Pengangkutan awam di negara barat ni cukup efisen. Train bergerak setiap 5 minit. Pendek kata keluar je rumah, tunggu 5 minit samada bas atau traim sampai. Pengangkutan awam milik penuh kerajaan. Tambang begitu berpatutan, malah di German ni semua pelajar diberi perkhidmatan percuma, termasuklah kami pelajar tua. Semua orang akan menggunakan pengngkutan awam sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau ada pengangkutan seperti ini di Kuala Lumpur. Mungkin tak ada kesesakan seperti sekarang.
Di negara-negara maju di barat ini budaya berbasikal masih kuat. Di Bremen ni budaya berbasikal begitu kukuh. Di setiap jalan raya besar dan kecil ada disediakan lorong berbasikal untuk kegunaan awam.Di London masih ramai yang berbasikal walaupun sistem basikal dalam kota ini tidak tersusun serapi di kota-kota negara Belanda atau di Belgium. Tetapi dalam kota-kota kecil di Britain seperti di Oxford, Kent malah dipinggir London berbasikal masih lagi satu budaya yang kukuh.
Di Kuala Lumpur amat jarang kita dapat melihat orang berbasikal. Di pekan-pekan kecil juga tidak ternampak lagi warga berbasikal. Rasanya ini bukan kerana semua orang telah memiliki kereta atau motosikal tetapi kerana berbasikal di jalan raya di Malaysia hari ini mungkin lebih merbahaya dari tinggal di Gaza.
Kalau kita berjalan kaki dalam kota Kuala Lumpur, kita tidak akan merasa sekali pun diberi laluan dipersimpangan jalan bila berhadapan dengan kereta. Ini amat berbeza bila kita berjalan dalam kota-kota besar di Eropah, jika kita berjalan kaki dan bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan jalan, pasti sipemandu akan mengangkat tangannya meminta kita melintasi dahulu jalan itu. Pejalan kaki masih dihormati sebagai manusia untuk diberi laluan. Di Kuala Lumpur bukan sahaja orang yang berjalan kaki tidak diberi laluan malah kadang-kadang di lintasan yang jelas menunjukkan lampu-orang-hijau untuk pejalan kaki sedang terpasang masih ada kereta yang merentas masuk
Tanpa sistem pengangkutan awam yang tersusun maka warga di negara kita dipaksa dan digalakan untuk memiliki dan memandu kereta persendirian. Hak dan kuasa untuk miliki kereta sendiri juga melahirkan kesesakan jalanraya yang sedang kita hadapi hari ini. Agaknya bila kita terlepas dari masalah kesesakan jalanraya. Kalau kita mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisen sekali pun, adakah masyarakat kita bersedia untuk menggunakan sepenuhnya.

Kenderaan rasmi ulang alik setiap hari
Sempat jugak berbincang
Kesian... penat sampai tertidur
11 comments:
mmg betul, kenderaan awam mmg mudah sgt kat sini. Cuba lah Msia mcm nih sure jalan tak jammed sgt agaknye kan. Coz lebih mudah naik kenderaan awam dari kereta sendiri.
Salam
Ajzie
bab menghormati pejalan kaki mmg susah kat msia ni.experience saya p timur tengah, terutama di jeddah, mmg kat sana amat menghormati pelintas jalan.
skrg ni bas2 kat KL dah tukar pd RAPID KL..depa wat stail berperingkat, mcm dr selayang nak k kl kena tukar dua or 3 kali bas..ni kononnya nak elakkan jammed dlm KL..saya tak leh nak komen pnjg sbb lum berpeluang naik.tp yg pasti, sejak sist. ni laksanakan, org ramai lbh prefer naik LRT, terutama yg bekerja tu, sbb lagi mudah, berbanding ngan 2 or 3 x tukar bas. yg ni adik saya pengguna LRT citer.lagi sesak LRT jadinya
ASM Tuan punya blog...
sama macam kat hamamatsu keadaan sana ya... yang herannya bas pon boleh on time tak kira waktu... nampaknya syikin punya komen memberangsangkan... kl dah maju, buat ku bangga...
ajzie, mungkin satu masa nanti kat msia pun ada sistem macam ni
syikin, pemandu kita memang macam raja, tak peduli pejalan kaki.... suoud good bila semua tukar satu company, tapi efisyen ke kalau sampai tukar2 cam tu ye.....
izhal, thanks for visit, tula yang bagusnya, disebabkan takda jem, bas boleh sampai ikut time
babydiana, kadang2 tu macam tak guna zibracross he he....
cuba bisik2 kat sana macam mana dia org didik pemandu menjadi bagitu berdisplin.. mana tau nanti boleh ajak org KL yg terkurang ajaran tentang hal hal pemanduan ni.. hehe
Dah bisik2..semuanye takut kena sama. 500Euro setiap kesalahan. kalau ada accident, sesiapa yg terlibat semua kena bayar. Maksud saya pemandu lah. Tak kira apa alasan mereka. Salah aje kena denda 500Euro.
Salam
Ajzie
takde lagi kut negara yang bleh lawan europe nyer sistem pengangkutan..
zino, apahal pun culture yg mendisiplinkan dia orang
ajzie, baru ni kami pergi klon, parking depan rumah member pun kena saman, tak tau berapa kena, tunggu je la.....
aisputih, yes...setuju, kat japan ok, not bad, tapi dari segi disiplin pemandu memang europe boleh di puji....
tu yg heran tu.. kalau ikut culture pun org malaysia ni (org timur) penih dengan budi bahasa sopan santun dan macam bagai..
tapi bila duduk dalam kereta ramai yg tukar jadi jin afred.. hehe
Masih mengharap suatu hari nanti sistem pengangkutan awam di Malaysia ini pun boleh sebegitu. Taklah susah payah nak memandu kereta sendiri...
Di KL ni tak praktikal kalau nak berbasikal... panas !!!
Post yang menarik, sangat mengembalikan nostalgia lama sahaya sewaktu sahaya menetap di UK dahulu.. Pada warga Facebook, kalau berminat sila lah join page sahaya buat ni : http://www.facebook.com/pages/Kami-Mahu-Kerajaan-Ambil-Tindakan-Masalah-Jalanraya/104830159596429
Page ini adalah "suara kita" meminta agar kerajaan menangani masalah kesesakan jalanraya di Malaysia. Harap suara kerdil kita ni dapat lah diambil kira oleh "mereka".
Salam hormat dari Segaramasin.
A.
Post a Comment