Pagi ini aku dijemput oleh SIRIM Shah Alam untuk mempengerusikan satu taskforce yang dihadiri oleh pakar-pakar dari beberapa agensi yang berkaitan dengan welding bagi membincangkan ISO 15614-12. Tujuan utama adalah untuk mengujudkan Malaysian Standard dalam area Spot, Seam & Projection Welding. Oleh kerana aku sampai awal, aku ambil keputusan untuk minum dulu di kafteria SIRIM. Aku ambik nasi goreng kampong, sambal ikan bilis, 2 ketul tempe dan teh O. Bila aku bayar dikaunter harga Cuma RM 2.00. Aku tanya kakak tu sebab apa harganya murah, dia jawab cuma aku je yang kata murah. Alangkah bagusnya kalau semua kedai makan jual marah macam tu.
8 comments:
Assalamualaikum KAMATO
kalau macam tu punya harga...tak payah umumkan naik gaji pun tak pa....he he
Wassalam
salam Kamato,
untungnya warga sirim..mana nak dapat harga macam gini kan..
Kedai 1 Malaysia pun kalah nie..hihii.
Selamat menjamu selera..harap2 berbaloi dengan harga disegi kesedapan dan kepuasan pengguna.:)
sangat murah tu boleh joint kedai menu 1 malaysia tu hehe
waaaa....best tu!
atuk, rezeki staff situ
ainhany, memang susah nak dapat harga murah sebegini
zino, kalau semua kedai jual murah macam kedai 1 malaysia, kan ke bagus, tak payah masak
asuhara, memang best.....
Post a Comment