Wednesday, April 11, 2012

Frenchi vs Beretta

Franchi dan Beretta adalah dua jenama terkenal senjata api ringan buatan dari Europe. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing. Kedua-dua shotgun jenama ini biasa aku guna. Cuma sejak kebelakangan ini apabila kampong dah semakin moden musuh tanaman tak sebanyak dulu, penggunaannya banyak kepada aktiviti riadah.

Untuk mendapatkan lesen bagi memiliki shotgun di negara kita agak sukar. Lesen hanya dikeluarkan atas tujuan mencegah musuh tanaman, keselamatan, memburu dan bersukan. Bagi tujuan mencegah musuh tanaman dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tujuan permohonan lese ialah dokumen pemilikan tanah, pemberian kuasa penjagaan tanah, maklumat kerosakan terhadap tanaman, program penanaman semula, kepelbagaian dan jenis tanaman. Selain dari itu pemohon mestilah bersih dari sebarang rekod jenayah, lepas tapisan keselamatan dan sihat tubuh badan. Bagi tujuan menjaga keselamatan diri dan harta benda pula, pemohon perlu mengemukakan dokumen penyata kewangan syarikat dan peribadi yang terkini dan salinan aduan kepada polis mengenai ancaman. Manakala bagi tujuan bersukan perlu mengemukakan sijil penyertaan di mana-mana kejohanan di peringkat tempatan atau antarabangsa mewakili kelab, negeri atau negara. Kelulusan hanya dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara setelah melihat dari berbagai aspek.
Dua jenama yang mempunyai ciri-ciri keistimewaannya tersendiri

Ukiran pada body Frenchi ini menjadikan ianya agak unik, semi-auto ini boleh diisi 5 peluru sekali gus menjadikan mangsa tidak akan terlepas dari sasaran

Beretta terkenal dengan rekabentuknya yang tegap dan hentakan yang padu memberi kepuasan pengguna, amat sesuai untuk aktiviti sukan

Muncung saiz 12 bore ini perlu dibersih setiap kali diguna

Peluru untuk size 12 bore ini mudah dibeli tapi perlu kelulusan PDRM setiap pembelian

Sambil-sambil tenguk kebun kadang-kadang ada rezeki ayam hutan lalu

Saiz ayam hutan ni agak kecil tapi dagingnya padat, kalau buat rendang memang mengancam

10 comments:

PINATBATE said...

hebat!
saya tak pernah pegang senapang..ayam hutan pun...uhukuhuk

KAMATO said...

pinatbate, nak rasa ayam hutan ke? bagitau la

atuk said...

Assalamualaikum KAMATO

harga peluru sekarang ni dah naik juga

mula2 menembak dulu, pipi saya rasa kebas...sebab tak pegang kuat2...he he

ps: ada 4 kawasan lagi untuk mesyuarat...yg lain dah berjalan lancar

KAMATO said...

Atuk, memang bahaya kalau kita tak pegang kuat, kuda2 dan bahu juga kena kuat

mama ju said...

Salam Kamato.tkasih atas maklumat. Tak pernah tau pun pasal shortgun tu.Dulu atok ada pakai senapang cuma saya terfikir ada lesenkah dia..?

KAMATO said...

mamaju, sapa ambik alih senapang atok tu? sayang kalau tak ada pewaris

pB said...

dah lama tak makan ayam hutan nie

UMMI HAKIM said...

nyum nyum..best rasa..dpt mkn ayam hutan..dpt pegang snapang (dlm gambr hehe)

giaonhan247 said...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhậtgửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ

Unknown said...

Saya baru bulan lepas dapat lesen. Senjata saya BRNO. Side by side. Ingat nak tukar ambik Beretta SPIII. Tapi berbelah bahagi juga nak ambik Benelli M2..