Tuesday, January 31, 2012

Banyak Makan Wang punya cerita


Peringkat awalnya tak berajat aku untuk tukar rim macam ni, cukuplah dengan rim standard. Tapi lain pulak jadinya. Aku ke kedai tayar dengan harapan untuk ganti keempat-empat tayar kereta aku yang dah hampir hilang bunganya. Tengah aku memilih tayar tiba-tiba towkey kedai tu keluar. Aku amat kenal towkey kedai tayar ini? Towkey tu terus menegur

"Engkau nak tukar tayar kan? Jom tenguk kereta aku dulu"

“Kat mana keta”.

“Tu hujung sana”.

Kami pun berjalan sama ke satu kereta BMW Sport Z4 berwarna merah

“Kereta aku ni warna merah, tak sesuai dengan sport rim ni, kalau ko nak ko ambik la. Sesuai dengan kereta ko warna hitam”

“Betul ke sport rim ni takada masalah, biasanya orang jual sebab ada masaalah”


“Aiseyman, kalau ada masalah ko datang la sini balik, tayar ni baru je tukar aku dah test 180 km tak masalah”

Setelah berbincang dan harga yang ditawarkan cukup berpatutan, aku pun setuju. Lagi pun aku tahu sangat kemampuan kereta dia, takkan dia nak guna rim yang tak bagus. Dalam masa 15 minit tayar dan sport rim keretanya berpindah ke kereta aku.


“OK, aku cuba dulu, kalau tak bagus aku pulang balik”


“OK”

Hari ini baru dapat aku uji rim ini, 15 minit perjalanan dari Shah Alam ke Kajang melalui Elite, SKVE dan Kajang Silk. Dengan kelajuan 170 km/j ternyata stering masih tak bergegar. Dengan keadaan trafik dan keadaan jalan hanya setakat itu yang mampu aku uji. Walau bagaimanapun dari segi performance tak lawan Michelin.

5 comments:

asuhara sue said...

wah mantoppppp!

KAMATO said...

asuhara, gatal sangat nak tukar, sekarang dah susah, jumpa lubang je dah susah hati

CikguZue said...

rim sesuaila dgn tuannya...hehe

Mak Su said...

good recommendation ler ni, ek

KAMATO said...

cikguzue, sebenarnya tuannya dah tua , hati je muda....he he