Hari ini merupakan Hari Keluarga Taman Langat Jaya. Ini merupakan acara tahunan sejak beberapa tahun yang lepas. Walaupun taman aku duduk ini tak la ramai, hanya sekitar 150 keluarga sahaja, tetapi komitmen semua dalam menjayakan program boleh dicontohi. Semangat kekampungan di kalangan penduduk masih kuat. Kalau setakat nak buat kenduri-kendara tak jadi masalah, masih belum memerlukan catering.
Begitu juga dengan Hari Keluarga ni, semua sepakat menjayakannya. Sebenarnya program ini telah kita rancang sejak sebulan yang lepas. Satu jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan bagi merancang dan memastikan program berjalan lancar. Kejohanan badminton iaitu salah satu program hari keluarga ini telah dimulakan 2 minggu lepas bagi mendapatkan juara badminton Tmn Langat Jaya dan membawa balik piala pusingan. Kaum ibu pulak sudah seminggu bertungkus lumus membungkus hadiah. Kali ini banyak dapat sponsor dari MPOB. Majlis berjalan dengan lancar. Aku terpaksa mempengerusikan majlis perasmian. Ketua Pengulu daerah Hulu Langat telah menyempurnakan majlis ini. Majlis begitu meriah dari mula hingga akhir. Penyertaan setiap permainan mendapat sambutan dari semua golongan. Kaum ibu juga tak kurang hebatnya. Majlis berakhir pukul 1 tengahari dan kami sama-sama membersih, mengemas dan membuka kemah bersama. Semoga dengan program seperti ini akan lebih mengeratkan tali persaudaraan di kalangan penduduk.
Sebelum balik baru dapat maklumat dari En Riduan, katanya lain kali program macam ni Maybank tempat dia kerja boleh sponsor semuanya dengan syarat maybank boleh bukak kaunter promosi. Baru ni memang kami tak sempat jumpa dia sebab dia di Germany, baru je balik semalam. Tahun depan masih ada, insyaallah….
No comments:
Post a Comment