Satu haribulan setiap bulan merupakan hari pemakaian batik bagi kakitangan awam. Tak terkecuali juga aku hari ni. Pukul 9.45 pagi terima arahan mengejut untuk duty parlimen untuk penggulungan bahas budget, pukul 11 perlu ada disana. Aduh…… pakai batik mana boleh masuk. Pukul 10 bergegas keluar selepas menyelesaikan beberapa perkara utama. Ambik keputusan balik rumah dulu untuk tukar baju. Nak jadikan cerita dah dekat rumah baru sedar kunci rumah takda. Masa dah la suntuk. Terus ambik keputusan pergi kedai cari kemeja dan tali leher. Capai mana sesuai masuk fitting room dan terus pakai. Terkejut orang kedai tu. Ini la dalam sejarah beli baju dan terus pakai………..dan terus pecut ke parlimen, masih sempat ikut masa yang ditetapkan.
4 comments:
uish... dalam nak ke parlimen tu, macam-macam plak ek... sib baik sempat...
En. Kamato,
Rasa macam adegan dalam drama Inggeris pulak hehe (terbayang seseorang bernama Kamato terkocoh-kocoh memilih baju dan terus pecut hehe)
nasib baik bukan giliran zino ke parlimen.. kalau tak sah bertembung..
boleh gak pekena TT kat kantin belakang tu hehe
sastri, dah nak jadi, nak buat macamana
izariza, memang betul terkocoh-kocoh hari tu
zino, ok lain kali kita jumpa
Post a Comment