Wednesday, May 31, 2006

Cuaca tak menentu

Cuaca di Bremen buat masa tak berapa menentu. Sepanjang minggu ni saja suhu antara 6 – 13 darjah Celcius. Hujan pulak selalu turun. Sejak kebelakangan ini memang agak sukar untuk melihar sinar matahari. Walaupun spring dah sampai penghujung dan akan berdepan dengan summer tetapi keadaan tidak menampakkan summer dah dekat. Sesekali angin bertiup memang begitu menyejukan. Aktiviti luar agak terhad. Keadaan amat berbeza berbanding permulaan spring tempoh hari. Dah tak ada manusia-manusia berjemur tengah padang. Esok kami ada trip 3 hari ke Flensburg iaitu bersempadan dengan Denmark. Adalah dijangkakan perjalanan memakan masa selama 3 jam. Terdapat 4 company di sana yang perlu dilawati. Harap-harap cuaca baik, balik nanti baru update blog.

11 comments:

Izhal said...

ada 'low pressure system' kat sana agaknya... for good things to come, we mustendure the worst first...

KAMATO said...

izhal, mungkin jugak .... tapi kadang2 bagus jugak..sejuk.....

cipthowiryawanchannel said...

malaysian kalau sejuk sederhana tuh suka lah dia..hehe..sama keadaan kat maroc neh..tapi kalau sejuk sungguh..merungut juga lah jawapnya...hehe

KAMATO said...

aisputih, tu la namanya manusia, apahal pun kita kena bersyukur

NBK466 said...

Nak sinaran matahari....kena ler balik M'sia...he.he..he.. Rindu pulak nak pakai baju tebal2..he..he..he..

Kaklong Syikin said...

bila ya rezeki saya nak menetap di negara 4 musim ni? suami saya dah, jd dia tak heran. tak taulah ada rezeki wat phd nanti, doa2kan ya..

oh ya, saya ada update sikit pasal sucikah rmh kita, berkenaan dgn kuantiti air n bilangan siraman air tu..

Izhal said...

the low pressure system is moving towards japan :P sini dari nyaman dah sedikit dingin dan mendung pada hari Jumaat yang mulia ini...

blackpurple @ jowopinter said...

Tak 'demam' World Cup ke bang....2-3 hari lagi ni.... :D

Ajzie said...

Sini pun sama. Dah semingu hujan. Sekali sekala ada hujan batu plak tuh. Di Bayren turun salji lagi. Ramai org German pun rasa pelik ngan cuaca tahun ini. Tapi itu lah kehendak NYA.

Salam

FaEzHussain said...

Tuan Kamato

Samalah macam cuaca di UK ni, dua tiga hari ni rasa cam spring sikit. 2 minggu sudah rasa cam nak masuk winter balik. Jacket winter masih lagi bergantungan...just in case tetiba snow balik bulan 6 ni

KAMATO said...

nbk466, tula bahagianya tempat kita panas manjang, kat sini berebut orang berjemur

syikin, moga cita2 untuk cotinue belajar tu tercapai

baby, sapa yang tak rindu nak balik msia....

izhal, pi kumpul balik la baju sejuk hehe..

blackpurple, demam wold cup dah teruk kat mana2, terutama soping complex

ajzie, tu la kehendak Nya, snow boleh turun tengah tahun....

dr faez, elok standby jacket tu... tak tau apa nak jadi esok