Kedatangan aku ke Sabah kali ni di sambut oleh saudara Rahman Din sekeluarga di airpot. Dia ni merupakan eksekutif KTM yang telah berhijrah dari semenanjung ke Sabah kira-kira setahun setengah yang lalu. Kami terus lunch di bandar KK. Sebenarnya akhir sekali aku ke sini kira-kira 4 bulan lepas. Nampak perubahan yang ketara pada bandar ini. Banyak tempat-tempat setinggan sedang dibangunkan. Kata Rahman sepatutnya aku sampai semalam, sebab dia dah bercadang untuk adakan TT dengan geng Tribe di sini malam sebelum tu. Dia tak boleh arrange malam minggu sebab dia terpasa ke Cina petang tu. Menurut Rahman lagi dia dah nak habis kontrak di sini, dan kalau tak disambung dia terpaksa balik Semenanjung. Masalahnya dia dan keluarganya dah seronok duduk sini, kalau boleh tak mau balik semenanjung buat masa ini. Dah ramai yang aku jumpa, orang semenanjung bila datang sini tak mau balik. Ya la makan kat kat sini murah, elaun seberang laut dapat, rumah pulak disediakan, jalan pulak tak jem macam di KL. Ada sorang tu staf ILP Kota Samarahan dapat naik pangkat di salah sebuah institut di semenanjung pun masih menolak sebab tak mau lagi balik semenanjung.
Petang Bob rakan lama di JTM datang cari aku di hotel dan petang sempat berjalan menikmati keindahan senja di sepanjang pantai KK. Si Bob ni pun sama, kalau disuruh balik semenanjung memang tak mau punya.
Malam dinner di seafood bersebelahan Promonade. Pilih udang, ikan, ketam dan kepah hidup dalam sangkar. Memang fresh, susah nak dapat macam ni kat semenanjung. Lepas tu pergi ke jalan air untuk masage tapak kaki, memang best.... satu jam setengah treatment cuma RM 15 sahaja. Balik hotel pukul 11 malam, Osman call.... katanya dia kat kampung kenduri, ralat jugak tak dapat jumpa katanya. Tau pulak dia aku kat Sabah, ini mestila kes orang rumah call isteri dia. Sebenarnya baru-baru ni Osman sekeluarga ni tidur rumah aku masa mereka bercuti di KL. Kadang-kadang elok jugak mereka tak ada diKK, kalau tak susah jugak nak mengatur program. Tu yang kadang-kadang lagi elok senyap-senyap kalau out-station.
Program satu hari pada hari Ahad berjalan lancar. Sesungguhnya aku amat berpuas hati. Comitment dari semua peserta amat memuaskan. Komen dari mereka juga amat positif. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada penganjur yang menguruskan program ini dengan begitu rapi.
Pemandangan Kota Kinabalu – kadang nampak menarik
Tetamu Senja…… Sesungguhnya keindahan itu milik yang Esa
Di tepi pantai waktu senja…… kalau bukan orang mungkin hantu he he….
19 comments:
wah..kota kinabalu..rindu rindu..hehe
aisputih, kau rindu kat sapa....
salam,
betullah bro. mcm adik saya yg ikut suaminya posting ke sabah. dah beli rmh kat sana. mmg depa nak stay sana.
suka ngan entri 'pasangan' tu.
syikin,
memang seronok duduk sana....
kamato..
tak lama lagi zino akan kesana.. dan dah minta rahmanD tolong bookkan hotel.. (dia dah syor kan..) tapi zino nak ke lahat datu dulu ziarah adik kat sana..
harap2 tak de lah sampai tak nak balik hehe..
hmmm...kota konabalu, tak pernah sampei lagi.....
semenanjung dah habis round tapi serewak ngan sabah tak sampei lagi....
aparaaaa aku nie.........
zino, mungkin hujung bulan ni ke sana lagi, ada meeting
cikdinz, tak pernah sampai tak pa... tempat kita lagi best
Dah di Sabah pulak. Macam burung-burung berterbangan pulak. Kejap di sini kejap di sana. He he.
Lama dah berhajat nak ke Sabah. Karambunai terutamanya.
BP, dah tugas..... nak buat camna
yap!!!! musti tempat kita lg best...
ade citer best lg tak smsa di sabah??????
Wah...nie yg membuatkan den nak plan gi KK/Sabah lak tahun depan ni....
cantik. langit, laut, horizon dan juga tetamu senja yg pakai tudung!
Wah seronok jalan2 kelilingi benua..
Saya suka gambar yg akhir sekali tuh.. Menarik sungguh awan itu..
Sabah dengan keistimewaannya yang tersendiri. Masih dara dengan keindahan. Masih murah dengan senyuman dan harga barang.
kamato, kau leh rekomen tempat yg best-best tuk dilawati.....
aku pun ingat nak gi KK tahun depan...
kalau orang yang biasa merantau dia mesti seronok tinggai kat tempat orang..tapi kalau yang melokat ja kat tempat dia, memang susah,...nak bawa berjalan...memacam peel keluar nanti..he..he..he
sapor yang bertudung itew.....
salam KAMATO..macam biasa dengan nama ni..menarik cerita tentang KK..Insyallah kalau ada rezeki boleh le kami jalan ke sana pula..
cikdinz, banyak tempat kat sabah tu, tenguk la apa yang kita minat....panjat gunung, menyelam, memancing... semua ada, kalau bawak orang pompuan kat pasar pilipin pastikan kocek tebal
nbk, bagus cadangan tu, pastikan ko ambik cuti lama
zizie, kadang2 susah nak dapat peluang ambik gambar macam tu....
ajzie, gambar tu masih ori, kalau edit mungkin lagi cantik
indera, setuju dengan pendapat mu
shami, secantik mana negeri orang.. tempat kita lagi cantik.... bertudung itu 'tetamu senja'
ztkay, salam...terima kasih singgah
Post a Comment