Kepada yang akan berangkat ke Tanah Suci. Selamat mengerjakan haji, semoga selamat pergi dan selamat kembali. Semoga mendapat haji yang mabrur
Rukun Haji ini merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan. Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah.
13 comments:
semoga semuanya selamat pergi dan pulang....
Membalas rasa dengan kesyukuran yang tiada terhingga. Menghapuskan segala kesyirikan dan kemunafikan. Sesungguhnya puji-pujian itu hanya untuk-Nya.
Abang dah berapa kali mengunjungi tanah haram?. Sekadar ingin tahu jika Abang tak keberatan untuk bercerita... (sebab saya sekalipun belum menjejakkan kaki di sana)
Selamat mengerjakan haji, semoga beroleh haji yang mabrur, untuk semua.
cikdinz, amin...
indera, memang pernah mengunjungi tanah haram tu, dan dalam banyak2 negara yang pernah dikunjungi tak sehebat dan setenang bila berada di tanah suci
mazudi, sama kita doakan mereka selamat
selamat mengerjakan ibadat haji..selamat pergi selamat di perjalanan selamat semasa di sana dan akhirnya selamat kembali..
Insyaallah , 7 hb Disember ni , ayah dan mak aBear akan berangkat ke sana
Harap2 terbuka pintu rezeki utk kesana suatu hari nanti..insyallah..
Semoga pengunjung2 kaabah itu pergi dan pulang dengan selamat. Semoga beroleh haji yang mabrur.
Dan semoga kita juga nanti akan menuruti mereka itu di tahun-tahun akan datang, InsyaAllah.
akan kujejak juga kakiku kesana nanti.insya allah.
Bestnya kalau dapat ke sana dalam usia muda dan sihat begini!
saya menunggu lambaian...
Semoga mereka yang pergi tu selamat dalam perjalan dan pulang dengan haji yang mabrur... terasa sayu bila terdengar lafaz Labayk Allah... moga2 Allah panjangkan umur kita semua dan diberikan kemudahan untuk ke sana satu hari nanti...
zino, muda-mudahan amin
PB, semoga mertua tu selamat pergi dan balik
nbk, sama2 kita berdoa
BP, semua orang teringin ke sana, insyallah kita jua
butaseni, mudahmudahan, amin
nur@ddeen, itu yang kita harapkan
arsaili, terima kasih singgah, mudah-mudahan sampai kita
sastri, amin amin amin.....
Post a Comment