Monday, May 08, 2006

Hujung minggu

Aktiviti biasa di hujung minggu adalah ke Flohmarkt, kadang-kadang bukannya nak beli apa tapi sekadar melihat suasana pasar tersebut. Kalau jumpa sesuatu yang berkenan baru beli. Walau pun ada trem dari rumah sampai ke tempat tu, tetapi kami ambil keputusan untuk berjalan. Bukannya jauh sangat Cuma 10 minit jalan kaki. Sekurang-kurangnya boleh juga keluar peluh, tetapi rupanya tempat tu tutup hari ni. Tak tau sebab apa, kemungkinan juga disebabkan hari ni ada F1 dan masing-masing ingin melihat pemandu mereka beraksi di tempat sendiri. Disebabkan niat asal untuk berjoging maka kami ambil keputusan menyusur sungai di kawasan tersebut. Memang terdapat trek jogging yang cantik di situ dan ramai yang turut berjoging. Mungkin disebabkan sekarang cuaca cukup sesuai. Dalam masa yang sama kami dapat menikmati suasana kampong sebenar di sini. Memang agak unik, sejuk mata memandang. Kami terus menyusuri trek jogging tersebut sehinggalah kami sampai di Stadium Warder Bremen iaitu salah satu kelab bola terkemuka di German. Masa tu dah dua jam setengah berjalan, memang berpeluh. Dah lama tak berpeluh macam ni. Kami ambik trem dan balik ke rumah.
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Sejuk mata memandang….

Thursday, May 04, 2006

Bersidai

Cuaca sekarang ni mula berubah, minggu ni temperature naik sampai 24 darjah celcius. Panas macam jugak kat Malaysia. Mana-mana tempat semua orang bersidai. Pantang ada tanah lapang kat situla dia orang lepak, seolah-olah macam dah lama tak jumpa matahari. Cuma kadang-kadang tu sakit mata jugak tenguk .............. macam-macam fesyen ada.
Photobucket - Video and Image Hosting
Awal-awal pagi dah ready - yang ni memang tak sakit mata - seronok tenguk
Photobucket - Video and Image Hosting
Meriah.......

Tuesday, May 02, 2006

Landmark of Bremen

We had been having a great time to snap a picture of the real landmark in Bremen, the Stadtmusikanten or City Musicians. The image of a rooster, perched upon a cat, balanced on a dog, resting on the back of a donkey had popped up a few times in the city, but there is a small bronze statue near the centre of town which has become a bit of an icon for the city. There is of course, a story behind the statue. In the story, the four animals pile on each others backs to reach the window of a house and play their music to frighten away a group of robbers inside the house in order to get inside and get some food.
Photobucket - Video and Image Hosting
We shuffled along from the centre of the city into one of the grand old building that litter this part of the world, the St. Petri. When we emerged from its dimly lit grandeur we were greeted by a flame juggling street performer on our way to one of the oldest parts of the town, the Schnoor quarter. The Schnoor quarter was described in the guide book simply as the ‘touristy part’ with shopping, and it wasn’t kidding. The small streets are filled with tiny shops and homes, all build out of brick and stone and nearly all older more than 500 year. Many of the shops reflect the many different lands that have been using Bremen as a trading post for centuries, with handicrafts and clothing from around the world on display.
Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, April 28, 2006

Kena halau

Satu petang baru-baru ni kami pergila pasaraya Aldi untuk cari bahan dapur. Pasaraya ni adalah antara pasaraya yang agak terkenal di German. Biasanya pasaraya ni tutup pukul 8 malam, tapi hari tu hari cuti tutup pukul 6 ptg. Kami macam biasa ronda dalam tu, belek satu-satu. Ia la nak beli makanan pun kena tenguk ingredient dulu. Masing-masing dalam kepala ingat tutup pukul 8. Kami dengar jugak pengumuman beberapa kali, tapi dah semua orang tak paham sepatah habuk, kami buat dek je. Rupa-rupanya pengumuman tu untuk maklumkan pasaraya nak tutupla agaknya. Tetiba je sorang makcik datang dekat kami dengan muka semacam dan dia kata TIME OUT. Baru kami sedar masa tu dah takda orang langsung, tinggal kami je. Apa lagi cepat-cepat ke kaunter untuk bayar. Bila keluar baru sedar memang hari tu tutup pukul 6. Moral of the story, bila pergi negeri orang, kena tahu bahasa dia kalau tak susah kita............. orang German ni pulak tak ramai yang boleh cakap Inglish

Wednesday, April 26, 2006

Hannover Messe

Hari ini berpeluang melawat satu Fair di Hannover. Messe Fair ini merupakan fair peringkat international yang memberi peluang kepada syarikat pengeluar di seluruh dunia untuk memperkenalkan product mereka. Appoiment kami dengan Festo di exhibition tersebut adalah pada pukul 1 tgh. Memandangkan jarak Bremen ke Hanover ke Bremen adalah sekitar 150 km, jadual perjalanan kami telah telah diatur agak awal. Sebelum tu Tn Hj Ghalip telah memastikan bekalan adalah mencukupi. Kami sampai di station tepat jam 8.10 pagi. Torstern Grant, orang yang bertanggungjawab menjaga kebajikan kami telahpun menunggu. Kami terus ke platform no. 8 dan keretapi bertolak tepat jam 8.20 pagi. Sepanjang perjalanan kami melalui beberapa pekan seperti, AchimVerden(Aller), Dörverden, Eystrup, Nienburg(Weser), Neustadt am, Rübenberge, Wunstorf. Train khas direct ke Messe Fair bertolak tepat jam 10.10 pagi. Tempat ni merupakan the largest fair in the world. Kalau nak pusing semua tempat memang tak sempat dalam masa satu hari. Banyak product baru yang dipamirkan. Terdapat juga 9 syarikat dari Malaysia yang mempamirkan produk mereka di sini. Melalui salah seorang daripada mereka mengatakan sewa bagi satu kawasan berukuran 8' x 10' di situ berharga RM20 ribu. Sebenarnya kedatangan kami ke sini adalah atas jemputan dari Feisto melalui Bremen universiti. Kami menerima layanan yang agak baik dari syarikat ini. Pukul 4.30 kali mulakan perjalanan balik ke Bremen dan mungkin hanya sempat melawat 1/3 kawasan di situ.
Photobucket - Video and Image Hosting
Kawasan luar dewan pameran
Photobucket - Video and Image Hosting
Robot

Thursday, April 20, 2006

Musim Bunga

Biasanya pertengahan bulan April ni musim bunga dah kemuncak, tapi kali ini agak lewat. Sekarang ni bunga baru nak keluar. Sebahagian tempat rumput-rumput baru mula berbunga. Dijangkakan dalam masa sebulan lagi suasana akan berseri sepenuhnya.

Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket
Bunga Tulip

Monday, April 17, 2006

Tour Europe

Bertolak dari Bremen jam 9 pagi dan sampai di Koln pukul 12.30 untuk perjalanan sejauh 350 km. Parjalanan menggunakan motorway. Agak mudah bawak kereta kat sini kerana kereta telah dilengkapkan dengan navigator system. Kemana pergi pun dia akan tunjuk arah. Cuma yang mencabar terpaksa terpaksa memandu left hand drive. Klon adalah sebuah bandar pelancungan. Di sini terkenal dengan kathedral tertua dan terbesar di German. Di sini juga terdapat sungai yang terkenal dipanggil River Rhein. Banyak cerita-cerita dongeng mengenai sungai ini. Sehingga kini sungai ini pun masih menjadi sistem pengangkutan bagi industri arang batu.
Dari Koln kami terus ke Aachen iaitu sejauh 60 km perjalanan. Kami terus menuju ke rumah student Malaysia. Abai, Hajar dan Shima telah pun menunggu. Kami bermalam di rumah salah seorang dari mereka. Petang kami sempat ke sempadan 3 negara iaitu Belanda, Belgium dan German. Di sini terdapat 1 batu yang memisahkan 3 negara tersebut. Kalau kita mengelilingi batu tersebut, kita akan juga berada di 3 negara. Bersambung................
Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket
Batu sempadan 3 negara
Hari kedua
Sebelah pagi hari kedua kami berjalan-jalan di bandar Aachen. Terdapat banyak bangunan-bangunan lama yang berumur lebih dari 300 tahun di sini. Semua bangunan-bangunan tersebut masih beroperasi sebagai bangunan komersial. Perjalanan dari Achen ke Paris sejauh 360 km. Pukul 5 petang check in di Hotel Fomuler 1, satu hotel yang berhampiran dengan airport. Kemudahan hotel ini dikawal sepenuhnya menggunakan automatic system. Bilik air terlalu compac, dan menggunakan sensor sepenuhnya daripada lampu, toilet flus, air dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun mungkin ini adalah hotel termurah disini. Selepas rehat sekejap kami terus ke Bandaraya Paris. Paris merupakan antara salah satu dari 3 bandaraya tersibuk dunia selain dari London dan New York. Memandu di bandar Paris memang mencabar. Boleh dikatakan pemandu di sini 'samseng'. Memang pemandu di sini kurang sopan. Hon bunyi di sana sini. Amat berbeza sekali jika dibandingkan pemandu di UK. Malam minggu penuh sesak bandar ini. Sekali lagi kami menghadapi sedikit masalah, memandu di bandar besar seperti ini. Peta kami tak bawak, navigator dalam kenderaan hanya boleh digunakan dalam kawasa German sahaja. Kami cuba tanya beberapa orang untuk ke Eiffel Tour, tapi semuanya tak boleh berbahasa Inggeris. Akhirnya kami ambik keputusan untuk pusing di bandar tersebut dan kami berjaya melawat sebahagian besar bangunan bersejarah di bandar tersebut antaranya seperti Eiffel Tour, Palas De Chailot, Arc De Triomphe Etoile, Boulevard, Ecole Militaire dan banyak lagi. Pemandangan diwaktu malam bangunan-bangunan tersebut memang mengasyikkan. Pukul 1.00 pagi baru kami balik ke hotel.
Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket
Everning in Paris
Hari ketiga
Pagi selepas check-out dari hotel kami meneruskan perjalanan ke Brussel, Belgium. Perjalanan sekotar 280 km. City center di sini dipanggil centre centrum. Bandar Brussel merupakan bandar terbesar di Belgium. Walau bagaimanapun keadaan bandar ini tidak berapa terurus berbanding dengan bandar-bandar lain di Erope. Kami hanya berada dibandar ini kira-kira 2 jam. Dari Brussel kami meneruskan perjalanan ke Amsterdam Holand. Dalam perjalanan kami melalui bandar Antwersen iaitu bandar kedua terbesar di Belgium. Jarak Brussel ke Amsterdam adalah sekitar 200 km dan kami sampai dibandar ini sekitar 2.30 petang. Bandar Amsterdam terletak ditepi laut. Merupakan bandar pelancungan yang dipenuhi dengan air. Amat menarik sekali pemandangannya. Memang banyak tempat menarik yang boleh dilawat di sini. Walau bagaimanapun memandangkan masa yang begitu terhad kami hanya sempat berada di bandar ini kira-kira 2 jam sahaja. Kami meneruskan perjalanan semula ke Groningen Holand untuk perjalanan kira-kira 180 km. Di sepanjang perjalanan penuh dengan ladang-ladang, seolah-olah tak ada tanah yang terbiar. Memang negara Belanda ni terkenal dengan industri pertanian. Memandangkan hari telah pun gelap kami ambik keputusan untuk tidak berhenti di bandar Groningen dan meneruskan perjalanan balik ke Bremen German untuk perjalanan sejauh 180 km. Lewat malam baru kami sampai di Bremen. Keseluruhan perjalanan menghampiri 2000 km.

Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket
Di Bandar Armsterdam, Belanda

Friday, April 14, 2006

Cuti Easter

Dah masuk hari ke 13 duduk di sini. Setiap hari program penuh. Kadang-kadang pening jugak, sebelum sampai sini proposal dah melalui beberapa siri perbincangan sehinggalah supervisor di Malaysia puas hati. Sampai sini perlu ubah pulak ikut standard universiti sini pulak. Walaumacamana pun cuti easter 4 hari ni, cuti betul-betul. Memang lupakan sekejap pasal kerja. Kereta pun dah sewa. Insyaallah esok akan ke Belgium, Belanda dan terus ke Paris.

Thursday, April 13, 2006

Malaysian

Masa dalam perjalanan balik dari universiti singgah sekejap di call shop untuk beli phone credit. Jumpa sepasang Indonesian dan sempat jugak kami sembang agak lama. Dia orang buat Phd di Bremen, dah 4 tahun duduk di sini. Aku cuba tanya ada tak student Malaysia lain kat Bremen sebab dah nak masuk 2 minggu akan masih tak jumpa student Malaysia. Dia kata ada dan dia kenal sorang namanya Visa. Aku tanya dia balik nama ni orang melayu ke bukan, sebab nama tu pelik sikit. Dia kata memang melayu dan dia akan bagi no aku kat dia. Tak lama lepas tu bila aku dah sampai rumah dapat mesej dari Visa ni. Rupanya nama dia ni Fiza. Tak lama lepas tu call masuk, kali ni pulak dari Azril. Tak lama lepas tu satu lagi call masuk, kali ni dia kata nama dia Fakrul. Cepat betul dia orang ni. Mereka beria nak jumpa kami. Rupanya ada 7 orang student Malaysia di sini dan mereka tengah bercuti sehingga cuti easter ni. Memang kami nak jumpa sangat dia oarang ni, nak tau kat mana tempat yang mudah sewa kereta. Ingat nak berjalan cuti easter 4 hari ni. Dapat jalan 2 negara pun dah kira ok

Tuesday, April 11, 2006

Bekal

Mansa (kafeteria dlm bahasa German) agak jauh dari office di Universiti. Lebih kurang 10 minit perjalanan. Memandangkan cuaca yang tak menentu kami memilih untuk lunch di bilik sahaja. Oleh yang demikian setiap hari kami terpaksa bawa bekal makanan. Tn Hj Ghalip akan pastikan bekalan kita setiap hari mencukupi. Macaman di memastikan bekalan anak dia di Malaysia, macam tu jugak la dia buat kat sini untuk kami. Tapi apa hal pun semua makanan yang ada kat negara kita masih boleh diperolehi di sini.
Image hosting by Photobucket

Sunday, April 09, 2006

Lawatan ke Humburg

Ini merupakan kali kedua aku datang ke Humburg, kali pertama tahun lepas. Itu pun cuma sempat singgah 2 jam sahaja. Perjalanan dengan keretapi dari Bremen ke Humburg memakan masa satu setengah jam iaitu untuk jarak sejauh 120 km. Disepanjang perjalanan keretapi melalui kawasan perkampungan. Oleh kerana kami menaiki keretapi 2 tingkat maka lebih pemandangan di sekitar perjalanan. Sampai di Humburg kami terus mengunjungi Bapak Moksin, iaitu seorang warga Indonesia yang telah menetap 39 tahun di Germany. Masih fasih berbahasa melayu Indonesia. Beliau mempunyi sebuah kedai yang dinamakan Toko Indonesia yang menjual berbagai produk dari Indonesia dan Malaysia. Sebenarnya alamat beliau kami dapat dari seorang rakyat Indonesia yang juga telah menetap 8 tahun di Bremen. Kedai Pak Moksin ini terletak lebih kerang 10 minit berjalan kaki dari setesen keretapi. Ia terletak di sebuah kawasan deretan kedai Arab. Bila melalui kawasan ini tak ubah seperti kita berada di Arab Street London. Yang nyata memang tak susah untuk mendapatkan kedai halal di kawasan ini.

Selepas itu kami mengunjungi office Bro Mohamad, iaitu seorang rakyat palestin yang menjalankan perniagaan agen umrah dan haji. Kami disambut dengan baik, malah diberi kemudahan untuk menghubungi pejabat Mas di Malaysia dengan percuma. Melalui beliau kami dapat tahu di bandar Humburg ini sahaja terdapat sekitar 70 buah masjid. Kami sempat solat Zohor di salah satu masjid dan terdapat sekitar 200 orang berjemaah masa tu. Di negara kita pun susah untuk jumpa masjid berjemaah zohor seramai itu. Satu perkembangan yang amat baik di negara bukan islam.

Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket Image hosting by Photobucket

Kelam-kabut

Public transport di Bandar Bremen ini adalah yang terbaik, traim akan pergi semua bahagian di bandar ini dalam setiap 10 minit. Perjalanan akan tepat seperti jadual yang ditetapkan. Ini menjadikan public transport menjadi pilihan utama penduduk bandar ini dan menjadikan tiada berlakunya kesesakan lalu-lintas seperti di Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun petang ni keadan menjadi huru-hara. Ini disebabkan terdapatnya penemuan bom zaman perang dunia di sebatang jalan di bandar ini. Oleh yang demikian beberapa batang jalan terpaksa ditutup dan public transport turut tergendala. Ini la kali pertama tenguk bandar ini jadi sesak. Jalanraya yang selalunya lengang penuh dengan kenderaan. Mungkin penduduk di bandar ini jarang bertemu keadaan seperti ini menjadikan keadaan agak kelam-kabut.

Saturday, April 08, 2006

Masyarakat Islam di Bremen

Sebenarnya ramai masyarakat Islam di Bremen ini. Kebanyakan mereka adalah keturunan Turki. Beginilah keadaan masjid di Bremen semasa sembahyang Jumaat.
Image hosting by Photobucket

Friday, April 07, 2006

Semester Tiket

Keadaan cuaca buat masa ni tak menentu. Kadang-kadang panas betul, kadang-kadang redup dan kadang-kadang hujan. Hari ni pulak hujan ais dan snow turun sedikit. Suhu masih sejuk, sekitar 6 darjah celcius. Yang tak tahan kalau angin datang bertiup, memang sejuk betul. University telah menyediakan semester tiket, iaitu satu pas perjalanan menggunakan bas tan traim. Ini bermakna kami kami boleh pergi ke mana-mana pun di Bremen ini sehinggalah ke utara German pada bila-bila masa tanpa sebarang bayaran. Kemudahan seperti ini diberikan kepada semua pelajar di German.
Image hosting by Photobucket

Tuesday, April 04, 2006

Hari Pertama

Jam 8.30 pagi Thorsten Grantz dan tunggu depan apartment untuk bawak kami ke Bremen University. Dia ni merupakan sorang pengajar juga lepasan ITB yang tugaskan untuk menjaga kebajikan kami. Hari ni merupakan hari pertama pendaftaran sebagai pelajar tua. Program sebelah pagi hanyalah penerangan mengenai program di Bremen University. Kami telah disediakan bilik masing-masing dalam sebuah bangunan yang dikenali sebagai Smart Building. Tengahari kami dibawa ke cafeteria, ingat dia orang nak belanja makan, rupanya kena bayar sendiri. Kat sini berbeza budaya kita dengan dia orang. Sebelah petang kami di beri penerangan mengenai penggunaan library. Satu yang patut dipuji di library sini adalah sistem peminjamannya. Kita dibenarkan meminjam seberapa banyak buku dan seberapa lama yang kita nak, semuanya base on trust. Yang susahnya sebahagian besar buku dalam bahasa German. Rasanya tak sampai pun 10% dalam bahasa Inggeris. Kalau tak kena gaya susah juga buat research kat sini.

Monday, April 03, 2006

Warga Turki di German

Hari ni sebelah pagi berkesempatan melawat Islamic center di Bremen. Agak besar juga tempat dia, tapi bila masuk dalam tak ada sorang pun di situ. Selepas tu naik trem ke Weserwehr untuk tenguk floor market kat situ. Lebih kurang jugak car boot sale kat UK. Selepas tu kami ambik keputusan untuk terus ke masjid di Gropelingen iaitu lebih kurang 20 minit dengan trem. Sempat berjemaah zohor di situ. Disebabkan hari ini hari minggu, maka ramailah jemaah di masjid ni. Memang ramai orang Turki di kawasan ni. Masjid itu pun tak kurang besarnya. Selepas sembahyang kami sempat minum teh dengan beberapa orang warga Turki di situ. Kami cuba bertanya untuk mengetahui dimana kedai menjual makanan halal. Mereka cuba membantu, dan memang mereka ni peramah. Tapi yang susahnya mereka ni tak boleh berbahasa Inggeris. Maka terjadilah dialog macam ayam dengan itik. Setelah di kalangan mereka cuba untuk mendapatkan sapa boleh berbahasa Inggeris, akhirnya adalah sorang budak bernama Abdullah yang boleh cakap sikit-sikit. Di bawanya kami ke satu tempat kawasan komuniti Turki, memang banyak kedai-kedai halal di situ. Tapi hari kebanyakkannya tutup.
Image hosting by Photobucket
Menunggu trem di Domsheide
Image hosting by Photobucket
Minum teh dengar warga Turki
Image hosting by Photobucket
Masjid di Gropelingen

Sunday, April 02, 2006

Ke German lagi

Tanggal 1 April aku mulakan sejarah baru, kembali duduk di Bremen Germany iaitu tempat aku buat coaching manual 4 bulan yang lepas. Kali ini kami pergi berlima dan perlu tinggal di sini selama 3 bulan iaitu satu jangka masa yang agak panjang untuk duduk berjauhan dari keluarga. Seperti sebelum ini penerbangan dari KLIA ke Frankfrut memakan masa 13 jam untuk transit selama 2 jam dan sambung 1 jam penerbangan ke Bremen menggunakan Luthansa. Di Bremen Dr Kirb telah pun menunggu. Kami terus ke University Guess House di mana kami ditempatkan untuk tempoh 3 bulan ini. Apartment tempat kami ditempatkan agak memuaskan, Cuma agak jauh dari city center. Keadaan di Bremen masih macam dulu. Dari segi kelengkapan memang agak mencukupi termasuklah kemudahan internet di dalam bilik.
Image hosting by Photobucket
Pemandangan depan appartment - trem untuk berulang alik

Tuesday, March 21, 2006

Parking punya cerita

Baru-baru ni aku terpaksa hadir memberi keterangan di Jab Peguam Negara berkenaan kes saman TPK ke atas Pusat Bertauliah kerana menyalahgunakan peruntukan pinjaman sejumlah 1.9K. Meeting mula pukul 9 pagi. Pukul 8.15 pagi aku cuba hubungi Izan di bahagian undang-undang KSM untuk pastikan dia dah pergi ke belum. Pegawai yang angkat bagitau dia dah pegi. Dalam hati terfikir sebab apa dia pergi awal, bukannya jauh sangat pun. Tepat jam 8.30 pagi aku bertolak, sampai di komplek Parcel C tiga kali aku tawaf komplek tersebut nak cari parking tapi tak jumpa jugak. Terlampau sesak, sehingga terfikir jugak nak balik dan mintak drebar hantar. Tapi memandangkan masa dah suntuk terpaksa jugak cuba cari parking. Akhir sekali aku terjumpa yang aku rasa boleh letak kereta walaupun bukan bukan parking lot. Elok je aku keluar kereta guard datang kat aku, maka terjadila dialog berikut:
Guard: En tak bolek parking sini!
Aku: Habis nak parking mana lagi, dah 4 kali saya pusing tak jugak dapat parking.
Guard: En kena bagitau jaga kat depan
Aku: Bagitau pun apa dia boleh buat, tempat semua dah penuh
Guard: En tak boleh paking sini nanti dia orang marah
Aku: Sapa nak marah! Tempat ni bukan ada sapa-sapa punya parking. Lagi pun saya sekejap je, ini kes mahkamah, saya perlu segera.
Guard: Apa hal pun En tak boleh parking sini
Masa tu aku dah sikit hot
Aku: Saya letak jugak, apa nak jadi pun jadi la saya tak peduli...

Aku terus beredar dan aku tenguk guard tu blah. Dalam hati dok menyebut tak sepatutnya aku berkasar dengan guard tu, dah tugas dia. Aku dah tak ada pilihan lain, dah terpaksa. Lagi pun dalam komplek ni bukan ada saman pun, malah tak pernah pun dengan kereta kena kunci tayar. Inilah silapnya bila buat building tanpa memikir parking untuk customer. Patutla Izan awal-awal dah pergi, rupanya nak kejar parking.

Perbincangan pagi tu pulak agak hangat. Memang lawyer ni cekap bermain dengan kata-kata. Silap je sikit dia akan skru. Nasib baikla tak banyak yang dia tanya aku. Pegawai dari TPK tak tertepis menjawab soalan, semuanya soalan membunuh. Perbincangan habis pukul 12.15. Seperti yang aku dah jangka bila aku pergi kat kereta satu notis dilekat di cermin hadapan yang bertulis "Tidak dibenarkan parking di sini". Aku buang notis tersebut dan balik ke pejabat. Tapi nak jadi cerita sebelum aku masuk parking kat blok aku tetiba satu mator langgar belakang aku. Aku tenguk Mat tu dah tertiarap kat tepi. Motor dia teruk jugak. Aku tenguk lampu belakang sebelah kanan kereta aku dah berlubang, sakitnya hati..... Nak mintak ganti kat Mat motor tu pun tak sampai hati bila tenguk muka dia bukan main toya. Ini la agaknya balasan sebab berkasar dengan guard tadi.......

Monday, March 20, 2006

Seminar Kebangsaan Islam Hadari

Terima e mail dari Ustaz Hussein dari Kuittho, yang mengatakan kertas kerja tugasan UMA 6112 yang kami buat telah diterima oleh JK Seminar Kebangsaan Islam Hadhari dan Pembangunan Masyarakat 2006 untuk dimasukkan di dalam sidang pembentangan selari. Sebenarnya kertas kerja tersebut merupakan assighment berkumpulan yang kami ambil masa cuma sehari untuk menyiapkan, tak menjangka langsung ianya boleh dibentangkan di seminar peringkat Kebangsaan. Ini bermakna salah seorang dari kami terpaksa membentangkan paper tersebut.
Seminar ini bertujuan mengupas realiti sebenar Islam sebagai satu agama yang membawa perubahan yang besar serta positif kepada umat manusia bermula daripada lokal sehinggalah kepada global. Pengalaman Islam dalam masyarakat setempat di Asia Tenggara umumnya dan dunia Melayu khususnya amatlah positif dan membina. Di sinilah rupa bentuk sebenar ajaran Islam yang boleh dilihat dan digunakan sebagai kayu ukur untuk melihat hakikat peranan ajaran Islam kepada masyarakat. Para sarjana dan pengkaji seharusnya turun ke padang melihat bagaimana Islam berperanan membina dan membangun masyarakat setempat dan mereka tidak seharusnya terlalu asyik dengan perbincangan retorik tentang isu-isu teoritikal yang tidak berpenghujung. Islam sememangnya satu agama yang syumul dan ianya berbentuk teoritikal dan praktikal. Jika selamanya kita hanya berteori, ajaran Islam akan hanya tinggal di dalam kitab-kitab tulisan ulama silam dan kita sebenarnya gagal melaksanakan tanggungjawab kita sebagai pendakwah dan pewaris nabi. Antara objektif seminar tersebut adalah seperti berikut:
Untuk mengenalpasti dan menyelidik peranan Islam sebagai faktor perubahan terbesar dalam sejarah umat manusia.
Untuk membincangkan masalah-masalah berkaitan dengan perspektif negatif dan positif terhadap ajaran Islam dan umatnya.
Untuk mengenalpasti dan menyelidik peranan Islam dalam masyarakat setempat dan bagaimana ianya boleh dikaitkan dengan peranan Islam di peringkat antarabangsa.
Untuk memperjelaskan peranan dan realiti sebenar Islam dalam masyarakat setempat dan bagaimana ianya boleh digunakan untuk menjelaskan peranan Islam di peringkat antarabangsa.

Sunday, March 19, 2006

Pakatan Tmn Langat Jaya

Malam ni mesyuarat penubuhan pakatan dalam Taman langat Jaya telah diadakan dan kata putus telah dipersetujui oleh semua ahli, antaranya seperti berikut:

· Mesyarat bersetuju konsep pakatan yang akan ditubuhkan merupakan untuk kebajikan penduduk Taman Langat Jaya. Sebarang penggunaan untuk tujuan catering atau lain-lain busines di kalangan ahli adalah dibenarkan dengan dikenakan bayaran sewaan.
· Mesyuarat memutuskan tarikh akhir pembayaran yuran penyertaan sebanyak RM 100 adalah pada 31 Mac 2006.
· Mesyuarat memutuskan kutipan sebanyak RM 50 sebulan dikutip daripada ahli pakatan bermula dari April 2006 sehingga Ogos 2006.
· Peralatan pinggan mangkuk akan mula di beli selepas tarikh 31 Ogos 2006.
· Jumlah kutipan bulanan selepas dari tarikh 31 Ogos 2006 akan diputuskan kemudian oleh ahli setelah mengambil kira jumlah dana yang terkumpul.
· Semua ahli sediaada perlu bersama-sama mendapatkan seberapa ramai ahli di kalangan penduduk dalam Taman langat Jaya untuk turut serta dalam pakatan ini.
· Semua penyertaan ahli baru dalam tahun ini akan diselaraskan tarikh bersamaan dengan tarikh penyertaan ahli sedia ada. Oleh yang demikian jumlah bayaran yang akan dikenakan oleh ahli baru adalah sama dengan jumlah bayaran yang telah dibayar oleh ahli sedia ada.
· Kadar bayaran ke atas penyertaan ahli baru selepas tarikh 31 Dec 2006 akan diputuskan kemudian.
· Sdr Zali menawarkan tempat penyimpaan sementara peralatan tersebut di bengkel beliau sehingga stor penyimpanan sebenar di ujudkan.
· Satu akaun bank atas nama pengerusi, bendahari dan setiausaha akan diujudkan.
· Sebarang perubahan dan pindaan operasi pakatan akan dibuat dari masa ke semasa setelah mendapat persetujuan semua ahli.


Semoga penubuhan kumpulan seperti ini akan lebih mengeratkan hubungan dikalangan penduduk Taman