Wednesday, November 30, 2005

Catatan Perjalanan 2

Hari kedua
Pagi lawatan Company Airbus di Bremen. Terdapat 16 cawangan Airbus di seluruh Eropah. Aktiviti cawangan ini adalah membuat bahagian sayap kapal untuk semua model. Terdapat 4000 pekerja di sini. Training yang dijalankan adalah peringkat diploma and bachelor. Apperantis 4 tahun, 1/3 di training institute. Tahun pertama tidak terlibat dengan production. Tahun 3 dan 4 akan mengikuti sepenuhnya production line. Terdapat 360 aperantis, 11 instructor dan ramai lagi coach yang mana sebahagian besar sorang coach akan handle sorang apperantis.
Image hosted by Photobucket.com

Sebelah petang pulak lawatan ke Airbus di Humburg. Perjalanan dari Bremen ke Hamburg memakan masa selama 2 jam. Bandar Humburg 3 kali lebih besar jika dibandingkan dengan Bremen. Airbus di sini merupakan tempat pemasangan akhir dan merupakan tempat penghantaran airbus ke seluruh eropah. Daripada 7000 apperantis yang memohon hanya 100 yang diterima. Latihan yang dijalankan 90% base on aircraft. Satu perkara yang agak pelik kerja-kerja painting aircraft tidak boleh menggunakan robot. 40 pekerja serentak untuk satu aircraft. Mereaka terpaksa bekerja dalam satu team. Konsep dual training di sini sama dengan di Bremen. 1 coach handle 1 apperantis. Airbus di sini mampu mengeluarkan 35 aircraft dalam masa 1 bulan. Mereka juga mengetahui Malaysia telah menempah 6 A380 baru-baru ni. Dalam perjalanan balik ke Bremen singgah di Bandar Humburg.

Malam sekali lagi dinner di Malaysia restoren. Menu adalah gado-gado, ikan, ayam, sayur dan udang. Bersambung.......

Catatan Perjalanan

Tanggal 20 Nov aku berpeluang mengikuti rombongan ke Jerman bagi menyediakan manual untuk pelaksanaan sistem latihan dual. Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan mempelajari bagaimana sistem tersebut berjaya dilaksanakan di Jerman.
Sampai di KLIA jam 9 malam. Masih tak nampak member yang lain, mungkin dengan hal masing-masing sebab janji jam 9.30. Atau pun mungkin masih dalam perjalanan. Tepat jam 9.30 semua dah berkumpul, check in dan terus ke Golden Lounge KLIA. Tapi nasib agak kurang baik, flight ke Frankfrut terpaksa delay sehingga jam 1.30 pagi. Penerbangan dari KL ke Frankfrut memakan masa selama 13 jam, satu jangkamasa yang cukup memenatkan. Nasib baik duduk kat bussines class takla boring sangat. Flight mendarat di Frankfrut tepat jam 6.30 pagi waktu tempatan. Airport di sini agak besar, mungkin lebih kurang Hetrow. Suhu masa tu 3 darjah celcius. Selepas tu kami terpaqksa check in semula untuk penerbangan ke Bremen jam 9.10 pagi dengan Luthansa. Pernerbangan dari Frankfrut ke Bremen memakan masa selama 45 minit. Sampai di Bremen teksi dah pun tunggu. Di Bremen suhu 2 darjah celcius. Teksi terus bawak kami ke Hotel Residence dan tepat jam 12 kami dah pun check in. Hotel ni agak sunyi iaitu 10 minit berjalan kaki ke city. Rate bilik ialah €70.
Image hosted by Photobucket.com
Wellcome drink di Bremen Hotel

Pukul 1.30 teksi dah tunggu untuk lawatan ke Institut Teknologi and Education Uni of Bremen. Inilah universiti tempat aku akan ambil PHD nanti. Taklimat oleh Prof Dr George Spottl. ITB mula beroperasi sejak 1986. Terlibat kerjasama dengan KUITO dalam technical education and vocational training. Taklimat juga di maklumkan 10 calon PHD dari Malaysia akan dimulakan tahun depan. ITB adalah research college yang terbesar di German.

Malam dinner di sebuah restoran Malaysia. Lokasi 10 minit berjalan kaki dari hotel Residance. Menu sup ayam, kari ayam, rendang daging, ayam goreng, sayur goreng dan itik. Mulanya agak sangsi juga mana dia dapat barang-barang tu, tuan punya restoren memaklumkan dia ambil bahan-bahan dari sebuah kedai halal Turki. Masih fasih bahasa melayu tapi slang indon.
Akan bersambung......
Image hosted by Photobucket.com
Di Hadapan Restoren Malaysia di Bremen

Sunday, November 20, 2005

Flight Delay

Masa menulis ni masih di dalam Golden Club dalam perjalanan ke Franfrut, flight delay sehingga 1.30 pagi. Dalam 2 minggu ni blog terpaksa rest, insyaallah akan update semua catatan perjalanan di Germany bila balik nanti.

Perjumpaan DKJ

Perjumpaan bekas student DKJ UTM sesi 82/83 bersempena hari raya telah dirancang di rumah Sulaiman Hamid. Inilah kali pertama aku join. Dalam perjalanan ke rumah Selaiman ni aku sempat singgah di rumah Dr Satar dan seorang lagi rakan sepejabat Ayana di sessyen 25 Shah Alam. Aku konvoi dengan Yazid, tapi bila sampai di kawasan rumah Sulaiman hujan begitu lebat. Masa tu walaupun baru pukul 6 petang tapi gelap macam dah malam. Agak sukar kami nak cari rumah yang beralamat di Jln U6/6. Ibrahim call beberapa kali untuk tunjuk arah tapi tetap tak jumpa, yang kami jumpa hanyalah U6/5 dan U6/7. Selepas berpusing beberapa kali barulah kami jumpa. Masa aku dan Yazid tiba di situ Ibrahim Ahmad, Yusni Sharif dan Zulkarnain Mohd Juah dan pun sampai. Lepas tu diikutila oleh Aminudin Md Nor, Norazman Mufti, Mohd Her Jantan dan yang terakhir Hasnan Salleh. Suasana cukup meriah dengan keluarga masing-masing. Sebahagian besar dari mereka memang tak pernah aku jumpa sejak tamat belajar di UTM 20 tahun yang lepas. Kalau jumpa kat luar memang tak cam. Kami bersurai sekitar jam 9 malam. Terima kasih pada Sulaiman dan keluarga kerana menyediakan juadah yang cukup lazat dan pada semua kawan-kawan sesungguhnya perjumpaan seperti ini amat bermakna bagi diri aku dan keluarga.
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com

Thursday, November 17, 2005

PPL Zon Tengah

Hari ni aku di tugaskan menjadi penceramah bagi kursus PPL bagi zon tengah. Kali ini program dijalankan di Federal Hotel Bukit Bintang. Inilah hotel yang terakhir yang pihak urusetia dapat berurusan, yang lain semua dah penuh. Memandangkan hotel ni berada di kawasan yang agak sibuk aku ambil keputusan datang awal untuk mengelakan jem. Memandangkan peserta di zon tengah ni agak ramai, urusetia telah pecahkan kepada 3 kumpulan. Aku partner dengan Hj Yusak untuk handle kumpulan 3 yang berjumlah 45 peserta, sebahagian besar adalah veteran dan pesara. Di kalangan 45 peserta ni, terdapat 2 peserta yang berstatus Profesor. Kesemuanya begitu sporting, walaupun kadang-kadang suasana agak tegang tetapi masih boleh dikawal sebaiknya. Esok terpaksa continue satu hari lagi.

Saturday, November 12, 2005

Catatan Aidilfitri

Raya tahun ini di Ijok dulu. Malam raya semua adik beradik dah berkumpul. Kebetulan tahun ini semua balik. Sebenarnya jarang dapat kami berkumpul bersama kesemua empat beradik di pagi raya. Memang cukup riuh dengan perangai budak-budak.

Raya pertama, seperti biasa selepas sembahyang aidilfitri terus ziarah kubur. Ramai betul di kubur pagi tu. Mulanya susah juga nak mencari pusara, tapi bila dah jumpa satu yang lain mudah. Satu perkara patut dipuji, kawasan kubur di Ijok ni cukup bersih. Hasil kelapa sawit dari tanah wakaf sudah cukup untuk mengupah pekerja membersih kawasan kubur. Lepas tu kami terus konvoi lima buah kereta ke rumah datuk dan ke rumah adik beradik emak dan bapak yang terdekat. Petang kami ambil keputusan untuk menziarahi keluarga arwah Paman Kiman di Tanjung Karang. Sebenarnya dah bertahun aku aku tak ziarah keluarga ni. Sejak arwah meninggal, hubungan dengan keluarga ni dah agak terputus. Kebetulan keluarga ni satu-satunya adik beradik ayah yang duduk agak jauh dari kampung. Kami pulak jarang balik kampung. Anak-anak dia orang pulak pun jarang balik ke Ijok. Tetapi sambutan dan keramahan keluarga arwah ni tetap macam dulu. Mungkin disebabkan dah lama tak jumpa, lama betul kami di situ. Sampai ke Magrib. Anak-anak pulak seronok dengan suasana kampung di tengah sawah padi. Kebetulan padi tengah menguning. Memang adapun di antara anak-anak kami yang tak pernah tenguk padi. Dan satu perkara yang dah lama aku tak makan iaitu ’sambal tahun’ dapat aku makan petang tu. Memang cukup menyelerakan. Aku masih ingat, kecik-kecik dulu ayah cukup rajin buat sambal ni. Sambal ni akan dimasak di dalam periuk tanah dan sentiasa duduk di atas dapur khas. Akan dipanaskan setiap masa dan bahan-bahan akan ditambah mengikut cita rasa. Cili padi adalah bahan utama. Semakin lama sambal ni akan semakin sedap. Tetapi zaman moden ni dah susah nak jumpa sambal ni, malah dah terlupa. Dan aku tak sangka aku boleh jumpa petang tu. Sekurang-kurangnya boleh aku kenalkan pada anak-anak, inilah sebahagian jenis makanan orang dulu-dulu yang hampir pupus. Ada lagi beberapa jenis yang sekarang ni susah nak jumpa malah orang zaman sekarang tak tau iaitu gatot, tiwul, ompak dan belulang. Semua makanan ni jenis boleh disimpan lama dan diproses untuk di masak bila diperlukan. Semuanya cukup lazat. Tak taula bila boleh rasa balik makanan macam ni...
Malam tetamu tak putus-putus dan yang terakhir jam 11 malam. Semuanya yang datang adalah saudara-mara.

Raya kedua. Terus berkonvoi ziarah saudara-mara di Ijok dan Jaya Setia. Kali hanya berkonvoi 3 keluarga sebab adik dah beraya di rumah mertuanya di Perak. Mungkin disebabkan dah muak makan ketupat dan rendang, teringin nak makan masakan kampung. Teringat sehari sebelum raya, emak masak paku midin masa bersahur. Cukup sedap. Emak kata pakcik Ipan sebelah rumah yang bagi. Kami terus tanya P. Ipan kat mana kutip. Setelah tau lokasi kami terus pergi ramai-ramai, 15 orang dengan anak-anak. Macam berpesta kutip pucuk paku mindin. Masing-masing cukup seronok.
Lewat petang balik ke Bangi. Dalam perjalanan singgah rumah Pak Tam di Sungai Buluh.

Raya Ketiga. Cadangan awal selepas subuh nak bertolak ke Terengganu. Pukul 7 semua dah bersedia dan semua barang di susun dalam kereta. Tapi bila nak bertolak baru aku terperasan tayar depan Unser aku pancit, bocor la tu. Terpaksalah tukar tayar spare. Berpeluh jugak dibuatnya. Tak berani aku bertolak tanpa tayar spare. Kena tunggu kedai bukak jam 10. Bila semuanya selesai pukul 10.45 pagi baru mula bertolak ke Kuala Berang. Perjalanan agak lancar, tapi bila masuk negeri Terengganu hujan mula turun. Lebat yang amat sangat. Jumpa dua accident, salah satunya kereta depan aku. Sampai di Kuala Berang jam 4 petang. Malam ziarah rumah Ngah dan Kak Wok sampai pukul 11 malam. Kak Wok pulak dah sediakan stok bunga api kat budak-budak.

Raya Keempat
Ziarah saudara-mara terdekat di kampung. Pilih-pilih yang wajib, kalau nak ziarah semua sebulan pun tak cukup.

Saturday, October 29, 2005

Hari Kecermelangan

Hari ni merupakan Hari Kecermelangan Zahirudin untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Agama. Satu sebelah petang dan satu lagi sebelah pagi. Nasib baik tak serentak. Kedua-dua program di rasmikan oleh Adun Bangi Dr Amran Kasimin.
Untuk Sekolah Rendah Zahir dapat 2 hadiah, iaitu tempat kedua bagi kelas tahun 2 dan anugerah pelajar terbaik subjek Matematik. Tahun lepas pun dia dapat no 2 juga, masih tak boleh mengalahkan Selvin anak guru besar. Tapi itu pun dah kira ok, sebab masa peperiksaan hari tu dia demam.
Bagi Sekolah Agama pula Zahir dapat 4 hadiah, iaitu tempat kedua untuk tahun 2 dan pelajar terbaik dalam subjek Al-Quran, Feqah dan Ahlak.
Image hosted by Photobucket.com
Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi
Image hosted by Photobucket.com
Sekolah Rendah Agama Al Hidayah

Thursday, October 27, 2005

Sibuk

Lepas raya ni Jabatan calonkan untuk aku ke Jerman. Sekarang ni tiket, beg dan program dan pun ada, yang jadi masalah adalah passport. Passport aku baru je mati. Pagi ni pergi Imegresen Kajang, tapi bila kami sampai lebih kurang 11 pagi, pegawai kaunter tu bagitau nombor dah habis. Esok pagi pagi kena pergi lagi sekali.

Balik kerja aku terus ke rumah anak yatim Mahaad Tahfiz Darul Fuqaha di Sungai Merap bagi tujuan membawa mereka meraikan berbuka puasa. Tepat jam 6 aku dah sampai tempat tu. Ikut perancangan sepatutnya 4 van datang ke sini termasuk aku punya, tetapi yang lain masih tak sampai. Bila aku call semuanya masih dalam perjalanan sebab jalan jem teruk. Kesemua anak yatim yang ada di sini adalah seramai 30 orang. Aku ambil keputusan bawak dulu satu group. Penuh unser aku, 11 orang..

Majlis berbuka, khatam Quran, tahlil, tarawih dan penyampaian derma pada anak yatim, ibu tunggal, petugas surau dan warga taman yang sakit berjalan lancar. Sumbangan derma tersebut adalah dari badan koperat, individu dan kutipan tabung surau. Walau bagaimanapun memandangkan hari ini merupakan hari kerja, persiapan agak kelam kabut. Penyediaan makanan berbuka juga disediakan secara bergotong royong. Menu nasi beriani, daging, rendang dan acar. Rasa memang boleh tahan sebab disediakan oleh pakar beriani gam Batu Pahat. Aku terpaksa bertindak sebagai pengerusi majlis secara bidan terjun, ini disebabkan S/U surau ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Beberapa orang VVIP dan penyumbang utama turut dijemput bagi menyampaikan derma.

Fikir, renung dan tenguk

Dipetik dari kata-kata Pakar Motivasi Dr HM Tuah
Hampir setiap bangsa di dunia mengalami saat-saat kegemilangan mereka sebelum berakhir oleh peperangan atau kemunduran. Pemodenan yang bergerak pantas banyak meninggalkan bangsa yang malas terpenjara oleh kemiskinan dan kedaifan. Ambil bangsa Rom sebagai contoh. Siapa tidak kenal tentera Sparta yang diwujudkan oleh pemerintah Roman untuk mengekalkan kekuasaan Rom di jajahan-jajahan takluknya. Dulu, Rom ditakuti, dihormati tetapi apabila tempoh kegemilangan itu tidak disesuaikan dengan perubahan yang berlaku, ia akhirnya ketinggalan. Jangka hayat tentera Rom sebagai penguasa dunia telah berakhir. Demikian juga Jepun, China, Parsi, India, Monghul, Normandy dan beberapa bangsa lagi di dunia. Cuma kita mungkin tertanya-tanya, apakah bangsa Melayu telah menempuh zaman kegemilangan mereka? Jika sudah bila dan era apa? Jika belum bila dan kenapa begitu lambat sekali?Kejayaan Rom cukup menarik untuk kita fikir, renung dan tengok. Melalui novel “Original” dan “Enrique Mengundang Jauh” saya telah membawa anda menjelajahi keseluruhan Itali. Dulu negara ini terkenal kuat, sekarang ia agak ketinggalan dari sudut perekonomian. Mujur ia masih memiliki beberapa kesan sejarah penting seperti Pisa, Colliseum, kehidupan air di Venice dengan Gondola dan sebagainya, jika tidak Itali bukanlah seorang negara yang boleh dibanggakan pada hari ini.Dan mungkin anda setuju, dari sinilah munculnya Piaggio. Apa itu Piaggio? Piaggio ialah nama pengasas industri scooter pada tahun 1884. Seawal itu seorang rakyatnya bernama Rinaldo Piaggio telah memulakan industri perkapalan, seterusnya disambung oleh anaknya Encico Piaggio untuk membina empayar scooter dengan jenama Vespa dan Piaggio.Musnah oleh Perang Dunia Kedua, Itali muncul memulakan sejarah baru dengan lambakan scooter di seluruh dunia. Bermula dari tahun 1946 hinggalah hari ini apabila teringat scooter kita akan teringat Itali. Pada tahun 1952, ahli kelab Vespa di seluruh dunia mencapai 50,000 orang. Pada tahun 1996, sewaktu Vespa menyambut ulang tahunnya ke-50, terdapat sebanyak 15 juta scooter terjual di seluruh dunia. Hari ini saya turut menjadi pemilik Piaggio terbaru dan termoden X9 tulen dari Itali dan termasuk dalam ahli kelabnya yang mencecah 30 juta orang.Sebagaimana Jepun, Amerika, Korea, Taiwan dan China dengan inovasi mereka yang tidak pernah berhenti, Vespa, Piaggio, Gilera dan Derbi dari Itali terus menguasai dunia dalam industri pemotoran beroda dua. Keperkasaan tentera Sparta yang telah berakhir itu nampaknya telah dikembalikan oleh keunggulan jenama dari Itali ini. Biar bagaimana hebat dan banyaknya produk serupa wujud terutama di Jepun, Korea, Taiwan, China dan tidak terkecuali dari negara kita sendiri, sesuatu yang datang dari Itali tetap unggul, malah nyata berprestij.Kalau ada bangsa yang boleh melanjutkan jangka hayat kegemilangan mereka hingga ke hari ini sesuai dengan gaya hidup dan keperluan masa kini, itulah Itali dengan Piaggionya. Mari dapatkan semangat Piaggio untuk membina bangsa kita pula sebab andainya kita masih belum menempuh saat-saat gemilang begitu, masanya telah lama sampai. Cuba fikir, renung dan tengok.

Saturday, October 22, 2005

Berbuka puasa di surau

Hari ni turn aku buat majlis berbuka puasa kat surau untuk penduduk taman. Mulanya cadang nak order catering, tapi piker-pikir baik masak sendiri. Bab menu ni pun satu hal. Last-last ambik yang paling mudah dan ringkas iaitu ayam masak merah, labu masak lemak, kacang panjang goring, ikan terubuk Sarawak, ulam dan sambal belacan disamping buah dan agar-agar. Mulanya susah juga nak agak, sebab ramai yang balik kampong. Sediakanlah jugak untuk 100 orang makan (10 kilo beras). Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Habis semuanya

Friday, October 21, 2005

Abang Hasmi

Hari ni Abang Hasmi dari Naim Candera datang. Sebuah sarikat kontraktor kelas A yang cukup berwibawa di Sarawak. Aku memang agak rapat dengan Abang Hasmi ni, walau pun tak ada sebarang urusan rasmi tapi kalau dia datang Putrajaya ni dia memang cari. Kadang-kadang bukan apa Cuma nak pekena the tarik je. Semangat sebagi kawan cukup tinggi. Kali ni dia datang direct dari Miri dan bawak buah tangan kuih lapis Sarawak dan buah kurma. Kalau tenguk dari segi bungkusan kurma tersebut, nak makan pun sayang. Agaknya bungkusan kurma dari kotak kayu tu berkali ganda mahal compare harga kurma tu sendiri. Kadang-kadang dia sanggup bimbit beras bukit dari Sarawak nak bagi kat aku. Cuma aku je yang malas nak contact dia kalau pergi Sarawak sebab dia ni pelik sikit. Kadang-kadang kat Miri, kadang-kadang kat Sarikei, kadang-kadang kat KL dan kadang-kadang kat Indon. Dia ni jenis banyak cawangan….. Adik dia CEO Naim cukup marah dengan dia ni, tapi nak buat macamana dah jenis dia macam tu.

Dilog PB Sarawak

Lepas berbuka aku terus bergegas ke KLIA untuk penerbangan ke Kota Kinabalu, En Mat dah tunggu. Sampai Crowne Plaza Kuching dah jam 12 tgh malam. KP ajak pekena teh tarik. Dia kata 10 minit lagi tunggu kat loby. Nak kata tak nak pun tak boleh, tapi perut dah kenyang sebab dah pekena nasi dalam flight. Kami terus pergi water front, masih ramai lagi orang walaupun dah tengah malam. Order roti john dan fresh oren, macam nak pecah perut nak perabis. Pukul 2 pagi baru balik hotel. Pukul 4 pagi room service dah kejutkan, hantar makanan untuk sahur. Bagus servis hotel 5 bintang ni, sahur hantar ke bilik. Siap berhidang dalam bilik. Lepas tu dah susah nak tidur.

Pagi ni semua orang dikejutkan dengan berita kematian Endon, isteri PM. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Program pagi meeting dengan Mariyama, pakar JICA di ILP Kota Samarahan. Program kursus pembangunan learning material yang diusahakan oleh Mariayam ini ditaja sepenuhnya oleh MLVK. Tengahari balik semula ke hotel. Sebenarnya 3 program serentak diadakan di sini iaitu induksi PPL, induksi PP PPT dan dialog Pusat bertauliah bersama KP. Kesemuanya melibatkan 120 orang. Majlis dialog berjalan lancar. Inilah kali pertama majlis dialog di mana tidak banyak isu yang ditimbulkan oleh semua pengurus pusat. Kesemua program tamat jam 6 petang dan disusuli majlis berbuka di Casablanca. Tepat jam 7.20 kami bergegas ke aiport untuk penerbangan jam 8.30 mlm.

Tuesday, October 18, 2005

Mintak Tolong

Awal pagi jam 8.30, member lama datang ke pejabat. Dia ni wartawan utusan, orang lama. Aku kenal dia ni pun masa aku kat JTR dulu, mulanya urusan resmi, lepas tu jadi kawan baik. Dia ni banyk tolong aku buat promosi free dulu. Kebetulan pulak dia duduk kat Kajang, tapi dah hampir 2 tahun aku tak jumpa dia. Sebenarnya malam tadi 3 kali dia call aku, kebetulan pulak aku balik lewat. Ada meeting lepas terawih dan tak bawak handset. Bila aku call balik 11.30 malam tadi dia kata nak jumpa aku jugak. Tapi bila tenguk dah hampir tengah malam aku suruh je datang ke pejabat. Itu yang pagi-pagi lagi dah sampai kat office. Seperti yang aku jangka, memang sah dia nak mintak tolong. Anak dia buat hal, dah dekat 2 minggu tak datang kelas. Sebenarnya anak dia ni yang aku tolong masukkan ke ILP dulu. Ambik wireman, sekarang dah semester akhir. Ada masalah masa OJT, jadi tak boleh nak ambil exam. Budak tu hilang semangat langsung tak datang kelas, yang risau ayah dia. Aku terus call Lida kat ILP, mintak dia tenguk dan dia mintak member ni datang ILP esok untuk selesaikan...

Meeting JTPAL petang ni mula pukul 5 petang di IOI untuk pembentangan dari bahagian Perancangan mengenai cadangan sistem penilaian baru. Tenguk respon dari EPU dan egensi lain, nampak gaya sistem tersebut perlu di teliti semula sebelum dilaksanakan sepenuhnya. Habis meeting terus berbuka di sini. Semua tempat duduk penuh. Agaknya kalau walk-in memang tak dapat la. Ini la Malaysia, walaupun menteri dah sebut hotel kenakan bayaran terlalu tinggi untuk berbuka, tapi hotel tetap penuh masa berbuka.

Monday, October 17, 2005

Sembang petang

Hari ni balik awal sebab ada appoiment nak jumpa Dr Che Hassan di UKM untuk dapatkan tandatangan dia sebagai referees. Tepat jam 4.30 aku dah sampai bilik dia, dia pun dah tunggu. Hajat dihati lepas tu nak ke library cari bahan untuk buat proposal, sementara tunggu Zahir keluar sekolah. Tapi bila dah jumpa Dr C. Hassan ni, sembang tak sedar sampai pukul 5.30 petang. Itu pun sebab Zahir dah call. Macam-macam topik keluar.Yang best semasa kami berborak, Dr Ahmad Kamal Dekan Fakulti Mech Eng masuk. Bila dia nampak aku dia tenung lama. Lepas tu dia kata ’kat mana kita jumpa?’. Aku pun rasa-rasa macam kenal. Memang selama aku kat UKM ni pun tak pernah aku jumpa dia, tenguk gambar ada la. Lepas tu dia tanya umur aku berapa. lepas tu dia kata `ini mesti dulu UTM'. Memang sah 21 tahun yang lepas memang kami sama-sama di UTM, tapi dia ambik petroleum. Dulu memang dia ni best student. Sekarang dah jadi dekan. Lepas tu rancak lagila kami berborak....library pun entah ke mana. Walaubagaimanapun proposal Phd ke KUITO perlu aku siapkan malam ni jugak, sebab esok nak kena submit.

Saturday, October 15, 2005

Family Mission

Berikut adalah satu pernyataan misi sebuah keluarga yang terdapat didalam buku Dr. Stephen Covey yang berjudul `The Seven Habits of Highly Effective Families’:
`Our FAMILY MISSION :
To always be kind, respectful and supportive of each other,
To be honest and open with each other,
To keep a spiritual feeling in the home,
To love each other unconditionally,
To be responsible to live a happy, healthy and fulfilling life,
To make this house a place we all want to come home to.

Mungkin ramai diantara kita yang merasakan misi keluarga Islam amatlah jelas, iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT yang seterusnya menjanjikan kebahagian hakiki dunia dan akhirat. Namun mengapakah misi tersebut seolah-olah kabur dan tidak dikongsi bersama oleh setiap ahli keluarga, hinggakan sering terdapat anak-anak yang telah diberikan didikan dan asas agama yang cukup, masih sanggup melakukan maksiat dan perlanggaran terhadap perintah Allah? Amatlah penting supaya misi ini sama-sama dihayati oleh setiap ahli. Untuk dapat menghayatinya, ahli-ahli keluarga haruslah merasakan misi itu datang dari mereka sendiri dan bukannya semata-mata digariskan melalui kuasa veto seorang bapa atau ibu. Sebagaimana juga proses menghasilkan penyataan misi bagi sebuah organisasi perniagaan, ahli keluarga juga haruslah sama-sama menyumbang untuk membentuk pernyataan misi yang unik untuk keluarga tersebut.

Friday, October 14, 2005

Kerenah pelanggan

Hari ni memang agak sibuk, tiga kali meeting. Dalam tengah meeting tu pun ramai visitor nak jumpa. Entah berapa kali turun naik. Kadang-kadang susah juga pejabat dua floor ni. Sejak kebelakangan ni ramai pelanggan yang pelik-pelik datang. Biasanya datang bawak masalah. Dah tersepit baru datang mintak tolong. Nak ditolong pun susah, tak ditolong pun susah. Kalau tak tolong pun sebenarnya tak jadi masalah, sebab mereka dah melanggar peraturan. Dan mereka-mereka ni sanggup jumpa sampai ke peringkat no 1 asalkan hajat mereka terlaksana. Sehingga dalam keadaan tertentu kebijaksanaan pegawai amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Arahan perlu dilaksana dan dalam masa yang sama juga prosudur perlu dipatuhi. Dalam setengah keadaan arahan atasan juga tidak boleh dilaksanakan disebabkan syarat dan prosudur yang ditetapkan. Dan kebiasaannya pelanggan yang tak mengikut prosudur ni lah yang akan berjumpa sehingga ke peringkat atasan.

Thursday, October 13, 2005

Member lama

Hari ni bengkel perjawatan yang disertai oleh sebahagian besar pegawai MLVK. Target bengkel ni pada mulanya bertujuan untuk menyiapkan sepenuhnya permohonan perjawatan bagi penyusunan semula jawatan MLVK. Setiap bahagian dikehendaki membentangkan cadangan masing-masing di depan KP. Walaubagaimanapun sehingga petang masing-masing bahagian masih tak dapat melengkapkan sepenuhnya cadangan jawatan yang dipohon.

Berbuka puasa di Marriot. Walaupun hari ni bukannya hujung minggu, tetapi waktu berbuka di sini tetap penuh. Bukan saja orang Melayu, tetapi tak kurang jugak ramai bangsa Cina dan India turut berbuka. Inilah keistimewaan rakyat Malaysia. Mungkin masing-masing ingin ambil kesempatan kerana biasanya bulan ni hotel menyediakan berbagai juadah. Kalau difikirkan kadang-kadang tak berbaloi pun berbuka kat hotel ni. Harga dah la mahal, makan tak banyak mana. Nak makan pulak kene beratur. Berbuka kat rumah juga la yang paling baik.

Sebelum balik terjumpa member lama. Sama-sama study masa kat UTM dulu, tapi dia best student. Aku cuma takat paras hidung je. Kebetulan dia sama-sama berbuka disini. Walaupun dah lama tak jumpa, muka tetap macam dulu. Sekarang dah jadi orang kuat TNB. Elok juga ada member macam ni, senang sikit kalau nak mintak tolong nanti..

Wednesday, October 12, 2005

Berbuka di Carcosa Sri Negara

Biasanya kalau terima jemputan majlis berbuka, aku akan cuba toloak dengan cara baik. Tetapi jemputan seorang kawan ni memang tak mampu aku tolak. Sebelum Ramadan lagi dia dah booking mintak aku datang. Member ni sebenarnya school mate masa aku kat TIKL dulu. Selepas tu masa di college aku duduk serumah di Ulu Kelang.

Majlis berbuka di adakan di Carcosa Sri Negara. Ini masuk tahun ke 10 berturut-turut dia mengadakan majlis berbuka puasa di Carcosa. Bukan calang-calang orang sebenarnya yang boleh mengadakan majlis di sini. Entah ilmu apa yang dia pakai pun tak tau. Kalau kita tanya sebab apa dia pilih Carcosa, dia akan jawab Carcosa adalah bangunan terakhir British serahkan kepada negara kita, oleh itu dia rasa bangga bila dapat berbuka puasa di bangunan bersejarah ini. Majlis yang diadakan agak formal. Dimulakan dengan ucapan, cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati. Sekitar 60 orang hadir sebagai jemputan. Yang silapnya aku tertinggal kad jemputan, jadi tak berpeluang untuk cabutan bertuah. Sejak kebelakangan ni bisnes kawan aku ni pun semakin berkembang. Masuk tahun ni dah 11 tahun terlibat sepenuhnya dalam busines in training. Pengalaman sebagai lecture di UM satu masa dulu telah diguna sepenuhnya untuk mengendalikan program latihan dalam human resources. Program yang dibuat bukan saja dalam negara tetapi sudah sampai di peringkat antarabangsa.

Konsep ala barat bangunan Carcosa ini masih dikekalkan. Segala perhiasan dalaman bangunan ini begitu mewah sekali. Kalau berjalan terasa kabet tebal satu inci. Dining set yang digunakan juga antara yang termahal. Semua peralatan dalam bilik bersadur emas, termasuklah juga semua kelengkapan dalan bilik air. Kadar sewaan sebilik adalah RM1500 satu malam. Memang kena pikir banyak kali kalau nak bermalam. Tempat ni jugak merupakan tempat persinggahan bagi jemputan kenamaan luar negara. Kedudukan Carcosa di atas bukit yang dikelilingi oleh hutan menjadikan kawasan ini begitu tenang dan nyaman. Kadang-kadang tak sangka kita berada di tengah-tengah kota raya KL.

Tuesday, October 11, 2005

Lawatan UTM

Lawatan pagi ni ke UTM Jln Semarak bagi membincangkan program kerjasama bagi tujuan peningkatan kualiti PLV. Sejak aku meninggalkan universiti ni 20 tahun yang lepas, sekarang ni baru aku berpeluang masuk kampus ni balik. Dah banyak perubahan tapi bangunan lama masih macam tu jugak. Lawatan kali ini boleh dikatakan berjaya. UTM bersedia membentuk program khas di peringkat ijazah dan diploma pengajar vokasional khusus untuk pengajar-pengajar di Pusat Bertauliah MLVK. Program ini jika diluluskan nanti akan memberi ruang kepada pengajar yang tidak mempunyai ijazah uutuk memperolehi ijazah mereka. Prof-prof yang hadir kesemuanya memberi sokongan dan bersedia untuk mengujudkan kurikulum dengan kadar segera.

Saturday, October 08, 2005

Egg Tat

Sejak dua tiga minggu yang lepas, setiap Sabtu ada tugas rasmi. Minggu ni tak tak ada sebarang aktiviti luar. Pagi ni sempat cat 2 bilik air. Dah lama mem suruh buat, hari ni baru sempat.

Sebelah petang cuba resepi egg tat dari Bahtiar. Terima kasih Bahtiar. Memang sedap kueh tu. Along dan Angah pun semangat tolong nak buat. Walaupun mungkin tak secantik Bahtiar buat, tapi kira ok juga la. Malam bawak ke surau untuk juadah lepas tarawih. Rasanya tat tu habis awal compare juadah yang lain.

Image hosted by Photobucket.com
Egg Tat