Wednesday, June 08, 2005

Kekayaan Kejayaan dan Kasih Sayang

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalamanrumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu. "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar. "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang! "Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, "Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang. "Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?" Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya : "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!" Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya."Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanyakepada Kekayaan dan Kejayaan : "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?" Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Monday, June 06, 2005

Lawatan ke Terengganu

Tiga hari di Terengganu aku bertujuan menghadiri kenduri abang ipar di samping itu membuat lawatan audit empat Pusat Bertauliah (PB). Semuanya program berjalan lancar. Kenduri di rumah abang ipar, walaupun tak sebesar mana tetapi 3 ekor lembu tumbang. Kerjasama masyarakat Felda memang amat membanggakan. Cuma yang agak memeningkan kepala pagi kenduri tu air paip terputus, terpaksa mintak bantuan Majlis Bandaran untuk hantar air selori.

Lawatan ke atas PB hari kedua dan ketiga tidak menghadapi sebarang masalah. Kebetulan keempat-empat PB yang dilawati merupakan PB yang mempunyai rekod yang memuaskan dan tidak pernah menimbulkan masalah. Cuma aku tidak menyedari salah satu PB yang aku lawati merupakan kepunyaan En Wahid, S/U persatuan PB Terengganu. Dan aku amat kenal dengan En Wahid ni, malah beliau kerap pesan kat aku kalau balik Terengganu mesti call dia. Si Wahid ni pun tak perasan aku yang akan datang pusat dia, jadi bila je nampak aku dia terus berteriak..“Apa ni balik kampung tak telipon....“ Apahal pun PB dia ni mempunyai prospek yang amat baik untuk berkembang lebih jauh.

Friday, June 03, 2005

Dialog CEO

Daripada minggu lepas lagi tumpuan kerja hampr seluruh kakitangan di pejabat tertumpu kepada persediaan bagi dialog mengenai National Dual Training System di antara YB Dato’ Mustapa Mohamad dan YB Datuk Wira Dr Fong Chan On dengan 1000 orang CEO dari berbagai sector industri di seluruh Negara. Malam tadi juga terdapat beberapa pegawai terpaksa bekerja sehingga pukul 3 pagi kerana penyediaan persiapan terakhir. Hari ini merupakan kemuncak majlis tersebut. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar walaupun beberapa perkara terpaksa diubah di saat akhir. Saat paling memeningkan adalah untuk mengenali VVIP semasa pendaftaran.

Majlis memperlihatkan industri berminat untuk menyertai program NDTS ini. Majlis seperti ini juga memberi peluang kepada para CEO untuk bertemu antara satu sama lain. Dan aku sendiri dapat juga jumpa ramai kenalan lama. Bekas bos lama aku Tan Sri Zainol... masih macam tu, kalau borak sampai tak sedar majlis dah mula. Semangat kerja memang still number one, kalau tidak takkan LHDN dapat kutip berlipat kali ganda....

Tuesday, May 31, 2005

Pemandu Pelancung

Hari ini aku terpaksa mewakili Jabatan untuk mesyuarat di Kementerian Perlancungan PWTC. Mesyuarat di pengerusikan oleh KSU - Datuk Victor Wee dan dihadiri oleh semua agensi yang terlibat dengan sektor perlancungan, termasuklah juga beberapa Pusat Bertauliah MLVK yang menjalankan kursus Pemandu Pelancung. Tujuan mesyuarat adalah untuk mencari jalan bagi memantapkan lagi bidang Pemandu Pelancung. Hari ini baru aku maklum bahawa pekerjaan sebagai Pemandu Pelancung boleh mencapai pendapatan di antara RM8,000 hingga RM10,000 sebulan. Ini memandangkan para pemandu pelancung tersebut sering menikmati komisen sehingga 20 % ke atas harga barangan yang telah dibelanjakan oleh pelancung di di kedai mereka. Yang membanggakan semua agensi mengakui modul MLVK adalah yang terbaik dan setakat ini tiada sebarang pelatih yang telah tamat tidak mendapat pekerjaan. Walaubagaimanapun bidang ini kurang mendapat minat di kalangan pelajar, sedangkan jangkamasa kursus hanyalah 6 bulan dan jika lulus lesen sebagai Pemandu Pelancung akan dikeluarkan oleh Kem Pelancungan.

Satu perkara yang agak membimbangkan industri pelancungan pada masa ini adalah kekurangannya pemandu pelancung yang boleh bertutur dalam berbagai bahasa terutama bahasa Korea, Japan, Arab dan France . Pada masa ini khidmat penterjemah di kalangan kumpulan pelancung itu sendiri telah digunakan untuk mempertejemah. Dan terdapat beberapa insiden yang mana penterjemah tersebut sengaja memberikan tafsiran negetif terhadap negara kita. Kementerian Pelancungan perlu melihat lebih serius perkara ini.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian serius ialah statistik menunjukan 60% kadar kemasukan pelancung ke negara kita adalah melalui Singapura, dan tidak kurang juga yang masuk melalui Thailand. Dengan secara tidak langsung khidmat pemandu pelacung negara tidak di guna dan yang lebih membimbangkan pelancung akan didedahkan kepada maklumat yang negetif. Sesuatu cara perlu difikirkan agar menjadikan negara kita sebagai pintu utama untuk melawat negara serantau.

Sunday, May 29, 2005

CINTA DAN WAKTU

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.
Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkanpulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu. "KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf, CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.
CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.
Tak lama lewatlah KECANTIKAN. "KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya.
CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku,mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja...", kataKESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA? Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......"

Friday, May 27, 2005

Chatting

Dalam zaman siber sekarang tidak kurang ramai yang menjadikan chatting untuk memenuhkan masa lapang. Malah ia telah ramai juga orang yang menjadikan chatting hobi baru dalam hidupnya.

Mengikut perangkaan seorang pakar motivasi terkenal Dr Tuah mengatakan tidak sedikit aduan yang di terima daripada para wanita yang akhirnya menjadi mangsa alam tak nampak tapi mesra. Apa lagi kalau bukan chatting. Hakikatnya, ramai wanita menjadi mangsa si penipu yang hanya bermodalkan kata tanpa wajah. Ramai wanita sanggup menyerahkan wang pada rakan chatting kerana terpengaruh dengan pelbagai cerita.

Membaca tulisannya anda khayal dan tenggelam dalam imaginasi liar. Anda membayang-bayangkan kalau begitulah hebat kata-katanya dia tentu seorang yang prihatin, penyayang dan boleh diharap. Awas, jangan terperangkap dalam dunia chat. Chatting itu indah tetapi kita tidak pernah tahu siapakah sebenarnya orang di hujung sana. Kata-katanya mungkin menawan, maka kita pun terbayangkan wajahnya yang tenang seperti yang selalu kita idam-idamkan, hakikatnya kita tidak pernah tahu siapakah dia sebenarnya. Boleh jadi buaya besar atau sang penipu yang sedang melemparkan banyak umpan, dan anda adalah salah seorang daripada mangsa-mangsanya.Oh, dia telah menghantarkan wajahnya melalui internet untuk tatapan anda, maka anda amat pasti dia memiliki wajah yang menarik dan boleh dipercayai. Awas, siapa tahu itu bukan wajahnya yang sebenar. Kamera juga boleh menipu. Orang yang tidak cantik boleh menjadi fotogenik di hadapan kamera. Orang yang tidak tampan boleh kelihatan mancho. Kamera digital boleh melakukan semua perkara. Malah kecanggihan IT boleh meletakkan kepala artis terkemuka di atas badan orang lain. Jangan terperangkap oleh enaknya buaian kata-kata. Selagi namanya dunia siber kita memang patut berasa sangsi walaupun untuk percaya terus itu hak peribadi.
Berchatting itu best, samalah seperti kita bermain SMS. Tapi awas, apabila anda mula menerima gambar dirinya melalui alam siber, sentiasa ingat gambar tidak selalunya mempamerkan rupa sebenar.Tidak salah memperalatkan dunia chatting untuk membina jodoh, tapi hati-hati. Berhati-hati sentiasa lebih baik daripada ikutkan hati. Usah terlalu mudah lemah hanya oleh rayuan dan kata-kata sedih sehinggalah anda benar-benar kenal siapa dia.Dunia chatting indah tetapi bersamanya ada padah. Jika anda mendapat teman chatters yang kerap memujuk, merayu dan kadang-kala mengugut, dia mungkin berlindung di sebalik kecanggihan teknologi untuk menyembunyikan wajahnya yang sebenar. AWAS.

Tuesday, May 24, 2005

Penghormatan Diri Sendiri

Seorang ahli korporat dan pakar motivasi barat Ivan Burnell (1995) dalam penulisannya bertajuk "The Power of Positive Doing", mengatakan bahawa satu cara untuk memberi keyakinan pada diri sendiri ialah dengan menghormati diri kita serta menganggap bahawa diri kita adalah penting.
Oleh itu kita harus mengurus diri kita sendiri dengan sebaik mungkin bukan hanya pada aspek fizikal sahaja tetapi juga pada aspek mental dan emosi.
Seterusnya kita harus bertanya pada diri kita sendiri SIAPA kah diri kita ini?
DR. ISMAIL ZAIN telah mengupas pada setiap huruf yang terbentuknya perkataan SIAPA:-
S - membawa pengertian "saya". Dalam semua urusan kita harus berbangga dengan diri kita. Allah telah berfirman dalam suruh Al-Baqarah yang bermaksud …. Kamu dilahirkan sebagai umat yang terbaik….
Berpandukan maksud ayat ini maka kita harus berbangga pada diri sendiri serta bersyukur kerana kita telah dilahirkan dan dapat menaikmati kehidupan di dunia ini serta berjaya mengharungi zaman-zaman yang lampau hinggalah ke hari ini. Oleh kerana manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik, maka wajarlah kita menghormati diri kita sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang boleh memberi faedah kepada diri serta kelauarga kita.
I – membawa pengertian "insan". Saya adalah seorang insan dan bukannya robot atau komputer yang perlu di arah untuk melakukan sesuatu tindakan. Sebagai seorang insan kita dilengkapi dengan pancaindera yang berfungsi mengikut keperluan-keperluan tertentu.
A – membawa pengertian "amalan". Sebagai seorang insan yang hidup di dunia ini, kita seharusnya mengamalkan segala ilmu yang kita pelajari. Sesuatu ilmu itu akan pudar sekiranya ianya tidak diamalkan.
Setiap pagi atau petang kita akan mengamalkan latihan menyegarkan badan supaya ianya sihat dan terjauh daripada penyakit. Oleh itu amalan adalah asas kepada tindakan manusia dan ianya adalah merupakan sebagai "pasport" ke arah kejayaan. Tidak ada kejayaan tanpa amalan.
P – membawa pengertian "peribadi". Setiap manusia mempunyai peribadi. Jika kita seorang pelajar setiap tingkah laku kita haruslah bercirikan seorang pelajar sama ada di sekolah, di rumah atau di mana-mana sahaja. Peribadi yang mulia dapat mengelakkan daripada tercetusnya masalah-masalah yang boleh menganggu ketenteraman fikiran. Fikiran yang tenteram membolehkan kita belajar serta menjalani kehidupan yang lebih sempurna
A – membawa pengertian "adil". Kita sering kali menyalahkan kepada orang lain dengan mengatakan mereka tidak adil pada diri kita. Tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri apakah kita telah berlaku adil pada diri sendiri?
Kita dikurniakan oleh Allah lengkap dengan anggota tubuh badan. Sejauhmanakan kita telah menggunakan segala angota kita dalam melaksanakan seala tindakan dan tugas kita setiap hari? Ramai di antara kita yang mempunyai "penyakit" tidak yakin pada diri kita sendiri. Kita seolah-olah menolak hakikat bahawa diri kita yang dicipta oleh Allah mempunyai pelbagai potensi sama seperti orang lain.
Menyedari bahawa diri kita adalah seorang insan yang perlu mengamalkan segala ilmu yang kita dipelajari serta mempunyai peribadi maka kita seharusnya berlaku adil pada diri sendiri.

Monday, May 23, 2005

Mudahnya membuat tafsiran

Kita telah meletakkan sepenuh tumpuan untuk melakukan yang terbaik, tetapi orang mentafsirkannya berbeza. Hakikatnya kita tidak akan jumpa orang yang sama seperti kita dalam kehidupan kita ini. Manusia tidak pernah sama meskipun sepasang kembar, tetap ada bezanya. Apa lagi dengan seseorang yang hanya berkongsi minat yang serupa dengan kita, banyak lagi perbezaannya kalau kita lihat. Yang kita sangkakan sama pun berbeza, lebih-lebih lagi yang memang berbeza dengan kita.
Berurusan dengan orang yang tak sama dengan kita, kadang-kadang suka kadang-kadang duka. Walaupun selalunya lebih banyak suka daripada derita, tapi yang derita itu suhunya kadang-kadang teramat tinggi hingga kita rasa tidak tertanggung lagi. Itulah kehidupan. Dari satu sudut kita akan melihat kehidupan itu amat mencabar kerana kita terpaksa hidup bersama mereka yang amat berbeza. Kita berniat baik disangka jahat. Kita iklas disangka ambil kesempatan. Kita lunak disangka lemah, kita berlembut di kata tak tegas, kita kerap memberi di kata menunjuk. Itulah manusia, mudahnya membuat penafsiran.
Tapi ketahuilah di situ uniknya kita, disitulah kita dapat memperlihatkan kehebatan kita. Bayangkan tanpa mereka yang memperkecilkan kita, tanpa mereka yang memandang rendah pada keupayaan kita, tanpa mereka yang menyusahkan kia, kita tak pernah berpeluang untuk menunjukan semua kehebatan kita. Manusia memang perlukan cabaran untuk lebih bersemangat. Tanpa cabaran, tanpa ujian manusia akan lemah, malas, lembik dan lembab. Kalau kita mahu berfikir secara positif kita akan mendapat semua kebaikan yang tersembunyi di sebalik semua masalah yang kita hadapi. Sebaliknya kalau kita lebih selesa berfikiran negative kita akan melihat semua keburukan di sekeliling kita. Jika kita ditimpa misibah, ingat orang lain juga begitu. Cuma bezanya pada jenis, masa atau siapa yang menyebabkannya berlaku. Begitu juga, jika kita gembira, orang lain juga begitu. Dan setiap kegembiraan ada masanya akan tenggelam oleh ujian. Kalau ada orang yang boleh bertenang dengan ujian yang mendatang, jadikanlah oaring itu diri kita sendiri.

Friday, May 20, 2005

Jimat Minyak

Kalau tuan-tuan berpeluang naik kereta macam ni, agak-agak macamana rasa.

Image hosted by Photobucket.com

Penagihan

Hari ni aku terpaksa menggantikan TKP sebagai tetamu penyampaian sijil di Ikram. Tetamu jemputan adalah S/U Parlimen Kem. Belia dan Sukan. Sebagai tetamu aku terpaksa duduk di pentas. Dalam ucapan S/U tersebut memaklumkan kadar penagihan dadah pada masa ini semakin serius. Sebahagian besar mereka adalah pemuda melayu. Aku teringat bulan lepas Tim Menteri Sumber juga memaklumkan kadar peningkatan penagihan ini meningkat empat orang setiap jam dan sebahagian besar dari mereka adalah pemuda melayu. Baru ni semasa balik kampong, sorang pakcik tu memaklumkan beliau dah takut hendak ke dusun di hujung kampung. Nak merasa hasil dusun tu jauh sekali. Para penagih menjadikan dusun itu seolah-olah macam dusun mereka. Nak ditegur pun tak guna, masing-masing buat muka sadin...Sesetengah tu dah biasa keluar masuk pusat serenti. Pada mereka dah tak ada malunya berstatus penagih dadah. Persoalanya sekarang ni kalau ada penagih, mesti ada pembekal. Tetapi kita hanya didedahkan kepada bilangan penagih yang semakin meningkat sahaja. Malah sekarang kita jarang mendengar pengedar ditangkap dan dihukum gantung. Di mana kesilapan kita? Pegawai polis kita antara yang tercekap, tetapi mengapa masalah pengedar masih belum dapat di atasi. Di mana kesilapan sistem kita, atau mungkinkah pengedar-pengedar tersebut dilindungi. Walau bagaimanapun kita perlu memikirkan bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya demi anak bangsa.

Thursday, May 19, 2005

JIT

Awal pagi lagi aku telah SMS Dr Dzuraidah untuk appointment hari ni dan dia segera respond ‘OK’. Walau bagaimanapun dalam pukul 11.30 pagi seorang rakan yang telah lama bersara telah mengunjungi pejabat aku pagi ini. Memang dah lama aku tidak bertemu dengan Hj Riduan ni, mungkin dekat 10 tahun. Tapi dia nampak masih gagah….. dan macam dulu yang ku kenali. Semasa beliau bertugas dulu aku memang begitu rapat dengan beliau, malah kami sering bersama dalam committee menggubal soalan peperiksaan sekitar awal tahun 90an. Memandangkan lama tak jumpa banyak topic yang dibincangkan sehingga hampir terlupa appointment dengan Dr Dzuraidah. Tepat jam pukul 1.00 aku segera bergegas ke ESSET dan terus ke kafteria. Bila je masuk Dr Che Hassan terus lambai ajak makan bersama, duduk di meja VVIP. Turut serta DR Hamidi, rakan aku masa sekolah dulu. Rezeki tetiba datang, perut pulak tengah lapar...pulunla cukup-cukup. Sambil tu aku tanya Dr Che Hassan nampak ke Dr Dzuraidah. Dia jawab baru je keluar dari sini. Aku segera SMS untuk mengetahui lokasi beliau, tapi tak berjawab. Dalam hati mungkin tengah sembahyang. Habis je makan Dr Che Hassan suruh aku cari kat atas. Sebaik aku sampai lift aku terima SMS dari Dr Dzuraidah.. ‘Tingkat 3’. Aku segera naik dan beliau telah tunggu di lobi. Aku hanya sempat berborak 15 minit kerana beliau akan bertindak sebagai chairlady untuk presentation seminar petang tu. Walau pun singkat Alhamdulillah hajat aku ke sini tercapai dan aku berjaya mendapatkan tandatangan beliau untuk projek ini. Hari ini merupakan hari terakhir untuk mengemukakan projek. Betul-betul Just in Time.

Tuesday, May 17, 2005

Borobudur

Borobudur adalah candi Budhis yang paling besar di dunia. Lokasinya 41 Km dari barat laut Yogyakarta, dan 7 Km di selatan Magelang.Ianya merupakan salah satu dari 7 keajaiban binaan manusia di dunia. Menurut sejarah bangunan ini dibina oleh dinasti Syailendra antara tahun 750 dan 842, ini bererti ianya lebih 300 tahun tua jika dibandingkan dengan Candi Ankor Wat di Kambodia. Pada tahun 1814 Sir Thomas Stanford Raffles telah menggali candi yang terkubur berabad abad ini dan pemulihan secara besar-besaran dilakukan dari tahun 1905 sampai 1910 dipimpin Dr.Tb. van Erp. Seluruh batu yang ditata menjadi candi borobudur ini mencapai 60.000 cubic meter. Ketinggian keseluruhnya struktur ini adalah 42 meter dengan keluasan 123 x 123 meter. Terdapat 1460 bingkai ukiran yang menghias candi Brobudur dan setiap ukiran ini menggambarkan cerita kehidupan Buddha Gautama. Terdapat beberapa struktur yang berbentuk loceng di tingkat atas bangunan tersebut. Di dalam loceng tersebut menempatkan patung budha duduk bersila. Menurut kepercayaan masyarakat setempat sesiapa yang dapat memegang ibu jari budha tersebut, segala hajatnya akan tercapai. Satu kepercayaan yang boleh membawa kemurtadan kepada umat Islam yang mempercaiyainya. Kalau kita lihat ramai yang cuba untuk memegang ibu jari tersebut dan kita tidak dapat membezakan keagamaan mereka kerana mereka mempunyai kulit yang sama. Kepada yang berpeluang untuk melawat ke sini juga perlu berwaspada dengan perayu-perayu yang menjual barangan mereka. Kadang-kadang kita merasa tidak selamat dengan cara perayu tersebut seakan memaksa untuk membeli barangan mereka. Semua ini atas desakan hidup.

Image hosted by Photobucket.com

Friday, May 13, 2005

Viva

Esok merupakan hari penentu kejayaan usaha aku selama ini. Lewat petang ni aku telah terima massage dari supervisor yang memaklumkan viva yang sepatutnya pada pukul 1.00 telah di tunda jam 2.00 petang. Salah seorang panel yang terlibat adalah di antara personaliti yang agak digeruni. Segala modul yang telah ditetapkan selama ini telah berjaya aku tempuhi dengan jayanya. Yang tinggal hanya satu sahaja iaitu projek dan esok penentu segalanya. Aku harap dapat menghadapi dengan tenang. Terima kasih kepada teman-teman yang turut memberi semangat samada menelefon atau SMS. Doa teman-teman ku sanjung tinggi.

Thursday, May 12, 2005

Misteri Cinta

Cinta suatu elemen hidup yang amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorang itu sudah berusia ataupun masih teruna / dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka orang yang sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Usah sangka orang yang sudah kerepot sudah tiada cinta. Jauh di dalam cinta terus segar dan mewangi.
Itulah cinta. Ia misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang. Andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar. Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yang boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yang bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yang gemilang lagi cemerlang. Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yang kian bertambah. Cinta memang sentiasa mekar biarpun dibungkus oleh tubuh yang kian tidak bermaya. Sejarah dulu biarkan berlalu dan jadikanlah cinta yang sedia wujud itu sebagai penununya demi kehidupan lain yang bernama ‘besok’.
Image hosted by Photobucket.com

Saturday, May 07, 2005

KK & Labuan

Penerbangan ke KK menaiki Airbus A3300, iaitu penerbangan yang akan terus ke Korea. Disebabkan flight tidak penuh, ianya agak selesa kerana boleh pilih untuk duduk dimana pun. Yang tak seronoknya cuaca malamtu tidak memuaskan dan menyebabkan sering berlakunya airpocket. Chek-in di hotel Promenade hampr jam 12 malam. Tujuan lawatan ke sini adalah untuk mengadakan dialog dengan seluruh Pusat Bertauliah di seluruh Sabah. Seramai 50 orang di kalangan pengurus pusat telah hadir. Majlis berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak puas hati di kalangan PB. Kesimpulannya di Sabah peluang masih terbuka untuk pengurus mengembangkan sayap dengan lebih luas. Kerajaan negeri di bawah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia sentiasa memberi sokongan padu ke atas aktiviti-aktiviti pembangunan latihan kemahiran. Malah kerajaan negeri akan memperuntukan tanah sebanyak 100 ekar bagi seluruh PB di bawah naungan persatuan pusat bertauliah Sabah untuk bersatu membina komplek latihan yang boleh dikongsi bersama. Taklimat dan dialog tamat pukul 12.30 tgh.


Petang tu terus ke Labuan dan tiba jam 5 petang. Seperti yang dijangka dua kereta telah menunggu untuk ke Sheraton. Selepas check in terus ke pekan, seperti biasa kalau ke sini mesti pekena teh madras. Satu-satunya teh yang tak pernah jumpa di Semenanjung. Rasanya agak berbeza iaitu sedikit rasa berempah, tetapi yang paling nyata keadaan rupa teh tersebut yang agak berbeza. Walaupun teh tersebut berbuih seperti teh tarik tetapi susu dan teh tidak bercampur shinggalah kita kacau.
Taklimat di Labuan juga tidak menghadapi sebarang masalah. Walaupun banyak perkara yang ditimbulkan oleh Pusat Bertauliah tetapi persoalan tersebut adalah persoalan biasa. Satu perkara yang tak berbeza, walaupun aku dah berpindah jabatan namun sambutan di kalangan kakitangan ILP LB masih seperti dahulu

Monday, May 02, 2005

Pekerja Asing

Sejak kebelakangan ini pejabat sering menerima permohonan bagi perakuan kemahiran pekerja asing untuk mengyambung bekerja 5 tahun lagi di negara kita. Bilangan yang dipohon oleh setiap majikan ini agak besar dan membimbangkan. Sedangkan dalam masa yang sama isu pengangguran di kalangan graduan menjadi topik utama. Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Situasi tenaga buruh negara pada masa ini menggambarkan pekerja asing menjadi sebahagian tonggak tenaga kerja terutama sebagai tenaga kerja bukan mahir. Salah satu sebab timbulnya keperluan dan pergantungan kepada pekerja asing adalah kerana penawaran gaji yang dikira rendah oleh pekerja tempatan.

Tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan ekonomi yang pesat telah mewujudkan permintaan tinggi untuk gunatenaga yang tidak dapat dipenuhi oleh bekalan gunatenaga setempat. Kekosongan itu diisi oleh pekerja asing, yang seterusnya juga menimbulkan masalah sosio-ekonomi. Ini jelas dapat dilihat dari segi hubungan dalam masyarakat yang tidak menghormati budaya setempat, timbulnya penyakit-penyakit baru yang telahpun hapus di Malaysia sebelum ini, dan tekanan kepada kemudahan prasarana sosial negara, misalnya kemudahan pendidikan, kesihatan, atau perumahan.

Ahli-ahli ekonomi industri telah mendapati bahawa faktor produktiviti menyeluruh (yang pada dasarnya mengukur kemajuan dari segi teknologi) telah terabai di dalam sektor perkilangan. Mengapa ini boleh berlaku? Kebanjiran pekerja-pekerja asing tidak mahir mewujudkan hanya sedikit insentif kepada para pengilang untuk melabur di dalam latihan, penyelidikan & pembangunan (R&D) dan penggunaan automasi secara lebih meluas. Beberapa langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengawal kemasukan pekerja asing adalah satu langkah yang baik. Pengambilan pekerja asing seharusnya dibenarkan hanya bagi jawatan profesional atau yang memerlukan kemahiran. Untuk jawatan operator pengeluaran atau jawatan yang tidak memerlukan kemahiran, pekerja tempatan haruslah digunakan atau dilatih. Untuk itu tahap gaji yang sesuai harus difikirkan.

Saturday, April 30, 2005

Kejayaan atas kelemahan diri

"Berjayalah melalui kekurangan diri kita". Satu ungkapan yang sering disebut oleh pakar motivasi Dr Tuah dalam ceramahnya setiap pagi di FM Selangor. Seruan ini mungkin mengundang ketawa. Ia tidak lucu tetapi minda yang tidak cemerlang akan menganggap seruan seperti ini satu jenaka.

Kita biasa mendengar kisah arnab berlumba lari dengan kura-kura. Bagi orang yang sentiasa bersetuju untuk mengatakan dirinya lemah, dia akan mengatakan itu dogeng semata. Dia tidak mahu mengambil apa-apa iktibar untuk memotivasi dirinya. Berbeza dengan orang yang mahu berubah, dia akan mengambil kisah kura-kura memenangi perlumbaan sebagai berjaya melalui kekurangan diri itu bukanlah sesuatu yang mustahil.
Memang kita tiada keupayaan untuk mengatasi kekuatan yang nyata, tetapi tidak mustahil dengan kekuatan azam, kekuatan fizikal itu dapat ditundukkan. Yang kuat dalam diri seseorang ialah hatinya. Tidak guna badan yang besar bagai gajah tetapi memiliki hati yang pengecut. Gajah boleh melompat akibat terkejut oleh tikus, sedangkan antara gajah dengan tikus berbeza sekali. Kadangkala tikus mampu menjadikan gajah separuh gila apabila dia masuk ke lubang telinga gajah dan ‘berbuat projek’ di situ. “Mana mungkin orang yang serba lemah berlari sama pantas dengan orang yang sedia kalanya kuat?” Tidakkah kita lihat betapa kekuatan sebenarnya bukan terletak pada kelebihan tubuh tetapi azam dan kemahuan yang padu.
Misteri kejayaan yang dibangunkan melalui imaginasi memang kurang disedari oleh kebanyakan orang. Mereka bergantung sepenuhnya pada usaha dengan melupakan potensi otak untuk merealitikan impian-impian. Maka itulah, pentingnya setiap daripada kita memahami bagaimana otak bekerja supaya kita dapat semua kebaikan daripadanya.Mengikut saintis manusia hanya menggunakan 10% daripada keseluruhan potensi otaknya. Meningkatkan penggunaan otak memungkinkan lebih banyak kejayaan dapat dicapai. Jadi, sebenarnya bukan kekurangan diri tetapi gagal untuk mengenal keupayaan diri.
ALLAH berfirman, “Sesiapa yang berpaling meninggalkan peringatan-KU, sesungguhnya baginya kehidupan yang amat sukar.” Taha, 124 Kealpaan kepada TUHAN membuatkan hilangnya keberkatan dan keyakinan. Kita tidak boleh terlalu yakin dengan keupayaan kita tanpa meletakkannya atas kekuasaan ALLAH. Lebih-lebih lagi apabila kita mengatakan berjaya melalui kekurangan diri.
Sebenarnya kekuatan psiko seseorang terletak pada sekuat mana pengantungannya terhadap TUHAN. Orang yang serba kekurangan harus lebih kuat perggantungannya.

Sunday, April 24, 2005

TT Kajang

Sejak Tribetoyota di tubuhkan, ini adalah kali pertama kami mengadakan TT, dan tempat yang dipilih ialah Satay Kajang Samuri. Kali ini kami berjaya mengumpulkan 26 keluarga. Memang cukup meriah. Tetapi walaupun Funser telah bertukar kepada Tribe dengan menggabungkan 4 jenis kenderaan, namun hanya keluarga Unser yang masih menghidupkan suasana. Satu perkara utama begitu ketara dalam kumpulan ini ialah ianya menggambarkan satu masyarakat Malaysian yang sewajarnya. Kami boleh duduk semeja dengan berbagai bangsa dan sentiasa bersama sepakat dalam membuat sebarang keputusan. Mungkin satu masa nanti ianya boleh dipertontonkan kepada masyarakat bagi menggambarkan inikan contoh yang dikatakan masyarakat majmuk.

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

Library SMKBBB

Petang ni selepas balik kerja aku terus bergegas ke SMK BBB untuk mesyuarat ajk kali ke 3 tahun ni. Kebetulan bilik mesyuarat dalam proses tukar tile, so kena tukar tempat mesyarat di perpustakaan. Dan inilah kali pertama aku masuk library sekolah tu, mungkin juga pada ajk yang lain. Alangkah terkejutnya kami bila tenguk keadaan library tersebut. Keadaannya amat tidak wajar jika dibandingkan status sekolah tersebut yang telah memenangi anugerah sekolah harapan negara peringkat kebangsaan pada tahun lepas. Walaupun aku dah masuk penggal ketiga berada dalam barisan ajk, namun selama ini tidak pernah dibangkitkan soal upgrading library tersebut. Suasana pustakaan tersebut tidak menggambarkan suasana library masa kini. Oleh yang demikian kami sebulat suara bersetuju untuk berusaha bagi menaiktaraf library tersebut. Untuk itu dana perlu dikumpulkan. Kadang-kadang bagus juga meeting kat library ni, kalau tidak kami pun tak tau keadaan library tersebut.
Sebagai satu cara untuk mengumpulkan dana bagi projek pembangunan, antara cadangan adalah dengan mengadakan kejohanan golf amal dan majlis makan malam. Kami menjangkakan kutipan bagi program ini boleh mencecah sehingga RM 30 ribu. Walaupun nilai tersebut masih kurang berbanding berbagai cadangan yang telah dirancang untuk pembangunan sekolah, sekurang-kurangnya ianya boleh melaksanakan sebahagian daripadanya. Setelah menumpukan sepenuhnya pada kerja-kerja keceriaan pada tahun lepas sehinggalah penganugerahan sekolah harapan negara dan sekolah lestari, tahun ini kami sepakat untuk menumpukan kepada aktiviti pembelajaran di samping mengutamakan projek-projek yang boleh memberi keuntungan kemudian hari.

Thursday, April 21, 2005

Juruterbang sendiri

“Setiap orang adalah juruterbang pada pesawat yang dipandunya sendiri”
Lihat angkasa. Setiap yang berada di angkasa dianggap hebat. Ia bukan sahaja hebat malah luar biasa serta unik sekali. Burung dikagumi kerana keupayaannya menghiasi alam. Hanya burung mampu melakukan begini. Maka burung dianggap hebat, luar biasa dan unik.
Apabila manusia mula berusaha terbang sebagaimana burung, maka terciptalah kapal terbang. Setiap yang mampu terbang menggunakan kapal terbang dengan sendirinya meletakkan martabat dirinya ke tahap lebih tinggi. Mereka yang mampu memiliki kapal terbang serta memandunya sendiri malah dianggap luar biasa dan hebat sekali.
Setiap kali anda mendonggak ke langit kerana terkesan oleh gauman kapal terbang, ingat anda juga sedang memandu pesawat anda sendiri di bumi. Setiap daripada kita sedang memandu pesawat kita. Ke mana hala tuju kita kitalah sendiri yang menentukannya. Jika kita mahukan ia selamat ke destinasi maka pandulah mengikut peraturan-peraturannya yang sedia ada.
Sebuah pesawat udara mampu terapung-apung di udara serta melusup dengan lajunya ke destinasi kerana ia menurut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuknya. Tidak mungkin sebuah kapal terbang sebegitu berat boleh terapung dan melusup dengan lajunya tanpa beberapa hukum yang terpaksa dipatuhi. Pesawat yang sedang kita pandu ini juga tertakluk pada hukum-hukum dan peraturan-peraturan tertentu. Hukum-hukum itu telah ditentukan. Jika mahu selamat patuhilah hukum-hukum dan peraturan-peraturan itu. Ia telah ditentukan oleh Pencipta. Dia-lah TUHAN yang maha berkuasa menentukan apa saja untuk kita – bahan ciptaannya, sebagaimana pencipta kapal terbang telah menetapkan semua ciri untuk sebuah kapal terbang selamat menguasai angkasa hingga ke destinasi.
Sifir ini mudah difahami tetapi tidak ramai yang faham tentang keperluan mematuhinya. Jika setiap orang adalah juruterbang pada pesawatnya sendiri, mengapa ada orang sanggup menjerumuskan dirinya ke lembah hina. Mengapa manusia tidak mahu mengambil semua peraturan yang telah ditetapkan walhal itulah yang menjamin perjalanannya selamat.
Dalam Surah At-Taubah ayat 51, nyata disebut, “Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH. DIA-lah pelindung kami dan hanya kepada ALLAH orang beriman harus bertawakal.”Dan jika pun pesawat diri menghadapi masalah meskipun telah dikendalikan dengan sebaik-baiknya, bahawa setiap keburukan dan kesusahan itu ada kesenangan yang menanti. Dalam Surah Al-Insyirah ayat 5 – 6 disebut, “Sesungguhnya pada setiap kesusahan itu ada kesenangan. Maka pada setiap kesusahan itu ada kebaikan.”Hidup adalah perjalanan menuju destinasi. Agama yang sebenar adalah kenderaan menuju destinasi sebenar.
Selagi kita menarik nafas kita sebenarnya sedang memandu pesawat kita sendiri. Ke hala mana yang kita bawa ke situlah kita akan berakhir. Ingat peraturan-peraturannya dan ingat hukum-hukumnya semoga pesawat tidak terhempas dan kalaupun terbang laju tidak menuju hala yang salah.

ISO - OK

Mesyuarat penutup audit ISO lewat petang ini telah membuahkan satu keputusan yang begitu menggembirakan. MLVK layak untuk dianugerahkan ISO. Malah tiada satupun ketidakakuran yang ditemui. Tahniah kepada semua yang terlibat untuk kejayaan ini. Memang dari awal kami jangkakan tidak akan menghadapi masalah untuk penganugerahan ini. Sekarang segala-galanya telah terjawab dan ini merupakan satu penggerak untuk semua berkerja mengikut prosedur sewajarnya.

Wednesday, April 20, 2005

Manusia yang bernama lelaki

Kita sering mendengar kenapa lelaki suka berlagak bujang apabila berada di luar.

Apa nak hairan, saham lelaki memang tak pernah jatuh. Kalau mereka berlagak bujang itu tandanya kejantanan mereka masih tip-top. Kalau dah tak gatal maknanya ada sesuatu yang dah tak beres. Lelaki yang sudah berkahwin tapi berlagak bujang adalah satu fenomena. Ia terjadi di mana-mana di seluruh dunia, selagi lelaki didampingi oleh wanita. Tanpa wanita tak akan ada lelaki yang hendak mengaku bujang.
Namun, kita tak boleh mengatakan semua lelaki yang begitu sebagai lupa daratan ataupun buaya. Kebanyakannya hanya suka-suka. Kalau tak ada wanita yang sama gatal tak jadi apa-apa.Lelaki dikira normal apabila dia sentiasa ada nafsu terhadap wanita. Lelaki yang tidak normal rasa menyampah dan loya melihat wanita. Ini bermakna, lelaki yang nampaknya seperti menggatal sebenarnya petanda baik, sebab jika dia sudah tidak terasa apa-apa ketika melihat wanita cantik atau seksi, pasangannya bakal menghadapi masalah besar.
Walaupun ia dikatakan normal, lelaki tidaklah boleh jadikan itu sebagai tiket pula untuk semakin menggatal. Di situlah datangnya agama untuk memantau kehidupan manusia. Dengan agama, rasa-rasa semula jadi itu dapat dibatasi dan kalaupun hendak dilampiaskan, dilampiaskan kepada jalan yang benar.
Walau bagaimanapun fenomena ini tidak terlepas juga pada kaum wanita terutama wanita yang susuk badannya tidak menyamai tiang walaupun telah beranak lima. Wanita yang berwajah cantik malah lebih kerap berlagak anak dara sewaktu di luar. Oleh yang demikian setiap wanita perlu belajar mengenali lelaki sebab lelaki adalah makhluk penuh misteri. Kadang-kadang sukar memahami lelaki. Kita boleh belajar mood, fikiran, prinsip melalui warna pakaian yang dipilihnya; kita juga boleh belajar tentang sifat baik dan buruknya melalui tarikh lahir.

Tuesday, April 19, 2005

ISO

Hari ini dan esok merupakan penentuan pengiktirafan kualiti pengurusan pejabat kami, kerna dua hari ini audit luar akan menilai pelaksanaan ISO di pejabat. Pagi-pagi lagi semua kakitangan telah dikumpulkan untuk mendengar taklimat dari KP dan TKP. Pengiktirafan ISO ini amat penting kerana ianya merupakan titik permulaan untuk kita mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Memang menjadi hasrat jabatan untuk mengantarabangsakan program sediada. Menurut maklumbalas-maklumbalas dari pusat bertauliah kami optimis akan mendapat sambutan yang menggalakan terutama dari negara membangun. Pada masa ini juga lepasan SKM telah diterima untuk melanjutkan pelajaran di UK dan Australia. Malah baru-baru ini kita telah menerima pelawaan dari Oman untuk menilai ketrampilan pekerja mereka dalam bidang NDT. Tapi memandangkan dasar kerajaan pada masa ini masih belum membuka pentaulihan SKM kepada warga luar maka jemputan tersebut terpaksa ditolak. Walau bagaimanapun anadaikata kerajaan mengubah polisi kita telahpun bersedia dan pengiktirafan ISO dari Lyod ini amat kami harapkan.

Wanita

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.Bayangkan andainya seluruh alam ini hanya didiami oleh lelaki. Tentu membosankan. Sedang Nabi Adam a.s. juga berasa tidak tenteram apabila keseorangan, walhal apa yang tidak ada di Syurga? Namun, fitrah manusia memang mahu berteman, agar dengan itu dia ada teman bicara, untuk dia membina tali perkenalan, saling sayang menyayang untuk membina sahsiah hidup yang membahagiakan.
Demikian juga andainya seluruh alam ini hanya didiami oleh wanita. Alangkah bosannya. Tetapi kewujudan wanita itu sendiri di samping penting dalam kehidupan lelaki ia juga boleh berakhir sebagai racun berbisa atau kekal sebagai madu yang menyegarkan. Wanita itu bintang. Ia indah di pesada langit. Wanita itu pelita. Ia menerangi alam di malam penuh gelita. Wujudnya wanita selain untuk memperhambakan dirinya kepada PENCIPTA, juga sebagai dian dalam hidup lelaki. Maka bertindaklah sebagai dian yang cukup damarnya untuk terus menerangi gua diri seorang lelaki, usah menjadi racun yang memusnahkan diri sendiri juga dia yang bernama lelaki.
Lelaki itu kelihatannya perkasa, tetapi sebenarnya lemah. Yang perkasa mungkin fizikalnya tetapi hati dan perasaannya tetap romantik. Jika tidak tiada lelaki sanggup menyusahkan dirinya untuk bergelar kekasih atau suami kepada seorang wanita. Dengan itu dia terpaksa melupuskan kemerdekaannya. Dia terpaksa menjadi manusia yang akan dijadikan tempat pergantungan oleh banyak pihak. Dia terpaksa menyusahkan dirinya untuk orang lain. Perasaan lelaki tetap halus sebagaimana wanita, cuma dia dibekali keperkasaan tubuh oleh ALLAH, lantaran dia lebih dipertanggungjawabkan untuk menerajui kehidupan di bumi. Perasaannya tetap halus dan mudah tersentuh. Dia boleh menangis apabila rasa terhiris. Apa juga keperkasaan yang ditunjukkannya dia tetap memiliki hati yang lembut. Jika tidak seorang panglima tidak mungkin berlutut di hadapan kekasihnya selepas dia membunuh 100 orang musuh di medan peperangan.
Lelaki menjadi tidak okey bukan sepenuhnya kehendak lelaki itu. Selalu terjadi seorang lelaki yang berjaya menjaga semua ciri-ciri kesolehan dan ketaatan akhirnya kecundang oleh godaan wanita. Usah salahkan lelaki sangat jika perhatiannya terkalih tetapi salahkan jugalah wanita yang telah menggodanya. Lelaki lemah dalam perkasa. Dia bertolak ansur dalam bertegas. Dia boleh runtuh oleh godaan yang berterusan. Jika seorang lelaki terlupa tanggungjawabnya bukan salah dia sangat tetapi ujian yang terpaksa ditempuhnya bermula daripada wanita juga. Apa yang lelaki inginkan dalam satu-satu perhubungan terlarang, kecuali perhatian meskipun kegatalan yang tidak dinafikan. Lelaki amat mendambakan seorang wanita yang baik di sisinya. Wanita lebih-lebih lagi memerlukan seorang lelaki yang bertanggungjawab di sisinya. Kita saling perlu memerlukan. Kita saling bercinta untuk kecemerlangan. Perkahwinan adalah titik mula pada gemilang dan terbilang. Usah jadikan perkahwinan titik mula pada gagal dan kecundang. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya. Gunakan kecantikan anda untuk menundukkan seorang lelaki, anda akan berjaya sebab tiada lelaki yang tidak terpukau oleh kecantikan. Tetapi apabila datang bosan dan marah kecantikan seorang wanita sudah tidak bermakna apa-apa lagi. Sayangilah sebuah perkenalan kerana di situ ada kenangan. Kenangi sebuah perhubungan kerana di situ ada kerinduan. Sayangi kedua-duanya kerana ia rahmat TUHAN.

Monday, April 18, 2005

Semut, Labah-labah atau Lebah

Jika anda diberi pilihan untuk menjadi semut, labah-labah atau lebah, manakah yang akan anda pilih?
Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya. Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan.
Apakah pilihan anda?
Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurangan tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl. Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa, penting lagi contoh-contoh terbaik untuk manusia. Namun, kita boleh menilai sebagaimana berikut:
Semut. Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja.Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.
Labah-labah. Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga salingmemusnahkan.
Lebah. Lebah memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an disebut, marhumnya, "Atas perintah TUHAN ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal.” [An-Nahl,16:68]. Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat. Ini dibuktikan dalam salah satu rancangan yang memaparkan kisah-kisah pelik tetapi benar terbitan Amerika Syarikat. Jadi, apakah pilihan kita? Kita perlu memilih ketiga-tiganya sebab ketiga-tiganya mempunyai keistimewaan-keistimewaan tertentu. Psikologinya kita ingin menjadi semut dengan alasan mahu bekerja keras tanpa memikirkan soal remeh-temeh dan politik-politik tertentu. Namun, kita tidak mahu mengambil sikap bodohnya. Tahukah anda sembut amat bodoh meskipun amat rajin. Jika ada seekor semut terjumpa seketul gula misalnya, dia akan segera pulang memberitahu rakan-rakannya. Lalu dia akan mengikut jalan yang sama yang digunakannya sehingga seketul gula itu ditemuinya kembali. Dia dan rakan-rakan akan menggunakan laluan yang sama untuk kembali ke situ dan begitulah seterusnya hinggalah makanan itu habis. Kemudian seluruh suku sakat dan kaum kerabatnya akan mengikut laluan yang sama juga walaupun ada jalan pintas yang lebih dekat. Kita juga perlu mengambil sikap labah-labah yang smart itu. Dia membina sarang dan duduk senang sepanjang masa. Konsepnya seperti bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Susah membina sarang berbaloi untuk hidup senang. Hidup memang perlu smart. Hanya orang smart akan dapat smart living melalui smart earning. Kaedahnya seperti menanam pokok pisang; menanam sekali makan selamanya. Samalah juga seperti menulis buku; menulis sekali tapi memunggut hasilnya sepanjang masa. Dengan mengambil sikap lebah, tentunya kita mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya. Tidak pernah kita lihat indung lebah ada yang besar ada yang kecil. Ia benar-benar seperti manusia yang pandai matematik dan sains atau seperti manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya. Meskipun hebat segala segi, lebah boleh menyerang balik jika terancam. Sikap ini turut diperlukan sebab untuk membina kejayaan ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat serta kedudukan daripada diganggu. Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas. Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.“Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya." Itulah lebah.

Sunday, April 17, 2005

Mahluk Lelaki dan Wanita

Lelaki dan wanita, kita sama-sama berkongsi hidup di alam ini. Kita sama-sama diberi hak untuk menikmati semua kelebihan dan kemudahan yang tersedia di dalamnya. Kita juga diberi hak untuk menikmati cinta dan kasih sayang sesama kita. Mengapa harus salah seorang daripada kita mengkhianati nikmat-nikmat yang telah disediakan itu. Mengapa kita harus mendustai cinta, mengingkari kasih suci dan mempersesia orang yang sama-sama ingin hidup seperti kita. Wahai wanita dan lelaki, kita diberikan kesempatan untuk berada dalam situasi terbaik. Mengapa kita memusnahkan hidup sendiri dengan cinta-cinta palsu. Mengapa tidak boleh kita jalani hidup ini seadanya kita sebagai hamba. Syukurilah nikmat cantik yang telah anugerahkan ALLAH kepada kita. Syukuri juga nikmat tampan jika kesempatan itu diberikan kepada kita. Wajah yang cantik dan tampan akan semakin cantik jika dibalut dengan ketulusan. Apakah kita tidak menyedari akan hal ini? Tatkala air mata mencucur laju, bukankah baik jika diganti dengan hilai tawa? Semasa kita mengkhianati cinta seseorang, kita sudah mewarisi sifat kezaliman. Bukankah indah hidup kita jika amalkan toleransi dan saling menyayangi? Wahai wanita dan lelaki, runtuhkanlah tembok egomu, jalanilah hidup sebagaimana seorang yang meminjam waktu walau sedikit. Tempoh untuk kita sama-sama melayari hidup tidak lama. Nafas yang ditarik boleh terhenti tiba-tiba. Mengapa menukar asal kejadian kita yang putih bersih itu kepada hitam pekat lagi berkarat. Hidup bukanlah terlalu lama untuk kita rencahi ia dengan tutur kata yang membisakan hati penerima. Hidup bukan juga lama untuk kita rencahi ia dengan titik-titik hidup dalam sejarah hidup kita. Lelaki dan wanita adalah mahkluk dari spesis yang sama. Sama-sama punya perasaan, sama-sama ingin hidup ceria dan bahagia. Mengapa gagal untuk saling memahami? Mengapa terlalu mementingkan diri padahal dia yang terluka adalah sama-sama bergelar manusia. Dunia semakin pelik dengan watak-watak filem hindustan – sanggup mengkhianati atau terlalu kasih hingga terbarai sesuatu berlegar di sekeliling kita. Usah terlalu sampai hati merosakkan hidup sendiri. Usah terlalu tegal mempermainkan perasaan orang lain dan diri sendiri. Kita menjadi jagoan cinta palsu yang kita himpun hanyalah kesalahan dan kekesalan. Kita menjadi jagoan membina kejayaan kita hidup secara melaksanakan tuntutan TUHAN dan menikmati kekayaan. Wahai setiap yang bernama lelaki dan juga wanita, air mata kita bagaikan mutiara di tengah padang pasir yang luas. Usah terlalu mudah menumpahkannya untuk satu berita sedih tapi bangkitkan untuk membuktikan kita tidak lemah hanya oleh ujian perasaan. Dia yang mengecewakan kita bukanlah insan terbaik. Biar dia pergi hari ini daripada besok hari, kerana setiap yang bernama setiap hari itu adalah kelukaan yang lebih dalam. Setiap kekecewaan hari ini sebenarnya lebih baik daripada esok hari, sebab kekecewaan hari ini pastinya tidak sedalam esok hari yang mendatang. Semakin dalam rasa cinta dan sayang kita semakin sakitlah apabila kita dikecewakan. Lelaki dan wanita, marilah jadikan alam ini tempat yang lebih baik untuk menghiru udara bersih. Biar sama-sama kita berdiri di atas bukit dan sama-sama menikmati dinginnya hawa dan saujananya pandangan, usah jadi pendaki yang tidak pernah sampai dan akhirnya kecundang. Kitalah yang membawa diri kita sendiri ke puncak menara dan kitalah juga yang membawa diri kita ke jurang dalam. Kiranya hidup ini boleh difahami dengan kewarasan, ia sesuatu yang amat indah dan mendambakan belaian sayang.

Rama-rama

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci. Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.
Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa. Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban.
Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada taraf A1, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas.
Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Saturday, April 16, 2005

Surau Seluruh BBB

Sejak dua tiga hari ni handset aku buat hal, so banyak le massage yang tak dapat aku terima. Dalam banyak-banyak massage tu sebenarnya ada pesanan untuk aku datang mewakili surau Al-Islah untuk mesyuarat seluruh surau dalam daerah Bandar Baru Bangi. Metting tersebut diadakan di Surau An-Nur. Mujur ada member bagi tau masa lepas sembahyang isyak. Tapi dek kerana agak sibuk aku hanya sempat datang lepas jam 10.00, nasib baik sorang member dah datang awal. Banyak perkara yang dibincangkan demi kepentingan masyarakat Islam BBB. Satu perkara utama yang perlu tindakan segera ialah mendapatkan 5 calon bagi setiap kawasan bagi lantikan pasukan mencegah maksiat. Seperti yang diketahui umum kawasan BBB masa ini agak panas, terutamanya di kawasan Tasik Cempaka.

Mesyuarat sebegini akan dapat menyatukan serta menyebarkan perkembangan terkini seluruh masyarakat Islam kawasan BBB. Mesyuarat juga membincangkan strategi bagi mengutip dana sekitar RM 200 ribu bagi pembinaan surau Seksyen 15. Alhamdullilah masa ni kutipan telah mencecah RM 150 ribu. Kesedaran di kalangan masyarakat kita dalam hal-hal pembinaan rumah ibadat ni amat menggalakan.

Kelulusan mendapatkan kawasan tanah perkuburan dan lantikan seorang amil bagi setiap surau juga merupakan salah satu agenda. Seperkara lagi Persatuan Penduduk BBB telah berjaya membeli satu lagi rumah kedai. Harga setiap syer bagi rumah kedai ni adalah sebanyak RM 1 ribu. Dengan usha-usha sebegini di samping mengeratkan tali siratulrahim, juga sebagai sumber pendapatan tambahan kepada yang menjadi ahli.

Wednesday, April 13, 2005

Saying I love you in 100 languages

English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua

Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female)

Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe

Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo

Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda

Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te

Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'

Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw

Hawaiian - Aloha wau ia oi
Hebrew - Ani ohev otah (to female)
Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te iubesc
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra'dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe


Mat Jenin

Masyarakat melayu sering dikaitkan dengan angan-angan Mat Jenin. Satu cerita lagenda yang kadang-kadang boleh mempengaruhi emosi seseorang. Menurut cerita Mat Jenin berangan ketika memanjat pokok kelapa, daripada upah panjat pokok akan dibelinya ayam, selepas tu kambing, lembu sehinggala dia kaya dan dapat mengawini tuan puteri. Semasa dia memeluk pokok kelapa ia mengandaikan memeluk tuan puteri, sehinggalah dia terlepas dan jatuh ke bawah lalu mati. Kalau dilihat dari segi logik, kenapa perlu dilepas tuan puteri dari pelukan. Lagi pun Mat Jenin dah pun mati, tak sesiapa pun tahu samada dia berangan atau tidak. Tetapi masyarakat kita sering mengaitkan cerita dongeng ini dengan tindakan seharian. Kita sering mendengar perkataan ‘macam mat jenin la engkau’ ketika seseorang itu cuba memperkatakan harapan masa depan. Sehinggalah masyarakat kita merasakan berangan merupakan tindakan yang merugikan. Angan-angan merupakan satu imiginasi. Kita perlu angankan sesuatu sebelum kita berusaha untuk mendapatkannya. Angan-angan akan mengarah otak kita untuk berusaha memikirkan bagaimana untuk mendapatkan nya. Tetapi angan-angan tanpa usaha tidak akan mendatangkan sebarang hasil.

Sunday, April 10, 2005

Bersederhana itu kekayaan yang nyata

“Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin”
Jika perlu marah, marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar; jika perlu menangis, menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang; jika perlu patuh, patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan.Jika mahu miskin, miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi kufur; kalau mahu kaya, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah; jika mahu menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai terlupa keperluan dunia. Kalau mahu sebuah kereta mewah, belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa; kalau mahu dua buah rumah, belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas; kalau mahu menimbun harta, bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah.Kalau mahu berhibur, berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat; kalau mahu memperkatakan hal orang, berkatalah asal jangan sampai mengumpat; kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda pun berusaha kuat sepertinya.Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara. Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis; orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau; orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak berdaya.Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta; binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia; binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya bersederhana dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan di jalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.Sayidina Ali r.a. berkata, “Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.”

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin; menyimpan harta jangan sampai digelar si bakhil, beribadah jangan sampai semakin jahil.Kata sayidina Ali r.a. lagi, “Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.”Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira. Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya.

Mampu Boleh

Tubuh badan kita boleh melakukan banyak keajaiban jika kita memberikan target yang tertentu untuk dikejar olehnya. Keupayaan kita sebenarnya mengatasi apa yang kita sangkakan. Apabila kita sangka kita lemah sebenarnya kita lebih kuat daripada kelemahan itu. Tetapi ramai orang sangka dia lemah lalu bertindak sebagai orang lemah. Akibatnya banyak hal dalam hidupnya mengalami kemerosotan.Dalam apa cara sekali pun kita kena sombong sikit kepada diri sendiri. Selalu rangsang diri dengan kata-kata, “Aku pandai,” bukan “Aku bodoh,” walaupun hakikatnya kita tidaklah sepandai mana. Rangsangan yang diberikan kepada diri sendiri adalah penunu yang akan sentiasa membakar semangat anda untuk terus berjuang.Usah jadikan suasana yang tidak okey sebagai alasan untuk gagal dan berasa lemah.

Apa juga situasinya kita boleh berjaya jika kita berikan peluang kepada diri kita untuk berjaya.

Saturday, December 11, 2004

Majlis Penyampaian Sijil

Hari ini terpaksa hadir bagi menyampaikan sijil sebuah pusat bertauliah MLVK iaitu Institut Harapan. Majlis diadakan di Hotel Emerald Klang. Oleh kerana aku sendiri tak biasa dengan hotel tu, maka kena pergi lebih awal. Rupa-rupanya hotel tu senang nak cari, mungkin aku sampai awal berbanding dengan para graduan. Aku parking agak jauh dari lobi dan sempat pekena roti dah teh dulu. Bila masa dah dekat, aku ke kereta untuk dress-up dan terus ke penyambut tetamu untuk memperkenalkan diri. Terkejut penyambut tetamu tu, katanya parking depan lobi ni disedia untuk aku. Aku terus disambut oleh Pengurus Institut dan diiringai naik ke dewan Seri Delima bersama paluan kompang. Seramai 75 graduan IT yang aku sampaikan sijil dan yang paling membanggakan hampir kesemuanya adalah dari keturunan Jawa. Walaupun tek ucapan dan sedia, namun semasa ucapan perasmian aku hemtam mengikut sesedap yang aku rasa. Majlis selesai pukul 12 tgh dan aku bergegas ke pejabat kerana ada majlis sambutan hari raya di samping melihat persiapan terakhir sebelum berangkat ke Indonesia 2 hari lagi.

Sunday, November 21, 2004

Tetamu Aidilfitri

Hari ni merupakan satu sejarah di mana ini kali pertama 7 keluarga berkunjung ke rumah serentak. Masing-masing pulak anak ramai, penuh rumah dari depan hingga ke dapur. Mulanya sorang member dari Jalan Ipoh call, katanya dia akan singgah rumah sekitar pukul 3 petang. So mem pun prepare laksa penang. Tak lama lepas tu sorang member dari Melaka pulak call, katanya dia ada di Seremban dan akan singgah di rumah. Tak lama lepas tu member dari Penang call katanya dia ada di Melaka, pergi kenduri kahwin. Ada 3 family katanya dan akan singgah rumah. Siap order soto lagi. Jadi tengahari tu kami terpaksa tambah menu. Masak soto terkejut yang mana semuanya terpaksa disiapkan dalam masa 2 jam. Kebetulan petang tu keluarga dari west country datang ditambah pulak member dari Shah Alam. Jadi petang ni memang cukup meriah. Terima kasih kerana sudi datang ke rumah.

Monday, November 08, 2004

Sampul duit raya

Hari pejabat di kejutkan dengan satu kisah yang agak lucu dan pelik. Ada seorang member di pejabat di ke bank hari ini untuk tukar duit. Untuk duit raya katanya. Dia tukar agak besar nilainya. Tapi pegawai bank tu hanya bagi satu peket sampul duit raya. Dia cuba mitak lebih sebab katanya dia tukar duit banyak. Pegawai bank tu kata sorang hanya dapat 1 peket saja. Jadi kawan ni pun jadi hot semacam sebab nak mintak tambah satu peket lagi pun tak boleh. Dia tanya berapa maksima boleh keluar duit untuk satu masa. Pegawai tu kata RM25 ribu. Jadi disebabkan marah tak dapat sampul dia keluarkan RM25,000 dan bawak tunai masukan tabung haji. Itu pun nasib baik tak boleh keluar semua, agaknya kalau boleh dengan akaun tu sekali ditutupnya. Nasib baiklah tak jadi apa-apa semasa dia bawak cash money….. hanya disebabkan sampul duit sahaja…

Sunday, October 03, 2004

TT Puchung

Keluarga funser di TT Puchung.

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Monday, August 23, 2004

Lawatan ke KB

Flight aku ke KB pagi ni pukul 8.10 pagi. Sampai KB pukul 9.10 pagi dan terus naik kereta yang dah menunggu untuk berkejar Orich Ventures Sdn Bhd di daerah Melor. OVSB adalah salah satu pusat bertauliah MLVK dan hari ni merupakan majlis perasmian di samping majlis konvokesyen pusat tersebut. Aku perlu sampai sekurang-kurangnya pukul 9.45 pagi kerana Y.B. Timbalan dijangka akan sampai pukul 10.00 pagi. Dalam perjalanan aku try banyak kali call setiausaha YB, tapi tak pernah dapat. Aku sampai 9.40 dan orang ramai sedang menunggu ketibaan YB. Rasa lega bila dapat tahu YB tak sampai lagi. Aku juga merupakan salah seorang VIP pagi ni. Tepat pukul 10 pagi YB pun sampai. Aku sempat cari SU dan tanya bawak tak press statement yang aku sediakan sebelum ni, dia jawab tak. Nasib baik la aku bawak spare. Majlis penyampaian sijil di selangi dengan Dikir Barat dan nama aku dan juga YB ada disebut dalam senikata dikir Barat tu. Terasa juga gah sekejap, YB jeling je kat aku semasa kumpulan tu sebut nama aku. Selepas makan tengahari ada PC untuk YB, sempat juga aku bisikan pada YB perkara-perkara yang perlu di beri perhatian. Seronok juga rasa bila YB gunakan sepenuhnya nota yang aku sedia untuk press release.

Tepat jam 1.15 aku bergegas ke ILP KB kerana ada tugasan lain iaitu pemeriksaan audit ketakakuran. Pemeriksaan dan perbincangan dengan Pengarah ILP KB habis pukul 4.10 ptg dan aku bergegas ke airport untuk penerbangan ke KLIA pada pukul 4.35 petang. Semua perjalanan kerja aku hari ni cukup-cukup je masa, sehingga tak ada masa rehat langsung. Terima kasih Faizah kerana menguruskan perjalanan aku dari mula hingga akhir, Tuhan saja yang akan balas…

Peristiwa Lucu

22 Ogos perjalanan balik dari Lumut. Semua member check-out pukul 12 tgh. Masing-masing bawak haluan sendiri-sendiri. Plan awal nak balik konvoi pun tak jadi, sebab masing-masing tukar planning last minute. Walau macamana pun aku masih konvoi dengan Lawchoo, member dari Kepong. Kami singgah di Lumut tenguk ikan bilis. Lepas tu terus bertolak ke Teluk Intan. Awal-awal lagi Lawchoo dan pesan akan follow je belakang aku sebab dia kata tak tau jalan. So aku di depan. Sampai satu tempat ada sebuah Unser sama warna dengan Unser aku dengan plate AE…. ada kat depan aku. Tetiba unser tu pasang singnal untuk beluk kiri, jadi aku pun potong la Unser tu. Tapi yang spoilnya si Lawchoo ni pegi ikut belakang Unser tu, dia ingat Unser tu aku punya. Sampai la unser tu kat rumah dia baru Lawchoo sedar dia silap follow. Yang aku ni bila tenguk Lawchoo dah takde kat belakang terus je berhenti tepi jalan dan call, lepas tu gelak je la sepanjang jalan.

Lawchoo! Lawchoo!, hang memang lucu…..

Funser Hunt 04

21 Ogos aku berpeluang mengikuti program treasures hunt anjuran UMW Toyota. Sebanyak 40 buah Unser yang terlibat. Program ini merupakan program tahunan bagi Kelab Funser dan menjadi rebutan di kalangan ahli kelab, tetapi sapa cepat daftar dia dapat. Dan aku berjaya mendaftar dan berjaya mendapat list no 3 terawal mendaftar.

Pukul 9.00 pagi – Pendaftaran peserta bermula di UMW Ipoh. Aku sampai agak lewat sikit lebih kurang pukul 9.30 pagi, sebab pekena kopi dulu dengan Suhaimi. Itu pun member-member dah call sebab tak nampak lagi aku kat sana. Begitulah keakrapan ahli kelab ni. Masa pendaftaran kami telah dibekalkan 2 pasang t-shirt untuk setiap peserta, so untuk family aku je dapat 12 helai, 12 botol air, 2 beg galas Funser, Funser Sun Sides dan juga sticker Funser. Pagi tu semua peserta di kehendaki memakai t-shirt kuning. Cuma yang kelakarnya saiz untuk anak-anak agak besar. Untuk hero aku yang kecik tu walaupun dia dapat saiz XS, tapi bila pakai macam pakai jubah.

Pukul 10.00 pagi - Taklimat untuk semua peserta. Sebenarnya inilah kali pertama aku menyertai program seperti ini. Semua peserta di sediakan dengan 30 soalan. Semua soalan memang trick dan memerlukan penafsiran yang agak mencabar.

Pukul 11.00 pagi – Semua peserta dilepaskan. Memang susah untuk mendapatkan jawapan, kena sensitive dengan keadaan sekeliling. Kena pulak ini first time ikut program jadi masih tak berapa cekap lagi. Perjalanan untuk menghabiskan 30 soalan adalah dari Ipoh sehingga ke Damai Laut Resort Lumut. Memang penat tapi enjoy.

Pukul 4.00 petang – Semua peserta sampai di destinasi dan masing-masing check-in hotel. Aku dapat 2 bilik. Hotel agak selesa, empat bintang. Petang tu angah, abang dan apa berendam je kat kolam.

Pukul 8.30 malam – Semua berkumpul untuk BBQ Dinner, semua dikehendaki mengenakan t-shirt putih Funser. Sebenarnya inilah kali pertama t-shirt ni dilancarkan dan ianya akan menjadi pakaian rasmi setiap kali perjumpaan termasuklah perjumpaan TT setiap bulan. Majlis malam tu agak meriah dan diakhiri dengan keputusan hunt. Seperti yang diduga aku hanya dapat tempat ke 36, dapatle hadiah minyak injin, album funser, Toyota binocular dan jam tangan. Nilai lebih kurang RM 300.00. Tahun depan kalau berpeluang ikut program ni kena pasang strategic. Majlis selesai pukul 11 malam, dan semua peserta rasanya cukup berpuas hati.

Friday, August 13, 2004

Kejayaan

Ungkapan dari Sri Diah

Sesuatau kejayaan itu dapat dicapai bukan berdasarkan kepada nasib semata. Malah kejayaan merupakan satu SIKAP. Orang yang berjaya ialah individu yang sering mencapai matlamatnya. Natijahnya individu itu akan sentiasa berjaya mencapai apa yang dihajati dan akhirnya kejayaan menjadi satu tabiat.Orang yang gagal sentiasa mempunyai alasan mengenai kegagalannya. Ia merasai dirinya menjadi mangsa kepada keadaan, situasi dan tindak tanduk orang lain. Mengikut kajian, 75 - 80 % pemikiran kita adalah dalam bentuk negatif. Pemikiran yang negatif akan menghasilkan perasaan takut, cemas dan patah semangat. Apabila kita izinkan pemikiran negatif menguasai fikiran kita, segala perancangan kita akan tergugat dan kegagalan mudah berlaku. Akhirnya kita mensabotaj keupayaan kita sendiri untuk berjaya.

Friday, August 06, 2004

Kebahagiaan

Empat perkara yang mendasari kebahagiaan hidup seseorang menurut kajian di National Institute on Aging, adalah harga diri, optimisme, keterbukaan dan pengendalian diri. Namun bukan hanya terhad kepada empat perkara ini sahaja. Ada beberapa langkah yang boleh dibuat untuk mencapai kebahagian dalam hidup. Antaranya ialah:

Aktif dan mempertahankan kesibukan.
Melakukan sesuatu dengan fikiran positif dan optimis.
Meluangkan waktu untuk bergaul dan bersosial.
Bekerja dengan produktif dan melakukan pekerjaan yang memberi makna.
Berorientasi ke masa kini.
Mengembangkan keperibadian yang sihat.
Mengembangkan keperibadian yang terbuka. Jadilah diri sendiri.
Mengurangkan permasalahan dan perasaan negatif.
Memelihara pandangan bahawa peribadi yang elok adalah sumber kebahagiaan yang paling utama.
Memberikan nilai tinggi terhadap kebahagiaan itu sendiri.

Tuesday, August 03, 2004

SPA

Hari ni hari pertama aku terpaksa jadi panel temuduga bagi tujuan perlantikan PLV J41 bahagian Makanikal. Pengerusi panel Datin Hajah Fauziah. Awal-awal lagi aku dah dimaklumkan hanya 2 sahaja dari panel aku yang akan di pilih daripada 100 calon yang akan di temuduga. So persaingan amat-amat sengit. Calon-calon yang hadir pulak masing-masing dah berpengalaman di industri, setengah tu dah mencapai gaji 5 ribu. Memang serba salah betul nak pilih....... Sampai kadang-kadang terpikir jugak dia orang ni mungkin cuma nak test market je. Kalau dipanggil betul mungkin tak datang. Tapi apahal pun aku terpaksa pilih yang terbaik yang dijangka tidak akan menimbulkan sebarang masalah di mana-mana institut.

Aku masih ingat 3 atau 4 tahun lepas, daripada keseluruhan nama calon yang dipanggil temuduga biasanya hanya setengah sahaja yang hadir. Tapi sekarang dah berbeza. Masing-masing berlumba nak masuk kerajaan. Banyak kemungkinan punca senario ni terjadi. Salah satunya sesetengah industri bukan tempat selamat untuk bersandar, bila-bila masa boleh tutup dan cabut negara lain yang lebih murah. Apahal pun aku ada 5 hari lagi untuk memberi cadangan mana yang terbaik, tapi walaumacamanapun keputusan adalah pada panel...

Aww...

Nyah selalu membuatkan aku senyum panjang. Kat kampus aku ni, makin banyak pulak golongan nyah. Macam-macam fesen ada. Nyah itu lebih kurang bermaksud `berambuslah' atau 'pergi kamu dari sini' ataupun 'kami tak perlukan kamu' dan pelbagai lagi andaian yang boleh ditokok tambah kepada mereka yang datang tanpa diundang. Tetapi Nyah dalam erti kata lain pula membawa kepada watak seorang yang lemah gemalai, yang aww..awww... yang geleknya mengalahkan ratu cantik, yang tubuh badannya halus mulus mengalahkan penyanyi popular Camelia. Nyah....Golongan Nyah kini bukan seperti Nyah yang dulu. Sekarang mereka sudah boleh hidup mewah dengan kebolehan yang ada. Ada yang beli apartment sana dan sini. Malah jika berurusan, mereka ini selalunya teliti, tekun, ralit kita mandangnya. Yang pastinya mengalahkan perempuan. Maka terjadilah Salleh pun bertukarlah menjadi Sally. Kamaruddin jadi Kay, Salam kepada Sal, Roslan jadi Rose dan pelbagai lagi.Setelah mereka ini sensitif, suka dipuji, gembira kalau org menghargai mereka. Mereka juga mudah diajak berbicara, mudah mesra jadi kita amat selesa bersama dengan mereka. Tetapi yang tak baiknya tetap ada; mereka kuat cemburu, suka cover diri sendiri tapi salahkan orang lain. Mereka juga suka dengki mendengki, cucuk mencucuk (tapi bukan semua).Mengapa ini terjadi? Rasanya ini kerana mereka bukan diri mereka sendiri. Mereka cuba menjadi seperti orang lain. Jadi tindakan luar kawalan itu banyak menyumbang pada pembentukan karektor mereka. Okey, cuba geletek mereka. Wah... automatik keluar suara garau parau itu!

Monday, August 02, 2004

Bahagia

Mengapa perlu mendapat hati yang bahagia? Kerana banyak penyakit yang berhubung dengan jantung, hati dan saraf adalah akibat daripada gangguan mental. Selain itu hati yang gusar, sakit, kecewa, putus asa, gelisah dan sebagainya akan mengheret tuan punya diri jauh daripada ketenangan. Ketenangan amat diperlukan untuk menjalani hidup dengan penuh cemerlang. Kemuncak ketentangan ialah bahagia.

Membina Hati Bahagia adalah satu kaedah mendapatkan cemerlang hidup yang berkekalan. Sekurang-kurangnya ia perlu didirikan berteraskan tiga faktor:

1. Sentiasa merasakan diri bertuhan
2. Rasa sentiasa bersyukur dan
3. Rasa untuk ikhlas

Semuanya ini akan mengarah kepada kebahagiaan. Namun, cabaran untuk ke situ tetap ada. Lantaran di hati jugalah berdiamnya nafsu dan juga syaitan. Bagi hati-hati yang berkarat di situlah letaknya istana dan singgahsana syaitan dan seluruh kerajaannya.

Bahagia adalah impian dan juga matlamat. Bahagia perlu dicetuskan dan diusahakan. Ada cara untuk mendapatkan bahagia sebab tidak semestinya semua yang menyeronokkan itu menghasilkan bahagia. Adakalanya derita dapat dilihat sebagai sesuatu yang boleh mendatang kebahagiaan terutama pada penghujungnya ataupun tatkala masalah itu dapat diselesaikan.

Tanpa bahagia dan hati yang tenang seseorang akan dilihat sebagai lemah daya kerjanya, gelisah, kuat prasangka, menghasut, keinginan-keinginan yang tidak munasabah, merosakkan jasmani dan kian jauh dari Tuhan
Biarpun nampak mudah dan ringan, sebenarnya kalau kebahagiaan disamakan dengan kesenangan, ia bukanlah definisi yang tepat. Kesenangan belumlah seerti dengan kebahagiaan. Kesenangan boleh dilihat sebagai keselesaan hati tetapi keadaan ini belumlah boleh disamakan dengan rasa bahagia. Bahagia adalah satu rasa yang mengatasi keselesaan hati, mengatasi kesenangan yang berputik dari keupayaan memiliki dan mengatasi rasa tenang melalui bilah-bilah hari.

Sunday, August 01, 2004

Cuai

Kecuaian memang bukan disengajakan tetapi kadang-kadang ia terjadi sewaktu kita tekun dalam satu-satu pekerjaan. Kita bukanlah cuai bahkan kadang-kadang kita begitu memberi perhatian terhadap apa yang kita lakukan tetapi di situlah apa yang dinamakan kecuaian mengambil tempat. Pelik dan ajaib, bukan?

Maka itu, sesetengah orang akan mengatakan, “Sudah nak jadi begitu,” untuk menutup kesalahan. Kata-kata ini memang tiada salahnya, malah kita diwajibkan percaya ketentuan ALLAH, apalagi setelah diusahakan dengan begitu teliti, masih juga berlaku kemalangan. Tetapi andainya ia disebabkan oleh kecuaian secara mutlak, maka persepsi agama terhadap perkara semacam ini adalah berbeza.

Banyak kekalutan berlaku dalam hidup kita disebabkan kecuaian kita. Cuba renung-renung hidup kita. Setiap yang dilakukan tanpa kesungguhan, perancangan dan penelitian biasanya berakhir dengan hasil yang tidak seberapa. Itulah yang dinamakan “cuai”. Kecuaian telah menyebabkan hasil sesuatu usaha tidak menepati targetnya.
Jika anda jenis cuai, anda perlu berhati-hati sebab sikap begini bukanlah yang dikehendaki oleh agama. Agama mengajar setiap penganutnya supaya teliti dalam semua hal. Sebab itulah kebanyakan perkara memerlukan niat untuk dikira ibadah. Niat akan membentuk kesungguhan dan kesungguhan akan mengelak kecuaian daripada mengambil tempat.

Ambil contoh, tatkala anda menunaikan sembahyang tanpa benar-benar memasang lafaz dan niat, sembahyang anda akan menjadi begitu cuai. Fikiran anda mungkin menerawang tanpa tujuan, geraklaku sembahyang anda juga mungkin kelihatan malas bahkan mungkin juga tersilap; sudah empat rakaat disangka tiga, ataupun baru tiga sudah disangka empat.

Di situlah bermulanya satu-satu kecuaian. Semuanya bermula daripada gagal meletakkan niat atau selalu saya sebutkan melalui rangkaikata “hasrat, kehendak, sasaran, kemahuan, target dan cita-cita”. Tanpa semuanya ini kita akan terdedah kepada kecuaian yang disengajakan.

Cuba perhatikan tatkala kita bermalas-malas? Apakah nilai hasil kerja kita itu? Apakah cemerlang atau penuh dengan kekurangan?
Jawapannya sudah tentu compang-camping dan akan menyebabkan hati kita berasa kesal pada suatu ketika kelak. Pada ketika itu kita mungkin tertawa atau menangis melihat kecuaian kita sendiri.

“Kalaulah aku tidak cuai ketika itu, tentu hal semacam ini tidak terjadi.” Kita mungkin mengeluh begitu dan menyesali hari silam. Soalnya, mengapa memperjudikan tuah diri dengan kecuaian-kecuaian begitu?

Demikianlah, kecuaian banyak berlaku dalam keluarga apabila kurangnya perhatian diberikan kepada kesungguhan ataupun niat yang serba murni, ikhlas lagi bulat.

Sesebuah keluarga boleh menjadi medan perselisihan pendapat jika setiap ahlinya tidak memiliki niat-niat yang murni untuk menjadikan kehidupan keluarga itu sebagai jambatan menuju keredhaan ILAHI. Lihat sajalah keluarga yang didirikan tidak berasaskan agama; penuh kecuaian terhadap suruhan-suruhan dan larangan-larangan ALLAH. Perkara yang disuruh tidak dihirau sebaliknya yang dilarang menjadi agenda wajib.

Ini mungkin berlarutan hingga membabitkan soal pendidikan. Mungkin ibu bapa begitu mengambil berat tentang hal ini tetapi kecuaian agama yang dibiarkan mengambil tempat akan menyebabkan kecuaian-kecuaian lain turut tumbuh.

Jadi, bolehkah kita katakan, kecuaian terhadap agama menyebabkan kecuaian-kecuaian lain mengambil tempat? Pendapat ini sentiasa ada benarnya. Namun kadang-kadang semuanya telah dilakukan sebaik mungkin, hasilnya masih tidak seperti yang diharapkan. Apakah ini juga bererti cuai?

Cuba lihat kisah berikut. Lihat bagaimana kecuaian boleh mengambil tempat dalam kelupaan, kealpaan tetapi juga dalam kesungguhan kita melakukan sesuatu perbuatan.

Suatu hari, Aman pergi ke pasar. Sewaktu hendak pulang dia ternampak orang menjual sarung telefon bimbit dengan harga yang murah. Dia pun berhenti, meletakkan barang-barang yang dibelinya tadi dan segera memilih. Lama juga Aman memilih, maklumlah sarung telefon bimbit itu pelbagai jenis dan warna. Susah juga hendak membuat pilihan, kata Aman dalam hati.

Untuk memastikan pilihannya tepat, Aman memasukkan telefon bimbitnya ke dalam setiap sarung yang dirasakannya menarik. Akhirnya dia membuat pilihan muktamad dan terus membayar harga sarung telefon bimbit itu.

Kira-kira setengah jam kemudian, apabila dia sampai di rumah, didapatinya sarung itu kosong. Tiada telefon bimbit di dalamnya. Aman panik. Habis dibongkarnya barang-barang pasar yang dibelinya tadi namun telefon bimbit yang berharga lebih seribu ringgit itu tiada.
Tiba-tiba dia teringat, “Ah, aku masukkan dalam sarung, lepas tu terambil yang kosong.” Aman berasa cukup tidak aman. Dadanya berdebar-debar. Nilai panggilan yang ada dalam telefon itu mencecah RM500. Dia perlu segera kembali ke kedai berkenaan untuk mendapatkannya.

Ternyata usaha Aman tidak berhasil. Di rumah, anak-anaknya memerli, “Itulah ayah, cuai!!!”

Benarkah Aman cuai? Tidak, bahkan dia bersungguh hendak mendapatkan sarung yang paling baik, cantik dan sesuai. Tetapi dalam kesungguhan itulah, Aman kehilangan telefon bimbitnya
.
Kecuaian memang boleh dielakkan tetapi kadang-kadang sesuatu yang tidak terjangka boleh terjadi. Ketika itu, bolehlah dikatakan, “Sudah bukan rezeki,” atau “Sudah begitu kehendak-NYA.”
Nampakkah anda perbezaannya?