Negara dikejutkan dengan Perhimpunan Bersih yang telah diadakan pada hari Sabtu, 10 November 2007 baru-baru ini. Perhimpunan ini tidak mendapat permit Ibu pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur. Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan BERSIH yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, NGO dan pertubuhan lain. Matlamat perhimpunan ini dikatakan ingin menuntut pilihan raya yang adil.
Bersih menganjurkan perhimpunan ini bagi menyerahkanmemorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.Memarandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian SPR tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional. BERSIH juga berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi pihak polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah menyuarakan suara rakyat di sini.
Persoalannya sejauh mana kesan sebenar dari perhimpunan ini. Yang nyata ramai yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya hari tersebut Seorang rakan terperangkap hampir 3 jam. Highway plus menuju pusat bandar jem bermula dari susur Kajang.
Bersih menganjurkan perhimpunan ini bagi menyerahkanmemorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.Memarandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian SPR tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional. BERSIH juga berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi pihak polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah menyuarakan suara rakyat di sini.
Persoalannya sejauh mana kesan sebenar dari perhimpunan ini. Yang nyata ramai yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya hari tersebut Seorang rakan terperangkap hampir 3 jam. Highway plus menuju pusat bandar jem bermula dari susur Kajang.
19 comments:
Saudara ni Kamaludin Tomiran ke? Teringat kawan saya pakai nama nom de guerre Kamato masa sekolah TIKL
nooryahaya, kamato memang lahir di tikl, email saya kalau tak keberatan
aku tak sure samada sedara ni Kamaludin Tomiran ke dak. tengok gambar, tak kenal. tapi yelah dah 20 tahun lebih. mungkin you junior dia yg amik nama tu.
asal ijok ke?
nooryahaya, walaupun dah lebih 20 tak jumpa tapi muka macam 20 tahun lepas juga he he, ini memang ori punya kamato - ijok, bila boleh jumpa?
kesesakan luar biasa sebab semua jalan ke KL ditutup. Ada yang keluar nak ke kenduri kahwin, keluar tengahari, lambat sampai. Jamuan pun dah habis.
nasib baik tak lalu jalan-jalan yang jem tu...
BP, kesian kawan tu...
sas, jem tu sebenarnya memang dah dijangka, sebahagiannya juga ingin turut serta perhimpunan itu
Ada tiga kategori manusia pada hari tu:
1. Yang benar benar datang dengan jiwa dan mentality yang berdasarkan objektif asal perhimpunan tu.
2. Yang mengikut khalayak lain dengan tujuan untuk meramaikan lagi manusia.
3. Orang yang tak berkenaan yang menjadi mangsa pada keadaan
mazudi.com
mazudi, aku setuju dan aku hampir menjadi mangsa ketiga, nasib baik masih terselamat.... cuma aku terpaksa tunggu berjam kawan dari ulu yam yg tersekat dalam kesesakan
zino sendiri terperangkap..
zino, saya pun hampir terkena, tapi sempat ubah haluan
Salam saudara Kamato:
Memang benar terjadi kesesakan lalu lintas yang serius pada hari tersebut.
Ini kerana banyak jalan di tutup dan terdapat pelbagai road-block pada pintu masuk KL(Malah di Melaka 2 hari sebelum perhimpunan telah di buat road block terus menerus pada jalan keluar dari Melaka( berhampiran tol Ayer Keroh).
Memang kesan penyerahan memorandum tidak akan kita ketahui dgn cepat tapi kita berharap agar akan perubahan dalam carakerja SPR terutama dalam pembersihan senarai nama-nama pengundi. Saya ada teman yang setahun lalu hendak mendaftrar sebagai pengundi, tetapi terkejut kerana namanya sudah ada sejak pilihanraya yg lalu dan di negeri yang berlainan!
Dari apa yang saya baca dan dengar dan amati, pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan SPR telah beberapa kali bertemu dgn SPR, tetapi tiada perubahan positif yang berlaku. Saya kira, dengan pilihanraya yang semakin hampir, keraguan mereka tentang bersihnya senarai pemilih menjadi satu isu yang perlu segera di ambil perhatian. Setelah segala cara ikut buku mereka lalui, saya rasa ini lah sebabnya perhimpunan ini di adakan. Supaya mereka di dengari dgn jelas oleh orang ramai.(Saya tidak setuju dgn pandangan MB Johor Ghani yg katakan motif perhimpunan adalah utk jatuhkan imej negara, kerana motif perhimpunan adalah utk di dengari)
Dalam apa-apa jenis perhimpunan besar samada berpermit atau tidak, kesesakan lalu lintas tidak dapat kita elakkan. Jika di dataran Merdeka di adakan acara besar-besaran atau konsert yg melibatkan perhimpunan yg besar..pasti akan berlaku kesesakan lalu lintas, cuma mungkin tidak seteruk 10-Eleven kerana jalan masuk ke KL tidak di tutup dan tidak di buat road block.
kami di Melaka sering menghadapi traffic jam giler di kawasan Ayer Keroh setiap kali di adakan perhimpunan halal berpermit di Dataran Sejarah, samada oleh Jom Heboh TV3 atau Karnival Bunga-bunga atau Karnival Futsal Celcom X-Pac. Mungkin tidak seteruk jam di KL tapi kalau mengikut standard Melaka sudah menyusahkan jugak.
Jika di adakan di Dataran Pahlawan lebih teruk lagi terutama bila anak-anak sekolah di arahkan hadir untuk berbaris dan melambai bendera. Trafik will come to a standstill.
Wallahu'alam.
Salam Kamto,
Nak buat apa tegur SPR tu? Pengerusinya lebih kuasa dari PM pun. PM tak tahu bila nak Plihanraya, dia dah tahu dulu.
tokasid, terima kasih, setuju dengan komen saudara
zabs, tu la glamernya pengerusi spr tu, ada yg suka ada yg menyampah....hehe
Sesak memang sesak, tapi ada jugak yang sesat. Macam2 kejadian hari tu. Apapun, semuanya tidak berakhir macam kisah dongeng, hapilly ever after!
Skrg ni cuma KEMAS je, aku suka gak klu bleh BERSIH sesekali ekeke...
kabarnye, sesape yg pakai baju kaler kuning pun tak lepas masuk bandar aritu ek?
Ala..Kamato..sekali sekala terperangkap dalam 'jam' apalah salahnya..
Kesan sebenar, tepuk dada, tanya selera..
betul ke tak tindakan tu, tuhan saja yg tahu...
Post a Comment