Friday, September 30, 2005

Macam-macam Hal

Dialog antara 40 pegawai-pegawai ITTAR dan agensi pusat berjalan lancar, walaupun kadang-kadang suasana agak tegang tetapi semua pegawai terutama Mr Tee dari JPA dapat mengawal suasana. Mereka semua tidak puas hati terhadap majikan mereka KUB dalam semua aspek. Walaubagaimanapun ianya merupakan resiko biasa pada mana-mana projek penswastaan. Aku terpaksa keluar awal kerana terpaksa ke KLIA.

Flight ke Alor Setar jam 1.45 tgh. Pukul 12 Helmi hantar ke ERL. Sorang gadis dari Kucing tunggu sama KLIA transit, duduk sebelah. Katanya sedang bercuti dan nak ke Kota Bharu, dia ingat dah sampai KLIA, rupanya Putrajaya. Terpaksa tunggu next train. Ada rupa, ada gaya, ada daya penarik dan cepat mesra. Mudah di ajak berbual. Perwatakan dan tuturkata begitu profesional dan aku kira dia ni dari personaliti kategori Extrovertion. Bukan calang-calang orang sebenarnya sorang gadis boleh tour seluruh negara menggunakan air transport sorang diri.

Sampai di KLIA Anum dah ada, terus check in dan terus masuk. Tak sempat makan, ingat nak makan kat Alor Setar. Tanya Anum, dia pun tak makan lagi. Bila je masuk flight, pengumuman dibuat. Flight terpaksa delay sejam, masalah teknikal. Punyala lapar masa tu. Sampai airport Alor Setar kami terus masuk kafeteria. Bila nak order, budak tu kata tukang masak tak ada. Yang ada cuma laksa katanya. Aku kata laksa pu laksala. Tapi lepas 5 minit budak tu datang balik, katanya laksa pun dah habis. Aduhhhhh lapar lagi......Kami ambil teksi dan terus ke Sentosa Regency Hotel. Check in dan ambil bilik masing-masing. Dalam kepala aku, nak cari je kedai mamak je. Lepas 10 minit kat bilik dan tengah bersiap nak pergi makan, kaunter loby call. Katanya dia dah tersilap bagi bilik, sepatutnya aku duduk bilik suite. Kena pindah bilik pulak. Banyak betul cubaannya...Dekat pukul 5 baru boleh isi perut.
Image hosted by Photobucket.com
Bilik di Sentosa Regency

Thursday, September 29, 2005

ITTAR Perai

Hari ni dapat arahan aku kena hadir dialog di antara kakitangan ITTAR Perai dengan KSU pada Jumaat ni (30 Okt). Bagus juga datang sebab semua tu kekawan aku......

ITTAR Perai ni adalah projek penswastaan ILP Perai kira-kira 11 tahun yang lepas. Sebelum disawastakan aku merupakan kakitangan di situ, tapi sebelum saja di swastakan aku telah dipindahkan ke HQ. Masa tu dah 9 tahun aku kat Penang. Along dan angah pun lahir kat sana. Sampai sekarang pun masih ada rumah kat Alma. Masa tu aku pun tak mintak untuk dipindahkan, tapi sekarang ni aku bersukur...nasib baikla bos tarik ke sini kalau tidak memang senasibla dengan mereka. Peringkat awal sebelum diswastakan memang semua dijanjikan dengan yang terbaik. Datuk Hasan Harun, pengerusi KUB masa tu berjanji akan ambil semua ILP yang ada di negara kita. Dan dia akan pastikan apa yang diperolehi oleh kakitangan ILP Perai nanti melebihi apa yang diperolehi oleh ILP lain. Empat tahun pertama semuanya berjalan lancar, masuk tahun kelima dah macam-macam aku dengar. Elaun dah tak ada, gaji tak naik, caruman KWSP tak masuk, bonos tak ada dan macam-macam lagi. Perkara tersebut berlarutan sehingga sekarang. Sebab itula mereka datang untuk berdialog Jumaat ini, dengar cerita sampai 40 orang yang akan datang.

Tapi majlis dialog ni dah mengubah perancangan aku. Patutnya pagi tu aku perjalanan ke Alor Setar kerana petang tu aku perlu ada di sana untuk persiapan dialog dengan CEO zon utara pada hari Sabtu. Nampak gaya teruk sikit hujung minggu ni, Jumaat Sabtu kat Alor Setar, Ahad kena ada kat KL, Isnin pulak kena hadir mesyuarat di Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Selasa kena pergi Pasir Gudang untuk lawatan industri. Pening nak susun perjalanan.......

Wednesday, September 28, 2005

Hicom Eng

Hari ni lawatan ke Hicom Engineering di seksyen 28 Shah Alam bersama TKP. Head of Human Resourses, Tuan Mansor Ibrahim yang menyambut. First time aku datang tempat ni, mula-mula sesat juga. Main business company ni adalah support industry automotive Negara seperti produa, proton, Honda dan sebagainya. Banyak part yang dibuatnya seperti flywheel, maunting brake, manifolds, cranckshafts dan sebagainya. Sebenarnya orang kita sendiri boleh buat semua ni, yang mana satu masa dulu semua kita eksport. Yang menjadi masalah 50% pekerja adalah dari Nepal dan Indonsia. Industri ni merupakan industri yang perlu high skill tapi sebahagian kerja tersebut dibuat warga asing. MANA PERGI BUDAK-BUDAK KITA?? Sebahagian dari mereka datang ke negara kita dengan zero skill, lepas 3 tahun mereka dah expert dan balik Negara mereka untuk di industri mereka. Tanpa kita sedari mereka akan jadi our competitors. Dengan secara tidak langsung Negara kita menjadi tempat latihan bagi meningkatkan skill. Di samping itu sejumlah wang Negara yang besar telah mengalir keluar. Semua majikan kena peka masalah ini. Kedatangan kita ke kilang ini sekurang-kurangnya membuka ruang untuk kilang tersebut membuat satu perancangan yang teliti agar system latihan dual national ini dapat diterap sepenuhnya bagi melatih belia-belia lepasan sekolah untuk menjadikan sifar pekerja asing.

Semangat yang ditunjukan oleh pihak pengurusan begitu baik terutamanya untuk menjadikan latihan kemahiran sebagai satu budaya di industri. Masyarakat kita masih terlalu educational, semuanya berlumba masuk universiti, tapi bila keluar tak ada kerja. Kalau kita lihat di banyak Negara maju sebahagian besar engineer yang dikeluarkan melalui latihan kemahiran. Mereka lebih menjiwai kerja compare engineer yang dikeluarkan oleh universiti. Persoalannya sekarang bagaimana untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap latihan kemahiran.

Secara keseluruhan lawatan ke sini berjaya, semoga harapan kilang untuk melahirkan pekerja yang berkualiti akan terlaksana.

Tuesday, September 27, 2005

Monday, September 26, 2005

STUDENT TUA.....

Bersama rakan-rakan sepengajian
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Member satu taman
Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, September 21, 2005

Konvokesyen UKM ke 33

Hari ini merupakan satu lagi catatan sejarah dalam hidup aku. Setelah berhempas pulas selama 2 tahun akhirnya aku berjaya menamatkan program master di UKM dengan jayanya dan hari ini merupakan hari pengurniaan sarjana tersebut. Aku masih ingat lagi 2 tahun yang lepas bila aku dan beberapa rakan yang lain mengambil keputusan untuk mengikuti program ini secara sambilan. Pada mulanya memang aku sendiri tak berapa yakin samada boleh bawak atau tidak. Ini memandangkan tempoh minima program tersebut boleh dibuat dalam masa 2 tahun, sedangkan bila study full time pun jangka masa 2 tahun juga. Ini bermakna untuk menamatkan program selama 2 tahun kami terpaksa berkerja keras sedangkan dalam masa yang sama terpaksa menumpukan tugas harian. Untuk mendapatkan pembiayaan JPA kami juga terpaksa mengambil program di bawah Fakulti Engineering iaitu satu fakulti yang terkenal dengan kepayahannya. Tetapi semangat mengatasi segalanya

Ada beberapa sebab mengapa aku ambil keputusan untuk mengikuti program secara part time, sedangkan bila ikut program secara full time gaji dapat elaun bulanan pun dapat. Sebab utama adalah untuk jaminan tempat kerja. Bila ikut program secara full time, jawatan akan pool di JPA. Ini bermakna kita boleh di tempatkan di mana-mana setelah tamat study. Perubahan dari SSB ke SSM juga sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan untuk memilih secara part-time.

Pada peringkat permulaan bos tak berapa menggalakkan memandang mengikut rekod yang lepas ramai yang terkandas ditengah jalan. Walaubagaimanapun setelah enam bulan kami mengikuti program dan keputusan pada semester pertama agak memuaskan, bos begitu bersemangat. Galakan yang diberi begitu luar biasa. Setiap masa dia akan tanya perkembangan study kami. Malah diizinkan kami mengambil cuti rehat bila-bila masa jika perlu. Sikap ambil berat bos menjadikan kami terpaksa berkerja keras. Walaubagaimanapun sedaya upaya kami cuba untuk tidak menggunakan masa bekerja untuk tujuan study. Hari ini terbukti kami boleh menghabiskan program tersebut dalam masa 2 tahun.
Persoalannya sekarang mampu atau tidak untuk aku meneruskan program PHD. Jabatan sedia untuk menaja bermula pada tahun ini juga melalui program secara part-time dengan KUITO. Penat lelah belajar selama ini masih belum hilang.

Sunday, September 18, 2005

Program Nisfu Syaaban

Program ini dirancang oleh kaum muslimah. Tidak menggunakan sebarang peruntukan tabung, semuanya bergantung kepada derma dari penduduk. Ada yang bawak beras, ayam, ikan, rempah, telor dan macam-macam lagi. Program gotong-royong masak bermula dari pagi lagi. Suasana agak meriah jugak, walaupun sebahagiannya cuma menyibuk. Ini keistimewaan taman aku yang jarang jumpa di taman-taman lain masa ini. Semangat kampung masih kuat. Kalau gotong-royong kenduri ni tak masalah langsung, ramai yang ringan tulang. Tak kira lelaki ataupun perempuan. Suasana inila yang perlu kami kekalkan. Ramai yang memuji semangat keakrapan warga taman kami. Pernah satu masa dulu masa aku mula-mula duduk sini, aku ada seminar sebulan di luar negeri dan lupa nak bagitau jiran. Bila lama tak nampak orang surau datang rumah tanya sebab apa.
Menu tengahari simple tapi menyelerakan. Menunya cuma ayam goreng, sayur lemak pucuk ubi, ikan masin, ulam jantung, jering dan pucuk betik. Tapi bila masak sama-sama dan makan berkeluarga ramai-ramai memang cukup menyeronokan. Menu makan malam pulak adalah nasi kerabu. Agak leceh nak menyediakan, tapi bila ramai agak cepat kami sediakan. Masuk waktu asar semuanya dah siap. Program bacaan yasin sebanyak 3 kali bermula sebelum magrib. Ceramah dibuat selepas magrib dan solat hajat selepas isyak. Selepas tu barula makan malam. Kehadiran keseluruhan warga taman bersama keluarga begitu memuaskan. Walaubagaimanapun makanan yang sama-sama kami sediakan masih cukup untuk menampung keseluruhan yang hadir, malah lebih sedikit sahaja.

Thursday, September 15, 2005

Raptai Konvo

Hari ni hadir raptai konvo UKM. Majlis sepatutnya bermula pukul 9 pagi. Pukul 8.30 aku dah sampai, memang aku saja terus ke sini. Kalau pergi pejabat dulu memang silap haribulan tak jadi ke sini. Lepas parking aku terus masuk dewan. Uzin dan Hamdan dah terpacak depan pintu. Masa tu bakal graduan dah mula ramai. Kami terus masuk dan cari tempat yang agak strategik. Selepas tu datang pulak Rahman, Azmi, Rahmat dan Zali. Kami duduk sebaris. Majlis berjalan lancar walaupun pada peringkat awal agak kelam-kabut. Majlis selesai pukul 11.30 pagi dan aku terus bergegas ke pejabat kerana ada pelawat dari Morises yang sepatutnya akan sampai jam 12 tgh. Di samping itu majlis bacaan Yasin juga di adakan tengahari ini. Sampai di pejabat parking lot aku dah ada orang letak kereta, mungkin dia ingat aku tak datang keje. Inila sebenarnya masalah di Putrajaya, tak cukup parking. Hajat dihati nak blok depan keta tu tapi tak sampai hati. Bila naik atas baca yasin dah pun sampai penghujung, pelawat pulak tak jadi datang.
Malam meeting di surau habis pukul 11.30 malam. Berbagai perancangan telah diatur terutamanya program Nisfu Syaaban dan aktiviti sepanjang Ramadhan. Salah satu program penutup tahun ini iaitu rumah terbuka dan ulang tahun kesepuluh taman akan dirancang pada Dec tahun ini. Kali ini kami merancang tidak akan mengutip sebarang yuran dari penduduk. Kami akan berusaha untuk menyediakan kertas kerja bagi mendapat penajaan sepenuhnya dari badan-badan yang berkepentingan dalam taman. Semoga apa yang dirancang akan terhasil demi perpaduan seluruh penduduk.

Monday, September 12, 2005

Hari Keluarga Tmn Langat Jaya

Hari ini merupakan Hari Keluarga Taman Langat Jaya. Ini merupakan acara tahunan sejak beberapa tahun yang lepas. Walaupun taman aku duduk ini tak la ramai, hanya sekitar 150 keluarga sahaja, tetapi komitmen semua dalam menjayakan program boleh dicontohi. Semangat kekampungan di kalangan penduduk masih kuat. Kalau setakat nak buat kenduri-kendara tak jadi masalah, masih belum memerlukan catering.

Begitu juga dengan Hari Keluarga ni, semua sepakat menjayakannya. Sebenarnya program ini telah kita rancang sejak sebulan yang lepas. Satu jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan bagi merancang dan memastikan program berjalan lancar. Kejohanan badminton iaitu salah satu program hari keluarga ini telah dimulakan 2 minggu lepas bagi mendapatkan juara badminton Tmn Langat Jaya dan membawa balik piala pusingan. Kaum ibu pulak sudah seminggu bertungkus lumus membungkus hadiah. Kali ini banyak dapat sponsor dari MPOB. Majlis berjalan dengan lancar. Aku terpaksa mempengerusikan majlis perasmian. Ketua Pengulu daerah Hulu Langat telah menyempurnakan majlis ini. Majlis begitu meriah dari mula hingga akhir. Penyertaan setiap permainan mendapat sambutan dari semua golongan. Kaum ibu juga tak kurang hebatnya. Majlis berakhir pukul 1 tengahari dan kami sama-sama membersih, mengemas dan membuka kemah bersama. Semoga dengan program seperti ini akan lebih mengeratkan tali persaudaraan di kalangan penduduk.

Sebelum balik baru dapat maklumat dari En Riduan, katanya lain kali program macam ni Maybank tempat dia kerja boleh sponsor semuanya dengan syarat maybank boleh bukak kaunter promosi. Baru ni memang kami tak sempat jumpa dia sebab dia di Germany, baru je balik semalam. Tahun depan masih ada, insyaallah….

Saturday, September 10, 2005

Karnival Akademi SMKBBB

Hari ni PIBG SMKBBB telah mengadakan Karnival Akademik, berbagai program telah dirancang antaranya seperti pameran, forum dan jualan. Di samping itu hari ini juga merupakan hari perjumpaan ibu-bapa dengan guru-guru tahun 3. Aku merupakan oaring yang pertama bertemu guru kelas. Selepas tu terpaksa jaga pameran, satu kerja yang dah lama aku tak buat. Ini disebabkan YDP yang minta jabatan aku involve dalam pameran ni. Sebagai AJK PIBG berat aku nak tolak, so mintak pejabat hantar juga pegawai untuk turut serta pameran walaupun sepatutnya hari ni hari cuti. Sebagai galakan aku turut sama di gerai pameran melayan tetamu. Program Sistem Latihan Dual Nasional adalah salah satu program yang menarik minat pengunjung. Program ini sebenarnya masih baru dan tidak tau lagi keberkesanannya. Tapi kalau dilihat dari perancangannya, program tersebut dapat memberi keuntungan semua pihak. 80% latihan dijalankan di industri. Industri akan memperolehi pekerja mahir mengikut keperluannya. Pelajar mendapat elaun yang dibayar oleh industri. Kerajaan pulak dapat mengurangkan perbelanjaan latihan. Peluang pekerjaan dah menunggu dan tak akan berlakunya mismatch memandangkan latihan mengikut kehendak industri dan setiap coach hanya menumpukan kepada 3 peserta sahaja sepenuh masa. Majikan juga boleh boleh claim balik perbelanjaan yang dibuat melaui HRDC. Walaubagaimanapun kami juga menghadapi masalah untuk meyakinkan industri bagi melaksanakan program baru ini.

Sebenar masih ramai yang tidak dapat gambaran sebenar latihan kemahiran, masyarakat masih memandang rendah program seperti ini. Pada hal pada masa ini peluang begitu luas dan program boleh dijalankan sehingga ke peringkat tertinggi sehingga taraf degree. Kerja pulak dah terjamin. Soal bantuan kewangan pulak tidak timbul masalah, malah sesetengah program ditaja sepenuhnya oleh kerajaan. Aku masih ingat beberapa tahun lepas aku mengahadiri International Human Resource Seminar di Japan, banyak negara yang kagum, bagaimana negara kita boleh memperuntukan sejumlah wang yang tak kurang banyaknya untuk tujuan kemahiran. Banyak Negara terutamanya Negara dunia ketiga ingin mencontohi program yang kita buat.

Monday, August 29, 2005

Tribunal kes di Alor Setar

Hari ini terpaksa ke Alor Setar untuk menjadi saksi di tribunal bagi kes pelajar saman pusat bertauliah. Ikut jadual flight pukul 7.45 pagi, so aku pun check-in pukul 7.05 pagi. Tapi kaunter bagitau telahpun ditutup sebab jadual penerbangan telah dipinda pukul 7.15 pagi dan aku tak dimaklumkan perubahan ini. Ini bermakna flight akan berlepas 10 minit lagi. Kaunter tu bagitau next flight pukul 1.15 tgh. So aku pun terus cari pegawai dan mintak bantuan atas alasan court kes. Alhamdullilah berhasil, terpaksa berlari ke gate B5. Elok je aku masuk, flight pun berlepas. Hari ini dalam sejarah sebab terpaksa kejar kapal terbang.
Perjalanan kes di tribunal agak tegang dan tiada sebarang penyelesaian. Kes akan didengar semula pada satu masa yang akan ditetapkan kelak. Aku pun tak dapat nak simpulkan yang mana betul samada pelatih atau PB. PB declare latihan dah complete, pelatih pulak maklum latihan tak memuaskan dan tak ada kemahiran langsung. Presiden tribunal menetapkan PPL untuk turut hadir semasa perbicaraan akan datang. Kes di tribunal selesai jam 12 tengahari, semasa on the way untuk dapatkan teksi 5 orang yang membawa kes ini dah menunggu aku kat luar. Mereka cuba cerita keadaan sebenar di mana latihan tidak dijalankan dengan sewajarnya, malah diajar bagaimana untuk meniru portfolio. Tak taula aku…mana sebenarnya yang betul. Apahal pun tunggu kes ni akan didengar semula nanti. Harap-harap mereka boleh selesaikan diluar tribunal. Flight balik dapat pukul 3.15 petang, sementara tunggu untuk berlepas Rahmat telah ke airport dan ajak aku pergi rumah dia. Memang rumah dia tak pernah lagi aku sampai.

Sunday, August 28, 2005

Induksi di Lagenda

Hari ini terpaksa jadi fasilitator kursus induksi di Kolej Lagenda Mantin, ini bermakna dah masuk 3 minggu berturut-turut aku ada tugas rasmi hari Sabtu dan Ahad. Ini kali pertama aku sampai di Kolej ini. Satu persekitaran kampus yang baik. Semua peserta kursus adalah dikalangan pensyarah college yang mana semuanya dah ada master dan sebahagian sedang buat program PHD. Sebahagian besar tidak pernah terlibat dan tidak mengetahuai program MLVK. Penglibatan mereka dalam bidang ini disebabkan merekan akan telibat samada sebagai PP atan PPD bagi program baru yang sedang dalam proses permohonan pentauliahan. Perjalanan kursus berjalan deangan lancar. Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh peserta. Sebelah petang terima permohonan dari Pengurus Pusat agar program ditamatkan awal memandangkan sebahagian besar pensyarah akan terlibat dengan proses permohonan LAN pada hari berikutnya. Aku tak jadi masalah, so program petang ni ditamatkan awal sejam iaitu pukul 4.30 petang.

Saturday, August 27, 2005

Seminggu di Pantai Timur

Hari Pertama
Perjalanan dari KL ke KB dengan melalui Gua Musang agak membosankan. Memang menjadi lumrah setiap musim cuti sekolah jalan raya agak sibuk. Di samping itu sepangjang perjalanan terdapat 3 road block, sepatutnya musim cuti begini polis sepatutnya mengurangkan aktiviti tersebut bagi mengurangkan lagi kesesakan lalulintas. Perjalanan dari kuala lipis ke Gua Musang juga sering terganggu dengan beberapa kenderaan berat yang bergerak terlalu perlahan. Di kawasan ini juga merupakan kawasan berbukit dan banyak double-line. Tujuh jam perjalanan baru sampai ke Kota Bharu. Sebelum ke Riverview Hotel, singgah makan kenduri di rumah En Mustapa, PT ofis. Aku ingat aku orang terakhir rupanya masih adalah kemudian dari aku. Malam sempat ronda Wakaf Che Yeh. Sekri dan Fikri mengujungi aku di hotel.

Hari Kedua
Dialog KP dengan CEO berjalan dengan lancar. Seramai 40 CEO PB telah hadir pagi tu. Banyak juga persoalan yang ditimbulkan oleh PB. Seperti biasa PB sering tidak berpuashati dengan PPL, mana-mana tempat akan menyebut kaedah verifikasi yang tak standard.

Hari Ketiga
Appoiment dengan pensyarah Politeknik Kota Bharu bagi tujuan penilaian PPT bagi calon-calon di bawahnya. Penilaian tidak menghadapi sebarang masalah. Semua calun adalah lepasan ILP yang kebanyakannya telah mempunyai PW4 Suruhanjaya Tenaga. Bukti yang dikemukakan juga lengkap dan masing-masing layak untuk dianugerahkan SKM mengikut tahap yang dipohon.
Sempat mengunjungi mertua di Kuala Berang. Duku di rumah abang tengah banyak, tetapi kadaan cuaca yang sering hujan maka agak sukar untuk menurunkan buah tersebut. Satu masa dulu duku Terengganu ni cukup mahal, kadang-kadang balik kampung pun susah nak makan sebab kebanyakan pokok telahpun dipajak. Biasanya dari Singapura. Kalau ada 10 pohon pun boleh pergi Mekah setiap tahun. Masa tu harga di sini pun paling murah pun RM 4 sekilo, tapi sekarang ni tinggal RM 1 sekilo. Kat mana silapnya pun tak tau. Sehinggakan banyak buah terbiar begitu sahaja.
Hari ni teringat satu surat untuk minta kerjasama klinik kesihatan Bandar Baru Bangi bagi turut serta dalam hari keluarga di taman, sepatutnya surat tu perlu dihantar minggu ni tapi terbawak dalam beg. Terus mengunjungi seorang kawan yang juga pengurus Pusat Bertauliah MLVK di Ajil untuk minta bantuan fax surat tu ke BBB. Kalau dilihat bisnes Wahid ni semakin berkembang, bidang welding dan metal fab yang dibuatnya tiada saingan dari PB lain sebab bidang ni bukan calang-calang orang yang sanggup untuk menceburi bidang ini disebabkan kos besi yang amat tinggi. Kerajaan Terengganu banyak memberi peruntukan untuk membiayai pelajar, sehingga dia terpaksa tolak disebabkan kapasiti latihan yang terhad. Baru-baru juga SIRIM telah menawarkan beliau untuk menjadi salah satu pusat di negeri Terengganu sebagai pusat untuk menguji pengimpal samada untuk mendapatkan lesen ataupun memperbaharui lesen. Untuk memenuhi syarat tersebut beberapa peralatan perlu ditambah yang dianggarkan bernilai RM 200 ribu.

Sempat hantar kereta untuk dicuci memandangkan keadaannya begitu teruk. Tetapi satu perkara yang tak diingini telah berlaku. Petang tu malas nak letak kereta dalam garaj, letak je bawak pokok duku. Malam tu pergi rumah abang sebab nak tenguk komputer dia ada masalah, abang tegur sebab apa kereta kotor. Rupanya atas pokok duku tu banyak ayam tidor, jadi apa lagi berselepet la tahi ayam atas bonet depan.

Hari Keempat
Perjalanan ke Setera Beach Resort di Merang Terengganu melalui Permaisuri dan menyusur pantai agak jauh, walau bagaimanapun pemandangansepanjang pantai amat cantik. Sempat berhenti dibeberapa tempat untuk pemandangan sepanjang pantai. Memang tak boleh dinafikan pantai sepanjang pantai Terengganu memang bersih. Sampai di hotel jam 2 petang. Aku dapat bilik yang betul-betul menghadap laut. Serambi bilik dengan laut lebih kurang 20 kaki sahaja. Suasana kampong memang begitu terasa. Pokok kelapa penuh di sekeliling resort. Deruman ombak boleh kedengaran setiap masa. Memang satu tempat yang cukup sesuai untuk merehatkan kepala.
Petang terima massage dari HQ – Kabinet paper bagi kadar fi perlu disegerakan. Aku malam ni aku dapat menyiapkan. Petang sempat ke Batu Rakit untuk menikmati sata, otak-otak dan keropok lekor.
Kursus kaunselor bermula malam ni, seramai 50 pegawai dari berbagai agensi telah hadir. Sebahagian besar aku tak kenal, terutamanya pegawai-pegawai baru.

Hari Kelima, Keenam dan Ketujuh
Perjalanan kursus berjalan dengan lancar, tiga orang kaunselor dari JPA telah melengkapkan 11 slot yang telah disediakan bagi kursus peringkat 1 ini. Seseorang itu boleh ditauliahkan sebagai Kaunselor apabila telah melengkapkan 3 bahagian kursus. Pada peringkat pertama ini kita boleh menguji personaliti seseorang. Dengan melalui satu ujian kita akan dapat menilai personaliti seseorang itu. Personaliti seseorang memang sukar diubah tetapi kita perlu memikirkan apakah reaksi yang perlu kita sesuaikan dengan personaliti yang sediada

Thursday, August 18, 2005

TEKA - TEKI IMAM AL-GHAZALI

Apa yang paling dekat dengan kita di dunia?
Apa yang paling jauh dari kita di dunia?
Apa yang paling besar di dunia?
Apa yang paling berat di dunia?
Apa yang paling ringan di dunia?
Apa yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari,Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya,lalu Imam Al-Ghazali bertanya;pertama:"Apa yang paling dekat dengan kita di dunia?" Murid-muridnya menjawab,"Orang tua,guru, kawan dan sahabatnya".Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI!!! Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:85)
Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua."Apa yang paling jauh dari kita di dunia?" Murid-muridnya menjawab,"Negara China,bulan,matahari dan bintang-bintang".Lalu Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.Tapi yang paling benar adalah MASA LALU.Walau dengan apacara sekali pun kita tidak dapat kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu,kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam.
Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-murinya menjawab,"Gunung, bumi dan matahari"."Semua jawapan itu benar", kata Imam Al-Ghazali.Tapi yang paling besar daripada apa yang ada di dunia ini adalah NAFSU (Al-A'araf:179).Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah,"Apa yang paling berat di dunia ini?".Ada yang menjawab,"Besi dan Gajah"." Semua jawapan adalah benar",kata Imam Al-Ghazali. Tapi yang paling tepat adalah MEMEGANG AMANAH (Al-Ahzab:72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin di dunia ini). Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehungga banyak daripada manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah ,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab,"Kapas, angin, debu, dan daun-daunan"."Semua itu benar",kata Imam Al-Ghazali.Tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan,kita meninggalkan solat. Gara-gara bermesyuarat, kita meninggalkan solat.
Dan pertanyaan keenam ialah,"Apa yang paling tajam di dunia ini?".Murid-muridnya menjawab dengan serentak,"Pedang"."Benar",kata Imam Al-Ghazali. Tapi yamg paling tajam adalah LIDAH MANUSIA - kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan perasaan saudaranya sendiri.

Wednesday, August 17, 2005

Tak sempat rehat

Tiga hari bengkel di Royal Adelphi (Rabu hingga Jumaat) yang melibatkan pegawai-pegawai dari MARA, JTM, JPA, KBS, KUITO, GMI, Kolej Negeri, Kem Pertanian dan MLVK sendiri. Tujuan adalah untuk mendapatkan kaedah penilaian yang paling sesuai untuk digunakan dalam persijilan kemahiran malaysia. Komitmen semua ahli amat menggalakkan, cuma masa yang begitu terhad tidak cukup untuk menghasilkan cadangan yang comprehensif . Walaubagaimanapun satu frame work telah dikenalpasti dan dipersetujui sebagai kaedah penilaian yang akan gunakan nanti.
Habis bengkel di Seremban terus bertolak ke Terengganu untuk lawatan 7 buah Pusat Bertauliah iaitu hari Sabtu dan Ahad. Hujung minggu ni pula terpaksa ke Kota Bharu untuk majlis dialog, hujung minggu satu lagi ada kelas induksi dan saksi tribunal kes di Alor Setar. Ini bermakna bulan ni terpaksa kerja 30 hari tanpa cuti. Ini yang susahnya bila ada negeri-negeri tak sama cuti dengan persekutuan.

Tuesday, August 09, 2005

Lawatan TKR Kulai

Lawatan kerja ke TKR iaitu satu company Japan di Kulai berjalan dengan lancar. Syarikat yang berorientasikan press mould ini telah bersetuju untuk turut serta dalam program SLDN. Malah seboleh-bolehnya untuk melaksanakan seberapa segera yang boleh. Walaupun HR company tersebut tidak mengetahui sebelum ini program SLDN ni, tetapi dia telah menghidu benefit yang akan diperolehinya. Memandangkan syarikat tersebut syarikat Japan, maka kami tidak memaklumkan bahawa program ni adalah berasal dari Germany. Biasanya syarikat Japan tidak akan menggunakan sistem orang lain selain sistem dari negara mereka. Tiga orang wakil dari ILP Pasir Gudang yang dijemput untuk turut serta dalam lawatan ini juga sampai tepat pada masanya. Lawatan kali ini boleh dianggap agak berjaya.

SMS 6 pagi

Pukul 6 pagi ni terima sms dari Rom dari Muar “Allah lebih menyayangi adik Is, Alfatihah”. Aku jadi serba salah, kalau tak disebabkan aku kena outstation hari ni memang aku ambil cuti. Aku dengan semua keluarga Rom ni memang agak rapat, semua keluarganya memang biasa datang rumah aku. Itu yang rasa serba salah tak dapat nak ziarah. Arwah Is ni seorang yang agak peramah, tetiba je dalam 3 minggu ni dia sakit yang agak misteri, selalu meracau. Doktor pun tak boleh nak kesan penyakit nya yang sebenar. Yang peliknya doktor tak benarkan pulak untuk keluar hospital. Maklumat yang diterima mengatakan kuasa luar telah masuk dalam badan arwah atas perbuatan dari individu yang memang ingin memusnahkannya. Apahal pun semoga Allah akan cucuri rahmat ke atas rohnya. Kalau tak ada hal aku akan cuba melawat keluarganya hujung minggu ni.

Wednesday, August 03, 2005

AJK Penduduk Taman

Mesyuarat AJK taman malam ni larut sampat ke 12 tengah malam. Banyak perkara yang yang dibincangkan demi keharmonian masyarakt setempat, antaranya

1. Strategi perancangan hari keluarga tahunan yang dirancang sebulan lagi. Berbagai aktiviti telah dirancang yang melibatkan semua lapisan penduduk.
2. Projek kebun buah-buahan di tanah rizab surau, sebanyak 20 pokok rambutan dan 5 pokak manggis akan ditanam. Konsep anak angkat akan diperkenalkan bagi memastikan setiap penduduk mempunyai tanggungjawab untuk menjaganya. Hasil kemudianya akan dinikmati bersama semua penduduk taman.
3. Langkah keselamatan taman perlu diperketatkan. Setiap pengguni taman perlu peka ke atas individu yang tak dikenali yang berlegar dalam taman. Rangkaian penyebaran maklumat dikalangan pengguni secara pantas perlu di beri perhatian bagi mengawasi tetamu tak diundang.
4. Memberi nasihat ke atas individu atau keluarga yang memperlihatkan kelakuan sumbang dalam taman terutamanya dari segi pergaulan anak-anak muda.
5. Mengutip derma kilat dan menghantar wakil penduduk untuk mengucapkan salam takziah kepada satu keluarga india yang kematian anak mereka.
6. Menghidupkan pakatan syarikat catering dan pinggan mangkuk dalam taman. Konsep gotong-royong dalam urusan kenduri akan digalakan

Tuesday, August 02, 2005

Kawan lama

Tengahari ni kawan lama tel ajak lunch. Razi ni sebenarnya kawan sekelas dari sekolah rendah lagi, tapi selepas tingkatan 3 kami berpecah. Aku masuk TI KL dan dia continue SMK Btg Berjuntai. Selepas tu kami terus tak jumpa, sehinggala tahun lepas dia datang cari aku kat pejabat. Tenguk dari segi fizikal dia dah begitu succes sekarang ni. Dah jadi CEO untuk 2 syarikat. Datang pun drive kereta berharga RM300 ribu.
Kami terus ke Dataran Selera, memang hajat nak kena kari kepala ikan. Kami terus cari pot yang sesuai. Tak sangka pulak kami duduk sebelah pengerusi SPR Tan Sri Hj Ab Rasid Ab Rahman and the gangs, dan mereka tengah rancak makan. Kami cuma angkat tangan kat dia orang.
Kami terus berbual sambil tunggu makanan, bila time mamak tu nak hidang dia terhantar kat meja Tan Sri SPR tu. Tan Sri cepat-cepat tolak, tapi kalau nak belaja takpa dia kata. Razi terus balas tak pa Tan Sri, tak jadi hal....
Banyak perkara yang aku dapat dari Razi, semangat dia untuk membantu kerajaan dalam memulihkan dana PTPTN amat dipuji. Sebenarnya beliau telah berjaya mengutip tunggakkan beberapa agensi di bawah kerajaan negeri Selangor dan sekarang diberi kepercayaan oleh Kem Pendidikan untuk menyelesaikan masalah tunggakan pinjaman.
Sebelum beransur Tan Sri sempat berseloroh dengan kami, menyesal saya makan biriani bila tenguk hangpa makan kepala ikan.

Thursday, July 28, 2005

Masih ada rezeki

Balik kerja semalam dikejutkan satu cerita, basikal zahir hilang. Memang pagar rumah selama ini tak pernah berkunci, lagipun siang hari dan kiri kanan rumah memang ada orang. Oleh itu tak pernah terpikir pun ada orang yang berani masuk pagar dan bawak lari basikal tu. Aku yakin memang budak taman ni punya kerja. Sebenarnya basikal tu di beli di UK sembilan tahun yang lalu, cukup tahan lasak. Malah beberapa tahun yang lepas masa aku hantar tukar tayar basikal tu kat kedai, tokey kedai tu nak beli basikal tu. Bila dah hilang geram jugak, so petang tu aku terus jumpa sorang kawan dalam taman ni. Kawan ni memang agak berpengaruh, taman aku ni boleh dikatakan dia ni yang jaga siang dan malam sebab dia punya bengkel welding di pinggir taman. Sebut je Zali semua dalam taman ni dan sekitarnya kenal. Dia ni pun orang kuat surau dan budak-budak memang tak berani angkat muka. Lepas ditanya bentuk basikal tu, dia kata mungkin masih ada harapan untuk jumpa sebab dia yakin basikal tu masih di sekitar kawasan ni.
Tengahari ni Zali call aku kat pejabat, katanya basikal tu dah jumpa. Aku macam tak caya macam mana boleh jumpa. Petang ni balik kerja aku terus cari Zali, macam biasa petang dia minum kat kedai depan. Rupanya yang curi basikal tu budak India taman sebelah, dan basikal tu disembunyikan di tepi sungai. Zali ni pun dah jumpa mak ayah budak tu. Ayah budak tu mintak maaf dan dia kata dia akan ajar cukup-cukup anak dia. Dan sampai ke pukul 6 petang ni budak india tu masih tak berani balik rumah.
Dengan sikap positif emak ayah budak tu, aku yakin budak tu masih boleh dibetulkan. Zahir bila dia nampak basikal tu ada balik, dia kata Alhamdulillah....