Seorang eksekutif muda yang boleh dikatakan berjaya dalam kariernya sedang memandu sebuah kereta import yang berkuasa tinggi. Bagi dirinya kereta berjenama yang baru dibelinya itu merupakan lambang kajayaannya, juga lambang kehidupannya yang berprestij. Dia memandu perlahan melalui sebatang jalan di celah-celah deretan kereta di bahu jalan. Dari jauh dia ternampak seorang kanak-kanak berada di antara deretan kereta di tepi jalan tersebut. Apabila melalui berhampiran kanak-kanak tersebut, tiba-tiba kanak-kanak tersebut membaling batu tepat kena pada keretanya. Dengan perasaan marah pemuda tersebut terus memberhentikan kereta dan meluru kepada budak kecil tersebut, lantas mengherdik. “Kenapa kau baling kereta aku? Engkau tau tak kereta ni mahal, sapa yang nak ganti ni”
Kanak tersebut hanya tunduk, lalu menjawab; ”Minta maaf encik, sebenarnya saya tak tau nak buat apa. Semua kereta yang saya tahan tak mau berhenti, saya tak larat nak angkat abang saya" kata kanak-kanak itu sambil menunjukan abangnya yang cacat terjatuh dari kerusi rodanya dan tertiarap ke bumi.
Kanak tersebut hanya tunduk, lalu menjawab; ”Minta maaf encik, sebenarnya saya tak tau nak buat apa. Semua kereta yang saya tahan tak mau berhenti, saya tak larat nak angkat abang saya" kata kanak-kanak itu sambil menunjukan abangnya yang cacat terjatuh dari kerusi rodanya dan tertiarap ke bumi.
Eksekutif tersebut segera meluru ke arah pemuda cacat tersebut dan mengangkatnya semula ke kerusi roda. Perasaan egonya tiba-tiba hilang. Dia rasa bersalah memarahi kanak-kanak tersebut. Beliau mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja kesan balingan batu pada keretanya, sekurang-kurangnya ianya akan setiasa memperingatkan dirinya agar sentiasa bersabar dan merendah diri.
9 comments:
... dan si eksekutif itu berhak mendapat keretanya
Ya betul tuh....kalau yg takde berhati, limpa, hempedu, buah pinggang tuh...teruk budak tuh kena belasah...tak endah pun abg budak tuh yg cacat pun...
Tahniah kerana eksekutif muda itu berkorban membuang 'ego'nya dan menahan sabarnya...
selalunya kesan yg sebegini akan terpahat di dalam ingatan sampei bebila.....
bukan kan kata hati, hempedu, buah pinggang, lutut, siku, pundi kencing akan tersentuh dgn ape yg berlaku......
Eksekutif.. Kalau di Indonesia dipanggil Karyawan...
Alangkah mulia hatinya..
salam,
syukurlah eksekutif tu tahu membantu orang yang susah.
entri cicak tu, betul tak sampai hati nak gelak.mungkin salah dengar, mungkin salah faham sbb bukan org tempatan.
gambar pemandangan tu membuatkan saya sebak, tgk gambar tu terus teringatkan kekuasaanNya
ya,andaian pertama kita ttg.sesuatu perkara selalunya silap terutamanya apabila dikuasai amarah...
semuga kita juga mendapat iktibar dari kisah kisah se begini..
kamato
tak ada orang nak sambut TT la.. hehe
aminie, terima kasih singgah..
nbk, semua orang ada perangai masing2
BP, tak sampai kemana ego seseorang itu
cikdinz, setuju dengan tuan hamba
indera, kalau di sini karyawan itu orang seni
syikin, memang minat ambik gambar suasana begitu, sambil mengingat kebesaran ciptaan Nya
goboklama, memang kemarahan biasanya akan menambah kesengsaraan
zino, baru ni terjumpa mbsaleh, dia kata tak jadi kalau nak ber TT kat sini lagi
Post a Comment