Tiga hari aku berada di Kota Kinabalu dan Sandakan atas tugas rasmi. Sesekali keluar begini kadang-kadang seronok juga, lupa sekejap soal pejabat walaupun sebenarnya e-mail dan call tak putus-putus masuk. Inilah la kadang-kadang susahnya mengguna teknologi tinggi. Semua email boleh masuk setiap masa, tak boleh nak sembunyi langsung. Kali terakhir aku mengunjungi Kota Kinabalu ini kira-kira beberapa bulan yang lepas. Flight aku medarat di KK jam 12.30 tengahari, ambik teksi untuk terus checkin hotel. Aku cuma letak beg dan terus ke Telok Sempagar dan just in time, aku hanya ada setengah jam sebelum turn aku untuk bagi talk. Seramai 56 orang peserta di kalangan pakar pengajar dan pakar industry yang hadir.
Seperti kebiasaannya apabila mengunjungi KK ini aku amat gemar sekali meninjau aktiviti menangkap ikan di dermaga di kota ini. Banyak ikan-ikan yang tidak ada di Semenanjung boleh didapati di sini.
Jeti Tempat Nelayan Berlabuh di Kota KinabaluBerani ke makan ikan seperti ini
Hari kedua aku terbang pula ke Sandakan untuk tujuan yang sama, memberi talk untuk 35 orang pakar industry dan pengajar pakar. Seperti biasa masa terluang aku penuhi dengan tinjauan aktiviti perikanan di jeti dan pasar di bandar ini. Ternyata ikan-ikan di sini memang murah jika dibandingkan di Semenanjung, malah lebih murah juga dari harga di Kota Kinabalu. Seawal jam 2.00 pagi pasar dah sibuk dengan aktiviti jualan ikan.
Nelayan pulang dari menangkap ikan di jeti Sandakanperaih menunggu untuk memunggah di awal pagi lagiperaih setia menunggu kepulangan nelayanDi laut lepas ini tersembunyi rahsia sebagai sumber rezeki beratus-ratus nelayan di Sandakan
Nota:
Terima kasih Sdr Jiman kerana bersusah payah membawakan sebilah parang Bajau yang cukup cantik dari Kota Belud.
Terima kasih Pengarah ILP Kota Kinabalu kerana sudi untuk membawa aku makan malam di Restoran Ibu di jeti ke Pulau Manukan.
Terima kasih juga kepada Tim Pengarah ILP Kota Samarahan kerana aktiviti RONDA MALAM ke kawasan yang pernah di siar oleh Mazidul Akmal dan membawa kami menikmati ikan bakar di batu 4, Jln Sibuga. Ternyata ikan bakar di situ amat lazat sekali.
Terima kasih Sdr Sukri kerana dapat gantikan aku meeting di Bangkok. Sebenarnya masa di sini aku terima call dari PA yang mengatakan aku diarah ke Bangkok pada hari Jumaat atas tugas rasmi. Aku punya reason kukuh untuk excuse sebab hari Khamis aku masih di Sandakan dan kebetulan paspot aku mati, memang tak sempat nak renew.. Ha ha…..
17 comments:
Salam En Kamato,
Cantiknya ikan warna biru tue..
Bleh ke makan? huhu tp tak berani ler pullok huhu
Cantik gambar di waktu sore tue..
saya pun suka ikan biru tuuu..err..ikan kaloi yg macam org bela kat akuarium tu ke?
Assalamualaikum KAMATO
ikan warna warni tu kalau masuk akarium, cantikkk
Wassalam
Salam en kamato,
ikan apa warna biru tu...
cantik gambar senja tu....
Salam cik komato
Terima kasih berkongsi pengalaman dan foto dengan kami di alam maya ini
macam kat pasar vietnam dulu2.. ikan yg dijual colorful macam dalam aquarium.. sayang nak makan..
Salam
Cantik2nya ikan...
Gambar@ yg cantik & berjiwa juga :)
sinomosa, walaupun berwarna ikan itu boleh di makan
asuhara, saya pun tak pasti nama ikan ini, tapi banyak diperairan di kawasan kepulauan di sabah
rozali, memang cantik kalau diletak di akurium, tapi kena letak air masin dan batu karang yg berwarna-warni
atikah, memang hobi ambik gambar senja dan subuh, tapi itu dulu, sekarang ni dah tinggal, tapi sesekali keluar gini lepak juga la tunggu matahari terbenam
shami2, se4kadar berkongsi mana yang mampu
mulan, itu yg seronoknya tenguk ikan2 tu.... kat semenanjung tak da peluang nak makan ikan macam ni
BP, ikan itu berwarna sebab persekitarannya yg mempunyai karang yg berwarna-warni
Salam kamato,
Best semua gambar yang you snap....cerita pasal ikan ni pun menarik, saya setuju ada byk jenis ikan mereka berbeza dengan apa yang ada di Semenanjung
Rosli, sesekali bila outstation bawak kamera, snap juga sikit2, memang dulu2 hobi ambik gambar waktu senja
Bestnya KAMATO...ikan2 tuh samada terlalu cun atau terlalu tak hensem utk disantap ek.. ; )
Post a Comment