Sunday, May 21, 2006

Dinner dengan staff ITB

Hari ini kami menerima jemputan dari staff ITB untuk dinner di salah sebuah restoran yang terkenal di kawasan Schnoor, iaitu satu kawasan pelancungan di mana kawasan tersebut merupakan kawasan tertua di Bremen. Bangunan di sini berumur lebih 500 tahun. Aku memang bercadang untuk merakamkan night scene di luar bangunan-bangunan bersejarah itu. Awal-awal lagi bateri camera telah pun aku caj, malah prepare lagi spare bateri. Tapi nak dijadikan cerita semuanya tertinggal. Terpaksalah ambik gambar guna hanpon. Restoran tersebut memang agak exclusive. Memandangkan malam ni malam minggu maka suasana di situ agak sibuk. Kami sampai tepat jam 8 malam, semua staff ITB dah pun sampai. Berbagai menu disediakan walaubagaimanapun agak terhad untuk memilih menu yang halal. Aku hanya memilih Salmon & rice. Rasa boleh tahan.
Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

12 comments:

Izhal said...

hahahahhaa... tak dahk rezeki nak shooting la tu... seriously, teringin nak tengok rupa paras bangunan 500 tahun...

Kamato lama lagi kerja kat sana ka???

KAMATO said...

izhal, nak balik dah hujung Jun ni, datang balik 2007 nanti....

Kaklong Syikin said...

sayangnya tak dpt nak tgk bangunan 500 thn usianya. camnerlah depa blh jaga begitu rapikan?

KAMATO said...

syikin, nanti kalau berkesempatan akan saya post

Ajzie said...

2007 datang dengan famili ker? Best lah kalau gitu. Ruginya tak dapat tgk pic bangunan yg berusia 500 tahun..Kat sini pun ada bangunan tertua, berusia 950tahun. Tp basilika..

avie eicca said...

Kalau bangunan tertua di Penang ni banyak dah kena roboh.Kalau tak pun terbakar.Hanya bangunan yang membawa makna misalnya rumah syed al-atas yang terlibat dengan pemberontakan kongsi2 gelap di penang baru la dijaga.

KAMATO said...

ajzie, tak pasti lagi bawak famili ke tidak, anak2 sekolah tu yg susah sikit

marina, masjid lama depan komtar tu dulu kecoh nak diroboh, apa cite sekarang?

avie eicca said...

En.Kamato,terima kasih atas nasihat kat blog saya tadi.saya benar2 menghargainya.

Pasal masjid tu sekarang ni ada lagi.Saya tak pasti pula sama ada mereka nak robohkan atau tidak.Penang ni pun dah rasa macam duduk kat Singapore.Masa sekolah rendah dulu,cikgu saya cakap silap hari bulan Penang akan keluar dari mesia.Ish..harap2 janganla.maaf peningkan kepala en.kamato pula.=)

zino said...

sedap nampak makanan tu hehe

cipthowiryawanchannel said...

mesti mencari mknn halal jugak yang problem..hehe..tp sure nice dinner kan..hehe

blackpurple @ jowopinter said...

Nasib baik lah ada salmon & rice....

KAMATO said...

zino, ok not bad.. tapi masakan kita lagi sedap

aisputih, itu yang susah hati kalau ada dinner....

blackpurple, ada gak ikan lain, tapi kene tenguk dia masak apa... biasanya mat salleh ni dia letak wine, tu yang kena hati-hati