Dalam kesibukan kerja dengan masa yang begitu terhad, aku sempat memenuhi ruang yang terluang, antaranya berjoging setiap lepas subuh hingga jam tujuh di tepi sungai di belakang hotel. Sempat menerima jemputan untuk makan tengahari di pejabat Menteri besar Terenganu. Pegawai penasihat khas agama MB datang jemput aku tengahari selepas aku terpaksa menolak untuk makan malam bersama atas sebab kesuntukan masa. Sempat bersantai menerima jemputan abang ipar pekena ICT di belakang airport antara jam 5.30ptg hingga 6.30 ptg. Menerima kunjungan Aziz sahabat lama untuk sama-sama pekena kopi di luar selepas jam 11 malam.



nota: ICT tu ikan celop tepung
5 comments:
hahaha...saya terpikir2a apalah ICT yang boleh dimakan tu, sbb kat pejabat saya, ICT tu hal2 berkaitan IT..rupa2nya Ikan Celup Tepung!
SCT pun ada kan!
zaman IT semua boleh makan hehe
henpon cap pokok pisang? hi hi hi
asuhara, tu istilah baru.....
hajah zainab, memang sct tu menu wajib kalau ke situ
zino, tu la penyakit IT ni dah menjangkit ke makanan
maksu, ya la... cop pisang tandok
Post a Comment