Wednesday, May 17, 2006

Keindahan itu milik Nya

Setiap keindahan adalah karya seni milik Nya semata, Pencipta segala sesuatu. Meyakini bahwa kekuasaan Nya adalah pencipta segala keindahan, kita akan merasa sangat bahagia mendapatkan kecantikan ini dan berupaya sebaik mungkin untuk mensyukuri kemahakuasaan dan keelokan ciptaan-Nya.
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Termasuk lawatan aku ke sini tahun lepas, aku telah berjaya merakamkan 4 suasana yang berbeza di satu tempat yang unik di tengah bandar Bremen

13 comments:

zino said...

tu le macam ada gambar yg pernah tengok sebelum ni.. memang menakjubkan..

KAMATO said...

zino, nak tunggu satu scene lagi sebelum balik, masa tu rasanya ada sedikit beza sebab rose dah keluar

Kaklong Syikin said...

Allah...cantik..cantik..cantik..

ni baru kat duniakan..camnerlah kat syurga tu...bak kata Rasulullah, tak tergambar dek mata kita ni..

KAMATO said...

syikin, moga kita semua akan terpilih untuk ke sana....

avie eicca said...

Subhanallah cantik betul.Teringin juga hendak ke sana.Saya sedang belajar bahasa german tapi tak beberapa pandai lagi.Makin pening bila lihat tatabahasanya.Cikgu bahasa saya pun dah pening mengajar kami.hahah

FaEzHussain said...

Salam perkenalan. (saya melompat dari blog puan syikin)

wah cantiknya pemandangan.
saya bercita-cita juga nak merakam gambar di scene yg sama mengikut musim tapi tak kesampaian.

Hebat perkhidmatan awam di Germany. Di UK pun boleh dikatakan ok lah. Jauh lebih baik dari KL.

Di tempat tuan sudah dilanda demam piala dunia kah? Di sini, England mengungkit-ungkitkan kembali peristiwa 1966, yang mana Germany kalah di final piala dunia. Kelakar.

Teringin nak melawat Germany, tapi mungkin hajat tinggal angan-angan sahaja. Tiket ke sana makin mahal.

KAMATO said...

marina, memang susah sikit basa german ni, kita yg tak pandai ni masalah sungguh terutama nak beli barang, biasanya hulur je not besar, habis cerita.

feazhussain, terima kasih kerana sudi singgah....bila nak dtg sini, bukanya jauh pun, kalau ke bremen tempat tinggal no hal...piala dunia memang dah demam... kebetulan warder bremen tempat kedua german lig....

Izhal said...

Sesungguhnya hamba jaki dengan gambar2 Tuan ini. Hamba terfikir nak ambil gambar sebegini tapi ditangguh2kan sehingga kini sudah terlambat... Komposisi gambar lawa, siap pemablikan bangunan dalam air... komposisi termasuk waktu :)

KAMATO said...

izhal, ooo nak balik okt ni kan... memang tak sempatlah nak ambik gambar camni... kita jumpa kat bangi

blackpurple @ jowopinter said...

Keindahan ciptaan Tuhan. Terasa betapa 'kecil dan halusnya' kita....

Ajzie said...

Kamato,
Cantik..sama ngan N3 saya yg lepas. Tp sempat ambil 2 musim aje..Winter dan Spring..hihi.


Salam
Ajzie

Kaklong Syikin said...

dah sekolah menengah ke anak gadis kamato? cantik gitu..

KAMATO said...

izhal, masih sempat utk 2 musim lagi, lebih2 lagi autum, mesti cantik punya....

syikin, alhamdulillah dah menengah, itu la harapan