Sekali pandang pokok ini seperti pohon-pohon yang telah mati. Tapi sebenarnya ia menunggu tumbuhnya daun baru. Begitulah besarnya ciptaan Tuhan. Keadaan cuaca di Bremen ini pun masih tak menentu. Sepatutnya masa ni dah musim bunga, tapi cuaca masih sejuk. Kadang-kadang bawah 5 darjah celcius. Boleh dikatakan saban hari sejak kami sampai, hujan turun setiap petang. Macam juga di Kuala Lumpur. Tapi hujan di sini taklah selebat hujan di Malaysia tapi cukup untuk menambah kesejukan sedia ada. Kadang-kadang terfikir juga, seronok di tempat kita tak perlu pakai baju sampai 2 kilo berat.Friday, April 18, 2008
Berpantang mati sebelum ajal
Sekali pandang pokok ini seperti pohon-pohon yang telah mati. Tapi sebenarnya ia menunggu tumbuhnya daun baru. Begitulah besarnya ciptaan Tuhan. Keadaan cuaca di Bremen ini pun masih tak menentu. Sepatutnya masa ni dah musim bunga, tapi cuaca masih sejuk. Kadang-kadang bawah 5 darjah celcius. Boleh dikatakan saban hari sejak kami sampai, hujan turun setiap petang. Macam juga di Kuala Lumpur. Tapi hujan di sini taklah selebat hujan di Malaysia tapi cukup untuk menambah kesejukan sedia ada. Kadang-kadang terfikir juga, seronok di tempat kita tak perlu pakai baju sampai 2 kilo berat.Thursday, April 17, 2008
Dr Thomas
Sudah menjadi satu tradisi, semua klinik akan tutup pada petang Rabu di sini. Setiap perjumpaan juga perlukan temujanji sebelum itu. Walau bagaimanapun petang semalam Dr Thomas Borger dari Pusat Rawatan di Wachmannstrase 115, sanggup menunggu aku untuk buat pemeriksaan. Rawatan berpunca sakit belakang, mungkin terlalu lama perjalanan dan terpaksa mengangkat barang yang agak berat. Temujanji diurus oleh pihak universiti. Layanan doktor memang memuskan. Tiada sebarang bayaran dibuat, semuanya diuruskan oleh pihak insuran. Selepas kena injection, ini la ubat yang aku kena telan. Alhamdullilah sakit semakin reda.
Wednesday, April 16, 2008
Bremen Kembali
Sekali lagi aku kembali kebumi German ini untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Kali ini aku ditempatkan di Zum Gastehaus Teerhof iaitu rumah tetamu Universiti of Bremen yang terletak di tengah-tengah pulau di sebatang sungai di bandar Bremen ini. Mungkin merupakan lokasi rumah tetamu terbaik masa ini di Bremen Universiti. Untuk tempoh 3 purnama ini blog ini akan berkisar di bumi German ini.
Pemandangan dari depan apartment
Tuesday, April 15, 2008
Thursday, March 20, 2008
Kawan Lama
Dulu-dulu kita pernah kerja satu bumbung, kita pernah satu nadah satu arah dalam bidang metal fabrication. Tapi lepas tu kau pilih jalan kau sendiri, resign dan buat business. Lepas tu kau aktif berpolitik. Apa pun fahaman kau, semoga hasrat kau melahirkan belia berwawasan akan terlaksana.(Gambar ini dirakamkan sebelum pilihan raya, selepas tu aku tak sempat nak bertanya khabar. Tunggu reda sikit, kena pulak member sebelah tu kalah bertanding di Kedah)
Tuesday, March 11, 2008
Majlis Berkatan
Sunday, March 02, 2008
Masjid Kristal
Masjid Kristal adalah sebuah masjid yang dibina di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Wan Man di Kuala Terengganu. Ianya menelan belanja hampir RM250 juta dan merupakan sebahagian binaan dalam kawasan yang dinamakan Taman Tamaddun Islam. Masjid tersebut baru sahaja dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong. Walau bagaimana pun masjid tersebut belum diwartakan untuk sembahyang Jumaat, mungkin disebabkan pulau tersebut tiada pengguni, mungkin juga rangkaian model-model binaan islam terkenal dunia masih belum siap sepenuhnya di Taman itu.
Baru-baru ini aku sempat singgah melawat masjid ini. Memang struktur binaannya agak mengkagumkan. Aku sempat berbual dengan beberapa orang tempatan mengenai masjid ini. Ada berbagai tanggapan, ada yang menyokong dan ada yang membangkang pembinaan masjid ini. Walau apa pandangan sekali pun, pengisian masjid itu la yang paling utama dan ada hadis mengatakan di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid. Semoga usaha mereka-mereka untuk mengimarahkan masjid ini akan terlaksana.
Baru-baru ini aku sempat singgah melawat masjid ini. Memang struktur binaannya agak mengkagumkan. Aku sempat berbual dengan beberapa orang tempatan mengenai masjid ini. Ada berbagai tanggapan, ada yang menyokong dan ada yang membangkang pembinaan masjid ini. Walau apa pandangan sekali pun, pengisian masjid itu la yang paling utama dan ada hadis mengatakan di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid. Semoga usaha mereka-mereka untuk mengimarahkan masjid ini akan terlaksana.

Friday, February 15, 2008
TIKL
Awal tahun 80 an aku menjejakkan kaki di TIKL. Jiran aku dah pesan, sekolah tu kuat ragging katanya. Aku buat tak kesah, peduli apa soal ragging tu. Aku bertolak dari kampong hari Ahad, berdua bersama bapak. Naik bas sampai Pudu Raya lepas tu sambung dengan teksi sampai Ceras. Aku sampai sekolah sekitar jam 4.00 petang. Setibanya di perkarangan sekolah, 2 orang pelajar senior terus menerpa dan tolong angkat beg. Aku naik asrama di tinggkat 1 bilik A2 dengan lenggang tangan, bagusnya abang-abang senior ni. Selepas itu aku ingat bapak aku tak sempat lagi keluar pagar depan, tetiba beg yang mamat-mamat angkat tadi melayang dicampak ke bawah. “Kau ingat aku ni kuli engkau”, itu perkataan yang keluar dari salah sorang mamat yang angkat beg aku tadi. Itu la salam perkenalan aku semasa mula menjejak kaki ke sekolah itu. Selepas tu tak payah cerita la kat sini. Dua tahun aku duduk bilik yang sama, bilik A2. Dan baru-baru ini aku sempat berkumpul 6 orang bekas penggguni bilik A2 itu. Perjumpaan itu tak dirancang awal. Hanya sms kurang dari 10 jam, dan kami sempat berkumpul di sebuah restoran di ibu kota. Perjumpaan itu walau pun tak lama, telah mengembalikan kenangan kenangan suka duka semasa menuntut di institut itu.
Rano – dulu kau pengawas, tapi aku ingat kau la pengawas paling nakal kat sekolah tu. Sebab tu engkau terpaksa lucutkan jawatan pengawas atas kerelaan engkau sebelum tamat belajar. Sekarang engkau dah boleh berbangga dengan jawatan pensyarah di Universiti Petronas.
Zainal – nakal engkau dulu pun boleh tahan jugak. Dulu engkau kata kulit engkau hitam sebab engkau anak pesawah, setiap hari engkau berjemur tengah panas. Tapi sampai sekarang engkau tetap berjemur setiap hari, cuma bezanya engkau sekarang berjemur kat padang golf sehinggalah engkau dah single hadikap. Sekarang engkau boleh dicontohi sebagai seorang kontraktor yang berjaya.
Sukri – Engkau dari dulu sampai sekarang main sukan. Semua sukan engkau main. Dulu kau jagi keeper. Walau pun tinggi kau sama dengan tiang gol, tapi bola bolos juga. Apa hal pun kau la paling beruntung sebab di antara kami engkau yang paling banyak anak. Sekarang kau jadi orang kuat sekolah teknik.
Midi – Kau la pengawas yang pernah kena tumbuk perut oleh Penolong Kanan. Walau macamana pun kau memang ulat buku dari dulu lagi. Patut pun sekarang kau dah bergelar Profesor di salah sebuah university.
Zainoren – Kau memang terkenal dengan romeo. Dulu-dulu kau suka kutuk cikgu, tapi lepaskeluar universiti kau pulak jadi cikgu. Walau macamana pun bintang kau cukup cerah dan sekarang kau patut berbangga kerana dah jadi PPD.
Aku – Syukur apa yang ada.
Monday, January 28, 2008
JPK
(Minta maaf kepada pengujung blog ini, sejak kebelakangan ini terasa amat sibuknya, berikut sebahagian pencapaian jabatan aku sejak aku ditukar ke sini dari 2004 hingga sekarang. Kalau boring jangan baca)
Program : Menjana Tenaga Kerja Mahir Negara yang Kompeten dan Kompetitif
Aktiviti Utama:
Pencapaian
Program : Meningkatkan Kualiti Penyampaian Latihan Kemahiran Supaya Memenuhi Keperluan Industri.
Aktiviti Utama:
- Pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standards, NOSS) sebagai asas kepada latihan kemahiran.
- Penanda arasan kualiti tenaga pengajar vokasional.
Pencapaian
- Membangunkan hampir 900 NOSS supaya latihan kemahiran dapat diteraskan kepada keperluan pasaran pekerjaan.
- Pembangunan NOSS telah diberi peruntukan perundangan dengan berkuatkuasanya Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan mulai September 2006.
- Pembangunan NOSS telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam tahun 2005
- Mengadakan pertandingan kemahiran (dinamakan Pertandingan MySkills) di kalangan tenaga pengajar buat ulung kalinya dalam tahun 2007.
Impak
- Menyediakan peluang latihan kemahiran yang lebih berkualiti bagi menghasilkan K-pekerja
- Memastikan bahawa latihan kemahiran memenuhi keperluan industri Negara.
Wednesday, January 02, 2008
Malaysia International Space Adventure
Pameran ini berlangsung di Precinct 5 Putrajaya bermula 15 Dec yang lalu hingga lah Mac ini. Sejarah penerokaan angkasa lepas sejak dulu hingga sekarang di pamerkan di sini. Semua bahan pameran adalah daripada NASA. Beberapa peralatan yang di gunakan diangkasa lepas turut dipamerkan di sini. Pengalaman menonton filem 4D pengembaraan angkasawan ke bulan amat menyeronokan. Walau bagai mana pun pameran ini kurang mendapat sambutan. Mungkin juga disebabkan kurangnya promosi ataupun juga disebabkan harga tiket yang agak mahal. Tiket bagi dewasa adalah sebanyak RM 38 seorang dan potongan 25% diberikan kepada pemegang mykad. Mungkin jugak kerajaan perlu melihat untuk memberi subsidi lebih tinggi bagi menggalakkan lagi lebih ramai rakyat negara kita untuk melihat pameran yang berunsurkan ilmu begini. Walau bagaimana pun, apabila diamati kesemua pameran yang ditunjukkan, bayaran tersebut adalah berbaloi.
Thursday, December 27, 2007
Muzium Toys
Tuan-tuan pernah ke singgah di Muzium Toy yang terletak di Tanjung Bungah ini. Tuan punya muzium ni mengaku muzium ini merupakan muzium toy terbesar di dunia. Yang nyata memang telah tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai muzium permainan pertama dan terbesar dalam Negara kita. Ianya mengandungi lebih dari 100,000 toys dalam berbagai jenis. Dekorasi dinding muzium tersebut di penuhi dengan famous ancient Egyptian monument seperti Great Sphinx dan Pyramids of Giza. Dalam muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Chamber of Horror, Chamber of Monsters, Chamber of Fantasy, Chamber of Comic Book Heroes, Cave of Dinosaurs, Fields of Combat, Hall of Virtual Reality, Hall of Rock Legends, Hall of Celebrities, Halls of Cartoons, Hall of Beauties, Star Wars Collections dan banyak lagi. Kanak-kanak la yang paling seronok masuk muzium ni.

Friday, December 21, 2007
Aidil-Adha
Pengajaran terpenting yang terkandung dalam Aidil-Adha ini adalah kesatuan ummah. Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, umat Islam adalah umat yang satu di mana sahaja mereka berada. Ia adalah umat yang bersatu dengan menghadap satu kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu. Maka sudah sewajarnya kita melahirkan kesyukuran kepada Allah S. W.T kerana mengurniakan kepada kita perayaan Aidil-Adha dengan syariatnya yang jelas membawa mesej sesungguhnya kesatuan umat adalah tunjang kepada kekuatan Islam. Begitu juga dengan amalan qurban yang mana jika dilakukankan dengan sebaik mungkin, boleh membentuk sikap kita menjadi pemurah dan penyayang sesama manusia.
Sambutan perayaan Aidil_Adha di Komuniti tempat aku duduk bermula dari malam Hari raya. Takbir telah dijalankan dari rumah ke rumah sebaik sahaja selepas waktu Isyak. Mungkin budaya ini dah semakin pupus di bandar-bandar, tapi Alhamdullilah ia masih diamalkan di Seksyen 5 Taman Langat Jaya ini. Sehingga hampir pukul 1.00 pagi sebanyak 12 buah rumah berjaya di ziarahi pada malam pertama, penuh perut. Ibadah korban dan aqiqah juga berjalan lancar. Walaupun tak banyak hanya 3 ekor tapi itulah bilangan yang mampu kami lakukan dengan bilangan penduduk yang terhad. Gotong royong memasak untuk akikah juga berjalan lancar. Menjelang waktu zohor pembahagian daging korban dan kenduri aqiqah sempurna sepenuhnya.
Semoga Allah Taala akan membalas amalan ini dengan kemurahan rezeki yang mencurah serta limpahan kasih sayang-Nya yang tidak terbatas bagi setiap pengorbanan yang dilakukan.
Sambutan perayaan Aidil_Adha di Komuniti tempat aku duduk bermula dari malam Hari raya. Takbir telah dijalankan dari rumah ke rumah sebaik sahaja selepas waktu Isyak. Mungkin budaya ini dah semakin pupus di bandar-bandar, tapi Alhamdullilah ia masih diamalkan di Seksyen 5 Taman Langat Jaya ini. Sehingga hampir pukul 1.00 pagi sebanyak 12 buah rumah berjaya di ziarahi pada malam pertama, penuh perut. Ibadah korban dan aqiqah juga berjalan lancar. Walaupun tak banyak hanya 3 ekor tapi itulah bilangan yang mampu kami lakukan dengan bilangan penduduk yang terhad. Gotong royong memasak untuk akikah juga berjalan lancar. Menjelang waktu zohor pembahagian daging korban dan kenduri aqiqah sempurna sepenuhnya.
Semoga Allah Taala akan membalas amalan ini dengan kemurahan rezeki yang mencurah serta limpahan kasih sayang-Nya yang tidak terbatas bagi setiap pengorbanan yang dilakukan.
Thursday, November 29, 2007
TT Terkejut
Malam semalam telah diadakan satu perjumpaan bekas ahli Funser di sebuah restoran di Kajang. Perjumpaan ini memang tak dirancang. Pada awalnya ingat hanya aku dan brother zino saja yang menyambut Aimman yang datang dari Johor. Rupanya sebelah petang tu juga la aku dapat massage ramai yang akan turut sama. Maka petang tu juga la terpaksa aku booking table di Hj Samuri. Sebelas keluarga telah berkumpul malam tu termasuk la PB yang selalu singgah di blog ni.
Sebenarnya ahli Funser ni begitu aktif satu masa dulu. Toyota telah menyediakan satu web untuk tujuan forum. Hubungan kami seluruh negara dalam alam maya itu begitu hangat. Perjumpaan keluarga yang dikenali TT sering diadakan setiap bulan terutamanya di kawasan Lembah Klang ini. Setiap bulan akan ada yang dilantik menjadi host untuk TT. Biasanya sesiapa yang pernah hadir TT ni, tak kan mis TT yang akan datang. Kami juga sering mengadakan kovoi keluarga beramai-ramai. Walau bagaimanapun nama kumpulan Funser ini telah berkubur walaupun semangat ahli-ahlinya masih membara. Syarikat Toyota telah menukar nama tersebut deari Funser kepada Tribetoyota dan memasukkan ahli dikalangan pemilik semua model Toyota. Selepas itu kehangatan bekas ahli-ahli Funser untuk berforum dalam web yang disediakan semakin berkurang. Ini menjadikan aktiviti yang dirancang melalui forum dalam web kadang-kadang kurang sambutan. Namun semangat dan keakrapan kumpulan Funser ini masih kuat, buktinya dengan hanya sms dalam tempoh yang singkat sahaja, 11 keluarga dapat berkumpul.
Friday, November 23, 2007
Labayk Allah
Kepada yang akan berangkat ke Tanah Suci. Selamat mengerjakan haji, semoga selamat pergi dan selamat kembali. Semoga mendapat haji yang mabrur
Rukun Haji ini merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan. Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah.

Friday, November 16, 2007
Bersih
Negara dikejutkan dengan Perhimpunan Bersih yang telah diadakan pada hari Sabtu, 10 November 2007 baru-baru ini. Perhimpunan ini tidak mendapat permit Ibu pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur. Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan BERSIH yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, NGO dan pertubuhan lain. Matlamat perhimpunan ini dikatakan ingin menuntut pilihan raya yang adil.
Bersih menganjurkan perhimpunan ini bagi menyerahkanmemorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.Memarandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian SPR tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional. BERSIH juga berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi pihak polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah menyuarakan suara rakyat di sini.
Persoalannya sejauh mana kesan sebenar dari perhimpunan ini. Yang nyata ramai yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya hari tersebut Seorang rakan terperangkap hampir 3 jam. Highway plus menuju pusat bandar jem bermula dari susur Kajang.
Bersih menganjurkan perhimpunan ini bagi menyerahkanmemorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.Memarandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian SPR tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional. BERSIH juga berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi pihak polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah menyuarakan suara rakyat di sini.
Persoalannya sejauh mana kesan sebenar dari perhimpunan ini. Yang nyata ramai yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya hari tersebut Seorang rakan terperangkap hampir 3 jam. Highway plus menuju pusat bandar jem bermula dari susur Kajang.
Wednesday, November 07, 2007
Sambutan Aidilfitri Taman Langat Jaya
Sambutan Hari Raya Taman Langat Jaya berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan. Majlis diadakan diantara pukul 8.45 malam hingga 11.00 malam. Komintmen semua penduduk dari semua lapisan amat memuaskan. Konsep gotong royong sejak dari pagi telah berjalan sepenuhnya. Berbagai juadah seperti lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, mee hon, laksa, kueh-muih dan berbagai lagi berjaya disediakan dengan semangat gotong rorong penduduk taman. Y.B. adun Bangi antara tetamu VIP yang turut hadir majlis ini.
Friday, November 02, 2007
Batik punya pasal
Satu haribulan setiap bulan merupakan hari pemakaian batik bagi kakitangan awam. Tak terkecuali juga aku hari ni. Pukul 9.45 pagi terima arahan mengejut untuk duty parlimen untuk penggulungan bahas budget, pukul 11 perlu ada disana. Aduh…… pakai batik mana boleh masuk. Pukul 10 bergegas keluar selepas menyelesaikan beberapa perkara utama. Ambik keputusan balik rumah dulu untuk tukar baju. Nak jadikan cerita dah dekat rumah baru sedar kunci rumah takda. Masa dah la suntuk. Terus ambik keputusan pergi kedai cari kemeja dan tali leher. Capai mana sesuai masuk fitting room dan terus pakai. Terkejut orang kedai tu. Ini la dalam sejarah beli baju dan terus pakai………..dan terus pecut ke parlimen, masih sempat ikut masa yang ditetapkan.
Monday, October 22, 2007
Catatan Hari Raya
Hari Pertama: Berhari Raya di Ijok. Semua adik beradik dapat berkumpul di hari raya pertama
Hari Kedua: Kederaan untuk datuk ronder kebun kelapa sawit menjadi mangsa cucu-cucu untuk ronder raya
Hari Ketiga: Barada di puncak empangan haidro Sultan Mahmud Terengganu. Tempat ini telah menjadi sebahagian mata pencarian masyarakat sekitar.
Hari Keempat: Menyusur sungai untuk melihat Bandar Kuala Terengganu
Hari Keempat: Berkuda di Pantai Batu BurukThursday, October 11, 2007
Majlis Katam Quran
Majlis katam quran dan sumbangan hari raya untuk anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik di komuniti ku berjalan dengan lancar. Selama hampir sebulan di bulan Ramadhan penyertaan anak-anak dalam tadarus al-quran amat menggalakan. Majlis bermula dari pukul 4 pagi iaitu program qiamulail, diikuti bersahur di surau. Kuliah subuh diadakan selepas solat subuh. Pukul 8.30 pagi program taranum untuk anak-anak. Lepas Zohor gotong-royong memasak untuk berbuka puasa. Majlis katam Quran diadakan sebaik sahaja selesai solat magrib dan pengagihan sumbangan untuk peserta tadarus, peserta nasyid, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, golongan kurang bernasib baik dan petugas surau diadakan selepas solat tarawih.
Majlis katam Quran oleh anak-anak
Sumbangan hari raya
Subscribe to:
Posts (Atom)










