Program ini dirancang oleh kaum muslimah. Tidak menggunakan sebarang peruntukan tabung, semuanya bergantung kepada derma dari penduduk. Ada yang bawak beras, ayam, ikan, rempah, telor dan macam-macam lagi. Program gotong-royong masak bermula dari pagi lagi. Suasana agak meriah jugak, walaupun sebahagiannya cuma menyibuk. Ini keistimewaan taman aku yang jarang jumpa di taman-taman lain masa ini. Semangat kampung masih kuat. Kalau gotong-royong kenduri ni tak masalah langsung, ramai yang ringan tulang. Tak kira lelaki ataupun perempuan. Suasana inila yang perlu kami kekalkan. Ramai yang memuji semangat keakrapan warga taman kami. Pernah satu masa dulu masa aku mula-mula duduk sini, aku ada seminar sebulan di luar negeri dan lupa nak bagitau jiran. Bila lama tak nampak orang surau datang rumah tanya sebab apa.
Menu tengahari simple tapi menyelerakan. Menunya cuma ayam goreng, sayur lemak pucuk ubi, ikan masin, ulam jantung, jering dan pucuk betik. Tapi bila masak sama-sama dan makan berkeluarga ramai-ramai memang cukup menyeronokan. Menu makan malam pulak adalah nasi kerabu. Agak leceh nak menyediakan, tapi bila ramai agak cepat kami sediakan. Masuk waktu asar semuanya dah siap. Program bacaan yasin sebanyak 3 kali bermula sebelum magrib. Ceramah dibuat selepas magrib dan solat hajat selepas isyak. Selepas tu barula makan malam. Kehadiran keseluruhan warga taman bersama keluarga begitu memuaskan. Walaubagaimanapun makanan yang sama-sama kami sediakan masih cukup untuk menampung keseluruhan yang hadir, malah lebih sedikit sahaja.
No comments:
Post a Comment