat, telah tertulis ditakdir seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. orang orang Islam diakhir zaman adalah seperti buih buih dilautan, banyak tapi sering dihanyukan oleh ombak.

Ya, Allah Selamatkanlah hambamu ini dari fitnah akhir zaman.


Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Sama tapi tak serupa (Gambar yang diambil selang 2 hari di Bremen)

Pagi Minggu

Sejak kebelakangan ni memang sibuk betul. Dateline submit project proposal dah dekat, sampai tak sempat nak update blog ni. Susah jugak sebenarnya belajar sambil bekerja ni. Dalam masa yang sama perlu pikir kerja dan belajar. Aktiviti masyarakat jugak perlu diambilkira. Kadang-kadang bagus juga, sebab tak ada masa terbuang. Setiap masa cukup bermakana. Dalam sibuk ni pun sempat juga pagi minggu bawak famili ke Taman Tasik Cempaka untuk berjoging. Rupanya baru tau setiap hujung minggu memang ada program senamrobik selama setengah jam yang dikendalikan leh Majlis Belia Malaysia. Ramai juga rupanya warga BBB yang turut serta. Seronok jugak dapat sesekali join. Balik dari jogging terus pergi gotong royong bina pondok kawalan keselamatan di taman, walaupun yang hadir hanya sekitanr 20 orang tetapi dah cukup untuk menyiapkan pondokseluas 10 x 12 sebelum tengahari.

Saturday, January 07, 2006

Foreign workers

A very important question to ask and analyse is how on earth did the foreign workers got to become so many. How and why did Malaysia get into such a serious problem where more than 20% of its workforce are foreigners ? When asked why we have millions of foreign workers, the answer from our typical economic reports and advisers would place the blame on Malaysia’s tight labour market conditions and her sustained economic growth. Is this really the cause of our labour problem ? Come on please do not kid the simple Malaysians. Surely the question that we have to ask is why were we generating economic growth that only sucked in the low wage, low skill foreign workers. Why were we not attracting the industries and businesses that would suck in the skilled and professionals instead ? Why were our industries, companies and businesses and government departments not modernising, restructuring and improving their productivity ? Why is it that Japan, South Korea, Taiwan and Singapore, economies that enjoyed sustained growth more rapid and more prolonged than Malaysia ever did, did not end up with such foreign workers problem? Why is Malaysia so reliant on millions of Indonesians workers? If the Malaysian labour market is so tight and causing millions of foreign workers to be sucked in or to be retained, why do we not resort to retrenchment when times are bad or when the economy is in recession ? Why do we not allow market forces to shape and restructure the economy including the labour market ?

Wednesday, January 04, 2006

Angah

Akhirnya Angah dapat jugak masuk ke Sek Men Jln 4. Sekolah ni merupakan sekolah pilihan di BBB, tapi tak ada asrama. Susah sikit nak masuk sekolah ni, kreteria utama kena 5A dalam UPSR. Kena pulak perempuan, susah sikit nak dapat. Sekolah tak la jauh sangat, lebih kurang 5 km dari rumah. Yang jadi masalah setiap pagi jem depan sekolah. Semua orang hantar serentak.

Taklimat di KUITTHO

Bertolak dari rumah sesudah subuh, Tn Hj Ghalip datang menjemput dengan kenderaan pejabat. Perjalanan agak lancar, 2 jam dari tol Bangi ke tol Air Hitam. Speed 150 - 160 km/j. Dalam jadual taklimat sepatutnya pukul 9.30 pagi. Pukul 9 kami dah sampai di kampus. Taklimat pagi ni adalah penerangan berkenaan perjalanan kursus, disamping bertemu dengan penyelia. Semua internal & external supervisor dari semua universiti turut sama dijemput. Ada sebahagian penyelia yang pernah duduk dalam kelas aku masa kursus induksi. Jadual yang diberikan agak ketat. Selepas perjumpaan dengan supervisor masing-masing, semua orang dah jadi pening.

Friday, December 30, 2005

Coaching Manual

Tiga hari berkampung di Puteri Pan Pacific JB untuk develope coaching manual bagi dual system. Di samping pegawai-pegawai dari MLVK, turut terlibat juga adalah wakil dari KBS, JTM, GMI dan Pendidikan. Walaupun kerja sampai pukul 11 malam tapi masih tak sempat untuk menghabiskan keseluruhan.
On the way balik singgah di KUITO Batu Pahat untuk pendaftaran program PHD. Maka bermulalah hari ini aku kembali semula sebagai student tua secara part time. Selepas tu sempat ziarah Rahman dan EN Norman di ADTEC Batu Pahat

Monday, December 26, 2005

Kenduri rumah Mahsuri

Dua hari sibuk di malis kenduri majlis berkhatan salah seorang penduduk taman. Gotong-royong bermula dari semalam. Penglibatan warga taman dalam menjayakan majlis ini amat membanggakan. Bermula dari memasang kemah, penyediaan bahan, memasak dan menghidang, semuanya dilakukan bersama. Walaupun majlis yang dibuat tidak sebesar mana, tetapi ini merupakan satu langkah permulaan yang baik dalam membentuk satu team kumpulan pakatan yang dicadangkan. Dari segi menu, setakat beriani, beriani gam, rendang, masak merah, daging masak hitam, pajeri & dalca, masing-masing dah tak ada masalah. Sebenarnya banyak faedahnya kenduri dibuat secara bergotong royong ni, di samping menjimatkan ianya merupakan tempat untuk berkumpul dan bertemu ramai-ramai.

Friday, December 23, 2005

black "+" & moving dot

If your eyes follow the movement of the rotating pink dot,
you will only see one color, pink.
However, if you stare at the black "+" in the center,
the moving dot turns to green.
Now, concentrate on the black "+" in the center of the picture.
After a short period, all the pink dots will slowly disappear,
and you will only see a green dot rotating.
It's amazing how our brain works.
There really is no green dot, and the pink ones really don't disappear.
This should be proof enough ... we don't always see what we think we see .

Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, December 21, 2005

Silap Serbu

Kira-kira jam 9 malam aku terima 2 sms dari ajk penduduk, standby, ada serbuan. Aku jawab ok je. Tak tanya pun apa yang nak diserbu. Biasanya kes ada aduan. Pukul 9.45 call masuk, katanya keluar sekarang tunggu depan rumah Along. Bila aku sampai dah ada 5 orang, kami terus ke rumah yang dimaksudkan. Dua orang budak muda keluar, keduanya mat indon. Katanya ada sorang lagi wanita dalam rumah. Bila kami tanya apa hubungan, salah sorang kata isterinya. Tapi bila kami mintak surat nikah dia kata tak ada kat sini. Kami mintak izin untuk masuk dalam rumah untuk soal siasat. Berbagai cara kami soal untuk kepastian. Katanya mereka baru bernikah selepas raya dan isterinya baru 5 hari datang ke Malaysia. Belum buat kenduri lagi sebab itu mentua tak bagi surat nikah takut tak balik. Cadangan kenduri adalah bulan Mei nanti. Kami menghubungi rakan dibalai polis untuk mendapatkan pandangan. Setelah puas hati dengan keterangan yang diberi dan mereka berjanji akan kemukan dokumen nikah dalam waktu terdekat, kami pun mintak maaf dan beransur. Inilah yang dikatakan silap serbu, tapi apa hal pun kami dah jalankan tanggungjawab. Setakat ni sesiapa yang cuba buat maksiat dalam taman ni memang tak pernah terlepas. Walau macamana pun tak ada lagi penduduk taman ini yang kena tangkap, biasanya orang luar.

Tuesday, December 20, 2005

Retreat Ahli Majlis

Dua hari turut menyertai retreat ahli majlis MLVK di Selesa Beach Resort. Ahli Majlis terdiri dari wakil-wakil dari agensi kerajaan dan juga wakil-wakil dari industri. Pendaftaran di hotel jam 6 petang dan mesyuarat bermula 8.30 malam. Mesyuarat dipegerusikan oleh KSU. KP MLVK, En Wan Seman memulakan membentang kertas pertama. Respon dari ahli majlis juga amat baik. Malam habis program jam 11 malam. Lepas tu kena teh tarik dgn KSU dan KP di kedai mamak depan hospital PD.

Hari kedua sebanyak 4 paper dibentangkan. Enhancing quality training in meeting industry demands oleh Mr Davies dari FMM. Blended Learning oleh Mr Chandrapal dari Festo. New & emerging skills oleh Dato' Peter Yong dan Malaysia Qualification Framework oleh Prof Dr Sharifah Fareeda.

Sunday, December 18, 2005

TT Sri Permaisuri

TT Tribetoyota terakhir untuk tahun 2005 ni diadakan di Restorant Uncle Ned di Bandar Sri Permaisuri. Kali ni Zino bertindak sebagai host. Memang dia dipilih jadi hos disebabkan kebetulan serentak dengan birthday beliau. Walaupun kehadiran ahli dan keluarga tak seberapa ramai seperti biasa, tetapi sudah cukup untuk memenuhi keseluruhan ruang restoran tersebut. Cuma mungkin pihak restoran belum pernah menerima pelanggan serentak seperti itu. Seperti perjumpaan-perjumpaan yang lepas, keakrapan diantara kami tetap seperti biasa. Walaupun setiap hari masing-masing boleh berkomunikasi melalui ruangan forum yang disediakan oleh Totota, tetapi sesekali berjumpa begini sembang macam dah lama tak jumpa. Anak-anak pun bukan main seronok bermain. Pukul 12.30 pagi baru kami bersurai.
Image hosted by Photobucket.com

Saturday, December 17, 2005

Pakatan Penduduk

Perjumpaan dengan beberapa orang penduduk di rumah saudara Samsuri mempunyai dua maksud. Pertama adalah berbincang mengenai persiapan untuk majlis kenduri doa selamat kerana anaknya nya yang berkhatan dan keduanya berbincang bagi penubuhan satu kumpulan pakatan yang lebih formal.

Bagi tujuan kenduri rumah Samsuri pada hari Ahad 25 Dec ini, kami sepakat untuk sama-sama gotong royong menyediakanya. Jemputan yang dirancang tidaklah seramai mana, Cuma sekitar 300 orang sahaja. Perbincangan tertumpu kepada persediaan yang patut disediakan oleh tuan rumah terutamanya bahan mentah. Ketua memasak setiap menu telah pun ditetapkan. Kemah juga akan dipasang bersama pada petang Sabtu. Pada masa ini setiap kali diadakan kenduri dualam taman ni, pinggan mangkuk surau yang akan kami gunakan. Sebahagian besar kerja-kerja penyediaan bahan akan bermula malam Sabtu.
Bagi tujuan kedua iaitu penubuhan satu kumpulan pakatan nampaknya dapat sambutan yang agak memuaskan. Perkara tersebut telah lama dirancang, tapi masih belum menjadi kenyataan. Kumpulan yang akan ditubuhkan ini merupakan satu pakatan ke arah menyediakan pakej untuk majlis kenduri yang lengkap dengan peralatan dan kepakaran memasak. Target adalah untuk kemudahan ahli dalam taman, Di samping itu ianya akan menjadi satu peluang untuk catering bagi majlis kenduri di luar kawasan taman. Ianya juga bukan sebagai syarat wajib untuk semua penduduk menyertainya. Benefit dan keuntungan hanya kepada ahli sahaja. Insyaallah akan menjadi kenyataan…

Friday, December 16, 2005

Kekeluargaan

Institusi keluarga yang dulunya menjadi keutamaan atau `priority’ dalam lingkungan hayat insan, kini sering diperkatakan menjadi suatu agenda sampingan yang hanya diberikan perhatian sekiranya ada waktu yang terluang. Bilamana keluarga yang merupakan elemen asas dalam pembentukan masyarakat dan tamadun manusia tidak lagi menjadi fokus utama, berlakulah rentetan-rentetan peristiwa yang akan membawa kehancuran dan kepincangan sosial yang ketara. Apalah ertinya kemajuan teknologi dan kecanggihan sistem komunikasi yang tinggi sekiranya ianya bangun ditengah-tengah ketandusan akhlak, kerosakan moral dan keruntuhan nilai kemanusian itu sendiri.

Dr. Harlina Halizah menulis ‘Tiada satu pun keluarga yang cemerlang dan efektif boleh mendakwa bahawa kecemerlangan itu datang bergolek tanpa sebarang pengorbanan dan sikap tolak ansur. Malahan setiap individu yang mahu menikmati kehidupan berkeluarga yang berkualiti mestilah mula mengadakan muhasabah dan `post-mortem’ diatas setiap masalah dan kesulitan yang dihadapi dalam rumahtangga. Anjakan paradigma haruslah dimulakan oleh ahli yang paling dominan dalam keluarga tersebut.

Renungilah pula kata-kata Michael Novak ini ` Being married and having children has impressed on my mind certain lessons, for whose learning I cannot help being grateful. Most are lessons of difficulty and duress. Most what I am forced to learn about myself is not pleasant……My dignity as a human being depends perhaps more on what sort of husband and parent I am, than on any professional work I am called upon to do. My bonds to my family hold me back ( and my wife even more) from many sorts of opportunities. And yet these do not feel like bonds. They are, I know, my liberation. They force me to be different sort of human being, in a way which I want and need to be forced.’

Renungilah pendapat seorang penulis Barat, JS Kirtley : ` Married life can never be what it ought to be while the husband or wife makes personal happiness the main object.’ Hidup berkeluarga sering disama ertikan dengan perkongsian hidup. Perubahan dari gaya berfikir secara `aku’ kepada mentaliti `kami dan kita’ yang sebenarnya melambangkan anjakan dari kebebasan kepada hidup saling bergantungan, adalah aspek paling mencabar dan sukar dalam sebuah kehidupan berumahtangga. Dalam melayari kehidupan berkeluarga, kebahagiaan orang lain adalah juga kebahagiaan kita. Amatlah sukar jika setiap ahli didalam keluarga tersebut hanya menginginkan kebahagiaan peribadi, tanpa sikap tolak ansur dan hormat-menghormati.


Peribahasa Melayu ` Tak kenal maka tak cinta ‘ sememangnya membawa banyak kebenaran dan makna. Keluarga harus dibina diatas landasan `perkenalan’ yang ikhlas dan jujur. Hanyalah dengan mengenali peribadi, kekuatan dan kelemahan seseorang itu, barulah kita mampu memahami mengapa dan kenapa individu tersebut mengambil sikap tertentu untuk bertindakbalas terhadap sesuatu keadaan dan masalah.

Thursday, December 15, 2005

PPT Utara

Biasanya kalau outstation aku ambik flight pagi, tapi kali ni aku terpaksa ambik flight malam sebab program bermula jam 8.15 pagi esoknya. Disebabkan sekarang musim haji, flight agak penuh. Kena bermalam semalam kat Alor Setar. Rasanya baru sebulan yang lepas aku duduk kat Regency ni, ni dah datang balik. Program refreshment untuk PP-PPT berjalan lancar. Kali ini aku partner dengan Yazid, taklah penat sangat bercakap kat depan. Peserta semuanya 65 orang termasuk PP lama dan baru. Sebahagian PP lama memang aku dah familiar, termasuklah 3 orang bekas pengajar ILP Perai dulu. Sabri, driver aiport taxi yang hantar aku ke hotel janji nak ambik aku. Tepat jam 8 malam dia sms, katanya tak sempat ambik aku. Kawan dia Pak Ku akan ambil aku. Sempat aku dinner kat hotel. Seperti yang dijanjikan tepat jam 8.30 Pak Ku sampai.

Tuesday, December 13, 2005

Majlis Kenduri di Kampong

Kenduri kahwin di rumah bapa saudara hujung minggu yang boleh dikatakan agak meriah. Kenduri di kampung aku ni memang agak unik sikit. Kebiasannya akan dibuat 2 hari, Sabtu dan Ahad. Semuanya di buat secara gotong royong. Semangat bermuafakat di kalangan masyarakat kampung masih kuat. Keluarga pengantin tak perlu buat apa, semuanya siap sepenuhnya. Masing-masing ada tugas tertentu. Daripada tukang masak, tukang hidang, pelayan, penyambut tetamu, tukang buat air sampailah ke basuh pinggan,Jemputan boleh datang bila-bila masa dan masih tak ada istilah buffet semasa jamuan. Semuanya akan dihidangkan sepanjang masa walaupun datang jam 11 malam. Makanan akan disediakan setiap masa mengikut keperluan. Oleh kerana sibuk dengan tugas biasanya jarang aku dapat hadir untuk dua-dua hari, tapi kali ni malam minggu aku dah ada kat kampong. Suasana sebelah malam memang kebiasaannya agak sibuk. Jemputan di kampong biasanya lebih suka datang sebelah malam. Lewat malam bacaan berzanji diiringi dengan alunan kompang tujuh cukup mengasikkan. Bukan semua orang boleh bermain kompang tujuh ni, ianya masih dimonopoli oleh golongan veteran. Hanya segelintir lapisan muda yang berminat untuk belajar. Memang agak sukar untuk bermain kompang tujuh ni. Ianya merupakan satu set yang mengandungi 7 kompang yang berlainan saiz dan 1 beduk. Ini bermakna 8 orang dalam satu kumpulan, belum termasuk yang mengalunkan lagu-lagu berzanji. Kalau diamati paluan kompang tersebut tidak akan diketuk serentak menjadikan satu nada yang amat mengasyikkan. Bukan semua orang juga boleh menyanyikan lagu berzanji, dalam setengah keadaan ianya dinyanyikan dengan nada yang cukup tinggi yang boleh didengar sampai kehujung kampong padahal tidak menggunakan sebarang pembesar suara. Amy Search pun memang tak boleh lawan. Inilah keistemewaan kumpulan kompang di kampong aku ni, entah sampai bila ianya boleh bertahan. Harap-harap lapis muda yang menetap dikapong boleh terus memainkan peranan untuk mengekalkan tradisi ini. Pagi Ahad lepas subuh jam 6.30 pagi aku dah pergi. Mulanya ingat mungkin antara orang yang terawal, rupanya dah ramai orang. Satu semangat yang jarang jumpa di tempat lain, dan pagi tu aku berjaya parut kelapa sebanyak 70 biji. Satu perkara yang paling menyelerakan masa kenduri ni adalah makan masakan yang baru diangkat dari kuali di bangsal memasak. Sesekali dapat berkumpul dengan sanak-saudara dan orang kampung memang seronok.

Wednesday, December 07, 2005

Induksi di Wisma Tani

Hari ni kena bagi taklimat untuk kursus PP-PPT di Wisma Tani. Walaupun Wisma Tani di kawasan Putrajaya, ini kali pertama aku masuk komplek ni. Seperti biasa agar sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta sebagai pelawat di Putrajaya. Semua tempat pelawat telah diletak sign khas. Mungkin disebabkan hari ni hari Rabu dan merupakan hari Post-Kabinet. Terdapat seramai 30 peserta dari seluruh negara. Sebahagian besar dari mereka adalah Doktor dan pegawai veteran, malah ada 3 orang yang dah pun bersara. Kelas berjalan lancar, kadang-kadang seronok jugak ambil kelas orang lama-lama ni. Masing-masing menunjukan respon yang amat menggalakan, malah berlumba-lumba untuk bertanya dan memberi pendapat. Walaubagaimanapun semua berjaya dikawal sepenuhnya. Kelas 8 jam direct sorang-sorang memang agak memenatkan.

Catatan Perjalanan 6

Hari Ketujuh
Lawatan ke Autostadt yang terletak di Wolfsburg iaitu 2 jam perjalanan dari Bremen. Inya merupakan satu komplek membuat, memasang dan memasarkan berbagai jenis kereta dalam kumpulan Volkswagen seperti Audi, Bentley, Lamborghini, Seat, Scoda dan Volkswagen. Komplek tersebut begitu canggih dan dilengkapi berbagai kemudahan untuk pelanggan. Ianya juga dilengkapi dengan tempat permainan. Landkap kawasan Autotads amat menarik.
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Pemandangan indah di Autostadt

Tuesday, December 06, 2005

Hujung Minggu

Sabtu dan Ahad tetap sibuk, walaupun Sabtu dah diistihar cuti tetapi seolah macam tak cuti. Hari Sabtu terpaksa jadi urusetia bagi program Bengkel AJK Penasihat MLVK. Majlis tersebut diadakan di Sunway Resort. Kali ini penyertaan dari semua ahli adalah amat menggalakkan. Majlis bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Malam terpaksa menghadiri Majlis Makan Malam Amal PIBG Sek Men Bandar Baru Bangi. Majlis ini di rasmikan oleh Tan Sri Yusof Nor, pengerusi Felda. Dalam majlis tersebut kami berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 12 ribu Dana tersebut amat diperlukan sebagai tambahan bagi pembinaan library institut.
Pagi Ahad gotong royong menyedia dan membakar lemang bagi sambutan hari terbuka Taman langat Jaya. Kali ini menu adalah berbentuk potluck dimana setiap jalan telah disediakan menu yang ditetapkan. Memandangkan menu jalan kami adalah lemang maka kami mengambil keputusan untuk gotong royong menyedikannya. Sebanyak 50 batang lemang berjaya di siapkan.
Tengahari terus ke Sepang untuk menghadiri jemputan kenduri kahwin. Petang berkumpul di padang bagi penyediaan kemah bagi sambutan hari terbuka.
Malam sambutan bermula dari jam 8.30 malam. Suasana agak meriah. Dijangkakan lebih 200 orang hadir dalam majlis tersebut. Sebagai pengarah program aku terpaksa memberi ucaptama. Majlis diselangseli dengan dengan berbagai persembahan dari anak-anak taman. Secara keseluruhan majlis boleh dikatakan berjaya. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut.