Wednesday, January 03, 2007

email dari sahabat

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kitaini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di manapemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakut ersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telahmelakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasamembuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

11 comments:

INDERA KENCANA said...

Aku menerimamu seadanya engkau. Istilah kecil hati tidak pernah wujud dalam diri dua insan yang bersahabat baik...

Anonymous said...

Saya pernah membaca email sedemikian rupa.. mmg ada simboliknya..

KAMATO said...

indera, apa la kita tanpa sahabat di sisi....

ajzie, memang penuh makna

zino said...

ada sorang pakcik yg zino jumpa kat surau tu.. umur dah 73 tahun.. dia pesan..

salah satu perkara yg kita perlu jaga ialah mulut.. bercakap perkara yg baik2 dan jangan sesekali menyakitkan hati orang lain..

blackpurple @ jowopinter said...

Tauke paku juga yang untung kan...

Setiap perbuatan ada implikasinya. Tapi seburuk mana pun perbuatan kita tetap ada hikmahnya...

cipthowiryawanchannel said...

kesah yang menarek..akan ku jadikan sebagai pengajaran..

Rie said...

terkesan sungguh cerita ini.

Anonymous said...

salam,

dalam maknanya..

Anonymous said...

Sekiranya hatiku 'berlubang'..minta maaf & BELANJA PIZZA saja sudah memadaai..he.he.he.

KAMATO said...

zino, cuma kadang2 susah jugak nak jaga mulut ni...

BP, memang itu lumrah hidup... setiap yang berlaku ada hikmahnya

ais, sama2 kita jadikan pengajaran

esis, terpulang pada tafsiran masing-masing

syikin, sama2 kita beringat

nbk, nak makan piza, no hal saya belanja

Anonymous said...

morel of the stori........
jangan cepat marah,nanti cepat tua,bikin gaduh saja........