Hari ini merupakan cuti umum. Kami student Malaysia berpeluang berkumpul untuk BBQ di Harriersand. Untuk sampai ke tempat ini kami terpasa naik 2 traim dan 1 bas. Di samping kami pelajar tua ni, terdapat 7 orang lagi adik-adik student tajaan JPA dan Mara di sini.
Mereka ni la yang merancang program ini. Sebenar sejak seminggu yang lepas dia orang dah booking supaya kami dapat turut serta. Mungkin jugak mereka ingin meraikan kami sebelum kami balik ke Malaysia. BBQ di buat di satu kawasan yang memang cukup strategik iaitu 10 minit berjalan kaki dari salah seorang rumah pelajar Malaysia. Tempat BBQ ini merupakan satu kawasan taman di pinggir kota yang dikelilingi pohon hijau.
Mereka ni la yang merancang program ini. Sebenar sejak seminggu yang lepas dia orang dah booking supaya kami dapat turut serta. Mungkin jugak mereka ingin meraikan kami sebelum kami balik ke Malaysia. BBQ di buat di satu kawasan yang memang cukup strategik iaitu 10 minit berjalan kaki dari salah seorang rumah pelajar Malaysia. Tempat BBQ ini merupakan satu kawasan taman di pinggir kota yang dikelilingi pohon hijau.
Terdapat sebuah tasik yang airnya cukup jernih di taman tersebut. Memang pemandangan kawasan tersebut cukup menarik. Cuma hari ini cuaca agak sejuk dan tak berapa sesuai untuk outing. Walaumacamanapun kami berjaya membakar kesemua ayam yang di bawa. Cuma kami sahaja yang tidak mampu untuk menghabiskanya. Di kalangan kesemua kami di sini hanya terdapat seorang sahaja pelajar wanita. Fiza ni la yang menyediakan nasi untuk semua. Lebih menyeronokan lagi kami dapat sama-sama sembahyang zohor berjemaah di atas pelantar di tasik tersebut. Terima kasih semua.
Pemandangan dari pelantar tasik
15 comments:
macam2 acara kamato kat sana.. jangan tak ingat nak balik dah le.. hehe
tuan kamato
wah bestnya nampak BBQ dan keindahan tasik.
kami di sini, belum lagi berkesempatan untuk berBBQ dan adakan annual family day (post-grad version, undergrad version saya terlepas, kerana ke London). Cuaca di Sheffield ni asyik hujan sahaja, susah la nak berBBQ.
lapar pula perut tgkkan ayam tu
Best...best...BBQ tu nampak menyelerakan !
Geram nak terjun mandi dalam tasik tu.... (teringat masa kecik2 dulu mandi sungai kat kampung..)
zino, kena beraktiviti baru tak ingat nak balik sangat he he...
dr faez, memang agak tak menentu cuaca sekarang ni, kadang2 macam rasa nak winter balik...
blackpurple, susah nak jumpa tasik bersih macamni kat tempat kita
kamato,
i think lakes like this are abundant in Malaysia, if you go deep in the jungle. lakes in town are ofcourse dirty. just look at bangi lake... 'pelajar tua' hahaha, i'd prefer to be called 'pelajar berpengalaman'
wow best.. best..
hati saya menjadi tenang dan damai melihat air tu
best2, kami pun baru buat BBQ last week. Rasa mcm nak wat lagi.
Wish i was there!!Memang cantik sekali dan damai sekali.
izhal, walaupun tua tapi hati muda he he....
esis, memang best... tu yang nak buat sekali lagi
ajzie, yang lecehnya tak boleh sebarang tempat...
marina, dah belajar bahasa jerman tu, senangla datang sini...
gitartong,terima kasih singgah
Rasa macam kat germany je en kamato ni. Balik mesia bila? Kalu aku kat sana sure best ni sebab world cup dah dekat.
lan, balik msia awal julai, boleh la merasa world cup, dia punya bahang pun dah rasa, promosi sana sini.....amboi lambat tidur nampak...
balik awal Julai? sempat ke joint dinner 15 julai nanti? hehe
bestnya nampak bbq tu, menyelerakan sungguh.
cantik tul pemandangan tasik tu, berkenan saya ngan gambarnya.
Post a Comment