Pukul 9.45 mlm A datang rumah B
A: Kita ada masalah
B: Masalah apa?
A: Makjan tu dah buat hal, semalam ada orang nampak laki masuk rumah dia pukul 3 pagi.
B: OK kita kena ambik tindakan
A: Macamana kita nak mula.
B: Macam ni! Dia ni bukan penyewa, kita tak boleh malukan dia. Kesian anak-anak dia. Anak dia pun rajin datang surau. OK, kumpulkan orang-orang kita 10.30 malam ni di rumah C, kita bincang
A: OK, 10.30 malam ni
Pukul 10.30 malam A,B,C,D dan E telah pun berkumpul.
B: Semua dah taukan sebab apa kita berkumpul
(Semua mengangguk)
B: Sapa yang nampak ada laki masuk rumah dia?
A: Jiran dia, masuk pukul 3 pagi balik pukul 5 pagi. Masuk ikut pintu belakang
B: Dah berapa kali dia nampak?
A: Dah 4 kali, kereta letak jauh.
D: Kita tak boleh biarkan, nanti kita dapat saham
B: Dia ni pengguni tetap taman kita, kalau boleh kita jangan malukan dia. Kesian anak-anak dia, tindakan kita perlu berkhemah
C: Habis nak buat macamana?
B: Macam ni, cara terbaik esok hantar seseorang untuk nasihatkan dia, bagitau dia jangan cuba-cuba buat hal, kalau kena tangkap nanti dia malu
A: Habis tu kita nak hantar sapa bagi nasihat
E: Orang yang paling layak rasanya Mis X
B: OK, sapa yang nak cakap dengan Miss X esok
A: Pagi-pagi esok aku cakap kat dia
C: Habis kalau malam ni dia buat hal malam ni macamana?
B: Nasib dia la, kalau dia buat hal malam ni, kita ambik tindakan, takkan nak biarkan
E: Rasanya malam ni dia tak ada sebab baru semalam dia buat hal
B: Spy kita dah ready ke malam ni?
A: Spy kita dah ready, tapi pukul 3 malam ni aku akan turun
B: OK kita bersurai, apa-apa hal call
Pukul 11.30 malam A, B dan D duduk bersembang di satu lorong. Tiba-tiba B dapat sms, “laki tu dah masuk”
B: Hai takkan awal sangat! OK bagi tau semua, kita bertindak sekarang, harap-harap apa pun tindakan kita ianya terbaik untuk makjan tu....
Selepas tu..............
16 comments:
cerita suspen ni..
salam,
tak sabar tunggu sambungannya
Ingatkan 'Mat Jan' Si blogger selebriti tu..
Selepas itu... apa ? :D
hahha kamato pun sudah ada cerita bersambung .. :)
sambung, jangan tak sambung!
aisey... bersambung laa plak...
lepas tu lepas tu....
Alaaa.. bersambung. Baru nak dapat feel..
selepas tu...
Bro Kamato yang mana satu
A
B
C
D
atau E ...??
jeng jeng jeng....!!!! boleh buat drama ni...
bila nak sambung ni? hehe
baru nak excited..terberenti pulak!
sambung le cepat2..
Wah..lagi best & suspend cite nie dari Nek Nak...
baru nak action dah 'cut'..anti climax lah.... kalau I baik jumpa tanya terus terang daripada ambush terus sian dia...kalaulah mat jan tu betul ujud lah...hehehe.
Lorrrrrrrrrr bersambung plakkk...adoooiii.. berdebar nih..
akibat nila setitik, rosak susu sebelanga....
Post a Comment